BAB 4

Romance Completed 13020

Cermin mata yang tersangkut di batang hidung ditanggalkan. Jari jemari laju mengurut pelipis. Penatnya sudah tak terkira lagi. Tidak guna dia mengadu domba jika kerjaya yang dilakukan adalah pilihannya sendiri. Tiada paksaan untuk dia berkhidmat kepada masyarakat. Biarpun penat, dia harus bertahan demi kariernya.

“Penat ke?”

Adrean menjeling sebatang tubuh di pintu bilik kerjanya. Dia mula berasa tidak selesa kerana diganggu.

“Dah nampak, tanya buat apa?” balasnya tanpa nada.

“Tanya pun salah ya, Dr? Hot nescafe for you,” Mug nescafe panas diletakkan di atas meja kerja lelaki itu.

“Kenapa tak minta izin dulu tadi?”

“Izin? Untuk apa?”

Adrean mendengus. Hangat pula hatinya dengan perangai si isteri.

“Rania, please. Don’t act like you are dumb,” tukas Adrean geram.

Denisa menarik nafas panjang dan dilepaskan lembut. Dumb? Ngok ngek punya suami. Sudahlah pura-pura tak kenal dia tadi di hospital. Kini, dia pula disembur. Berani sungguh Adrean mengeluarkan ‘disapproval verb’ itu kepadanya. Sekeh kepala baru tahu.

“Banyak benda yang Nia buat hari ni. Jadi, yang mana satu yang Dr. Dre tak puas hati? Please, be frank,” Setenang mungkin Denisa bertutur.

Jika Adrean berangin, dia perlulah di dalam keadaan bertenang. Buatnya dibalas dalam nada yang sama, sudah tentu tunggang terbalik bilik kerja ini dibelasah mereka. Bukan niat dia untuk berkurang ajar. Cuma, dia perlukan penjelasan lanjut. Dia bukanlah sehebat doktor itu untuk menelah maksud yang sebenar.

“Blood donor,” kata Adrean senada.

Sikapnya di hospital dan di rumah sangatlah berbeza. Layanannya kepada pesakit sangat mesra. Senyuman senantiasa di bibir. Tapi, cool cum super hot di rumah. Itu yang membuatkan Denisa terpikat. Lelaki idaman dia kan ala-ala cool but romantic. Adreanlah calon paling ideal baginya. Cuma, sejak peristiwa enam bulan lepas, Adrean adakalanya akan bersikap dingin. Tidaklah dingin mana, tapi mampu membuatkan Denisa serba salah.

“Oh, pasal tu. Nia tak sempat nak text bagitahu abang. Nia tak nafikan keizinan abang penting. Tapi, waktu tu nyawa pesakit lebih penting untuk Nia selamatkan. Nia minta maaf eh,” Sungguh, dia terlupa.

Kehadirannya di hospital untuk melawat Uncle Kamil sudah dimaklumkan tengah hari tadi. Cuma, dia terlupa pula ingin memberitahu Adrean tentang perkara kecemasan itu. Tidak sangka dia akan terserempak dengan suaminya itu. Gatal pula mulutnya itu mengaku dia adalah blood donor. Sengaja mencari pasal.

“Lain kali jangan buat lagi. Nak buat baik pun, fikirlah diri tu sama. Macam manalah doktor yang handle ni boleh benarkan. Nia tu baru baik, tahu tak?”

Denisa tidak mempedulikan leteran Adrean. Dihampiri suami terchentanya itu. Slumber badak dia melabuhkan punggung di atas riba Adrean. Dirangkul leher Adrean sehingga lelaki itu hampir tercium dahinya.

“Oh, suamiku sayang. Tahulah awak tu sayangkan Nia sangat-sangat. Die hard lover, kononnya. Tapi, janganlah lupa. Dah enam bulan pun Nia miscarriage. In charge doctor said, I’m fine and she’s approved me. So, don’t worry,” Ditekap tapak tangan di kedua belah pipi Adrean.

“Six months already? Time flies really fast. Miss him so much,” keluh Adrean. Denisa turut merasakan hal yang sama.

“Me too. Esok pergi kubur nak?”

Adrean merenung ke anak mata isterinya.

“Nia okey ke?”

“Insha Allah. I’m not visiting him even once since the incident. I’m very sure, I can,” Adrean usap kepala Denisa lembut.

Denisa Ranianya semakin kuat kini. Doanya saban waktu terkabul juga. Peristiwa yang berlaku kepada isterinya beberapa bulan yang lalu tidak akan pernah dia lupakan. Denisa hampir menjadi gila dek kehilangan bayi mereka yang pada ketika itu hanya menunggu masa sahaja untuk melihat dunia.

Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menghalang. Tanpa sedar, air mata mengalir di pipi Denisa. Entah kenapa, setiap kali arwah bayi yang belum sempat mengenalnya itu diungkit, dia sebak. Sekuat mana pun dia, tetap juga gagal ditahan. Air mata hangatnya tetap juga mahu mengalir.

“Shhh, it’s okay. I’m here. Let it go,” Denisa merangkul leher suaminya erat.

Habis basah t-shirt Adrean di bahagian bahu. Diusap belakang Denisa lembut. Adrean sendiri pernah lemah tatkala mengingatkan anak mereka yang telah pergi itu. Hampir sembilan bulan, mereka menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Namun, malang tidak berbau. Denisa terlibat dengan kemalangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience