HARI ini Hanis menjalankan tugasnya sebagai seorang murid dengan menghadirkan diri ke sekolah dan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang sesi pembelajaran. Semasa waktu rehat,sudah menjadi kebiasaan Hanis,Raisya dan Adzril akan rehat bersama. Walaupun ada sesetengah murid yang akan mengumpat mereka tetapi sedikit pun tidak membuatkan mereka terasa. Mungkin orang tersebut berasa cemburu kerana tidak dapat berkawan dengan Adzril secara dekat.
Setelah Hanis menyedari akan perasaannya terhadap Adzril,dia semakin berasa malu. Jika dahulu Hanis sentiasa memandang mata Adzril ketika sedang berbual tetapi kini Hanis seperti tidak boleh langsung untuk memandang mata jejaka itu. Pernah juga beberapa kali dia bertentang mata dengan Adzril tetapi dengan pantas Hanis melarikan pandangannya. Sebelum Hanis mempunyai perasaan terhadap Adzril,dia langsung tidak berasa gugup tetapi selepas dia jatuh suka kepada jejak tampan itu,dia jadi berdebar jika bertentang mata. Seolah terkena satu panahan yang tidak dapat digambarkan keadaannya. Panahan cinta agaknya.
" Sya aku nak pergi tandas kejap. Kau nak ikut tak?." Tanya Hanis selepas selesai menghabiskan makanannya.
" Aku malas lah. Kau pergi lah dengan Atiqah." Jawab Raisya. Ketika itu dia betul-betul malas untuk berjalan kemana-mana.
" Ok." Ringkas sahaja Hanis membalas. Kedengaran seperti merajuk tetapi sebenarnya tidak. Dia bukanlah seorang yang suka mendesak.
Setelah bayangan Hanis tidak lagi kelihatan,Adzril mengambil peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Raisya.
" Raisya." Panggilnya pendek.
" Ya." Balas Raisya ringkas.
" Hanis macam dah lain lah sekarang."
" Lain yang macam mana?."
" Dia dah makin lemah-lembut,mencarut pun dah kurang,tapi kan dia macam malu kalau depan aku. Kenapa eh?."
" Baguslah kan dia dah jadi macam perempuan melayu terakhir. Kau tak suka ke?."
" Suka je,cuma pelik tiba-tiba jadi macam tu. Lepastu sekarang kalau kitorang berbual,dia tunjuk je,tak pun pandng tempat lain."
" Dia nak tundukkan pandangan kot. Kau lelaki,dia perempuan."
" Ke ada sebab lain?"
" Eh tu Hanis dah sampai." Raisya terus mengubah topik apabila Hanis melangkah masuk kedalam kelas. Adzril terus berhenti bertanya.
" Kejap nau kau pergi tandas?." Soal Raisya.
" Aku nampak ramai orang terus aku patah balik. Malas lah nak tunggu,lagipun dah nak habis waktu rehat."
" Ouhhh." Ringkas saja jawapan Raisya.
" Sabtu minggu ni family aku aku buat kenduri kesyukuran dan bacaan doa selamat. Kalau korang berdua free,jemputlah datang. Mula pukul dua petang." Hanis menjemput Raisya dan Adzril untuk datang ke rumahnya pada hari Sabtu nanti.
" Sempena apa?" Soal Raisya.
" Majlis kesyukuran sempena along aku bakal menimang cahaya mata. Bacaan doa selamat pula untuk keseluruhan ahli keluarga. Alang-alang dah lama tak buat majlis. Tu yang mama aku nak buat." Ujar Hanis.
" Wahhh tahniah!!!. Tak lama lagi kau dapat gelaran mak ucu lahhhhh." Raisya juga teruja mendengar khabar berita tersebut.
" Erkk macam malu pula nak datang seorang,aku ni lelaki. Apa-apa pun tahniah!." Adzril terasa janggal jika dia menghadiri majlis tersebut seorang diri.
" Bawa lah Azra sekali. Ajak Ferhad tu juga. Masa kita pergi tengok wayang pun kau ajak dia. Jadinya ada lah teman." Hanis cuba memberanikan diri untuk memandang wajah Adzril. Dalam masa yang sama,dia dapat merasakan jantungnya berdegup kencang seumpama baru sahaja menamatkan larian 100 meter.
" Okay. Insya Allah. Terima kasih jemput." Tutur Adzril begitu lembut. Lagilah membuatkan jantung Hanis bagai mahu tercabut.
Hanis hanya menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian,cikgu matapelajaran seterusnya masuk ke kelas untuk mulakan pelajar. Semua pelajar kembali ketempat duduk asal dan bersedia untuk meneruskan sesi pembelajaran.
DI RUMAH,Adzril meminta izin ibunya untuk menghadiri majlis yang akan diadakan di rumah Hanis. Dia juga mengatakan yang dia mahu membawa adiknya bersama.
" Ibu oo ibu." Tutut Adzril lembut.
" Ya kenapa?." Tanya Puan Farhah.
" Hari Sabtu ni Adzril nak pergi rumah kawan boleh?. Dia ada buat majlis kesyukuran." Jelasnya kepada Puan Farhah.
" Pergilah. Kawan yang mana tu?." Puan Farhah menyoal kembali.
" Hanis yang pernah datang sini tu. Adzril nak bawa Azra sekali tau." Kata Azdril jujur.
" Ouhh yang itu. Pergi lah,jaga adik kamu tu. Di rumah orang suruh dia behave sikit. Dia buat majlis kesyukuran sempena apa?." Puan Hanani memberi izin dan masih lagi bertanya.
" Ok,Azra pun kenal dia. Hanis kata sempena kakak ipar dia mengandung dan nak buat bacaan doa selamat sekali untuk mereka sekeluarga."
" Ouhh. Dia ada abang ke?."
" Ada dua orang. Yang seorang dah berkahwin setahun lebih,lagi sorang pula masih belajar."
" Amboi banyak abang tahu tentang dia. Ada apa-apa ke?." Kali ini Puan Hanani mengajukan soalan cepumas. Adzril bagaikan terjerut di tali gantung.
" Eh ma..mana ada. Kitaorang rapat je,tu yang tahu tu." Tergagap Adzril mamberi jawapan. Tangannya juga secara spontan menggaru belakang tengkuk yang langsung tidak berasa gatal.
" Ye lah tu." Puan Farhah tersenyum nipis. Nampak gayanya Puan Farhah seperti dapat membaca isi hati anaknya. Dia tidak kisah jika anaknya mahu bercouple asalkan pandai menjaga batas pergaulan.
" Ok lah ibu,abang naik atas dulu. Nak buat homework." Cepat-cepat Adzril berjalan manaiki tangga. Dia tidak mahu ibunya mengesyak sesuatu tentang perasaannya.
HARI Sabtu kini telah pun tiba, Hanis sekeluarga sibuk menguruskan majlis yang akan diadakan pada pukul dua petang nanti. Majlis tersebut akan dihadiri oleh jiran tertangga,kawan-kawan Hayden dan isterinya,memandangkan ibu bapa Azreen telah meninggal dunia,Azreen hanya menjemput kakaknya. Terdapat juga sesetengah yang merupakan kawan Hayden dan kawan Hanis.
Walaupun jemputan yang tidak begitu ramai tetapi terdapat pelbagai jenis menu yang terhidang. Antaranya ialah Nasi Hujan Panas,Pulut Kuning yang dimakan dengan Rendang Daging pula akan diberikan kepada para tetamu untuk dibawa pulang ke rumah. Selain itu,kuih-muih yang ada pula terdiri daripada Castard Jagung,Seri Muka,Dangai dan Brownies.
Jam menunjukkan pukul 1.45 tengah hari,tetamu telah pun ramai yang tiba memandangkan majlis akan dimulakan pada jam 2 petang. Para tetamu mengambil tempat masing-masing dan ada seorang ketua daripada kaum lelaki yang akan memimpin bacaan nanti.
Majlis berjalan dengan begitu lancar dan teratur seperti apa yang telah dirancang. Semua tetamu mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru kedalam keluarga mereka. Ramai juga memuji makanan yang yang dihidangkan begitu sedap. Ada sesetengah menu yang dimasak sendiri oleh Puan Hanani dan ada juga yang ditempah daripada kenalan rapatnya.
Tetamu tidak pulang dengan tangan kosong kerana setiap seorang akan membawa balik satu bekas pulut kuning bersama rendang dan satu bungkus goodies. Itu merupakan tanda berterima kasih kerana sudi menghadirkan diri kemajlis tersebut.
Sepanjang majlis berlangsung,Adzril hanya memerhatikan Hanis yang kelihatan sungguh ayu berbaju kurung pahang bewarna biru laut. Dia begitu peramah dan sopan dengan para tetamu. Bibirnya pula tidak jemu menghadiahkan senyuman kepada semua tetamu. Hanis juga langsung tidak kekok untuk membantu ahli keluarganya. Perkara tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan Adzril bertambah tertarik dengan perwatakan gadis itu.
" Aku nampak daripada tadi kau asyik pandang je si Hanis tu. Ada apa-apa ke ni?." Soal Ferhad kerana berasa pelik dengan sikap kawannya itu.
" Eh pandang je. Tak salah pun kan." Terkejut juga Adzril apabila mendengar soalan maut daripada Ferhad.
" Eleh kau suka dia kan sebenarnya." Ferhad cuba menduga Adzril.
" Nampak sangat ke?." Tanya Adzril kerana berasa sedikit khuatir.
" Nampak beb. Daripada cara kau pandang dia tu. Pergi lah confess,manatau ada luck dia terima kau." Jawab Ferhad jujur. Dia juga memberi cadangan kepada Adzril.
" Kalau dia reject buat malu je beb." Adzril masih tidak yakin dengan diri sendiri.
" Tak gantle lah kau ni. Kau lelaki tau. Karang aku yang tolong beritahu." Ferhad mengutuk kawannya secara terang-terangan.
" Jangan cari pasal lah nak bagitahu dia. Bukan tak gantle,cuma tak yakin."
" Sama je tu."
" Adzril,Ferhad. Hanis suruh makan tu. Dah tak ramai tetamu ni. Tadi korang malu." Tiba-tiba Raisya mencelah perbualan mereka berdua.
" Ha jom lah Adzril kita pergi makan. Daripada tadi makanan tu memanggil-manggil je." Ferhad laju menjawab kerana daripada tadi dia sudah tertarik dengan makanan tersebut.
Adzril hanya mengganguk dan mereka bersama menuju ketempat yang terhidangnya makanan. Seusai mengambil makanan,mereka duduk ditempat yang disediakan. Hanis,Raisya dan Azra juga ada disitu. Mereka berbual ramah sehinggalah datang seseorang yang mahu menyakat. Siapa lagi kalau bukan Hayder iaitu abang Hanis yang suka mendengki.
" Haaa rapat semacam je korang ni. Maa ooo maa,Hanis dah gatal nak ada boyfriend." Hayder sengaja menyakat kerana ternampak hubungan adiknya yang begitu mesra.
" Kau apahal ngahh,kau pun ada girlfriend juga. Sibuk je,pergi lah layan kak Azira tu. Kesian dia sorang-sorang. Tu kan kekasih hati pengarang jantung kau." Wajah Hanis sudah membahang dan menjadi merah seperti buah tomato ranum.
" Mama dah tahu aku couple dengan kak Azira. Dia tak kisah pun,nanti lepas aku habis belajar kitorang nak kawin." Selamba Hayder menjawab. Hanis hanya menjeling abangnya itu.
" Sapa nama mamat handsome ni?" Soal Hayder sambil jarinya ditunding kearah Adzril.
" Nama saya Adzril." Gugup Adzril menjawab soalan tersebut.
" Ouhh. Boyfriend Hanis ke?" Tanpa bertapis Hayder menyoal.
" Pergi sana lah. Sibuk betul dia ni lah." Hanis menghalau abangnya dan menolak sedikit tubuh Hayder. Sebenarnya Hayder masih mahu menyakat tetapi kerana terdengar suara Azira yang memanggilnya,dia terus berjalan meninggalkan Hanis dan sekumpulan manusia disitu.
Wajah Adzril tidak kurang kemerahannya kerana dia juga berasa malu dan terkedu apabila mendengar soalan daripada abang Hanis. Tetapi dia cuba sorokkan rasa malunya itu dan beriak seolah tiada apa yang berlaku.
Hari telah menunjukkan jam 5.30 petang. Para tetamu sudah beransur pulang. Kini Adzril,Azra dan Ferhad pula meminta diri untuk balik kerumah masing-masing. Mereka bersalaman dengan ahli keluarga Hanis sebagai tanda hormat dan ingin berterima kasih kerana sudi menjemput.
" Pakcik,makcik,kami balik dulu ya. Terima kasih sudi jemput." Tutur Adzril lembut. Lantas dia dan Ferhad bersalaman dengan Encik Amsyar manakala Azra bersalaman dengan Puan Hanani.
" Sama-sama. Terima kasih juga sudi datang." Balas Puan Hanani ramah bersama segaris senyum manis.
" Tahniah abang dan akak,bakal timang cahaya mata." Ferhad pula bersuara mengucapkan tahniah kepada Hayden dan Azreen.
" Terima kasih ye." Kata Hayden ringkas tetapi kedengaran begitu ikhlas.
Hayder yang tidak kelihatan,tiba-tiba muncul dari arah belakang dan berdiri disebelah Hanis. Kedudukannya betul-betul berhadapan dengan Adzril.
" Aku tak nak salam ke?. Macam mana nak jadi adik ipar." Tutur Hayder selamba sambil menghulurkan tangannya. Dengan laju Hanis menyiku perut abangnya yang annoying itu.
" Bodoh lah kau ni ngah." Ujar Hanis secara berbisik.
" Eh bukan bakal adik ipar ke ni?." Hayder bertanya soalan yang agak merapu. Sedikit pun dia tidak takut dengan Hanis. Baginya,perbuatan Hanis yang menyiku perutnya itu hanya terasa bagai angin lalu.
Adzril telah mati akal untuk menjawab. Dia hanya mengemam bibir dan tidak mampu untuk berkata-kata. Malunya kini sudah sampai ketahap luar bumi. Mahu sahaja dia berlari meninggalkan adik dan kawannya itu. Tetapi dia masih boleh mengawal perasaan tersebut.
Huluran tangan Hayder tetap disambut olehnya dan mereka berjabat tangan. Sebelum melangkah keluar dari rumah itu,sempat dia berikan segaris senyuman kepada keseluruhan ahli keluarga Hanis.
Puan Hanani hampir terlupa untuk memberi pulut kuning dan goodies kepada mereka,mujur Hanis mengingatkan mamanya.
" Ma,diaorang belum dapat goodies dengan pulut kuning tu." Hanis bersuara apabila ternampak mereka pukang dengan tangan kosong.
" Oohh ya,nasib baik kamu ingatkan. Kalau tidak,kesian tak bawa balik apa-apa." Puan Hanani baru tersedar dan dia menghulurkan satu bekas pulut kuning bersama rendang dan goodies kepada mereka bertiga.
" Terima kasih makcik." Mereka mengucapkan terima kasih kepada Puan Hanani.
" Sama-sama. Panggil saja acik Nani,barulah glamour sikit. Kalau 'makcik' tu macam dah tua sangat. Hehehe." Sempat Puan Hanani bergurau.
" Hehe. Baiklah acik Nani." Balas Azra
" Kami minta diri dulu ye." Ujar Adzril.
" Okay. Hati-hati bawa motor tu." Encik Amsyat bersuara. Mereka hanya tersenyum dan terus berlalu pergi daripada rumah itu.
Hilang kelibat mereka bertiga,Hanis melangkah masuk kedalam rumah untuk membantu ibunya mengemas.
" Amboii mentang-mentang boyfriend dia,nampak je yang mama lupa nak bagi makanan tu." Suara seseorang kedengaran dari arah tepi. Siaoa lagi kalau buka Hayder.
" Ish kau ni ngah. Tak habis-habis nak cakap tu boyfriend aku." Hanis menjeling dan terys melangkah tanpa berpaling kearah abangnya itu.
" Tapi kalau budaknya sopan macam tu,ayah pun tak kisah kalau dia jadi menantu ayah." Sambung Encik Amsyar pula. Dia juga tertarik dengan perwatakan Adzril tadi.
" Matilah nakkkk." Desis hati Hanis. Dia cuba menafikan dengan percakapan tetapi hatinya melonjak kegembiraan.
Dia meneruskan kerjanya bersama Raisya untuk membantu Puan Farhah mengemas. Raisya telahpun memaklumkan kepada ibunya bahawa dia akan pulang lambat sedikit kerana mahu membantu Hanis. Memandangkan hubungan mereka pun terlalu rapat seperti belangkas,keluarga Hanis telah mengganggap Raisya sebagai nak sendiri.
PADA jam 7.30 minit malam, Encik Idris baru sahaja tiba di rumah. Dia masuk kebahagian dapur dan ternampak satu bekas makanan yang dibungkus dengan plastik. Tetapi Encik Idris tidak terus membuka makanan tersebut kerana ingin membersihkan diri terlebih dahulu dan menunaikan kewajipan iaitu solat fardhu. Dia hanya solat seorang diri kerana anak-anak dan isterinya telah pun menunaikan solat.
Selesai solat fardhu maghrib,Encik Idris mengajak ahli keluarganya makan malam bersama. Mereka berkumpul di meja makan dan menikmati makanan yang telah dimasak oleh Puan Farhah.
" Tu yang dalam plastik tu apa benda?" Tanya Encik Idris.
" Pulut kuning dapat daripada rumah kawan Adzril. Rumah dia ada buat majlis kesyukuran petang tadi." Puan Farhah menjawab soalan suaminya itu.
" Ayah rasa lah. Dapat dua bungkus,yang satu kitaorang dah makan tadi." Azra mempelawa ayahnya.
" Kawan yang mana satu tu Adzril?." Soal Encik Amsyar kepada Adzril.
" Hanis yang pernah datang buat kerja kat sini tu. Ayah tak pernah jumpa tapi ibu pernah." Tutur Adzril.
" Ouhhh,girlfriend kamu tu ye?." Encik Idris bertanya lagi.
" Kawan biasa je lah,mana ada girlfriend."
" Girlfriend tu kan maksudnya kawan perempuan. Ayah tak cakap special girlfriend pun. Haaaa ada sesuatu niii." Ternyata soalan yang diajukan tadi merupakan soalan trick.
" Aduh ayah aku ni,dia nak kenakan aku ke apa." Gumam Adzril dalam hati.
" Pandai-pandai je ayah ni." Adzril membalas sambil ketawa yang dibuat-buat.
Encik Idris tersenyum nipis dan terus mengubah topik perbualan. Kesian juga dia melihat anaknya yang sudah tergagap untuk menjawab soalan. Muka anaknya juga menjadi kemerahan. Tambahan pula Adzril mempunyai tona kulit yang cerah,lagilah membuatkan kemerahan itu kelihatan jelas.
Malam itu diakhiri dengan suasana yang begitu tenang dan mendalamaikan. Pada malam itu,Adzril tidur agak awal kerana keesokannya ialah hari persekolahan. Dia perlu mendapatkan tidur yang cukup untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.
Tidurnya dihiasi dengan mimpi indah kerana orang yang dimimpikan ialah Hanis Aulia. Mereka terlihat seperti sedang menjalani percintaan diusia dewasa dan sangat bahagia. Pasti keesokannya Adzril akan terasa gembira sepanjang hari jika teringat semula mimpinya pada malam itu.
-bersambung-
~~~~~~~~~~
SELAMAT TINGGAL 2020
HAPPY NEW YEAR TO UOLS SEMUAAAA
Iols doakann semoga 2021 akan jadi lebih baik dan dapat capai segala impian serta azam untuk tahun baru.
Saya juga ingin memohon kemaafan jika MR SWEET MISS PUAKA ni tak begitu menarik. Terima kasih juga kepada yang sudi baca novel yang tak seberapa daripadaa sayaa.
Ucapan ini
IKHLAS FROM (LESYA)
Share this novel