BAB 5

Romance Completed 13020

~Enam bulan yang lalu~

Denisa memeluk suaminya yang sedang bersarapan itu dari belakang. Sempat dihadiahkan ciuman di pipi kanan Adrean.

“Mak buyung nak buat apa hari ni?” soal Adrean sambil menyuapkan sandwich ke mulut.

“Emmm, Nia nak pergi shopping barang sikit. Abang boleh teman tak?”

“Of course. Bahayalah Nia keluar seorang, dah sarat ni. Sampai bila nak peluk abang ni? Tak bosan ke hari-hari peluk,” Denisa kerut hidung. Digeselkan hidung mancungnya ke pipi Adrean.

“No. Peluk suami dapat pahala apa. I’m collecting the worth thing, okay. Nanti anak dah keluar, susah dah nak peluk peluk bucuk Nia ni. Semuanya kena kongsi dengan baby,” ujar Denisa manja.

“Iya, iya. Tapi, sekarang ni waktu bersarapan. Nia breakfast dulu, kejap lagi peluklah puas-puas. Okey?”

“Sound good. Suapkan, please,” Dilabuhkan punggung di kerusi sebelah Adrean.

Adrean mengambil sepotong cheese cake ke pinggannya. Selera Denisa sejak preggie ni lain macam sikit, hari-hari nak bersarapan kek. Tak kiralah kek apa pun, asalkan makanan itu bernama kek. Confirm, habis dia bedal. Nasib baik, diet yang disediakan oleh Dr Dre kesayangannya itu diikut.

“Nak pergi shopping apa je?” Disuapkan kek ke mulut si isteri.

“Nia terlupa nak beli kain alas untuk baby. Hari tu, keluar dengan mama memang teringat nak beli pun. Tapi, balik rumah check barang semua, tertinggal kain alas tu,” jawab Denisa.

“Kita keluar petang sikitlah. Abang ada kerja nak buat,” Denisa hanya mengangguk.

Jika pasal kerja, Denisa memang tidak boleh menghalang. Faham sangat dengan kerja Adrean sebagai doktor itu. Sebelum berkahwin, Adrean hanya akan bermalam dan menghabiskan masanya di hospital sahaja. Kini, segala fail yang perlu diteliti, dia akan membawa pulang ke rumah. Tidak betah untuk membiarkan Denisa seorang diri di rumah. Tambahan pula, isterinya itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience