BAB 10

Romance Completed 13020

Dr Raudhah menghampiri kakaknya, Dr Rahimah di ruang menunggu. Kakaknya itu kelihatan resah sedikit. Mungkin risaukan keadaan anak perempuannya yang masih di dalam dewan bersalin.

“Kak, siapa yang Dre dukung tu?” soal Dr Raudhah terus.

“Dia teman kawan dia kat dalam tu. Ada nurse minta dia masuk dalam, bagi sokongan. Keluar aje tadi, terus lembik. Akak rasa dia trauma kot. Tak pun, takut darah,” jelas Dr Rahimah.

“Patutlah lembik semacam aje Adah tengok perempuan tu. Nak pulak Dre tolong ya,” Dr Rahimah tergelak. Faham sangat akan kelemahan Adrean; tak suka perempuan.

“Akak yang paksa dia. Akak manalah larat nak bawak pergi tandas. Semput ni hah, semakin menjadi-jadi…”

“Yuna tak bersalin lagi ke? Rasanya dah lama dia kat dalam tu,” Dr Raudhah memandang ke pintu wad kecemasan itu.

“Entahlah. Akak suruh Dre masuk tengok, dia tak nak,” Tergelak Dr Raudhah.

“Apalah akak ni. Dah namanya dewan bersalin. Takkanlah dia nak masuk sesuka hati. Dia tu doktor bedah, mana mahu tengok orang bersalin,” kata Dr Raudhah dengan ketawa masih bersisa. Dr Rahimah mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience