BAB 9

Horror & Thriller Completed 4486

Perjalanan diteruskan dalam keadaan saya bingung. Tertanya-tanya pada kawan saya. Kawan-kawan saya tak nampak apa yang saya nampak. Mereka pun blur.

Sampai di satu tempat, kami berhenti periksa kereta. Memang teruk juga keadaan kereta. Kalau nak baiki pasti kena beribu juga ni. Kami langsung tak perasan kat mana kami berhenti ketika itu kerana keadaan yang gelap sangat di sekeliling tu.

Lepas diamati seketika, rupa-rupanya di belakang tu kubur Cina yang luas. Tapi kami tak perasan benda ni.

Perjalanan diteruskan juga. Sampai satu tempat ni, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di cermin sisi, ada sesuatu di belakang sedang renung kitorang.

Tapi macam tadi juga, hanya saya yang perasan. Saya kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat. Maka kami teruskan perjalanan.

Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat. Nampaklah satu kontena trailer lama di tepi jalan. Saya pun cadang nak rehat tepi trailer tu je lah.

Tu saje kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tak ade kenderaan lain. Sekurang-kurangnya ada peneman dalam hati ni kata. Jadi, saya parkir kerete dekat trailer tu.

Tak sampai 1 minit, keempat-empat kami tertidur.

Tiba-tiba…

Kawan yang memandu mula-mula tadi melaung2 nama saya.

“Azli! Kereta-kereta!” Saya cepat-cepat buka mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!

Lampu tak pasang, gear masih free, brek tangan masih tak turun. Tapi kereta jalan!

Saya tengok kaki kanan saya bergerak sendiri hentak-hentak pedal minyak. Apa hal kaki saya ni?! Kereta pula bergerak ke arah gaung. Saya kekalutan dan bersusah payah cuba hentikan kaki sendiri. Saya nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience