HARI berganti hari,kini telah sebulan mereka bersekolah. Adzril telah menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekolah baru dan mendapat ramai kawan. Ramai perempuan yang cuba mendekatinya tetapi dia hanya menghiraukan perkara tersebut. Adzril bukanlah seorang yang suka melayan perempuan dan dia juga sangat menjaga batasnya. Jika dengan rakan sekelas perempuan, dia hanya bercakap ketika perlu sahaja contohnya semasa membuat kerja kumpulan ataupun hendak bertanya sesuatu.
Sepanjang sebulan bersekolah,hanya seorang sahaja yang masih belum dia tegur di dalam kelas tersebut iaitu Hanis. Dia agak tertarik untuk berkenalan dengan Hanis kerana Raisya sering bercerita tentang perwatakan kawannya itu. Dia senang berkawan dengan Raisya disebabkan Raisya seorang yang sporting dan masuk air dan dari situlah Raisya selalu membanggakan kawannya itu. Katanya Hanis memang tidak mudah untuk berkawan lebih-lebih lagi dengan lelaki juga boleh dikatakan sombong tetapi apabila benar-benar mengenalinya,Hanis juga sama seperti Raisya yang masuk air dan bermulut puaka. Raisya juga sering meng'ship'kan dia dengan Hanis. Sehingga Adzril mempunyai perasaan yang membuak-buak untuk mendekati Hanis.
" Baiklah,saya nak awak semua buat pembentangan tentang subtopik yang telah kita pelajari. Saya bari masa dua minggu untuk siapkan tugasan ini. Tidak kisah apa cara pembentangan sekali pun. Saya akan bahagikan kamu kepada kumpulan." Cikgu Zara meminta anak muridnya membuat pembentangan untuk menguji sejauh manakah tahap kefahaman mereka.
Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, Adzril mendapati ahli kumpulannya terdiri daripada lima orang ahli iaitu dia,Hanis,Raisya dan dua orang murid lagi daripada rakan sekelasnya. Pada ketika itu, Adzril sangat gembira kerana mungkin dia dapat berkenalan dengan Hanis. Sedang dia mengelamun,tiba-tiba.....
" Hoiii lelaki pon berangan kee?" Ferhad iaitu rakan sekelasnya sengaja menepuk mejanya dengan kuat sekaligus membuatkan Adzril tersentak daripada lamunannya.
" Kau nak mampos ke." Balas Adzril kasar. Ya dia juga mencarut tetapi tidak selalu. Ada ke budak sekolah yang tidak mencarut?. Mungkin ada tetapi jarang sekali ditemui.
" Kau mengelamun apa sampai senyum sorang-sorang?" Ferhad cuba untuk mengorek rahsia Adzril.
" Adalah. Sebuk je nak tahu dasar pakcik bawang. Dah pergi main jauh-jauhh syuhhh nyah kau dari sini." Adzril tidak memberitahu malah dia menghalau kawannya itu. Adzril hanyalah berkata dalam nada gurauan dan tidak bermaksud untuk menghalau Ferhad dari situ.
Sementara itu Raisya sudah membantai gelak kepada Hanis kerana ternyata mulutnya memang masin apabila perkara yang dikatakannya benar-benar berlaku iaitu Hanis akan mendapat kumpulan yang sama dengan Adzril.
" Diam lah setan,bodoh kau Sya. Lain kali kau jangan cakap apa-apa eh. Mulut kau masin tauu macam sial pula tu. Sudah-sudah la gelak kan aku. Nasib baik dalam kumpulan tu kau pon ada juga." Berbakul makian yang diberikan kepada Raisya. Sememangnya Hanis sangat bengang dengan pengagihan kumpulan dan baginya ini adalah satu malang yang menimpa.
" Aku dah cakap kau dengan Adzril memang ada jodoh,secocok macam merpati dua sejoli. Hahahaha. Cannot brain lah oii,senak perut aku asyik gelak je daripada tadi." Raisya masih lagi tidak berhenti ketawa dan terus-menerus membahan Hanis. Sebenarnya dia ada merancang sesuatu kerana Adzril pernah memberitahu yang dia mahu berkawan dengan Hanis,tetapi tidak sangka perkara yang berlaku boleh menjadikan rancangannya lebih mudah untuk dilaksanakan.
" Damn you." Hanis membalas ringkas tetapi cukup ganas. Dia juga sempat memberikan jelingan dan menunjukkan rasa protesnya.
" Balik sekolah nanti aku buat whatsapp group supaya mudah kita nak berbincang tentang pembentangan ini." Raisya mula serius dan telah berhenti gelak kerana kepalanya terasa berdenyut-denyut. Padah menggelakkan orang akhirnya dia juga terkena.
Setelah satu jam pulang ke rumah, Hanis mencapai telefon pintarnya dan mendapat notification daripada Whatsapp iaitu...
'Raisyaku added you'
Raisya terus membuka group tersebut dan dia terperasan sesuatu yang pelik iaitu nama group tersebut yang sepatutnya Group Pembentangan tetapi dinamakan 'Misi menyatukan Adzril dan Hanis'.
" Perempuan ni dah ready nak mampos ke siall." Sememangnya dia tahu group tersebut dibuat oleh Raisya dan dia tak habis lagi membahan dari di sekolah hingga balik rumah. Tanpa berlengah Hanis terus cari personal chatnya dengan Raisya.
Hanis -- " Oiii setan tukar nama group tu ngokk."
Raisyaku -- " Eh salah eh nama group sorry bebb. HAHAHAHAHA."
Hanis -- " Memang mampos kau aku kerjakan esok."
Raisyaku -- " Ye ye aku nak tukar lah ni. Kau tak payah gelabah sangat aku baru add kau dengan Adzril je. Ehekk."
Hanis -- "*emoji middle finger up*"
Raisyaku -- " Emoji tak relax beb. Hahahaha."
Selesai menukar nama group,Raisya terus masukkan nombor ahli kumpulannya yang lain. Mereka membuat sedikit perbincangan secara atas talian dan bercadang untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam minggu tersebut memandangkan cikgu mereka memberi tempoh dua minggu.
Raisya -- " Kita nak siapkan di rumah siapa?."
Naqibah -- " Sorry,hujung minggu ni parents aku tiada di rumah,jadinya aku tak boleh ajak korang semua datang."
Hanis -- " Kalau nak buat di rumah aku boleh je tapi cakap awal-awal,nanti aku beritahu mama aku."
Iffat -- " Aku tak kesah dimana-mana pon boleh."
Adzril -- " Jom lah buat di rumah aku boleh aku kenalkan kawan-kawan baru pada ibu aku."
Raisya -- "Chantekkk. Kita buat di rumah Adzril lah. Nak tengok juga rumah dia,sambil menyelam minum air hehe."
Adzril -- " Ok nanti aku beritahu ibu aku,manalah tahu kalau dia rajin nak sediakan kudap-kudapan untuk korang semua."
Raisya -- " Hanis senyap je ok tak tu? Ke berdebar nak jumpa bakal mak mertua. Hahahahaha."
Hanis -- " Kau apahal. Bodoh eh. Siannn."
Pada waktu itu Hanis sememangnya rasa seperti mahu membunuh orang dan orang yang bakal dia bunuh adalah Raisya.
Raisya -- " Relax beb aku gurauu hahaha. Ok dah confirm kita buat di rumah Adzril. Bye semua."
****************************
PADA hujung minggu, hari untuk mereka menyiapkan tugasan telah tiba. Masing-masing telah tiba dan berkumpul dia rumah Adzril. Ketika itu semua tekun membuat kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Ibu Adzril sempat menghidangkan air minuman kepada mereka juga beberapa potong kek marble yang dibuat sendiri. Sambil membuat kerja boleh juga makan dan minum supaya dapat mengurangkan stress. Selepas beberapa jam,akhirnya semua berpuas hati dengan kerja yang mereka hasilkan. Masing-masing tidak terus pulang ke rumah kerana Puan Farhah mengatakan dia sedang masak sedikit makanan untuk menjamu tetamu.
Sedang menunggu Puan Farhah siap masak,Hanis dan Raisya mendekati adik perempuan adzril iaitu Azra yang sedang ralit bermain dengan kucing belaannya. Hanis memang suka bermain dengan kucing tetapi berbeza bagi Raisya. Bukan dia tidak suka kucing tetapi dia agak takut jika kucing tersebut melompat keatasnya dan dia berasa geli jika ada anak kucing yang datang menggeselkan kepalanya dikaki Raisya.
" Hai nama siapa si cantik?. Comel kucing ni dah lama ke bela?." Tanya Hanis yang cuba beramah dengan Azra.
" Nama saya Azra Rania,akak panggil je Azra. Kucing ni pula nama dia Tatam dah tiga tahun saya bela. Tatam ni muka memang garang tapi manja sangat sebab suka datang pada orang dan terus duduk di atas riba tak pun mengendeng di sebelah." Azra sememangnya peramah dan dia memang sangat sukakan kucing. Nama 'tatam' diberi kerana bulunya yang gebu berwarna hitam dan ada sesetengah bahagian yang berwarna putih.
" Ouhh cantik sangat bulu dia,bersih dan gebu macam karpet." Hanis semakin tertarik dengan Tatam.
" Akak nak pegang ke. Nah la tapi berat sikit tau maklumlah kuat makan dia ni." Azra menghulurkan kucing tersebut.
" Boleh jugaa. Hihi meoww sini Tatam duduk sini." Hanis mengambil kucing tersebut dan dudukkan di atas ribanya.
" Aduh kucing ni suka lompat atas riba orang lah pula. Jangan dia lompat atas aku sudah laa." Raisya berkata sendirian tetapi dengan suara yang sangat perlahan. Ketika itu dia dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku.
" Meoww." Tatam berbunyi dan tiba-tiba melompat kearah Raisya.
" Arghhhh." Raisya menjerit kerana terkejut. Secara serta merta dia berdiri dan mengundurkan langkahnya tetapi secara tidak sengaja dia telah melanggar cawan yang masih berisi air sehingga menyebabkan air tersebut tumpah. Mujur mereka telah mengemas barang sekolah. Ternyata sangkaannya tepat yang kucing itu akan melompat ke arahnya.
" Aduh kau ni behave la oii,kita di rumah orang ni tau. Ha tengok air pula tumpah." Hanis langsung tidak menyangkakan perkara seperti itu berlaku.
" Bukan salah aku. Si Tatam ni ha tiba-tiba lompat,aku terkejut lahh." Balas Raisya geram.
" Kejap lah,aku pergi minta kain lap pada aunty Farhah." Sejurus itu Hanis terus melangkah masuk ke ruangan dapur untuk meminta kain lap.
Tiba di dapur,Hanis memohon maaf terlebih dahulu kapada Puan Farhah dan terus meminta kain untuk mengelap air yang tumpah. Nasib baik Puan Farhah tidak marah. Beberapa minit kemudian,dia kembali ke ruang tamu bersama kain ditangannya.
" Nah kau lap sendiri. Cukup baik aku dah mintakan tauu." Hanis menghulurkan kain tersebut kepada Raisya.
Tanpa Hanis sedar, ada sepasang mata yang memerhatikannya siapa lagi kalau bukan Adzril. Melihat Hanis yang berkelakuan sopan dengan ibunya,perasaan untuk mengenali dan mendekati Hanis senakin membuak-buak. Dan dia teringat yang Raisya pernah katakan jika dia mahu mengenali Hanis, beritahu padanya dan dia akan tolong. Jadinya dia perlu merancang sesuatu.
Selesai mereka makan makanan yang dimasak oleh Puan Farhah, Hanis dan Raisya ingin membantu Puan Farhah untuk mengemas di ruangan dapur tersebut.
" Aunty ada nak minta tolong apa-apa tak?." Kata Hanis dengan cukup sopan.
" Haah aunty kami boleh je tolong." Sambung Raisya pula.
" Eh tak perlu,kamu kan tetamu tak mengapa. Pergi duduk depan lagipun aunty ada anak perempuan." Puan Farhah menghalang mereka untuk membantunya.
" Kami dah makan tak salah nak tolong kemas sekali." Kata Hanis yang masih ingin membantu.
" Tu lah macam tak elok kalau dah makan tapi tak tolong apa-apa." Raisya pula mencelah.
" Aunty tak kisah pun kalau kamu tak tolong. Aunty pon ikhlas je masak untuk semua tadi." Puan Farhah masih menegah mereka yang ingin membantunya.
" Hhmm. Kalau aunty cakap macam tu tak mengapa lah. Tapi lepasni jika kami datang lagi jangan lah tak kasi tolong juga." Mereka akhirnya mengalah.
" Hari pon dah petang ni,kami belum solat asar. Minta diri dulu lah aunty. Terima kasih ye masakkan tadi,sedap aunty masak." Raisya meminta diri untuk pulang ke rumah.
" Baiklah hati-hati balik. Nanti bila-bila datang lah lagi ye." Puan Farhah memberi pesanan ringkas kepada mereka.
" Insya allah aunty. Bye." Serentak Hanis dan Raisya berkata sambil melambaikan tangan untuk beberapa kali. Puan Farhah hanya membalas dengan senyuman manis.
KINI siang telah melabuhkan tirainya. Azdril sedang duduk bersantai di balkoni yang tidak begitu besar bersama kelurganya. Mereka selalu meluangkan masa bersama untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan disamping dapat memupuk banyak nilai murni dalam kehidupan.
" Azra suka lah dengan kakak berdua tadi tu. Baik sangat cantik pula tu. Tapi tak sempat nak tanya nama sebab akak yang satu tu dah terlanggar air." Azra mengingat kembali perkara yang berlaku siang tadi.
" Ye lah. Sopan je dua-dua tu. Peramah,rajin sampaikan offer diri nak tolong ibu." Puan Farhah pula menyambung.
" Yang minta kain lap daripada ibu tu nama dia Hanis. Yang terkejut sebab Tatam lompat atas dia tu namanya Raisya. Mereka memang peramah,masa first day Azdril sekolah pun Raisya yang bantu tunjukkan jalan ke pejabat sekolah." Azdril memberitahu nama mereka tetapi dia hanya tersenyum kerana ibunya mengatakan yang mereka sangat sopan. Sebenarnya mereka memang sopan tapi hanya dengan orang yang lebih berumur jika dengan kawan-kawan keluarlah segala perangai 'gonjol' mereka.
" Ye ke?. Bagusnya boleh jadi calon menantu ni. Hihihi." Encik Idris yang tidak sempat berjumpa mereka hanya mendengar cerita daripada isteri dan anaknya.
Adzril hanya mendiamkan diri apabila mendengar kata-kata daripada ayahnya itu. Dalam diam dia juga menyimpulkan senyuman. Sekilas dia terbayang wajah Hanis yang sangat berbudi bahasa dengan ibunya siang tadi.
" Ibu ayah, Adzril masuk tidur dululah. Selamat malam, Assalamualaikum." Dia bangun dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Farhah dan Encik Idris.
MASUK sahaja ke dalam bilik Adzril terus mencapai telefon pintarnya dan mencari nombor Raisya.
Adzril -- " Raisya."
Raisya -- " Ye nak apa?"
Adzril -- " Tolong aku weh. Aku rasa aku dah jatuh suka pada Hanis lah. Haritu kau pernah offer nak tolong kalau aku suka dia."
Raisya -- " HAHAHAHAHA. Lah tu je,ingatkan nak apa lah tadi. Boleh je aku tolong. Alahh sekeras-keras hati Hanis tu dia masih ada perasaan. Tapi kau betul eh tak akan pergunakan or permainkan dia?"
Adzril -- " Ye aku tak akan sesekali sakitkan hati dia. Aku ni bukan lelaki yang suka permainkan perempuan lah."
Hanis -- " Ok aku percayakan kau. Tapi kalau aku tahu kau ada sakitkan hati dia,memang nahas kau ye. AWASS KAU. Ok first step kau kena tegur dia. Tak kesah apa cara sekali pun. Mula-mula memang dia menyampah tapi perempuan ni suka tengok effort lelaki. So jangan putus asa."
Adzril -- " Ok ok aku cuba nanti. Lepastu nak buat apa lagi?"
Hanis -- " Buat dulu yang ni tak sabar betul. Nanti agak-agak kau selalu bercakap dengan dia,aku akan bagi tips seterusnya. Aku pun akan 'cucuk-cucuk' Hanis. Manalah tahu berjaya juga kan."
Adzril -- " Thanks weh. Semoga aku berjaya. Hehehe."
Hanis -- " Setakat benda macam ni,no hal lahh. Good luck broo. Dah aku nak beradu jangan kacau."
Adzril -- " Okay."
Adzril terus menutup telefon pintarnya dan diletakkan di sebelah bantalnya. Dia sangat teruja untuk menjalankan misinya itu. Seusai membaca doa dia terus menutup matanya dan beberapa minit kemudian berlayarlah dia ke alam mimpi.
- bersambung -
Share this novel