BAB 2

Horror & Thriller Completed 4486

Dalam keadaan tu saya mengambil keputusan untuk menyalakan sebatang rokok, sambil tangan saya mencari pemetik api di dalam poket tiba-tiba mata saya tertarik untuk memandang cermin pandang belakang kereta.

Dalam masa itu juga bukan seperti kelibat-kelibat yang biasa saya nampak di hari-hari yang lain sebelum ni. Tapi merupakan lembaga yang badannya dilitupi kain berwarna putih.

Jelas kelihatan bergesel dari kiri ke kanan cermin belakang kenderaan saya. Tanpa cerita panjang terus saya istighfar dan terus menghidupkan enjin kereta dan beredar dari tempat itu.

Pertama kali saya dapat rasakan yang lutut saya seperti bergetar. Segala tulang-tulang yang ada pada lutut saya bergetar. Pada masa itu rakan-rakan yang berada di belakang kebingungan, dan bertanya kenapa saya keluar dari tempat dan bertanya apa yang telah berlaku bertalu-talu keluar dari mulut dia orang cuma yang berada di sebelah saya dan saya sendiri membisukan diri.

Sampai di satu gerai, kami turun, dan akhirnya saya memulakan cerita, dan saya menceritakan apa yang berlaku, dan tiba-tiba kawan saya yang duduk di sebelah masa di dalam kereta saya tu mula bersuara dan menyampuk.

Dia juga mengalami situasi yang sama iaitu terlihat lembaga tersebut di cermin pandang belakang kereta saya. Katanya saya dan dia memang serentak memandang cermin pandang belakang tersebut dan terlihat akan susuk lembaga yang bergesel pada cermin belakang tu.

Akhirnya malam tu diakhiri dengan semangat untuk kembali lagi ke tempat itu di lain hari. Kali ini kena bersedia dengan segala kelengkapan seperti lampu. Mental dan emosi juga perlu disiapkan untuk melihat lembaga itu sekali lagi. Kalau tidak cabut larilah seperti sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience