BAB 10

Horror & Thriller Completed 4486

Sampai di rumah, selepas hantar semua kawan-kawan balik, saya pun tertidur. Petangnya, ibu kejutkan saya kerana katanya ayah kena sampuk hantu dan meracau-racau. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan!

Suara perempuan yang menengking seperti marahkan sesuatu.

Saya pun bawa terus ayah berubat dan alhamdulillah okay. Selepas itu, saya dan kawan-kawan juga berkumpul kembali. Tiga saja yang sempat berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia jauh.

Jadi berubatlah kami sebab bulu roma meremang tak turun-turun dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. “Ia” ada sekarang bersama-sama kami. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cerite la asal usul benda tu.

Ustaz tu beritahu perempuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yang kami sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua’alam. Sekarang rupanya mengerikan, kepale sebelah hancur dan berdarah di baju.

Selepas berubat, ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kami juga kembali okay. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.

Kami semua seram. Tak mahu nak lalu dah jalan dan simpang yang sama lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience