Bab 11

Romance Completed 28698

Tarikh 31 Mac sudah tiba, kami bertolak ke KLIA pada jam 8 pagi. Kami akan berlepas ke Amsterdam pada jam 10 pagi.

"Happy Birthday, Sayang." Harris mengucup pipiku. Harris membuka beg silangnya dan mengeluarkan sekotak kecil berwarna merah lalu membukanya. Sebentuk cincin emas putih disarungkan di jari manisku. Sekali lagi dia membuat kejutan padaku. Humaira dan Khaliq suka apabila Harris menyarungkan cincin pada jariku.

"Pada jari abang pun ada cincin. Cincin kita berdua ni menandakan kita sentiasa bersama dan setia hingga ke hujung nyawa." Aku tertunduk, aku teringat ayat tu semasa hari pernikahan kami. Sama.

"Betul ke abang nak Khadijah setia sampai hujung nyawa abang? Ayat yang abang cakap tadi sama masa hari pernikahan kita. Khadijah kan skema dan membosankan pada pandangan abang. Khadijah tak ada niat nak cari gaduh, Khadijah cuma cakap benda yang nyata." Aku memperlahankan suaraku. Harris menundukkan kepalanya.

"Khadijah masih marahkan abang? Khadijah susah nak percayakan abang ya? Abang tak paksa untuk Khadijah percayakan abang. Abang tahu Khadijah fobia dengan kejadian yang berlaku. Apa yang abang buat pada sayang. Abang tahu. Tapi abang merayu berilah abang peluang untuk menjadi semula suami dan walid yang baik. Tolong sayang, berilah abang peluang." Kuat genggaman Harris pada tanganku.

"Baiklah abang. Khadijah pun cuba untuk mengubati hati Khadijah yang lara ini. Berilah Khadijah sedikit masa ya." Harris mengangguk faham.

"Encik, kita dah sampai." Pemandu teksi itu memberitahu bahawa kami sudah sampai di 'Airport'. Aku keluar lalu menarik beg roda, Humaira pula menggalas beg kecil dan menarik beg rodanya. Harris mendukung Khaliq.

"Umi, Humaira lapar lagi..." Mengadu Humaira.

"Abang, mari kita beli donat untuk Humaira dan Khaliq." Harris mengangguk lalu kami singgah sebentar di kedai J.C.O Doughnuts.

Kami pun sudah masuk ke badan kapal terbang. Kata pramugara, kapal terbang ini akan berlepas dalam masa 10 minit lagi. Harris memilih kerusi yang boleh duduk berdepan. Humaira berdepan denganku manakala Khaliq berdepan dengan Harris.

"Umi.. cloud..." Khaliq menunjuk ke arah luar tingkap kapal terbang. Ternampak awan-awan putih yang sungguh indah.

"Encik dan Puan nak pesan apa-apa untuk makanan dan minuman?" Tanya pramugari itu.

"Beri saya air mineral sebotol dan sandwich. Khaliq dengan Humaira nak apa?" Humaira dan Khaliq memandangku.

"Beri saya sama seperti isteri saya tadi." Minta Harris.

"Humaira wants biscuits and dutch lady chocolate!" Pesan Humaira. Khaliq yang masih tidak petah lagi bercakap hanya ternganga sahaja.

"Beri saya roti perisa vanilla dan air dutch lady perisa susu, ya. Terima kasih." Pramugari itu mencatat semua pesanan kami dan pergi dari situ.

10 minit kemudian, pramugari itu membawa makanan yang kami pesan tadi. Humaira dan Khaliq makan dengan begitu tekun sekali.

"Umi, sedap!" Kata Khaliq sambil menunjukkan air kotak dutch lady berperisa strawberi.

"Ya sayang... makan perlahan-lahan." Aku mengusap kepala Harris.

Malam itu, kami tidur di dalam kapal terbang. Harris menyandarkan kepalanya pada bahuku lalu dia tertidur. Humaira dan Khaliq pula sudah terbaring tertidur di atas kerusi. Aku pun cuba melelapkan mata.

"Sayang, mari kita jalan-jalan. Kita pergi taman bunga yang terkenal di sini." Harris menarik tanganku. Kasihan aku melihat Harris yang susah untuk menstabilkan dirinya. Kakinya tempang.

"Baik, abang. Saya pergi siapkan anak-anak jap, ya." Kata aku.

"Mari abang tolong." Inilah sifat sebenar Harris selepas aku berkahwinnya. Sebelum kejadian silam berlaku. Dia amat menyayangi aku dan anak-anak. Selalu menolong aku menguruskan anak-anak. Dia tak pernah menengking aku dan anak-anak.

"Abang rehat jelah dulu. Khadijah boleh buat." Harris senyum, dia menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience