BAB 14

Romance Completed 13020

Adrean merenung gadis yang sedang sibuk meneliti biliknya itu. Rasanya, ini baru pertemuan kedua mereka. Kenapa dia berasa selesa bersama gadis itu? Dia perempuan pertama yang berjaya masuk ke biliknya ini. Buat pertama kali, bilik ini menerima kehadiran kaum perempuan. Mamanya juga belum pernah sampai ke sini.

“So, what is your explanantion? I don’t know since when I’ve fiancée. What do you want?”

“Sorrylah. Kalau saya tak mengaku saya ni tunang awak, dia orang tak nak bagitahu saya pasal awak. Anyway, nice room,” Sempat lagi dia memuji kekemasan bilik itu.

“Apa yang awak nak tahu pasal saya? Just asking me, not them,” Adrean bersuara dingin.

Pantang sungguh ada orang menyibuk tentang dia. Terutama sekali, perempuan!

“If I know who you are, Dr Dre,” tukas Denisa bersahaja.

“Uhuh, that’s the matter. Awak tak kenal saya dan sebaliknya. Apa awak nak?” Bengang pula dengan Denisa.

“Saya, Denisa Rania. Pengarah Operasi Denis Resort. Single but already taken by Dr Dre,” Menegak badan tegap Adrean. Apa? Taken by Dr Dre? Aku? Sewel dah minah ni. Tidak dihentikan, mahunya semakin jauh minah ni melalut.

“Stop. What do you mean, Denisa Rania? Taken by… who? Gila,” Denisa hanya bersikap biasa.

Dia sudah pun menjangka keadaan ini. Segala perisai menghadapi lelaki itu telah pun dia sediakan.

“What? Saya cuma kenalkan diri saya. So, sekarang ni awak dah tahu siapa saya kan. Maaflah saya ganggu awak. Tapi, sejak awak cempung saya hari tu… saya rasa something wrong somewherelah. Somewhere tu, hati saya. Itu sebabnya saya datang sini, cari awak,” Nah, engkau. Sekali, si Denisa ni berterus terang.

Mahu terkeluar biji mata Adrean mendengar setiap butiran yang terbit dari mulut gadis itu. Gila sungguhlah perempuan ni. Mana dia belajar, perigi cari timba ni? Setahunya, timba yang kena pergi menyeru perigi.

“Okeylah, Cik Rania. Awak dah silap orang ni. Banyak lagi lelaki kat luar tu yang boleh awak buat jadi tunang awak. Tapi, bukan saya. Faham?”

Denisa berdecit. Aku dah berterus pun, dia masih bengong lagi? Haa, kan dah kena bengong.

“Emmm, kan. Kenapa tak awak jadi suami saya aje? Lagi afdal kan,” Dum! Adrean rasa macam nak baling saja Denisa ikut tingkap bilik dia ni. Biarlah dia dipenjara sekalipun. Asalkan perempuan itu berhenti mengganggunya.

“Bahasa apa lagi yang awak boleh faham? Pergilah balik. Tak malu ke awak datang sini?”

Denisa menggeleng. Malu buat apa? Bukannya mereka buat perkara tidak senonoh. Pintu bilik siap terbuka luas lagi. Tak cukup pintu, dinding pun berkaca. Sah-sahlah orang luar boleh nampak.

“Okey, saya balik. Tapi, nanti saya datang lagi sampai awak tak boleh hidup tanpa gangguan saya. Tak kisahlah awak nak cakap apa pun. Assalamualaikum,” Denisa bingkas bangun. Dia beredar meninggalkan Adrean yang sudah terpinga.

“Waalaikumsalam,” Tak suka, tak suka juga. Salam kena jawab woi. Bertambah juga pahalanya. Pening kepala dia memikirkan kata-kata terakhir Denisa.

Dek malas merunsingkan kepalanya, dia mengambil fail-fail pesakitnya dan bergerak ke wad lelaki di tingkat tiga. Mungkin, fikirannya tenang sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience