chapter 6

Romance Series 13341

HARI kian berganti,kini sudah seminggu Azdril dan Hanis menjadi kawan. Bukanlah susah untuk berkawan dengannya tetapi mungkin untuk ke peringkat seterusnya itu mungkin agak susah. Raisya yang selalu menjadi penasihat kepada Adzril dan juga memberi banyak tips-tips untuk memikat perempuan. Dari cara Adzril yang bersungguh-sungguh serta boleh terima dengan cara Hanis yang kasar,dia percaya bahawa Adzril bukanlah jenis lelaki yang suka mainkan hati perempuan. Lebih-lebih lagi Adzril mengatakan ini merupakan kali pertama dia rasa jatuh cinta. Walaupun cinta pada zaman sekolah itu sangat tidak digalakkan dan mungkin akan membawa kepada kemerosotan pelajaran tetapi lelaki itu tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

Habis waktu sekolah,mereka berpusu-pusu untuk pulang ke rumah tetapi ramai yang terkandas kerana hujan lebat lebih-lebih lagi yang menunggang motosikal ke sekolah. Ketika itu transport yang dinaiki Hanis telah pun tiba dan dia terus manaiki bas tersebut. Sempat dia melambaikan tangannya kearah Raisya yang berada di tempat menunggu. Transport yang dinaiki Raisya selalunya akan tiba lambat sedikit kerana orang tersebut menghantar murid dari sekolah rendah terlebih dahulu untuk pulang.

Sedang Raisya termenung dan melayan perasaan bosannya, Adzril tiba-tiba menegurnya dari arah depan.

" Eh kenapa kau belum balik lagi?." Tanya Raisya yang sedang bersa hairan.

" Aku kan bawa motor sendiri pergi sekolah. Then hujan lebat pula tu. Bahaya lah,lagipun tadi aku dah call ibu aku guna public phone tu. Dia suruh tunggu hujan reda sikit. Katanya jalan licin waktu hujan macam ni,penglihatan pun kurang jelas. Takutlah kalau jadi apa-apa yang tak diingini. Malang tak berbau. Dah la aku ni satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Hehehe." Jawab Adzril panjang lebar. Suka jika bakal keluarga mertua dapat menantu yang jawab soalan secara jelas seperti itu.

" Ouhh panjang betul kau jawab ye. By the way,aku nampak Hanis dah selesa berkawan dengan kau. Nampaknya macam cerah harapan kau ni. Kau dah ready ke untuk plan seterusnya?." Tanya Raisya yang bersungguh-sungguh untuk menyatukan kawannya itu.

" Aku ready je tapi kau rasa kalau dia tahu aku sukakan dia,dia akan berkawan dengan aku lagi tak?." Adzril berasa sedikit ragu-ragu.

" Aku bukan suruh kau confess terus pada dia. Memanglah dia akan jadi tak selesa kalau macam tu." Ujar Raisya kepada Adzril.

" Habistu macam mana?." Tanya Adzril

" Tak menyabar kau eh. Kau kena buat dia suka pada kau then barulah confess. Time tu korang dah suka sama suka. So kau rasa dia akan menolak perasaan dia sendiri ke."

" Aku nak buat macam tu tapi tak mahulah cara yang nampak obvious sangat."

" Apa guna aku kata nak tolong kau. Relax lah aku juga akan buatkan dia suka pada kau. Tapi ni cara aku lah. Dan cara kau, tak kan kau tak tahu langsung nak buat perempuan jatuh cinta."

" Sikit-sikit tahu lah. Aku belum ada pengalaman. Kiranya Hanis tu cinta pertama aku lah. Ecehh."

" Okay firstly,perempuan suka kalau lelaki tu caring tentang dia."

" Tak ke pelik kalau aku tiba-tiba caring?."

" Mula-mula memang pelik tapi lama-lama dia akan ok. Macam kau berkawan dengan Hanis masa awal-awal. Dia kekok,kau pun kekok tapi tengok sekarang dia dah boleh berbual dan berkawan dengan kau macam dia berkawan dengan classmate lelaki yang lain."

" Hhmm ye tak ye juga. Tak ada lah susah nak berkawan dengan dia. And dia pun tidaklah sombong orangnya. Mungkin orang menganggap dia sombong sebab Hanis tidak selalu senyum dan tidak pandai bergaul."

" Ye betul. Kan aku dah cakap tak susah pun kalau nak berkawan dengan dia. And dia dah berani keluarkan perangai setan dia depan kau kan. Tu maksudnya dia memang dah tak rasa janggal."

" Ha ah memang sama macam kau sama-sama setan." Adzril berkata jujur diselangi dengan gelak tawanya.

" Sialan kau panggil aku setan. Kalau aku tarik balik yang aku kata nak tolong kau. Memang berputih mata lah kau." Raisya yang pura-pura marah dan sengaja berkata seperti itu.

" Eh jangan lah tarik balik. Okay okay aku minta maaf,tolong aku eh. Pleaseee." Adzril yang rasa bersalah dan takut jika dia betul-betul tidak berjaya dalam misi ini.

" Hahahaha. Aku saja je lah. Kau fikir aku amik hati ke. Sikit pun aku tak kisah,ingat nak balas balik tadi tapi takut kau pula terasa." Raisya sedikitpun tidak terasa dengan panggilan tersebut. Dia tahu Adzril hanya bergurau. Dan jika memang ada orang berkata buruk tentangnya juga,Raisya hanya mendiamkan diri dan malas nak masuk campur. Baginya orang yang mengutuknya itu adalah orang yang iri hati.

" Ha dah la hujan pun dah reda. Aku balik dulu kalau makin lebat susah pula nanti. Pakcik van kau lambat lagi ke nak sampai?."

" Ha pergi je lah balik. Pakcik van aku lagi lima minit sampai lah."

" Ouhh ok. Bye." Adzril bingkas bangun dan menuju pulang ke rumah.

" Aku harap benda ni menjadi. Aku suka tengok kau happy Niss. Harap kau akan suka Adzril." Gumam Raisya sendirian. Dia sangat menyayangi hubungan persahabatan tersebut.

PADA waktu malam, Hanis meluangkan masa bersama ibu dan bapanya setelah dia menyiapkan kerja sekolahnya. Mereka menonton drama bersiri di saluran astro bersama-sama. Sedang ralit menghayati drama, Hanis teringat kepada kedua-dua orang abangnya yang agak lama tidak berjumpa.

" Mama,abang Hayden dengan abang Hayder bila nak balik. Hanis rindu lah pada mereka berdua tu. Walaupun selalu kena sakat tapi tu yang best." Hanis betul-betul rindu pada abang-abnagnya itu.

" Abang Hayder hujung bulan ni dia balik lah. Lepas habis semua exam dia tu. Abang Hayden pula ibu tak pasti,katanya ada rancang nak balik tapi tak pasti lagi bilanya tu." Jawab Puan Hanani kepada pertanyaan Hanis.

" Ye ke abang Hayder balik hujung bulan ni?." Hanis seakan sudah tidak sabar untuk bertemu dengan abang keduanya itu.

" Ayah suruh abang Hayden balik bawa cucu nanti. Hehehe." Encik Amsyar bergurau dengan isteri dan anaknya. Pastinya Encik Amsyar teringin untuk mempunyai cucu dan mahukan kelurganya bertambah besar serta meriah.

Hayden dan Azreen telah di ijabkabulkan setahun yang lalu tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Tetapi mereka tidak sesekali menganggap itu ialah masalah dalam rumah tangga,semua yang berlaku pasti ada sebabnya. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT lah yang menentukan segalanya. 'Dia' pasti akan berikan sesuatu itu tepat pada waktunya.

Habis sahaja episod drama yang ditonton,Hanis terus menyalami serta meminta maaf kepada ibu dan bapanya sebelum menuju kebilik beradu. Itulah rutin Hanis sebelum dia masuk tidur agar hatinya menjadi lebih tenang. Sebagai anak,perkara tersebut amat digalakkan supaya ibu bapa akan berasa senang hati dengan sikap kita yang sentiasa menghormati mereka.

