BAB 11 BUNUH DIRI

Horror & Thriller Completed 4486

Untuk kerja yang baru saya dapat ini, bos dah sediakan tempat tinggal iaitu sebuah rumah kondominium yang dikongsi beramai-ramai bersama pekerja-pekerja yang lain.

Dalam syarikat tu, ada enam orang pekerja dan kami semua berkongsi tidur dalam rumah kondominium yang sama. Saya biasanya tidur di luar bilik iaitu di ruang tamu.

Tak dinafikan, rumah kondo di Lembah Klang ni memang selesa. Tapi bila dah kongsi beramai-ramai macam ni, memang agak rimas. Ditambah pula dengan perangai seorang-seorang pengotor.

Akhirnya, saya buat keputusan untuk sewa satu bilik di rumah lain.

Pada satu malam, saya cari secara dalam talian dan memang banyak sangat bilik untuk disewa. Tapi hanya ada satu bilik tu saya berkenan kerana di rumah tu juga disediakan banyak kemudahan lain macam peti ais dan dapur gas.

Dalam bilik tu juga dah disediakan katil tilam siap dengan cadar sekali. Almari juga disediakan untuk simpan baju, maka dengan harga sewa sebulan adalah RM350, saya rasa memang berbaloi untuk menetap di situ.

Tanpa membuang masa, saya pun hubungi nombor telefon yang tertera di iklan tersebut. Waktu tu juga saya jumpa tuan rumah melihat bilik. Bilik yang saya nak sewa ni adalah di sebuah rumah apartment yang berhampiran kondominium sebelum ini.

Keadaan memang puas hati. Semua lengkap dalam rumah ni. Saya dah tak payah beli apa-apa. Bilik air pun cantik bersih dan selesa diguna. Tanpa fikir panjang, saya pun bayar deposit untuk tinggal terus di rumah ni.

Dah bosan tengok TV di ruang tamu, saya pun bangun jalan-jalan dalam rumah ni tengok sekeliling. Saya tengok di pintu masuk rumah ada rak kasut. Di rak kasut tu ada banyak kasut dan selipar. Ni mungkin kasut teman serumah saya.
Kasut dan selipar kesemuanya nampak macam berjenama. Mesti mereka ini kaya. Dalam rumah ni ada 3 bilik. Jadi, maknanya ada 3 orang yang menyewa dalam rumah ni termasuk saya. Sebab nampak gaya rumah ni memang kemas dan bersih.

Tak nampak macam rumah yang disewa beramai-ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience