BAB 13

Romance Completed 13020

Beberapa hari selepas peristiwa di hospital itu, Denisa kembali lagi ke hospital itu. Kali ini, bukan sebagai pelawat atau yang seangkatan dengannya. Dia ke kaunter, wajah jururawat di hadapannya dipandang. Tag nama dibaca, Fatihah. Jururawat itu agak pelik dengan gadis di depannya itu. Dah kenapa senyum-senyum ala gedik gitu? Ahaks. Kena sejibik si Denisa tu.

“Errr, nurse. Sebenarnya, saya nak cari… Dr Dre. Ada tak?” Penuh pengharapan Denisa menanti jawapan Fatihah.

“Dr Dre? Cik ni siapa?” Aduh, tanya pula?

“Emmm, tunang dia. Boleh saya jumpa dia tak? Saya nak kasi surprise kat dia. Tapi, itulah. Saya tak tahu dia kat mana. Tolong saya ya, nurse,” Drama sungguh si Denisa ni.

Dia hairan apa. Bukannya si Fatihah ni kenal dia pun. Dan, si Dr Dre tu pun semestinya tidak menjangkakan kehadirannya di sini. Tunang pun tunanglah. Eheh!

“Tunang? Emmm, sekejap ya cik,” Fatihah melangkah ke arah meja di belakang kaunter. Dia berbisik dengan rakan sejawatnya. “Cik, Dr Dre di tingkat empat. Tapi, dia tengah buat rondaan. Cik tunggu dekat lobilah,” ujar Fatihah lemah lembut.

Denisa senyum. Maksudnya, ada seseorang yang bernama Dr Dre di sini. Tak sia-sia dia memerah otaknya mengingati nama yang disebut wanita di ruang menunggu wad kecemasan hari tu. Dia sekadar mencuba nasib. Pelik sungguh hatinya ini. Tiba-tiba sahaja memikirkan kerja gila ini. Saban malam, lenanya terganggu dengan bayangan lelaki yang mencempungnya itu.

“Saya nak tanya sikit boleh?” Fatihah angkat kening. “Dr Dre tu mesra alam tak? I mean, sombong tak dengan semua staf?”

Fatihah senyum nipis. Dia sendiri pernah meminati doktor kacak itu. Tetapi, dalam mimpi sajalah dia ingin menegur doktor itu.

“Nak kata sombong, tak sangatlah. Cuma, Dr Dre jarang bergaul dengan staf perempuan. Dengan pesakit wanita pun dia jarang-jarang handle. Itu yang saya terkejut Dr Dre ada tunang. Kami kat sini ingat, Dr Dre… errr… gay,” Membulat mata Denisa.

What again? Gay? Oh, no! Tak boleh, tak boleh. Tetapi, mindanya juga bagikan mengakui kebenaran itu.

“Oh, ye ke? Tak kot. Saya kan tunang dia,” Fatihah sengih. Betul juga, kan?

“Amboi, berbual sakan nampak. Tak kerja ke, Cik Fatihah?” usik seorang doktor lelaki yang tiba-tiba muncul.

“Eh, Dr Syafiq, Dr Dre. Tak adalah. Ni hah, kami berbual dengan tunang Dr Dre,” Serentak itu Adrean yang sedang menyemak fail pesakitnya mengangkat wajah. Siapa pula ‘tunang’nya itu?

Denisa kaku. Alamak, kantoi! Haish, macam mana ni? Relaks, Denisa Rania. Dia tak makan orang pun, desis Denisa.

“Errr, hai,” sapa Denisa, teragak-agak. Disengih pada Adrean yang merenungnya pelik itu. Segak pula gay ni dalam scrub dia. Handsomenya bakal menantu abi ummi ni!

“Come with me,” Tanpa isyarat, ditarik lengan Denisa agar mengikutnya.

Dr Syafiq dan Fatihah terpinga. Drastik sungguh tindakan si Adrean itu. Tak sempat Dr Syafiq ingin menyoal tentang gadis cantik itu. Tidak pernah pula dia tahu Adrean sudah bertunang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience