BAB 6 DENDAM HANTU

Horror & Thriller Completed 4486

Saya masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir pengajian ijazah. Saya dan kawan sekolej di terpaksa pindah kredit subjek pengajian ke kolej lain untuk meneruskan pengajian.

Kolej baru tu di utara tanah air dan keran aitu lah pertama kali juga saya menjejakkan kaki ke tempat itu.

Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira-kira pada sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Saya pun apa lagi, tengah malam tu juga saya setuju untuk balik ke tempat sebelum ini semula.

Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai ke utara tanah air ni.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil uzur ni, ada saya dan tiga lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, saya tak memandu. Saya bagi pada kawan lain untuk memandu.

Saya berehat di belakang dengan sorang kawan lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Saya akhirnya terlelap dengan kawan seorang lagi kat belakang.
Sedar-sedar kawan saya yang memandu tadi berhenti dekat sebuah kedai makan. Dia nak buang air rupa-rupanya. Oleh kerana ramai pelanggan di kedai makan tu mengguna tandas, kawan saya ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ.

Selepas membuang itu, perjalanan diteruskan. Sebenarnya, saya pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Malah, saya sangka kawan saya tu lagi tahu la kot dari saya. Jadi saya biarkan saja dia memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience