BAB 2

Romance Completed 13020

“Assalamualaikum,” Denisa menjengul ke pintu yang terbuka sedikit.

“Waalaikumsalam. Masuk, Denisa,” Jemput seorang wanita separuh umur yang sedang duduk di kerusi yang terletak di sebelah katil pesakit.

Denisa membawa langkah ke katil. Disalami pesakit lelaki dan juga wanita separuh umur itu.

“Dari mana, Denisa?”

“Office, auntie. Abi asked me to visit uncle,” jawab Denisa lembut. “Uncle macam mana? Sihat?”

“Macam nilah, Denis. Dah tua-tua ni sakit, biasalah,” Uncle Kamil menjawab dalam nada biasa.

“Tahu pun dah tua. Bukan kamu tak tahu, Denisa. Uncle kamu ni, selagi tak sakit… tak adanya nak rehat. Ingat badan dia tu muda lagi agaknya,” Denisa mengoles senyuman nipis.

Abinya juga begitu. Puas juga umminya berleter. Namun, dipekakkan sahaja telinga.

“Supposedly, uncle dah boleh biar abang Ajier take over business uncle tu. Bukannya abang Ajier tak ada pengalaman. Dah banyak projek uncle yang abang Ajier handle. Kebanyakannya, berjaya,” Auntie Nani mengangguk setuju dengan pendapat anak saudara suaminya itu.

“Uncle bukannya tak percayakan abang Ajier kamu tu, Denis. Cuma, uncle tak puas lagi dalam dunia perniagaan ni. Lagipun, uncle tak ada kerja lain nak buat kalau uncle serahkan semua pada dia,” balas Uncle Kamil.

“Pandailah uncle cari alasan. Sabar ajelah, auntie ya,” Auntie Nani dan Uncle Kamil tergelak kecil. Lucu melihat telatah Denisa. Selain itu, pastinya Denisa memahami perasaan Auntie Nani memandangkan suami Denisa sendiri sentiasa sibuk.

“Apa yang bising kat luar tu?” sampuk Auntie Nani. Matanya ditala ke cermin kaca lutsinar. Denisa yang duduk di birai katil juga memerhati di sebalik cermin itu. Keadaan agak kelam kabut.

“Tadi masa Denis nak datang hospital, ada accident kat simpang depan tu, auntie. Macam teruk aje. Kelam kabut semua orang kat lobi,” beritahu Denisa yang sedia maklum tentang kejadian itu.

“Ya Allah. Baru semalam auntie dengar pasal kemalangan ngeri dekat kawasan taman kita. Teruk jugak. Tiga orang meninggal dunia,” Ketiga-tiga mereka beristighfar panjang.

Semakin kerap pula kemalangan yang berlaku di seluruh Malaysia. Setiap kali berita TV bersiaran, pasti mereka akan melaporkan tentang kemalangan di sekitar Malaysia. Tidak mengira usia yang menjadi mangsa. Ajal maut itukan di tangan Allah. Dia akan mengambil nyawa sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Dan, yang pasti ajal maut sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Cuma, cepat atau lambat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience