" HANISSSSS!!!. Cepat siappp karang lambat pergi sekolah. Nanti tak sempat nak sarapan pula.Kamu ni sudah tingkatan 5 pun masih terhegeh - hegeh macam budak 5 tahun. Hari pertama sekolah pun dah lambat. " Bebel Puan Hanani iaitu ibu kepada Hanis Aulia sambil tangannya ralit menghidangkan juadah sarapan untuk keluarga tercinta.
" Ya maaaa. Sekejap lagi Hanis siap. Tudung ni haa cari pasal pagi - pagi. " Balas Hanis dalam nada yang masih dikawal karana dia tahu untuk menghormati ibunya. Walaupun dia bersikap agak kurang sopan tetapi dia masih menghormati orang sekelilingnya terutama dengan orang yang lebih berusia.
Hanis masih berdiri di hadapan cermin walaupun telah mengambil masa 15 minit hanya kerana awning tudungnya tidak menjadi seperti yang dia mahukan. Dia telah menyemburkan cecair starch yang berfungsi untuk mengeraskan sedikit awning tudungnya supaya mudah dibentuk dan kekal on point tetapi mungkin caranya menggosok tudung tidak betul menyebabkan tudungnya tidak terbentuk elok.
" Eii bodoh betull lah tudung ni. Kau boleh pula membabi dengan aku eh. Rosak mood aku nak ke sekolah pagi ni. " Omel Hanis di depan cermin.
Dia sememangnya telah terlambat bangun dari tidur kerana terlupa hendak set alarm. Nasibnya baik kerana tersedar ketika azan subuh berkumandang. Kalau tidak memang katil dan seluruh tilamnya telah basah disebabkan disimbah sebaldi air oleh mamanya.
Sesampai di meja makan riak wajahnya hanya masam mencuka kerana moodnya telah rosak. Perempuan memang akan badmood jika awning tudung tidak menjadi.
" Awak kenapa Hanis?. Muncung sedepa tu dah boleh buat ampaian baju." Perli Puan Hanani.
" Ishh mama ni sengaja kan nak tambah sakit hati Hanis ni." Makin bertambah muncung dibibinya.
" Berapa botol minyak wangi kau guna nak oiii. Nak pergi sekolah ke nak pergi Mall. Mau terbersin orang yang duduk dekat dengan kamu nanti." Celah Encik Amsyar iaitu ayah kepada Hanis yang sedang duduk di kerusi makan sambil menikmati juadah yang disediakan oleh isterinya.
" Alahh tak apa lahh. Kan first day ni mestilah kena wangi-wangi dengan pakaian yang kemas untuk pergi sekolah."
" Suka hati kamu la Niss. Dah cepat sarapan. Ayah pun nak kena pergi kerja ni. Hari ini sahaja ayah hantar kamu,hari seterusnya kamu naik bas."
" Ayah,mama bila abang along dengan abang ngah nak balik?. Hanis rindu lah pada diorang. Kalau along balik boleh Hanis dengan kak Azreen paw duit dia banyak-banyak. Hek hek." Hanis bertanya kerana dia sememangnya rindu pada kedua-dua abangnya itu.
" Along tunggu dia dengan kak Azreen cuti nanti mereka balik lah. Angah pula tengah exam katanya lepas exam barulah ada cuti so kesimpulannya abang-abang kamu sibuk. Tapi mereka selalu je call mama dengan ayah untuk bertanya khabar." Puan Hanani menjawab dengan tenang. Dia langsung tidak terkesan kerana walaupun anak-anaknya sibuk tetapi tidak pernah sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
" Ouhhh. Siap lah nanti Hanis nak kacau diorang sampai rasa tidak aman. Ayah dengan mama diorang call, dengan Hanis cuma chat je tu pon tak selalu, hampehhh betulll." Hanis sengaja ingin menyakat abang-abangnya kerana dengan cara berguraulah hubungan kekeluargaan akan kekal malah semakin erat rasa kasih sayang tersebut.
Hanis Aulia ialah anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu. Abang pertamanya iaitu Hayden Alfiy telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Azreen Nadiya selama setahun. Manakala abang keduanya pula Hayder Alfian yang sedang melanjutkan pelajaran di UNIMAP dalam bidang kejuruteraan elektronik. Hanis sentiasa bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang sangat penyayang dan sentiasa memberi sokongan serta dorongan kepadanya. Walaupun mereka bukan berasal daripada keluarga yang kaya raya dan tidak juga dari golongan yang susah tetapi kahidupan mereka sangat senang dan selesa mungkin kerana rezeki yang diterima penuh dengan keberkatan.
Mereka meneruskan sarapan dengan dihiasi suasana gelak ketawa tiga beranak itu. Sedikit sebanyak telah menceriakan semula mood Hanis yang tadinya muram hanya kerana tudung yang tidak menjadi dan lebih bersemangat untuk memulakan hari pertama persekolahnya.
Hanis hanya makan sekeping roti bakar yang disapukan jem strawberry beserta secawan air milo suam kerana dia khuatiri perutnya akan meragam jika makan dalam kuantiti yang banyak. Selesai sarapan,dia bersalaman dengan Puan Hanani dan Encik Amsyar untuk mendapatkan keberkatan daripada ayah serta ibunya sebelum pergi ke sekolah.
Mudah-mudahan seharian harinya itu akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT kerana redha Allah SWT terletak pada redha seorang ibu.
Apabila tiba disekolah,dia terus duduk di bangku yang disediakan kerana ingin menunggu kawan baiknya iaitu Raisya Luthfia. Dia telah mendapat pesanan tersebut daripada Raisya melalui aplikasi WhatsApp malam semalam.
" Haishh si Raisya ni tauu,nak suruh tunggu pula. Kalau sekejap tak apa ni berjanggut aku tunggu." Hanis meluahkan rasa geramnya seorang diri. Sedang dia membebel sendirian, tiba-tiba....
" Hoiii. Lama dah ke kau tunggu? ". Raisya menyergah Hanis dari arah belakang dan membuat riak wajah tidak bersalah.
" Fuck. Ingatkan dah kembali ke rahmatullah. Aku baru lah nak sedekahkan Al-Fatihah pada kau. Hhmm lama tak lama lahh. Dalam empat hari dah aku tunggu kau." Hanis menyindir sambil memberi jelingan maut kepada Raisya. Biarpun terkejut tetapi masih boleh dikawal. Nasib baik Hanis tidak melatah kalau tidak memang dia akan jadi bahan jenaka sepanjang masa.
" Woww. Excited sangat ke tunggu aku sampai empat hari. Rinduu kita lateww. Hikhikk." Balas Raisya seumpama menuang minyak keatas api yang sedang membara.
" Dehhh. Lambettt lagi aku nak rindu kau." Kata Hanis menyampah dan sempat membuat rolling eyes.
" Elehh rindu cakap rindu,sayang kata sayang."
" Baik kau diam sebelum aku godok tekak kau guna botol air ni."
" Ok." Jawab Raisya sepatah.
Mereka memang sering bertengkar dan perang mulut tetapi tidak pernah berlaku pergaduhan. Bagi Hanis,lebih baik berkawan dengan orang yang bermulut puaka kerana dia akan kutuk depan- depan tetapi tidak akan mencanang cerita buruk kepada orang lain. Dia tidak pernah terasa dengan sikap kawannya itu kerana masing-masing bermulut puaka. Jika kawannya mengutuknya,dia akan balas semula kutukan tersebut. Selepas daripada itu,mereka akan bergelak ketawa seperti orang yang tidak mempunyai masalah di dalam dunia ini.
" Wehh Niss kau tau tak..."
" Tak tau. Kau belum cerita." Hanis memintas laju percakapan kawannya itu.
" Eh babii aku tak sempat habiskan ayat kau dah potong. Memang lah kau tak tau bongok"
" HAHAHAHAHA. Aku saja usik kau kan dah lebih sebulan kita tak jumpa. Ha cepatlah cerita. Kau kalau cerita sekat - sekat memang aku lempang eh."
" Macam ni ceritanya,aku ada dengar ura - ura yang mengatakan ada murid baru masuk sekolah ni. Tingkatan 5 sama macam kita cumanya aku tak pasti dia kelas mana." Raisya meneruskan berita yang hendak disampaikan.
" Ouhh. Lelaki ke perempuan? " Hanis bertanya ringkas.
" Lelaki." Balas Raisya sepatah.
" Ha boleh la kau usya. Manatau umpan mengena." Gurau Hanis.
" Tak ada masa lah aku nak bercintan-cintun ni. Kau je lah try."
" Malass. Hati aku telah tertutup setelah dikecewakan. Ecehhhh."
" Kau tu yang bodoh Niss. Yang pergi percaya pada lelaki spesies buaya macam Haiqal tu dah kenapa."
" Perempuan ni kalau bercinta auto bodoh. Kau apa tau bercinta pon x pernah."
" Iolss tunggu yang sejati je hokayy."
" Ahh menyampah aku dengar 'sejati' kau tu."
" Hahahahahaha. " Raisya sempat menampar kuat lengan Hanis.
" Damn,sakit bangangg kau pukul. Dah la kuatt. Kau tunggu aku balas nanti. Pembalasan lebih kejam." Setepek carutan yang diberi kepada Raisya.
" Ouhhh ye eh. Tak kisah punnn. Byeee.
Jomblo happy memang pilihan hati,
Bukan kerna tak mampu untuk cari kekasih,
Jomblo happy memang pilihan hati,
Biarku bisa bebas terbang ke sana sini~" Raisya mengejek dan terus berjalan laju meninggalkan Hanis sambil mulutnya menyanyikan lagu Jomblo Happy daripada band Indonesia iaitu Gamma 1.
" Dia ni first day sekolah dah buat dajjal dengan aku. Rosak azam baru untuk kurangkan mencarut. Dah kalau namanya Raisya dengan perangai syaitan dia tu boleh pula aku tahan daripada mencarut. Hahahaha." Gumam Hanis diiringi ketawa halus yang terlepas dibibirnya.
Walaupun Raisya selalu menguji tahap kesabarannya tetapi Raisya lah satu-satunya kawan yang paling setia dengannya. Nope,bukan kawan biasa tetapi dialah yang selayaknya digelar SAHABAT. Mereka berkenalan sejak tingkatan 2 dan ketika itu Raisya merupakan orang yang membantunya untuk melepaskan diri daripada orang yang sering membulinya. Kerana insiden itulah dia berubah daripada seorang yang nerd dan pendiam kepada perempuan yang kasar dan tidak mudah lagi untuk dibuli. Tetapi dia dan Raisya tidak sesekali cari pasal dengan orang secara tiba-tiba,mereka akan layan orang dengan baik selagi orang tersebut tidak mencari pasal dengan mereka.
" Woii tunggu akuuu." Jerit Hanis setelah menyedari Raisya telah meninggalkannya.
" Cepatann dongg. Kamu ngapain sihh jalannya lambettt bangett. Udah capek gue menunggu." Raisya berkata dengan loghat Indonesia.
" Kamu itu jalannya laju banget. Dikejarin hantu iya?" Hanis turut menggunakan loghat Indonesia.
" HAHAHAHAHA. Hodoh gila kita cakap bahasa indon." Raisya akhirnya melepaskan tawanya kerana merasakan bahawa dia dan Hanis sama-sama tidak sioman.
" Itu lah. Ni kalau kita pergi Indonesia then cakap macam tadi tu digelakkan orang je." Hanis turut terhibur dengan cara mereka bercakap tadi.
Mereka terus jalan beriringan menuju ke tapak perhimpunan kerana majlis perhimpunan rasmi sekolah akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Selesai majlis perhimpunan rasmi,semua pelajar diarahkan untuk naik ke kelas masing-masing. Apabila tiba di kelas,Hanis dan Raisya mengambil tempat duduk yang bersebelahan kerana mereka sememangnya sentiasa berkepit sehingga pernah mendapat gelaran 'belangkas' dan port paling mereka gemari adalah di bawah kipas dan semestinya tidak melebihi tiga barisan hadapan.
Memandangkan mereka tidak berjumpa untuk beberapa bulan,maka hari tersebut memang dipenuhi dengan perbualan yang rancak serta gelak tawak apabila masing-masing bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang cuti. Ada cerita yang memalukan,menyedihkan juga yang menggembirakan. Masing-masing setia mendengar dan tidak sesekali berasa bosan apabila bercerita pengalaman semasa cuti itu.
Aktiviti pada hari pertama persekolahan kebiasaannya hanyalah sesi pelantikan ketua kelas,penolong ketua kelas,bendahari,ahli jawatan kuasa keceriaan dan kebersihan kelas dan lain-lain. Mereka akan memulakan sesi pembelajaran pada hari ke-2 dan mulalah berpulun untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Memandangkan mereka merupakan murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun tersebut,mereka sepatutnya telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi segala cabaran dan sedaya-upaya untuk mengulang kaji pelajaran demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan dapat menjamin masa depan masing-masing.
-bersambung-
- Ada ke sesiapa yang suka duduk bawah kipas masa dibangku sekolah dulu, atau tempat korang sebelah tingkap?
- Sabarr yee..kita masih sorokkan hero..hehe
- Sorry kalau cerita ni tak menarik sebab ini adalah percubaan pertama saya. Huhuhuuu
*p/s : kalau nak tengok muka watak boleh pergi ig saya iaitu @lesyameera..jangan lupa follow hihihi
Share this novel