BAB 4

Horror & Thriller Completed 4486

Di tempat meletak kereta cuma ada dua atau tiga buah kereta dan beberapa buah motosikal saja. Tapi di satu sudut terletak empat buah ambulans dan saya harus berjalan melintas ambulans itu sebelum saya dapat keluar dari perkarangan hospital.

Sedang saya berjalan di depan salah sebuah ambulans, saya macam terbau wangian yang sangat kuat dan bertukar menjadi busuk sekali! Meremang bulu roma saya!

Entah macam mana saya ni rasa nak mencari dari mana datangnya bau itu. Tiba-tiba saya kedengaran bunyi cakaran macam cakaran kuku di papan tulis. Kuat dan mengilukan sekali!

Saya pandang ke kanan, ke arah ambulans yang keempat yang betul-betul di sebelah saya.

Terperanjat saya nampak suatu lembaga hitam, rambutnya panjang, mata merah menyala dan lidahnya panjang terjelir di dalam ambulans itu! Benda tu macam merenung ke arah saya!

Saya macam nak pengsan. Dah tak boleh bergerak dan tak boleh berdiri. Macam saya kehilangan kepala lutut saya. Tegak tak mampu nak bergerak.

Saya pun apa lagi, paksa diri saya pusing dan terus berjalan balik ke wad kecemasan di mana adik dan ayah berada. Dalam perjalanan tu saya kerap toleh ke belakang kerana takut-takut benda tu mengikut saya.

Tiba di sana, ayah tanya "Aik?! Cepat kau hisap rokok?" Saya cuma senyum dan mengangguk kepala saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience