BAB 7

Horror & Thriller Completed 4486

Sekali lagi saya terlelap di belakang dengan kawan. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap dan tak ada orang. Rumah pun tak ada di tepi-tepi jalan ni. Tak tahu kat mana.

Saya tanyalah kawan lokasi kami sekarang ni. Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni tapi tak jumpa simpang tu. Saya pun suruh dia patah balik.

Ketika dia patah balik, tibe-tibe saya dan kawan di belakang rasa seriau sangat. Naik semua bulu-bulu roma kami berdua kat belakang. Saya tanya kawan kat belakang tu, dia rasa tak apa saya rasa. Dia kata dia pun sama.

Jadi kami sama-sama baca ayat-ayat al-Quran perlahan-lahan. Perjalanan diteruskan. 70kilometer juga rupanya kami tersesat ke jalan gelap tu.

Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi kawan saya yang memandu terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang pula.

Masuk jalan yang gelap lagi sekali. Saya pun tak sedap hati dah. Saya mintak tukar pemandu. Sekang saya sendiri yang pandu kerete tu.

Alhamdulillah, bila saya yang memandu, jumpa pula simpang tu. Saya pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan pintas sebenarnya simpang ni. Ada la dalam 40 kilometer lebih kurang kalau tak silap.

Tapi dengan izin Allah, jalan pintas tu hanya ambil masa 10 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh-puluh kilometer boleh dapat 10 minit perjalanan tak? Logik tak?

Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga-tiga kawan terlelap padahal tadi berborak. Betul-betul tidur. Kecuali saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience