BAB 8

Horror & Thriller Completed 4486

Masa tu saya ingat lagi, hujan renyai-renyai. Lampu tinggi kerete kancil ni memang dah rosak dan belum dibaiki lagi. Pasang lampu biasa saja.

Jadinya kenalah pandu perlahan dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kerete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Ketika itu, sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah tak mampu pecut.

Tiba-tiba….

Saya ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kerete betul tak sampai 50 meter di hadapan kerete muncul pula! Apa lagi, saya tekan brek sampai habis sambil pulas stereng ke kanan.

Gedegang!!!!
Hancur remuk bonet kerete saya akibat terlanggar sesuatu selepas memusing stereng ke kanan tadi. Terempuh jugak benda tu.

Kawan-kawan semua tersedar kerana terkejut. Bawa 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan tak boleh buka langsung. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok je terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe-tiba boleh elok kembali. Nasib baik kerete tak mati, boleh terus berjalan. Saya dah cuak dah.

Risau kalau terlanggar orang ke. Tapi saya tengok ke belakang. Memang tak ada apa-apa! Lembu ke binatang-binatang lain ke, memang tak ada apa! Serius tak ada! Tapi kerete saya remuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience