BAB 6

Romance Completed 13020

Adrean berlari anak masuk ke seven eleven. Isteri punya pasal, minta slurpy pula. Ditinggalkan Denisa di dalam kereta mengenangkan isterinya itu sudah tidak larat untuk berjalan. Sesekali dia memandang ke kereta. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Namun, cepat-cepat dia membuang perasaan tidak enak itu.

Dia ke kaunter bayaran, dompet dikeluarkan untuk membayar. Sedang mengambil kembali baki wangnya, dia tersentak sedikit. Hampir sahaja luruh jantungnya.

Bum!

Bunyi dentuman yang kuat itu membawa pandangan Adrean ke luar. Membulat mata lelaki itu. Seluruh badannya bergetar hebat. Terasa lemah lututnya kini. Dia mencari wajah ayu Denisa. Namun, gagal ditemui. Cashier di hadapan Adrean menggoyangkan badan tegap lelaki itu untuk menyedarkannya.

“Encik…”

*****

Datin Mona berteleku di sofa di ruang menunggu. Datuk Bazli pula mundar mandir sambil matanya sesekali dihala ke pintu wad kecemasan. Sebaik menerima panggilan dari pihak hospital, keduanya bergegas ke hospital. Beberapa minit kemudian, sepasang suami isteri menghampiri mereka.

“Mona,” sapa Dr Raudhah. Dia duduk di sisi besannya itu.

Datin Mona memeluk Dr Raudhah dengan tangisan yang ditahan sejak tadi. Dr Raudhah mengusap belakang besannya, menenangkan hati ibu yang sedang risau itu.

“Dah berapa lama Denis kat dalam?” soal Dr Afdlin kepada Datuk Bazli, bapa Denisa.

“Tiga jam. Dre pun ada kat dalam. Kita doakan yang terbaik ajelah,” Dr Afdlin menepuk bahu besannya itu.

Pasti mereka sangat risaukan keadaan anak tunggal mereka itu. Selesai sahaja shif bertugas, Dr Afdlin dan Dr Raudhah terus ke wad kecemasan. Berita kemalangan Denisa memang mengejutkan seluruh ahli keluarga mereka. Namun, lega sedikit hati mereka tatkala mendapat tahu Adrean berada di tempat kejadian. Sekurang-kurangnya, Denisa tidak keseorangan bertarung nyawa.

“Insha Allah, Denis tak apa-apa. Macam mana boleh accident?”

“Menurut Dre tadi, tiba-tiba ada lori hilang kawalan merempuh deret kereta yang parking di situ. Denisa antara empat orang yang tercedera,” jawab Datuk Bazli, sama seperti penjelasan Adrean.

“Benda dah nak jadi. Dre kat dalam tu, okey ke?” sampuk Dr Raudhah. Risau pula keadaan anak lelakinya itu.

“Dia yang minta nak teman Denis kat dalam. Doktor tak pasti keselamatan bayi dalam kandungan Denis boleh diselamatkan atau tidak. Teruk jugak Denis cedera,” balas Datin Mona yang sudah tenang sedikit.

“Insha Allah, kita doakan yang baik-baik sahaja,” kata Dr Afdlin. Masing-masing menanti penuh sabar. Harapan mereka, Denisa dan bayinya selamat.

Tiga jam kemudian, Adrean keluar dari wad kecemasan. Keruh sekali wajah kacak itu. Dihampiri ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya.

“Dre, Denis macam mana?” Datin Mona menerpa menantunya. Adrean pandang ummi dengan mata berkaca.

Dr Raudhah yang perasan, pantas memeluk anak lelakinya erat. Adrean sendu di bahu mamanya. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Sudahnya, mereka mendapatkan doktor yang bertanggungjawab, Dr Husna yang sedang berjalan ke arah mereka. Semoga berita baik yang dikhabarkan doktor muda itu.

“Alhamdulillah, Denisa selamat. Tapi, maafkan kami. Kami gagal selamatkan bayi dalam kandungan Denisa. Bayi lemas dalam perut. Buat masa ni, Denisa masih belum sedar,” terang Dr Husna terus. “Dr Raudhah, Dr Dre yang sambut anak dia tadi,” sambung Dr Husna lagi.

Serentak itu, mata mereka tepat memandang Adrean yang masih memeluk erat mamanya. Dr Afdlin mengusap belakang Adrean, memberi sedikit semangat. Adrean yang kuat itu tampak lemah sekali. Kehadiran anak yang dinanti, hilang begitu sahaja. Namun, lebih merisaukan mereka adalah Denisa yang masih belum sedarkan diri. Bagaimana pula penerimaan bakal ibu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience