BAB 16

Romance Completed 13020

~Kini~

Cuitan di bahu Denisa, menyedarkan dia akan dari imbauan kisah lama. Adrean yang berdiri dengan tangan kiri menutup hidung itu dipandang penuh tanda tanya. Buat tabiat ke suami dia ni?

“Kenapa dengan abang ni? Nia dah mandilah,” Soalan Denisa tidak dijawab sebaliknya Adrean menghulurkan mangkuk yang berisi pulut durian kepada isterinya.

“Yours,” Denisa senyum lebar.

“Thank you, abang. Temanlah Nia makan. Tak seronok makan seorang,” Sepantasnya Adrean menggeleng.

“Abang tunggu kat atas. Make sure sebelum tidur, gosok gigi dulu. Listerine sekali,” pesan Adrean sebelum menghilang ke tingkat atas.

Denisa ketawa kecil. Macam-macam hal. Dipandang Dr Raudhah di ruang tamu. Wanita itu sedang sibuk melayan cucu-cucunya, anak-anak abang dan kakak Adrean. Bukan main meriah lagi banglo Dr Afdlin malam ini. Abang dan kakak Adrean sengaja meninggalkan anak-anak mereka di sini kerana mereka mempunyai rancangan lain. Bulan madu yang ke sepuluh kata mereka.

Usai menghabiskan makanannya, Denisa mendaki anak tangga naik ke tingkat atas. Sempat dia bermain dengan anak-anak saudara Adrean tadi. Dek berasa kurang selesa, dia naik ke bilik. Entah kenapa, kebelakangan ini badannya lenguh-lenguh. Selera makannya juga meningkat. Petang tadi, dia meminta suaminya membelikan pulut durian. Puas jugalah nak pujuk suami tersayang dia itu. Adrean bukannya suka bau durian. Busuk katanya.

“Abang, lusa Nia ada conference dekat Bangi. Abang teman Nia eh,” Denisa menyapu losyen ke tangan sambil mata memandang Adrean bersandar di kepala katil, sedang melayan movie di Ipad.

“Lusa? Insha Allah. Abi tak join ke?”

“Tak. Denis Resort punya conference. So, abi memang tak ambil bahagian,” Dipanjat katil. Selambanya dia memeluk Adrean. Erat pula tu. “Cerita apa ni?” Matanya turut ke skrin Ipad.

“White House Down,” Terangkat kening Denisa. Aishi, Channing Tatum. My hero!

“Abang, ni hero Nialah,” Adrean pandang kepala Denisa di dadanya.

“Hero Nia? Abang siapa ya?” Denisa sengih jahat. Nasib baik Encik Suami tak nampak. Mahunya kena terajang dia dengan sengihan ala penjahat itu.

“Abang? You’re my super hot hubby plus die hard lover,” Punyalah dia kejar si Adrean ni dulu, takkanlah senang-senang nak letak tepi kan. Channing Tatum, Lewis Tan si abang Nivea tu pun tak boleh lawan tau. Dr Dre yang super kacak ini kepunyaan dia, okey!

“Mulut manis eh. Terlebih manis durian ke?”

“Bolehlah. Nia ada benda nak bagitahu abang ni. Sehari dua ni kan, Nia rasa lainlah. Nia sendiri pun tak tahu. Tapi, ada satu benda ni yang Nia pasti,” Denisa duduk bersila menghadap Adrean.

Adrean menutup Ipadnya.

“Apa yang lain dan apa yang pasti?”

“My stomach feels something. Either I have any diseases or I’m pregnant. So?” Diangkat kening berkali-kali.

“Oh, either or? I hope the second one, sayang. Esok ikut abang pergi hospital. We need an examination,” Putus Adrean.

Denisa senyum nakal. Matanya dipaku pada wajah Adrean. Susah juga ingin memenangi hati suaminya itu. Selepas sebulan lawatan tak rasminya ke hospital itu barulah Adrean memberikan kata putus. Peliknya cinta apabila Adrean mengaku dia menyukai Denisa sejak peristiwa ‘cempung’ itu lagi. Hanya lelaki itu sahaja menidakkan rasa hatinya.

“Abang, what make you accept me as you wife?”

Adrean mendepangkan tangannya. Ingin si isteri mendakapnya. Denisa menurut. Ah, seronoknya dipeluk begini. Selamat rasanya berada di dalam dakapan suami tercinta.

“You’re so cute with that pale face. I can’t take off my eyes from watching you. Kiranya, abang curi-curi pandang Nialah masa Nia tengah pening nak muntah lepas keluar dewan bersalin dulu. Pertama kali abang sentuh perempuan bukan muhrim macam tu sekali,” Kusyuk Denisa mendengar penjelasan Adrean.

“I thought you’re gay before. Fatihah told me, abang jarang tegur staf perempuan. Then, banyak habiskan masa dengan staf dan patient lelaki aje,” Adrean gelak.

“Tak adalah sampai gay. Abang serik nak berteman dengan perempuan. Semuanya sebab ada seorang perempuan ni, minah salehlah. Dia masukkan ubat tidur dalam air abang, sengaja nak kenakan abang. Abang tak minum air tu, tapi kawan abang yang terminum air abang tu. Seminggu selepas tu, abang terkejut dengar berita kawan abang tu bunuh diri…”

“Bunuh diri? Serious?” sampuk Denisa, terkejut.

“Kawan abang tu boleh dikatakan alimlah. So, dia tak boleh terima diri dia tidur dengan perempuan. Sebab dah tak tahan, dia terjun laut. Itulah kisahnya abang tak suka perempuan dulu. Abang fobia. Setiap kali abang dekat dengan perempuan, abang mula fikir bukan-bukan,” sambung Adrean lagi.

“Oh, that’s why abang tried to push me away, right? Tapi, terima jugak. Untung Nia kan. Nasib baik plan B tak jadi nak buat,” Adrean menolak tubuh isterinya lembut.

“Plan B?” Denisa angguk.

“Just same like your story line. Tapi, bukan ubat tidur. Pejabat agama,” Terjegil mata Adrean saat itu. “How I want you to be mine badly, abang. I want you to be my hubby no matter what, at that time. You already touched my body, you saw my bad side and even you curi-curi watched me,” Adrean sengih nakal.

“Patutlah tak reti nak behave isteri abang ni. Panggillah pejabat agama pun, abang sudi,” Bahaha. Adrean buat lawak sarkas.

“Apalah abang ni. Tak mainlah kahwin free ni. Nia ada harga tahu,” seloroh Denisa bersahaja.

Adrean menjentik lembut hidung isterinya. Seraya mereka berdua ketawa serentak. Denisa memeluk erat kembali suaminya.

Wahai abangku sayang, apalah yang dah awak lakukan pada saya sehingga saya sukar bernafas jika awak tiada, angau pabila tak bersua dan tak keruan jika sehari tak mendengar suaramu, Malu tapi mahu, ingin berkata ya dalam tidak. Arghhh ya cinta itu memang aneh. Hanya yang dah merasa baru dapat memahami perasaan satu yang maha ANEH ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience