Completed
28698
"Senangkan. Dah buat salah. Dah sedar. Terus minta maaf. Minta maaf. Apa abang ingat kami bertiga ni anak patung? Bila senang abang baling tong sampah. Bila susah abang cari balik dekat tong sampah tu." Harris sudah menangis mendengar kata-kata aku. Humaira dan Khaliq diam memandang ke arah aku.
Sudah dua minggu, Harris terlantar di hospital. Aku yang ikhlas menjaganya walaupun dengan apa yang dia dah buat dekat aku dan anak-anak. Tetapi aku jarang bercakap dengannya, aku akan bercakap bila perlu sahaja.
"Khadijah!" Maryam lah yang sudi melayan anak-anakku pabila aku menjaga Harris. Harris sekarang menunjukkan tanda-tanda positif. Tangan kiri sudah boleh gerak sedikit. Mujarab minyak herba yang aku beli dari kedai herba tradisional.
"Kau dah sarapan ke? Nanti perut masuk angin. Aku ada gorengkan bihun untuk korang bertiga. Makanlah. Biar aku temankan Harris sementara." Aku mengangguk lalu mengambil makanan dari Maryam. Aku makan bihun goreng itu bersama Humaira dan Khaliq. Selera sungguh Humaira dan Khaliq menikmati bihun goreng itu.
Doktor membenarkan Harris keluar dari hospital. Muaz yang menolong menghantar ke rumah. Di rumah, Harris baring dan berehat di atas tilam yang aku letakkan di ruang tamu. Humaira dan Khaliq juga ada disitu supaya mereka menemani Harris. Keadaan Harris sekarang semakin membaik. Tangan kirinya sudah dapat bergerak seperti biasa cuma kakinya sahaja tidak dapat lagi berdiri dan berjalan dengan stabil, dia memerlukan tongkat untuk berjalan.
Suatu hari, sedang aku menukar lampin Khaliq, tiba-tiba seseorang memberi salam dari luar rumah. Maryam pergi melihat ke luar jendela. Kelihatan tunang Harris bersama ibu dan bapanya datang. Maryam mempelawa mereka masuk.
"Harris! Kau memang jantan tak guna. Kau memang teruk! Kau dah berbini masih tergila-gilakan anak perempuan aku. Sampai kemalangan anakku dibuatnya." Bapa perempuan tersebut membelasah Harris dengan teruk. Aku cuba untuk menghalang tetapi pak cik itu menolak aku dengan kuat. Humaira dan Khaliq berlari mendapatkanku.
"BERHENTI pak cik! Saya telefon polis karang! Eh awak, suruh ayah awak berhenti belasah Harris." Marah Maryam. Tiba-tiba Muaz yang tadi dalam dapur terus keluar meluru ke arah pak cik itu dan menyuruhnya bertenang.
"I tak nak kahwin dengan you. Jijik! You ingat I nak sangat kahwin dengan you. I dah ada yang baru lah. I tak heran pun." Perempuan itu membaling cincin pertunangan mereka dan terkena tepat pada dahiku.
"Baik anda semua keluar sebelum saya telefon polis. Saya Inspektor Ahmad Muaz. Anda nak saya bawa ke balai ke?" Terus kecut tiga beranak tu dah terus berlalu pergi.
"Harris, kau okay tak? Bibir kau lebam." Muaz menolong Harris balik ke posisi duduk asalnya. Maryam pula menolong aku.
"Khadijah... awak okay sayang?" Harris mengusap pipiku tetapi aku menolak perlahan tangannya. Aku masih kekok dengannya lagi.
"Saya okay je. Abang okay tak? Sekejap saya ubatkan lebam tu. Humaira, Khaliq pergilah bermain ya sayang." Aku mencium kedua-dua anak kesayanganku itu.
Setelah Humaira dan Khaliq tidur, aku melipat baju yang sudah dikeringkan tadi. Sambil-sambil itu aku berbual-bual dengan Muaz dan Maryam. Harris juga disitu cuma dia banyak diamkan diri dan merenung lama pada cincin tunangnya itu.
"Khadijah, kau tak nak buat majlis hari jadi Humaira dengan Khaliq ke? Hari jadi dorang beza 2 hari je kan. Buat sekalilah. Biar aku sponsor." Muaz ingin aku membuat majlis hari jadi buat Humaira dan Khaliq. Aku bersetuju dan agak malu apabila Muaz mahu sponsor semuannya. Muaz memang seorang yang baik walaupun dia seorang anak yang kaya-raya.
"Harris kau setuju?" Saja Muaz bertanya kepadanya kerana dia berhak tahu tentang majlis hari jadi anak-anaknya.
"Aku.. setuju.. Buatlah. Nak berapa?" Mungkin sekarang ni banyak berangan. Masakan tak dengar perbualan aku dengan mereka tadi.
"Kan aku cakap aku sponsor. Kalau kau nak bagi, bagi jelah. Tak perlu tanya." Kata Muaz. Terkebil-kebil mata Harris pabila Muaz berkata begitu.
Share this novel