Masuk sahaja kedalam bilik,Hanis tidak terus tidur. Dia sempat bermain telefon pintarnya seketika sambil melayan matanya yang semakin hendak lelap sehingga lah dia tertidur dengan sendirinya.


~•~•~•~•~•~•~•~

ADZRIL yang masih bermain telefon pintarnya kerana belum terasa mengantuk. Dalam masa yang sama dia juga memikirkan langkah seterusnya untuk memikat Hanis. Sedang dia berfikir,tiba-tiba dia terjumpa senarai movie baru yang terdapat di panggu wayang. Ketika itu dia sudah terfikir untuk mengajak Hanis pergi ke panggung wayang. Tetapi dia tahu jika mereka hanya pergi berdua,Hanis tidak akan bersetuju. Jadinya dia mengambil keputusan untuk mengajak adiknya Azra,Ferhad dan juga Raisya. Tidak hanya ke panggung wayang tetapi dia juga mahu meluangkan masa bersama mereka.

Kerana memikirkan esok ialah hari persekolahan,mahu atau tidak dia terpaksa melelapkan matanya. Walaupun agak sukar,tetapi akhirnya dia dapat tidur dengan lena dan terus berlayar ke alam mimpi.

Semoga hari esok dan seterusnya akan lebih baik daripada hari ini. Insya Allah. AAMIIN



PADA pagi yang indah,rutin harian bagi seorang murid ialah pergi ke sekolah. Ketika itu,ramai murid yang telah tiba di sekolah dengan pakaian yang kemas dan semangat untuk belajar.

Semasa ada waktu terluang,Adzril curi-curi masa untuk menyatakan hasratnya untuk hang out bersama kawan-kawannya dan yang paling istimewa ialah Hanis.

" Hanis,Raisya,kalau aku nak ajak kau orang pergi outing nak tak?". Tanya Adzril kepada Raisya dan Hanis.

" Bila?. Dengan siapa?. Di mana?. Ada transport ke?." Raisya laju memintas pertanyaan Adzril tetapi dia tidak menjawab pertanyaan tersebut malah bertanyakan kembali beberapa soalan.

" Aku kena tanya mama aku dahulu lah. Rasanya dia bagi je tapi ada lah syarat-syaratnya." Hanis jawab mendatar.

" Raisya kau ni tak relax lah. Aku tanya kau tak jawab pun tapi bagi aku soalan lagi." Adzril menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat gelagat Raisya.

" Aku excited ni. Dah lama juga tak keluar pergi jalan dengan kawan-kawan." Raisya menunjukkan keterujaannya.

" Ok macam ni aku rancang kita pergi hari Sabtu ni. Nanti aku ajak adik aku dengan Ferhad sebab tak kan lah aku seorang je lelaki. Then kita pergi mall jomm. Ada banyak movie baru di panggung wayang lepastu kalau nak shopping ke boleh juga. And di mall tu port dia cantik,aku tau perempuan ni suka bergambar. Tentang transport,sekarang kan banyak grab. Aku dah selalu juga naik grab so tak perlu risau pasal keselamatan." Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Adzril.

" Ok. Nanti aku bagitau mama aku. Sementara awal tahun ni kita masih boleh enjoy sikit. Kelas tambahan pun belum mula lagi." Hanis juga teruja ingin keluar bersama kawan-kawan.

" Nanti dah dapat kata putus daripada keluarga masing-masing bagitau aku. So kita boleh bincang nak tengok movie apa." Hati Adzril kita melonjak kegirangan walaupun apa yang dirancangnya belum pasti akan terjadi.

HANIS bertanyakan dan meminta izin daripada ibunya untuk keluar bersama kasan-kawan pada hari Sabtu nanti. Ibunya bukanlah seorang yang suka mengongkong atau menyekat aktiviti anak. Tetapi bukanlah setiap apa yang Hanis mahu akan diberikan,ada sesetengah perkara Puan Hanani akan bersetuju dan ada juga yang akan dibantah. Hanis pula merupakan anak yang mendengar kata ibu dan bapanya jika dia tidak diizinkan oleh ibunya,dia hanya berasa kecewa tetapi tidak pernah memberontak.

" Mama bagi tak kalau Hanis nak keluar dengan kawan-kawan hari Sabtu ni?" Hanis bertanya dengan lembut kepada ibunya.

" Nak pergi mana?. Dengan siapa?. Kawan lelaki ke perempuan?." Beberapa soalan yang diajukan semula oleh Puan Hanani.

" Nak pergi Aeon Mall,tak terlalu jauh pun daripada rumah. Sambil nak tengok wayang sekali,ada banyak movie baru yang best-best tau maa. Hanis pergi berlima Raisya pun ada juga. Hhmm ada dua orang lelaki tapi yang seorang tu dia bawa adik perempuan dia juga. Alah yang haritu Hanis buat kerja di rumah dia tu yang Hanis ada cerita yang ibu dia layan kitaorang baik-baik tu." Semua soalan daripada ibunya telah pun dia jawab,dalam masa yang sama dia juga meyakinkan ibunya.

" Pukul berapa?. Naik transport apa?. Lama ke nak keluar?." Puan Hanani masih mengajukan soalan kepada Hanis. Tiada ibu yang tidak merisaukan anaknya.

" Dari pukul berapa sampai pukul berapa tu tak bincang lagi. Nanti kalau dah confirm Hanis beritahu. Mungkin naik grab lah kot murah sikit. Ibu tak perlu risau sebab kawan Hanis tu dia akan ambil grab yang dia dah selalu naik.

" Ok lah mama izinkan. Tapi kena balik rumah sebelum pukul lima petang. Kalau lambat tidur luar ye." Akhirnya Puan Hanani memberi keizinan kepada anaknya.

" Terima kasih mamaaaa. Muahh muahh. Nanti Hanis cakapkan pada mereka ye balik sebelum pukul lima petang." Hanis sangat gembira dan teruja. Lantas dia berlari mencapai telefon pintarnya untuk memberitahu perkara tersebut kapada Raisya.

HANIS -- "Raisya"

RAISYA -- " Waalaikummussalam wahai sahabatku Hanis."

HANIS -- " Raisya ke ni?. Selalu macam setan. Hahahaha."

RAISYA -- " Aku baru lepas solat tau. Kau jangan jadi setan yang menghasut aku."

HANIS -- " Ouhh patutlah selalunya macam harey perangai kau."

RAISYA -- " Setan lah kau. Kau nak cakap apaa chat aku ni?"

HANIS -- " Aikk cepatnya berubah dah mencarut semula."

RAISYA -- " Kalau dengan kau aku tak boleh tahan nak mencarut. Cepatlah bongok kau nak cakap apa."

HANIS -- " Mama aku izinkan aku nak keluar hari Sabtu ni."

RAISYA -- " Serius eh. Kau pergi beritahu Adzril. Aku nak pergi kedai ni. Byee love you bebeh."

HANIS -- " Dah macam lesbian bodoh. Ye lah bye."

Hanis terus mencari nombor Adzril dan memberitahu perkara tersebut.

HANIS -- " Assalamualaikum Adzril,mama aku bagi keluar hari Sabtu ni. Tapi kena confimkan nak pergi pukul berapa sebab aku nak beritau dia. And aku kena balik sebelum pukul lima petang tau."

ADZRIL -- " Waalaikummussalam. Ok nanti kita bincang di sekolah je lah senang sikit."

HANIS -- " Ha itu je aku nak beritahu. Bye."

ADZRIL -- " Ok bye jumpa esok."

" Aduhh tak boleh sabarr ni. Cepatlah hari Sabtu." Gumam Adzril sendirian. Dia sangat gembira pada waktu itu kerana dapat keluar bersama Hanis walaupun bukan berdua. Dia masih menjaga batasnya dan semestinya berasa janggal jika hanya berdua.

Hari tersebut pun berlalu dengan gembira dan penuh keterujaan.

- bersambung -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience