KEESOKAN harinya,Adzril kini telah bersiap sedia untuk pergi ke sekolah,hatinya menari kegirangan tetapi dalam masa yang sama juga terdapat secebis rasa berdebar. Dia bertekad mahu mendekatkan diri dengan Hanis bermula hari ini,walaupun dia tahu bukan mudah untuk memikat hati perempuan yang bernama Hanis Aulia dek kerana hatinya yang begitu keras. Tetapi dia tidak akan berputus asa dan terus mencuba. Raisya juga sudi membantunya dalam menjayakan misi tersebut. Sesekali dia berasa Hanis mempunyai nasib yang sangat baik dan beruntung kerana mendapat kawan seperti Raisya yang sentiasa memastikan dan mementingkan soal hati serta perasaan seorang sahabat. Kasih sayang bukan hanya diungkap melalui kata-kata tapi ianya dibuktikan dengan perbuatan seseorang tersebut.
" Assalamualaikum ibu,ayah." Adzril melemparkan senyuman yang ikhlas kepada kedua-dua ibu bapanya.
" Waalaikumsalam. Nampak ceria sangat anak ibu ni. Ada apa-apa ke?." Puan Farhah nampak riak wajah anaknya yang nampak lebih ceria. Sememangnya naluri seorang ibu itu tidak pernah salah.
" Nak jumpa girlfriend lah tuu." Encik Idris sempat mencelah perbualan dua beranak itu.
" Mana ada lah ayah ni. Pandai-pandai je. Nampak lebih ceria mungkin sebab dapat tidur lama sikit dan bila bangun pagi tu rasa fresh sangat." Adzril pantas menafikan apa yang dikatakan oleh ayahnya tadi. Dia cuba memberikan sebab lain supaya mereka tidak menyangkakan apa-apa perkara lain. Sekali-sekala tipu sunat hahaha.
Selesai bersarapan,Adzril menghulurkan tangan kepada ibu dan bapanya untuk bersalaman lantas mencapai kunci motosikal dan terus menuju ke sekolah. Dia bercadang untuk hadir awal sikit ke sekolah. Tiba sahaja di sekolah,dia terus menuju ke kelas dan ketika itu Raisya juga telah tiba.
" Amboii awalnya sampai sekolah. Bersemangat betul." Sapa Raisya kepada Adzril.
" Hehe mestilah bersemangat. Ada 'sesuatu' kannn." Balas Adzril.
" Kau kena sabar dengan perangai Hanis tu. Awal-awal memang dia tak berapa layan tapi percayalah lambat laun dia terima juga. Yang penting jangan putus asa. Perempuan ni suka tengok kalau lelaki tu bersungguh-sungguh,bukan jual mahal sangat pun cuma nak tengok effort saja." Raisya memberi kata-kata semangat kepada Adzril. Dia yakin bahawa Adzril bukanlah lelaki playboy dan boleh dipercayai.
" Wish me luck dude. Dia ada satu tarikan dan aku rasa dia tak sama seperti perempuan lain." Balas Adzril. Kini hatinya benar-benar terpaut pada seorang gadis yang bernama Hanis Aulia. Sapa bilang gadis melayu tak menawan (eh ternyanyi pula..hahaha).
" Misi Memikat Hati Hanis. Yeahhh." Raisya yang terlebih teruja.
" Kau pula bila nak ada boyfriend?". Tanya Adzril bergurau.
" Lambetttt lagi aku nak ada boyfriend. Kalau aku ada boyfriend,nanti susah lah nak tolong kau sebab boyfriend aku lagi penting. Hahahaha. Ni aku tak ada boyfriend,boleh jadi doktor cinta untuk kau dengan Hanis nanti." Jelas Raisya yang langsung tidak tertarik untuk mempunyai boyfriend. Tapi dialah yang paling beria mahu lihat Hanis ada boyfriend. Bagi Raisya kegembiraan keluarga dan sahabat adalah kebahagiaannya juga.
Sedang mereka rancak berbual,Hanis yang baru tiba di kelas berasa pelik kerana sebentar tadi bukan main rancak berborak tapi selepas dia melangkah masuk ke kelas keadaan menjadi senyap seketika. Hanis terus duduk di tempatnya tetapi dia berasa pelik kerana Raisya yang kebiasaannya bermulut murai hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menegurnya.
" Oi Raisya,kenapa kau diam saja harini. Selalu mulut kau lah paling kecoh bila aku sampai. Ada apa-apa ke?." Hanis bertanya dengan hairan.
" Tak ada apa-apa pun. Aku malas nak bercakap sebab mengantuk." Raisya menjawab tidak jujur. Sebenarnya dia agak khuatir jika Hanis telah mendengar perbualannya dengan Adzril tadi.
" Mengantuk-mengantuk nak tidur manaaaa,mengantuk-mengantuk tolonglah saya...." Tidak sempat menghabiskan nyanyian lagu Menantuknya Mumia itu Raisya terus bertanyakan sesuatu.
" Niss,kenapa eh kau tak nak bercakap dengan Adzril tu?."
" Tak penting pun."
" Kan cuma berkawan. Janganlah sombong sangat."
" Aku boleh je berkawan dengan siapa-siapa. Tapi kau tau kan aku ni tak reti nak bergaul. Kalau dia nak berkawan aku tak kesah pun."
Raisya tidak bertanya lagi tetapi dia menyuntumkan sedikit senyuman. Nampaknya tidak susah nak buat Hanis dengan Adzril berkawan. Mereka terus berbual tentang perkara lain agar Hanis tidak dapat syak sesuatu. Sementara menunggu cikgu masuk ke kelas,sempat mereka berbalas beberapa cerita. Satu hari tidak bercerita memang tidak sah agaknya. Mana tidaknya dah kalau bestie semua perkara nak dikongsinya.
SEMASA waktu rehat,Adzril memulakan langkahnya yang pertama iaitu menegur Hanis secara berdepan tetapi bukanlah hanya mereka berdua,Raisya juga turut berada disitu kerana jika dia tinggalkan Hanis berdua dengan Adzril memang sepatah haram perkataan pun tidak akan keluar.
" Nak join kitaorang rehat ke? Tarik lah kerusi kau ke sini." Raisya berkata seolah ingin memudahkan lagi kerja Adzril.
" Boleh ke?. Macam mengganggu pula." Adzril malu-malu untuk mengatakan 'mahu'. Ni lah dia orang kata malu tapi mahu.
" Kenapa tak boleh pula. Aku okay je kalau kau nak join. Hanis kau okay je kan?" Raisya bertanya sambil lengannya menyenggol lengan Hanis.
" Hhmm. Duduk je lah." Ujar Hanis seperti tidak ikhlas. Manakala Raisya pula memberikan isyarat kepada Adzril dengan menggerak-gerakkan keningnya. Isyarat tersebut seperti membawa maksud 'peluang ni,cepatlah lah duduk'.
" Betul ni boleh join?." Adzril bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kata putus yang sebenar.
" Orang dah bagi kebenaran tu duduk saja lah." Kata Hanis yang agak menyampah dengar soalan sama berulang kali.
" Kau tanya sekali lagi,aku halau terus eh." Raisya pula bersuara kerana tahap kesabarannya mula berkurangan.
" Hehehe okay terima kasih. Sekejap ye saya nak ambil kerusi." Dengan pantas Adzril menarik kerusinya dan duduk rehat bersama Hanis dan Raisya.
Krik,krik krik,krik...keadaan menjadi sunyi tanpa sebarang perbualan. Hanis yang sedang ralit membaca buku manakala Raisya pula cuba menendang lembut kaki Adzril supaya Adzril mula bertanyakan sesuatu kepada Hanis.
" Aa hhmm, selama saya bersekolah di sini,saya belum pernah berbual dengan awak. Apa kata kita berkenalan nak?" Adzril memulakan berbualannya walaupun agak kelihatan kekok.
" Jangan bahasakan diri 'saya awak' kita guna 'kau aku' sahaja kalau nak berbual. Aku tak selesa nak ber 'awak-awak'." Tanpa berselindung Hanis terus berkatw sedemikian.
" Okay sorry." Balas Adzril ringkas.
"Hhmm. Apa yang kau nak kenal sangat daripada aku?. Kau bukan tak tahu nama aku, minah gila ni selalu cerita tentang diri aku kan." Hanis tidaklah begitu sombong,dia boleh saja berbual dengan sesiapa tetapi kebiasaannya orang tersebut yang akan memulakan perbualan.
" Ya betul minah gila tu selalu cerita tentang kau. Sebab dia cerita tu aku jadi nak berkawan dengan kau." Ujar Adzril jujur. Dan ketika itu juga,Raisya yang sedang ralit menikmati bekal makanan yang dibawanya dari rumah agak terkejut dengan panggilan 'minah gila' itu.
" Eh babi betul diaorang ni tau,boleh pula panggil aku minah gila. Haha sukahati dialah, aku pon memang agak gonjol dan mereng asalkan plan aku berjaya." Hanis hanya menghiraukan mereka dan teruskan manikmati makanannya.
" Rasanya apa yang minah gila tu ceritakan tu semuanya betul." Hanis sebenarnya tidak tahu nak jelaskan sifat sebenar dirinya.
" Dia kata kau ni perempuan kasar,selalu mencarut tapi aku tak nampak pun semua tu." Sememangnya apa yang Adzril sedang lihat sekarang bukanlah Hanis seperti yang diceritakan oleh Raisya.
" Kau baru saja pertama kali berbual dengan aku. Memanglah kau belum nampak semua tu." Jelas Hanis mendatar.
" Kalau macam tu boleh ke kalau kita jadi kawan?. Aku nak berbual dengan kau lagi." Adzril yang semakin selesa berbual dengan Hanis mengatakan hasrat hatinya.
" Boleh tapi jangan terkejut lah kalau nanti perangai serupa syaitan aku keluar." Hanis memberi peringatan awal kepada Adzril. Dia langsung tidak terfikir apakah hasrat sebenar Adzril.
" Hahaha Insya Allah tak terkejut sebab aku dah pernah terkejut masa perangai serupa syaitan pada diri Raisya tu keluar." Adzril yakin dia tidak akan terkejut dan akan tetap mahu meneruskan misinya itu.
" Ha yang tu kau patut terkejut lah sebab dia punya perangai syaitan lagi teruk daripada aku." Sempat Hanis mengutuk kawan baiknya itu.
" Hoi bongok,sudah-sudahlah kutuk aku tu bukan aku tak dengar,jelas lagi tau." Raisya mula bersuara selepas dia dikutuk.
" Erkk aku duduk di tempat aku semula lah. Rehat pun dah nak habis. Bye." Adzril cepat-cepat melarikan diri sebelum dia juga terkena dengan Raisya.
" Ye ye bye dah pergi jauh-jauh sana." Raisya menghalau Adzril dengan gaya tangannya seperti suruh beredar dari situ.Adzril terus bergerak menuju ketempatnya semula. Hanis pula hanya melihat pemergian Adzril.
" Okay lah kutuk depan-depan daripada canang cerita bukan-bukan bawa mulut sana sini. Macam dalam cerita Mami Jarum tu. Hai mami jarum,alahai mami jarum,penyampai cerita cepat dari beritaa~." Setelah Adzril kembali ketempatnya,Hanis menyambung semula perbualannya dengan Raisya. Habis dia menjawab serta dikaitkan dengan cerita Mami Jarum. Sempat juga dia menyanyikan lagu Alahai Mami Jarum.
Benar apa yang dikatakan Hanis lebih baik kutuk depan-depan tetapi hanya niat bergurau daripada kutuk belakang,gelaran bagi orang yang bersikap sebegitu ialah 'talam dua muka' bukan sekadar dua muka,bermuka-muka gamaknya.
" Ye betulll,aku setuju dengan kau. Orang yang bertalam-talam muka dia ni patut pergi mampos je. Tapi kenapa talam eh?. Aku teringat pula pelbagai jenis kuih talam,sedap pula tu. Ouhh mungkin sebab kuih talam kan kebiasannya ada dua lapisan atas lain bawah lain." Raisya bertanya tetapi belum sempat sesiapa jawab,dia sendiri menjawap persoalan tersebut.
" Huh kau tiada benda lain nak diingatnya makanan saja lah. Eh tapi sedap juga kuih talam tu. Sya suruh mama kau buat kuih talam. Talam ubi ke talam keladi ke talam cendol ke. Mama kau kan macam-macam kuih dia pandai buat." Hanis juga tiba-tiba teringat akan pelbagai jenis kuih talam.
" Amboi sedap nau kau order ye. Nak makan pergilah beli di kedai." Malas Hanis mahu melayan kerenah kawannya itu.
" Alahh kalau beli di kedai susah nak dapat yang betul-betul sedap. Orang yang nak berniaga pun macam tak ihklas tahunya nak keuntungan tapi tak mahu berikan hasil yang terbaik." Hanis sememangnya tidak suka dengan sikap peniaga yang asal boleh seperti itu.
" Ye lah nanti aku minta mama aku buatkan. Tapi aku tak boleh janji lah,kalau nasib kau baik ada lah rezeki nak makan kuih talam." Mama Raisya memang berkemahiran untuk membuat pelbagai jenis kuih sama ada kuih tradisional mahupun modern. Jika hari raya memang pelbagai jenis kuih dan kek yang akan dibuat. Bukan sahaja kuih malahan masakannya juga sedap dan cukup rasa sehinggakan kawan-kawan Raisya pernah berkata 'patutlah Raisya ni bam bam,mama dia masak sedap.' Ketika itu dia hanya tersenyum dan berasa bangga mempunyai seorang mama yang pandai masak.
SELEPAS pulang ke rumah, Adzril meletakkan beg sekolahnya di ruangan yang disediakan dalam bilik tidurnya dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri setelah pulang dari sekolah. Setelah siap mandi dan memastikan dirinya dalam keadaan yang bersih, dia terus jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba iaitu Solat fardu. Selesai solat dia terus turun ke bawah dan menuju ke dapur dalam masa yang sama perutnya juga telah berkeroncong menandakan dia sedang lapar. Dia tidak makan berseorangan kerana ibu dan adiknya turut makan bersama manakala ayahnya pula tiada di rumah kerana sedang bekerja. Hari ini,ibunya masak ikan caru bakar,bawang besar dan lada hiris yang dicurahkan kicap,sambal air asam dan diulami dengan bendi celur,ulam raja,pucuk penggaga dan daun selom. Mereka sekeluarga sangat sukakan ulam-ulaman kerana dapat memberikan banyak khasiat disamping kelihatan awet muda.
P/s: kalau tak tau daun selom tu boleh cari di pakcik google hehe. Sedap wehh ulam-ulam ni. Eh ada iklan pula. Ok sambung...
Habis makan,mereka sama-sama mengemas dapur kerana ibunya telah berikan didikan yang sempurna supaya rajinkan diri untuk kemas semula selepas selepas makan seperti basuh pinggan,lap meja dan susun semula kerusi secara teratur. Perkara sebegini patut diajar kepada anak-anak agar mereka lebih beradab dan ringan tulang tidak kira lelaki atau perempuan.
Siap mengemas semula dapur dan ruangan makan,mereka merehatkan diri di dalam bilik masing-masing. Adzril mencapai telefon pintarnya dan mencari nombor Hanis yang dia dapat dari dalam group sekolah.
Adzril -- " Hai Assalamualaikum Hanis."
Hanis yang sedang bermain telefon pintar dan bersandar di kepala katil sambil berselunjurkan kakinya mendapat notification menandakan bahawa ada chat baru masuk. Dia terus keluar daripada aplikasi Instagram dan terus membuka chat tersebut.
" Nombor siapa ni." Melihat nombor yang tidak dikenali Hanis hairan dan bertanya pada diri sendiri.
Hanis -- " Waalaikumsalam. Ni siapa ye?. Macam mana boleh dapat nombor saya?.
Beberapa minit kemudian...
Unknow number -- " Ni Adzril lah. Aku ambil nombor kau daripada dalam group sekolah. Hehe."
Hanis -- " Ouhh. Lain kali beritahu nama terus. Sudah la tak nampak profile picture."
Unknow number -- " Sebab aku hide daripada orang yang aku tak save number dia. Eh aku belum save number kau. Sekejap ye aku nak save. Kau save lah number aku juga. Lepasni senang nak chat atau tanya apa-apa tentang sekolah."
Hanis -- " Hhmm. Ok."
Hanis save nombor Adzril tetapi hanya tujuan berkawan.Perbualan hanya berakhir begitu saja kerana tiada topik yang hendak dibualkan.
Baru sahaja Hanis ingin menutup telefon pintarnya satu lagi chat masuk dan dia terus membuka chat tersebut.
Raisyaku -- " Ngokk kau nak kuih talam apa?. Aku dah cakap pada mama aku. Dia kata boleh dia buatkan tapi bukan esok dapat lah sebab nak cari bahan-bahan dulu."
Hanis -- " Ye ke ni serius eh. Kuih talam apa yang mama kau pandai buat?"
Raisyaku -- " Yang mama aku offer kuih talam seri muka pandan nak seri muka durian tengah tak ada musim durian. Hmm lagi talam keladi,talam ubi,talam cendol,talam tokyo,talamualaikum. Haha yang last tu gurau je. Tak ada pun nama talam tu."
Hanis -- " Apa-apa saja lah semua sedap tu."
Raisyaku -- " Ok tengok lah nanti mama aku nak buat yang mana satu."
Hanis -- " Thanks mama Raisya. Thanks babyku Raisya. Cayang awak. Muahh."
Raisyaku -- " Baby ke babi? Hahaha."
Hanis -- " Dua-dua hahaha. Time sayang baby lah,time perangai sial kau keluar babi lah."
Raisyaku -- " Hahahaha. Sama-sama babi."
Hanis -- " Bongok lah kauu."
Raisyaku -- " Dah aku nak tidur kejap jangan kacau."
Hanis -- " Tak ada kerja lain lah kau. Kalau tak tidur kau makan,kalau tak makan kau tidur "
Raisyaku -- " Sebab benda tu boleh membahagiakan aku."
Hanis -- " Dah bye bye aku pun nak tidur."
Raisyaku -- " Eleh cakap orang dia pun sama je."
Hanis -- " Hahahahaha. Masa itu emas so kita manfaatkanlah."
Raisyaku -- " Ye lah Nis. Layan kau ni sampai ke asar nanti aku tak tidur. Kau cakap apa-apa lagi aku terajang esok."
Hanis -- " Haha bye."
Seen
Hanis terus tutup telefon pintarnya dan melelapkan mata sebentar sementara menunggu waktu asar. Dalam masa yang sama dia asyik teringat akan kuih talam yang akan dibuat oleh mama Raisya.
Hingga ke malam, hari tersebut berlalu dengan tenang dan Hanis bersyukur kerana kehidupannya sentiasa dikelilingi orang baik-baik. Keluarga yang bahagia dan cukup sempurna serta sahabat yang selalu ada dengannya dikala susah mahupun senang. Walaupun kadang kala dia sakit hati dengan Raisya tetapi dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam dan tetap menyayanginya dunia juga akhirat.
- bersambung -
Share this novel