BAB 1

Romance Completed 13020

Nun di sebelah timur ibu negara, sebuah hospital berdepan dengan saat genting apabila mereka menerima laporan menhgenai kemalangan ngeri yang berlaku lebih kurang 1KM dari penempatan para pesakit di situ.

Kelihatan puluhan petugas hospital dan beberapa buah ambulans berlari untuk segera ke tempat kejadian.

Para jururawat juga tidak menang tangan untuk menyediakan kelengkapan untuk menghadapi mangsa-mangsa yang dibawa ke hospital itu nanti. Harapan masing-masing agar tiada kehilangan jiwa yang berlaku. Perkara itulah yang kerap ditakuti mereka kerana setiap kejadian itu pasti akan memberi kesan yang besar terhadap petugas-petugas di hospital.

“Nurse, boleh saya tahu di mana wad Encik Kamil?”

“Tunggu sekejap ya, cik,” Jururawat di kaunter mula menaip sesuatu di keyboard komputer. “Encik Kamil bin Hassan?”

“Ya. Ada?”

“Wad Encik Kamil di hujung sana, di sebelah kanan.”

Jururawat muda itu menunjukkan ke arah wad orang yang dicari oleh seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

“Terima kasih, nurse,” ucap perempuan itu sambil memberikan senyuman sebelum berlalu ke wad yang dimaksudkan.

Jururawat itu membalas senyuman manis milik si bertubuh langsing itu. Gaya pelawat itu kelihatan loaded. Pasti dia dari keluarga orang berada. Pesakit yang dicari itu sendiri merupakan seorang yang berpengaruh besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience