BAB 3 DISERANG HANTU

Horror & Thriller Completed 4486

Pada waktu itu saya sedang bertugas syif malam. Pada jam satu pagi, saya terima pesanan melalui Whatsapp dari isteri saya yang berbunyi begini.

"Dan, mommy cakap pinggang dia sakit. Tak boleh bergerak. Minta hantar ke hospital. Tahir (adik saya) dan ayah nak hantar mommy sekarang. You boleh datang ke hospital tak?"

Saya dengan tak berlengah lagi, jumpa penyelia saya dan beritahu dia apa yang terjadi. Saya pun dibenarkan pulang dan saya terus langsung ke hospital.

Setibanya saya di hospital, ayah,ibu dan adik saya pun sampai sama. Adik ambil kerusi roda dan sorong ibu ke wad kecemasan. Saya pula uruskan pendaftaran ibu di wad kecemasan.

Saya dan ayah tak dibenarkan masuk ke wad kecemasan, hanya si pesakit dan seorang lagi yang boleh menemani ibu ke dalam wad. Jadi saya suruhlah adik temankan ibu.

Saya dan ayah duduklah di bilik menunggu sambil berbual. Adik saya pula sekejap-sekejap keluar dari wad dan beritahu kami tentang keadaan ibu. Kami belum tahu apa yang terjadi pada ibu.

Cuma doktor kata mungkin ibu sakit gastrik atau ada batu di buah pinggang ibu. Doktor perlu membuat ujian lanjut sebelum memastikan keadaan ibu.

Jadi pada satu ketika itu, mungkin pada sekitar jam empat pagi saya rasa macam nak merokok. Oleh kerana kami di hospital, kalau nak merokok kenalah jalan jauh keluar dari perkarangan hospital.

Saya pun jalan perlahan-lahan menembusi tempat meletak kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience