PADA pagi yang indah dihiasi bunyi kicauan burung-burung, Hanis telah tiba di sekolah dengan menaiki bas. Hari ini merupakan hari ke-3 dia bersekolah. Sepanjang dua hari sesi persekolahannya,semua berjalan dengan lancar dan tenang. Dia tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan sekelasnya kerana mereka telah ditempatkan dalam kelas yang sama sejak tahun lalu iaitu kelas aliran Sains.
" Raisya cakap ada murid baru akan masuk,tapi dah hari ke-3 tak nampak kelibat pon." Sedang dia termenung tiba-tiba dia teringat apa yang Raisya katakan.
" Eh dah kenapa pula aku terfikir pasal budak baru tu,biar lah dia nak datang ke tidak." Hanis cuba menafikan apa yang sedang dia fikirkan.
Sedang dia mengelamun,tiba-tiba perutnya terasa sakit mungkin kerana dia makan meggi ramen malam semalam. Masa makan tidak memikir akibatnya. Dia telah diberi nasihat oleh ibunya tetapi dia tetap berdegil kerana katanya hanya sekali-sekala dan nak hilangkan craving.
" Aduhh sakitnya perut aku nii. Menyesal pula aku makan Meggi Ramen malam semalam. Itulah kau Hanis orang nasihat tak mahu dengar. Ni dah kena baru nak menyesal.Haishh tak kan aku nak pergi tandas sorang-sorang,pagi macam ni seram juga. Ajak Raisya lah." Hanis membebel seorang diri. Mahu menyesal tiada guna.
" Sya teman aku pergi tandas aku sakit perut sangat ni. Bawa sabun kau sekali." Hanis berkata dengan pantas dan terus meninggalkan Raisya.
Raisya sememangnya membawa sabun berbentuk cecair gel yang diisi didalam botol mini. Tujuan dia membawa sabun ke sekolah adalah ingin memastikan tangannya sentiasa bersih. Bukannya pihak sekolah tidak menyediakan sabun tetapi bagi Raisya,sabun yang diasediakan langsung tiada fungsi kerana terlalu cair dan tidak berbuih serta tidak mempunyai sebarang bau wangi. Hanis pula terus berjalan laju meninggalkan kawannya. Agaknya jika ada pertandingan berjalan paling laju ,Hanis akan dinobatkan sebagai juara.
" Oii sabar lah laju gila kau jalan dah nak terkucil sangat ke." Raisya tergelak besar sambil kakinya melangkah laju mengejar Hanis.
" Diam kau setan. Kalau kau nak terberak tak kan nak jalan macam pengantin pulaa."
Sampai sahaja di tandas,Hanis mengarahkan Raisya supaya tunggu dan memberi isyarat seperti berdehem atau memanggil namanya jika ada orang lain yang sedang menunggu untuk masuk ke tandas. Tujuannya ialah dikhuatiri ada orang yang terpaksa menunggu lama semasa dia didalam tandas.
Raisya yang sedang mundar-mandir di luar tandas sambil mulutnya menyanyikan beberapa buah lagu tetapi hanya bahagian corus sahaja. Raisya dengan menyanyi memang tidak dapat dipisahkan walaupun dia sedar suaranya tidak merdu. Tetapi dia langsung tidak kisah kerana dia akan tetap buat apa yang dia minat.
" Ehh alamak aku baru teringat aku lupa nak bawa fail Bahasa Melayu lah. Patutlah rasa macam tertinggal sesuatu. Niss aku nak pergi call mama aku kejap guna public phone di lobi tu tau." Jerit Raisya dari luar tandas.
" Ok nanti kalau aku dah siap aku tunggu kat tempat kau tunggu tadi." Sahut Hanis dari dalam tandas. Ish ish ish tak senonoh perangai.
" Ok." Raisya menjawab sepatah lantas kakinya melangkah laju ke arah public phone yang disediakan. Mujur dia sentiasa membawa duit syiling ke sekolah.
Setelah selesai membuat panggilan dengan mamanya,Raisya berjalan semula menuju ke tandas.Raisya sejenis yang berjalan tetapi matanya melilau ke sekeliling dan tiba-tiba...
BUKKK. Raisya terlanggar seseorang lantas badannya terdorong sikit kebelakang mujur saja tidak terjatuh,kalau tidak ianya akan lebih kepada malu daripada rasa sakit. Sejurus itu dia terus meminta maaf kepada gerangan tersebut.
" Sorry-sorry,saya terlanggar awak mata saya ni suka pandang tempat lain kalau berjalan. Tapi saya macam tak pernah nampak awak di sekolah ni. Awak ke murid yang baru pindah masuk tu?" Tanpa rasa malu Raisya bertanya.
" Ye saya murid baru tu sekarang saya hendak ke pejabat untuk berjumpa GPK Hal Ehwal Murid." Balas lelaki tu dengan tenang.
" Ouhhh nak saya tunjukkan di mana pejabat ke?. Erkk macam awkward lah guna 'awak saya' guna 'aku kau' je lah." Geli-geleman telinganya mendengar perkataan 'awak saya' apabila berbual dengan lelaki.
" Ha boleh juga. Terima kasih." Ujar lelaki itu ringkas.
Selesai menghantar murid lelaki itu ke pejabat,Raisya terus menuju semula ke tandas dan dia terlihat Hanis telah menunggu dia luar. Raisya tahu dia akan dimarah dan bakal mendapat berbakul carutan daripada Hanis.
"PUKKK. Wehh aku dah jumpa budak baru tu. Handsome bebb sesuai dengan kauu." Satu pukulan diberi pada bahu Hanis. Dengan pantas Hanis juga membalas pukulan pada bahagian yang sama di badan Raisya.
" Sakit siall. Kau cakap sekejap je nak call mama kau,tapi lama nak mampos aku tunggu." Balas Hanis tidak berpuas hati.
" Haha dah satu sama,aku pukul kau dah balas. Tadi aku tolong tunjukkan budak baru tu jalan ke pejabat tadi,nampak dia macam terpinga-pinga tak tahu jalan. Lagipon aku terlanggar dia tadi." Panjang menjelasan Raisya kepada Hanis.
" Dah terlanggar tu ada putik-putik cinta yang mekar ke tidak? Alah yang biasanya terjadi macam dalam novel tu". Hanis sengaja menyakat kawannya itu. Sambil mereka menuju semula ke kelas.
" Otak kau putik-putik cinta. Tak ada maknanya. Aku bukan orang yang senang jatuh cinta,setakat terlanggar then jatuh cinta dah cliche sangat lah. Tapi kan,mesti nanti ramai perempuan yang tergila-gilakan dia sebab boleh tahan handsome." Raisya seakan telah dapat mengagak perkara yang akan berlaku memandangkan murid baru itu juga mempunyai pakej rupa yang tampan dan bertubuh tinggi.
" Handsome sangat ke?. Tunjuk pada aku nanti,aku nak tengok juga." Balas Hanis seperti menunjukkan minatnya.
" Ok nanti waktu rehat kita pergi ronda sekolah. Manalah tahu terserempak lepastu dia nampak kau terus jatuh cinta ke. Hohohoho." Raisya mengeluarkan perangai gonjolnya.
" Jangan macam-macam lah. Aku just nak tengok je." Hanis menidakkan apa yang sedang dikatakan oleh Raisya. Kadang-kadang apa yang dikatakan oleh Raisya akan berlaku. Kata orang tua-tua 'mulut masin'.
Pernah satu kejadian itu,mereka terdengar bunyi yang seakan-akan monyet dan secara spontan Raisya berkata 'aku tak tahu pula ada monyet sesat di sekolah ni'. Dan beberapa saat selepas itu,memang ada monyet yang berjalan dia atas tembok.
SEDANG mereka belajar di dalam kelas,tiba-tiba terdengar ketukan pintu dan terpancul wajah GPK Hal Ehwal Murid iaitu Cikgu Aziera bersama seorang murid yang tidak dikenali.
" Assalamualaikum semua." Cikgu Aziera memberi salam kepada murid-murid tingkatan 5 Sains.
"Waalaikumsalam Cikgu Aziera." Salam dijawab serentak oleh murid-murid tingkatan 5 Sains.
" Hari ini saya ingin memperkenalkan seorang murid baru yang akan ditempatkan di dalam kelas ini. Adzril sila perkenalkan diri." Cikgu Aziera memulakan bicaranya dan menyuruh murid tersebut memperkenalkan dirinya.
"Assalamualaikum semua,nama saya Adzril Rafif. Saya harap semua dapat terima kemasukan saya ke kelas ini dan berharap kita semua dapat berkenalan dengan lebih rapat." Adzril mula memperkenalkan dirinya di hadapan semua murid kelas 5 Sains yang bakal menjadi rakan sekelasnya. Tetapi tidak banyak kata-kata yang dikeluarkan kerana dia masih cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah dan kelas barunya.
" Ok saya harap kamu semua boleh sama-sama belajar dan bantu antara satu sama lain. Baiklahh,Adzril,awak boleh duduk di tempat kosong di sebelah Ferhad." Cikgu Aziera meminta diri dan terus berlalu keluar. Kebetulan Ferhad Anuar adalah orang yang Adzril lihat di kawasan perumahannya,tidak sangka mereka berjiran dan juga sekelas. Jadi tidak pelik jika mereka mudah mesra.
Sementara itu Raisya yang masih terkejut dan menepuk lengan Hanis berulang kali untuk menunjukkan rasa terujanya.
" Niss itu lah murid barunya,aku tak sangka dia masuk kelas ni. Tak perlu susah-susah nak ronda sekolah waktu rehat nanti. Memang kuat lah jodoh kau dengan dia." Ujar Raisya dalam keadaan berbisik serta gayanya yang agak teruja sambil mengambil kesempatan untuk mengenakan Hanis.
" Kau dah kenapa gila. Apahal jodoh aku dengan dia pula kan kau yang dah jumpa dia." Hanis langsung tidak menunjukkan minatnya.
" Bye aku nak berkenalan dengan budak baru,nanti aku bagitau pada kau pasal dia. Muahahahahah." Raisya hanya menghiraukan kawannya dan terus bangun dan berjalan menuju ke tempat duduk Adzril.
" Heii kita jumpa lagi. Tak sangka kita sekelas. Ha apa nama kau tadi Adzril eh?". Dengan selamba badaknya Raisya menegur Adzril.
" Ye ye nama aku Adzril. Adzril Rafif. Nama kau pula?" Adzril mengajukan juga soalan yang sama kepada Raisya.
" Nama aku Raisya Luthfia. Yang itu pula kawan baik aku Hanis Aulia. Cantikkan dia tu?. Kalau kau berminat beritahu dengan aku. Hahaha." Jelas Raisya sambil menunjuk kearah Hanis.
" Erkk. Hhmm betul,cantik." Adzril menggaru belakang tengkuknya yang langsung tidak gatal. Sebenarnya dia agak tercengang dan kehilangan kata-kata apabila mendengar soalan daripada Hanis.
" Dah kenapa pula dia ni sebut nama aku dah lah siap tunjuk pastu pandang-pandang. Kau tunggu kauu Raisya. Memang dah lama hidup perempuan ni." Hanis yang sedang bengang bercampur geram dengan Raisya. Ketika itu,wajahnya juga terasa bahang dan sedikit kemerahan kerana malu apabila dirinya menjadi bualan. Bukannya dia tidak dapat dengar perbualan antara Raisya dengan Adzril ,kerana kedudukan meja mereka tidaklah jauh,hanya selang beberapa buah meja sahaja. Tambahan pula Raisya mempunyai suara yang kuat. Agaknya dia tertelan mikrofon semasa kecil.
Beberapa minit kemudian, Raisya berjalan ketempat duduknya semula dengan muka tidak bersalah. Dia tahu Hanis telah mula panas hati dengannya tapi dia tidak kisah tentang perkara tersebut.
" Hye baby aye marah kite ke teww." Raisya memang sengaja menyakitkan hati Hanis.
" Babi lah kau. Malu lah aku bodoh." Hanis sangat geram ketika itu.
" Hahahaha. Relax beb dia pon malu je and dia ada cakap kau cantik tadi." Raisya berkata dengan selamba sambil acah-acah mengemas alat tulisnya di atas meja.
" Kau memang lah Sya haishhh." Hanis hanya mampu mengeluh tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat menghilangkan perasaan malunya itu. Rasanya seperti hendak masukkan muka ke dalam beg. Tetapi dia masih waras, kalau dia betul-betul buat memang orang akan anggap yang dia telah gila.
Mereka hanya menjalani sesi persekolahan seperti biasa. Hanis langsung tidak berminat untuk berbual dengan Adzril. Akan tetapi dia menyampah dengan segelintir murid perempuan yang berjalan ulang-alik di hadapan kelasnya hanya kerana ingin melihat kehadiran murid baru. Hanis dan Raisya merupakan manusia yang sangat anti dengan perempuan gedik yang mengada dengan lelaki handsome dan ada juga yang sering bertukar-tukar boyfriend. Perempuan seperti itu boleh dikatogerikan sebagai 'fuckgirl'.
Hanis sememangnya sangat memilih kawan kerana kawan juga boleh mempengaruhi perangai seseorang. Baginya lebih baik berkawan dengan orang seperti Raisya daripada berkawan dengan toxic yang sentiasa tidak berpuas hati dalam diam. Segelintir orang akan menganggap dia seorang yang sombong tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Dia cuma tidak mudah mesra dengan orang yang tidak rapat dengannya tetapi jika sudah mengenalinya memang segala perangai gila keluar seperti semasa dia bersama Raisya.
-bersambung-
Share this novel