BAB 13

Horror & Thriller Completed 4486

Disebabkan banyak kerja hari itu, saya tiba di rumah agak lewat lebih kurang jam 11 malam. Oleh kerana penat sangat, saya terus masuk tidur. Kali ini tidur saya diganggu lagi.

Saya terjaga dan terbatuk-batuk kerana terhidu bau yang sangat busuk macam bangkai. Hingga ada rasa macam nak muntah tapi saya tahan je. Ketika itu jam sudah 3 pagi.

Saya pun keluar bilik mencari tempat di mana datangnya bau busuk tu. Cari punya cari akhirnya saya yakin bau tu datang dari bilik teman serumah saya iaitu di bilik utama.

Saya pun ketuk pintu bilik tapi tak terjawab. Oleh kerana bimbang, saya pergi pula ke bilik seorang lagi teman serumah dan ketuk pintu bilik dia. Pun sama tak dijawab.

Saya takut la jugak jadi apa-apa kan jadi saya pergi semula ke bilik utama tadi dan terus terajang pintu bilik tu sampai pintu tu terbuka.

Alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat seorang manusia yang ketika itu dalam keadaan lehernya dijerut dan tergantung dengan tali seolah-olah kelihatan dia bunuh diri. Saya terkejut lalu saya cepat-cepat pergi ke bilik saya dan gapai semua kunci motor, kunci rumah, telefon dan dompet dan saya keluar dari rumah.

Di luar rumah, saya telefon polis dan saya pun cerita apa yang saya nampak. Dah selesai bercakap dgn polis,, saya telefon pula tuan rumah dan saya cerita apa yang terjadi.

Tuan rumah cakap dia datang sekarang saya tunggu je depan pintu rumah tu. Dalam 10 minit kemudian, tuan rumah sampai dan kami pun masuk la ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik utama tadi.

Sekali lagi saya terkejut sebab tiba-tiba orang yang tergantung tadi sudah tak kelihatan begitu juga dengan darah dan tali yang saya nampak dalam bilik tu tadi. Hilang entah ke mana.

Saya pun cerita segalanya tentang apa yang terjadi sejak saya duduk rumah tu. Barulah tuan rumah tu beritahu sebenarnya saya duduk seorang je kat rumah tu dan masih lagi mencari penyewa untuk dua bilik yang kosong tadi.

Tuan rumah tu pun cerita yang dahulu memang ada pasangan gay yang menyewa rumah tu, dan dengar-dengar, pada suatu ketika, pasangan gay tu bergaduh teruk sehingga menyebabkan pembunuhan salah sorang dari mereka dan akhirnya seorang lagi tu bertindak membunuh diri dengan gantung diri dalam bilik utama.

Jadi, apa yang saya nampak tu, mungkin roh atau jin yang menyerupai orang yang membunuh diri tu. Sejak kejadian tu, saya terus keluar dan tak menyewa dah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience