Completed
28698
Takku sangka, Humaira tiba-tiba pergi ke arah Harris dan memeluk Harris. Harris kelihatan terkejut, sanggup menolak Humaira sehingga jatuh ke atas lantai. Sepantas kilat, aku dan Maryam pergi ke arah Harris lalu aku memukul Harris.
"Abang, sanggup abang tolak anak kita disebabkan perempuan ni." Berjurai-jurai air mata Humaira menangis kerana tubuhnya ditolak kuat oleh walidnya sendiri.
"Ni ke isteri you sayang? Patutlah you kata dekat I, you bosan dekat rumah. Ada isteri yang skema rupanya. Bertudung." Perempuan yang berdiri itu menghina aku lalu menjeling ke arahku.
Maryam terdiam, Humaira yang berada di dalam pangkuannya masih menangis teresak-esak. Khaliq pula didukung oleh aku.
"Siap kau dekat rumah nanti!" Harris memberi amaran keras kepadaku. Aku tidak takut. Aku hanya takutkan kepada Allah. Aku redha dan bertawakal kepada Allah.
"Khadijah, mari kita ke tempat lain." Maryam menarik lengan bajuku dan membawa aku pergi dari situ. Aku menangis sepuas-puas hatiku. Khaliq dan Humaira dipeluk erat oleh aku.
"Umi, walid bad! I hate walid. He makes my body hurt." Humaira mengadu padaku. Khaliq pula hanya tenung mukaku yang basah dipenuhi juraian air mata.
"Siti Humaira sayang, jangan cakap macamtu. Berdosa. Walid ialah ayah Humaira. Dia yang beri kita makan dan minum. Jangan cakap macamtu lagi ya sayang." Aku memujuk sambil mengusap lembut badan Humaira. Humaira memelukku dengan kuat sekali. Maryam memandang sayu ke arahku.
"Khadijah, sabar ya sayang. Allah sedang menguji kau." Kata Maryam lembut. Aku mengangguk sambil tersenyum. Khaliq mengajak aku pergi ke kedai permainan yang berdekatan dengan tempat duduk kami ini.
Malam itu, jam 11 malam barulah Harris pulang ke rumah dengan mukanya yang berkerut-kerut tanda dia sedang marah. Masuk sahaja ke rumah, aku yang sedang menunggu di ruang tamu ditamparnya sehingga aku terduduk di atas sofa.
"Aku semakin lama semakin menyampah melihat kau! Aku menyesal berkahwin dengan kau! Menyesal!" Dipekiknya kuat-kuat. Aku berdoa supaya aku dilindungi daripada amarah syaitan yang meluap-luap pada Harris.
"Abang, janganlah begini. Marilah kita berbincang baik-baik. Abang boleh beritahu saya apa salah dan silap saya. Janganlah mengamuk seperti ini, ia takkan menyelesaikan masalah." Aku memegang lembut bahu Harris dan berharap dia bertenang tetapi sangkaanku meleset, dia menepis tanganku dan terus memukul ku dengan tali pinggangnya.
"Abang, kenapa ni? Sakit abang. Janganlah buat macam ni!" Aku merayu-rayu meminta semua ini dihentikan. Tiba-tiba Humaira menjerit menyuruh Harris berhenti memukulku, Khaliq pula disebelahnya menangis tersedu-sedan.
"Walid! Don't beat Umi! Don't hurt Umi anymore!" Humaira menjerit.
"Kau budak lagi! Jangan nak masuk campur hal orang tua. Pergi naik atas sekarang!!!" Sekali lagi Harris memekik seperti tekaknya sudah tiada.
"Taknak! Walid pukul Umi! Humaira tak suka!" Harris berhenti memukulku lalu pergi ke arah Humaira dan Khaliq dengan membawa tali pinggannya. Aku tidak lagi menghiraukan sakit-luka dibadanku. Lantas, aku menguatkan diri lalu berlari ke arah Humaira dan Khaliq. Aku mahu melindungi mereka.
Harris memukulku seperti tiada lagi sifat kasihan dalam dirinya. Dia pukul dan terus pukul. Humaira dan Khaliq memelukku erat. Tiba-tiba Jalil dan Aisyah masuk ke dalam rumah kami kerana pintu rumahku belum dikunci. Jalil menghentikan pukulan Harris. Harris melenting.
Share this novel
cerita mcm pundek. acah speaking