BAB 1 LEMBAGA BERKAIN PUTIH

Horror & Thriller Completed 4486

Ketika itu saya masih menganggur dan sering keluar malam bersama teman-teman saya. Nak dijadikan cerita saya dan teman-teman saya mempunyai minat yang sama iaitu untuk menjelajah dunia malam iaitu dunia mistik.

Pada satu malam, seingat saya malam tu malam Sabtu, jam dua pagi, waktu tu kami berempat sahaja yang lain tak ikut sebab ada hal masing-masing. Kami pun bercadang pergi ke sebuah hospital tinggal yang terdapat di ibu kota.

Malam tu dengan berkenderaan pacuan empat roda, saya sampai di kawasan hospital tu dan saya terus parking membelakangi hospital tersebut. Waktu tu kami tak bercadang untuk turun, sebab kami tak bawak lampu suluh, jadi waktu tu kami hanya duduk di dalam kereta sambil memerhati keadaan sekeliling, masa tu tempat tu memang gelap.

Selang 10 minit selepas tu tiba-tiba je telinga saya berdesing, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya biarkan dan mendiamkan diri memandangkan rakan-rakan yang lain masing-masing mendiamkan diri dan asyik memerhati keadaan sekeliling.

Kawan-kawan yang lain masih dalam kereta dan memerhatikan sekeliling. Suasana memang sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang sekali sekala dan beberapa bunyi lain yang tak dapat saya kenal pasti puncanya tapi tidak lah menyeramkan pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience