chapter 10

Romance Series 13360

ADZRIL yang sedang berbaring dengan beralaskan lengannya,termenung memandang kearah kilas yang sedang berpusing itu. Lama-kelamaan dia sendiri berasa pening dek kerana pusingan kipas yang direnung terlalu laju. Mana tidaknya,pada jam 2 hingga 4 petang,sememangnya sangat panas membahang. Itu yang menyebabkan dia membuka kipas pada tahap yang tinggi.

Penat termenung dalam posisi berbaring,Adzril bangun dan bersandar di kepala katil. Dia bukanlah hanya termenung kosong tetapi dia terbayangkan wajah serta perlakuan Hanis ketika berdepan dengannya. Sesekali Adzril tersenyum sendirian apabila teringat-ingat akan tingkah laku Hanis yang semakin baik tetapi dia juga berasa pelik kerana Hanis tiba-tiba seakan menjadi malu jika berbual dengannya. Jika selalu Hanis akan memandangnya apabila berbual atau menjawab soalan daripada Adzril. Tetapi sejak kebelakangan ini Hanis hanya menundukkan wajah atau memandang ketempat lain jika menjawab soalan yang Adzril ajukan.

Bukan dia tidak perasan akan perubahan perangai Hanis yang dahulunya kuat mencarut tetapi kini semakin sopan dalam percakapannya. Dia suka melihat perubahan itu cuma berasa sedikit pelik.

" Kenapa eh Hanis dah makin jaga tutur kata dia. Tapi bagus lah tu kan,kenapa aku nak pelik pula,manusia kan boleh berubah." Gumamnya sendirian.

" Ye lah memang boleh berubah tapi apa sebabnya?. Kalau aku tanya tak mungkin dia nak beritahu." Sambungnya lagi. Gayanya seperti sedang berkata-kata dengan seseorang tetapi itu hanyalah mindanya sendiri.

" Haaaaa aku tahu nak tanya siapa. Hanis kan ada,tak mungkin dia tak tahu apa sebabnya." Ujarnya teruja sambil memetik jari. Untung sahaja otaknya memberi kerjasama pada waktu sebegini.

Lantas Adzril mencapai smart phonenya dan mancari nama 'Raisya' di aplikasi WhatsApp.
ADZRIL -- " Assalamualaikum Raisya,aku nak tanya sesuatu ni".

Butang 'send' ditekan tetapi hanya satu tick yang kelihatan. Beberapa minit berlalu,nampaknya tiada tanda-tanda bahawa chatnya akan dibalas.

" Haihh si Raisya ni mesti tengah tidur. Biasanya kalau dia buat homework pun, phone sentiasa ada kat sebelah. Harini pun homework tak banyak." Adzril berkata sendirian.

" Alang-alang tak ada kerja nak dibuat,aku pun nak tidur lah sekejap sementara tunggu masuk waktu asar ni." Dia berkata sendirian.

Baru sahaja dia hendak merebahkan badannya diatas tilam empuk bersaiz queen,Azra dengan selamba menerjah masuk kedalam bilik tersebut. Melihat wajah Adzril yang menyinga itu,Azra hanya mempamerkan riak wajah tidak bersalah.

" Kau apahal siak tiba-tiba masuk bilik aku." Adzril berkata dengan nada suara yang agak tinggi tetapi bukan menengking. Dia tidaklah marah, cuma berasa geram dengan adiknya yang terus menerjah masuk tanpa meminta izin.

" Alahh sorry lahh. Kau pun tak kunci pintu. Aku apa lagii,masuk je lah terus." Ujar Azra mendatar.

" Lain kali kalau nak masuk kau ketuk pintu lah dulu. Buatnya aku tengah tak berbaju macam mana?" Peringatan diberikan kepada Azra.

" Ish kau ni bang. Kalau tengah tak pakai baju tu,kunci lah pintu. Tak senonoh betul."

" Kadang-kadang aku lupa nak kunci. Sebabtu jangan suka-suka nak terjah masuk bilik orang."

" Haa yelah-yelah. Maafkan adikmu ini wahai abangku." Azra membuat wajah comel. Jika dia buat sebegitu dihadapan orang tidak begitu rapat,mahunya sudah kena penampar.

" Kau nak apa masuk bilik aku ni?. Kalau tak ada apa-apa baik kau keluar dan tutup semula pintu tu. Aku nak merehatkan minda ni." Adzril cuba menghalau adiknya dengan cara halus.

" Azra nak minta nombor telefon Kak Hanis dengan Kak Raisya je sebenarnya. Hehehe."

" Ya Allah. Kau boleh je WhatsApp aku kan. Nah kau cari lah sendiri." Adzril hanya bersabar dengan Azra kerana itulah satu-satunya adik yang dia ada. Dalam masa yang sama,dia juga menghulurkan smart phonenya kepada Azra.

Setelah hampir lima minit Azra menyelongkar ruang telefon abangnya,Azra memulangkan kembali telefon tersebut.

" Nah ambil semula. Terima kasih,byeee." Azra trus bangun daripada birai katil dan berjalan kearah pintu.

" Tutup semula pintu tu." Jerit Adzril tanpa berpaling kearah adiknya.

" Ok. Oh sorry sebab Azra terbaca chat kau dengan kak Hanis. Boleh tahan sweet macam orang couple. Hihihi." Cepat-cepat Azra melarikan diri menuju kebiliknya sebelum Adzril bangun dan mengejarnya di sekeliling rumah.

Mendengar pengakuan Azra,Adzril hanya berdengus kegeraman. Patutlah bukan main lama adiknya mencari nombor telefon Hanis dan Raisya,rupa sambil menyelam minum air.

Adzril merebahkan semula tubuhnya diatas tilam dan menyambung rehatnya yang tergendala sebentar tadi. Dia melelapkan mata sebentar sebelum masuknya waktu asar. Tidurnya tidaklah begitu lena dan boleh dikatakan hanya tidur-tidur ayan kerana dia tidak biasa tidur pada siang hari.

SEMENTARA itu,Hanis yang berada dirumah sedang sibuk berperang didapur bersama abangnya. Berperang bukanlah bermaksud mereka bergaduh tetapi mereka sedang bertungkus lumus untuk menyediakan makanan untuk kedua ibu bapanya. Ketika itu,ruangan dapur kelihatan sangat bersepah dengan bahan masak dan beberapa pekakas dapur yang berterabur diatas lantai.Jika diikutkan, Puan Hanani paling pantang jika melihat dapurnya yang bersepah dan tidak terurus. Tetapi memandangkan hari tersebut ialah hari ulang tahun perkahwinan Puan Hanani dan Encik Amsyar,mereka membuat keputusan untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan anak-anak. Kononnya mahu mengimbau kembali kenangan lama sewaktu baru mendirikan rumah tangga. Encik Amsyar pula sanggup mengambil cuti demi meraikan hari istimewa bersama isterinya itu.

Dapur yang berkecah itu dikemas semula sebelum mama dan ayah mereka tiba dirumah. Perkakas dapur yang berterabur diatas lantai mereka kutip semula dan simpan ditempat asalnya. Meja dapur yang kelihatan berselerak itu dirapikan kemudian dilap menggunakan kain khas. Singki yang penuh dengan pinggan kotor cepat-cepat mereka cuci dan susun pada rak yang disediakan. Akhir sekali,lantai yang agak melekit dimop serta dikeringkan supaya tidak ada orang yang jatuh tergelincir.

Makanan yang siap mereka masak,hanya dibiarkan di dalam kuali kerana jika dihidang terlalu awal,makanan tersebut akan sejuk dan kurang kelazatannya. Mereka memilih untuk memasak masakan barat kerana lebih mudah dan tidak begitu leceh. Kebetulan semua barang basah yang diperlukan telah sedia dibeli oleh ayahnya.

Antara hidangan yang mereka sediakan ialah Spagetti Aglio Olio yang dipadankan dengan Honey Chicken Grilled. Menu sampingan pula ialah Cheezy Loaded Fries dan pencuci mulut pula ialah Barries Pavlova. Tidak lengkaplah hidangan tersebut jika tiada air untuk melegakan tekak,jadi mereka memilih untuk menyediakan Ice Lemon Tea yang ditambahkan sedikit daun pudina untuk memberikan kesegaran berganda. Akan ada juga beberapa jenis buahan segar yang dipotong dan disusun cantik diatas pinggan. Tetapi mereka belum lagi menyediakannya kerana takut buah-buahan itu menjadi lebam.

Setelah mereka berpuas hati dengan hasil kerja tersebut,masing-masing tersenyum lebar dan menunjukkan riak wajah gembira.

" Yeyyy siap juga akhirnya. Harapnya sedap lah makanan tu semua. Tu pun tengok resipi dalam cik google." Hanis sangat berpuas hati dengan kesemua hidangan tersebut.

" Highh fiveeee. Wuhuuuu." Jerit Hayder. Lantas mereka menjerit keterujaan.

" Dah la aku nak mandi,siap-siap pakai baju cantik walaupun kita kat rumah je." Hanis terus berlari masuk kedalam biliknya dan bersiap untuk meraikan hari istimewa ayah dan ibunya.

Begitu juga Hayder,dia menutup kesemua hidangan supaya tidak dihinggapi lalat dan terus meninggalkan ruangan dapur serta membersihkan diri yang terasa melekit setelah bertungkus-lumus didapur tadi.

Setengah jam berlalu,Hanis dan Hayder hanya menonton televison bersama sementara menunggu kepulangan ibu bapanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang berada di perkarangan rumahnya.

" Aikk awal sampai,tadi kata lagi setengah jam. Pergi buka pintu Nis,aku tak boleh bangun sebab bontot dan lekat pada sofa ni." Hayder sengaja memberi alasan yang langsung tidak boleh diterima akal hanya kerana dia berasa malas ketika itu.

" Ishh kau ni,padahal dia lagi dekat dengan pintu tu. Aku juga yang kena buka. Kenapalah mama tak bagi aku adik,kalau tak boleh aku pula buli dia. Ni asyik aku je yang jadi mangsa." Walaupun Hanis menghamburkan bebelan,kakinya tetap melangkah kearah pintu dan melihat gerangan yang tiba di rumah mereka.

" Aaaaaaaaaaaaaaa." Hanis menjerit dengan kuat dan terus berlari keluar kearah manusia yang ada diluar rumah itu.

Mendengar jaritan daripada Hanis tadi,Hayder bingkas bangun dan menuju kearah pintu. Terkejut juga dia apabila Hanis tiba-tiba menjerit seperti nampak penjahat.

" Kau apahal menje...rit." Terbungkam matanya melihat dua tubuh manusia yang sememangnya amat dirindui.

" Alongg dengan kak Azreen balikkkkkkkkkk. Sebabtu aku terkejut,excited sangat tadiii." Tidak lepas Hanis memeluk tubuh kakak iparnya itu.

" Hanis dah lupa pada along ke?. Daripada tadi kak Azreen je dia peluk. Salam along pun tidak ye." Nada suara Hayden seakan kedengaran merajuk dengan adiknya itu.

" Alongg kau apa khabar?. Rindu gila beb pada kau." Hayder mencelah dan terus memeluk tubuh abangnya gaya lelaki berpelukan. Hubungan mereka sememangnya rapat dan boleh dikatakan seperti 'bromance'.

" Alhamdulillah along sihat. Kau apa khabar?." Balas Hayden pula sambil membalas pelukan dan menepuk-nepuk belakang badan Hayder.

" Dah ketepi kau ngah,Hanis pula nak peluk along." Hanis menolak tubuh Hayder ketepi.

" Elehh tadi macam dah lupa pada along. Ye lah lagi sayang kak Azreen kann." Hayden memerli.

" Alahh sorry lahh. Tadi kan kak Azreen yang keluar daripada kereta dulu sebelum along keluar. Itu yang Hanis terus peluk kak Azreen."

" Hahaha ye lah. Along saja je buat-buat merajuk tadi,sebenarnya tak pun. Dah-dah jangan peluk lama-lama,bini along tengok je tu karang ada yang cemburu." Dengan selamba Hayden berkata.

" Eh abang ni,saya tak cemburu pun lah. Dengan adik sendiri tak apa kalau dengan perempuan lain memang saya hambat awak kat pokok kelapa." Jawab Azreen dengan pantas. Secara spontan semua yang berada disitu terus menghamburkan tawanya.

" Mana mama dengan ayah?. Kereta pun tak nampak." Tanya Azreen ramah.

Mereka bersama-sama melangkah masuk kedalam rumah.

" Mama dengan ayah keluar daripada pukul 10 pagi lagi. Katanya nak raikan aniversary berdua tanpa ada anak-anak. Mengimbau kenangan lalu lah katakan." Ujar Hanis mendatar.

" Eh ye lah. Along ada beli kek tadi sempena ulang tahun perkahwinan mama dengan ayah. Angah,kau pergi ambil dalam kereta,ada kat tempat duduk belakang." Hayden mengarahkan adiknya untuk mengambil kek tersebut.

" Macam bau makanan lah. Ada masak apa-apa ke?" Soal Azreen apabila terhidu aroma masakan ketika masuk keruangan dapur.

" Tadi Hanis dengan abang Hayder ada masak Spaggeti Aglio Olio,Honey Chicken Grilled,Cheezy Loaded Fries,Berries Pavlova pun ada. Air pula Ice Lemon Tea Pudina." Habis semua nama masakan yang Hanis sebut.

" Wah banyaknya. Mesti sedap kan." Teruja Azreen mendengar kesemua menu masakan tersebut.

" Lagi 10 minit mama dengan ayah sampai. Rasanya boleh dah kalau nak hidang makanan tu. Kak Azreen boleh tolong Hanis?." Hanis bertanya lembut.

" Boleh je,jomlah kita hidang."

Mereka menghidangkan kesemua makanan tersebut dengan susunan yang cantik dan sangat kemas. Bertambah gembiralah Encik Amsyar dan Puan Hanani jika mendapat tahu anak sulungnya pulang untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Puan Hanani yang sedang duduk diseat sebelah tempat pemandu,kelihatan sangat bahagia dan berpuas hati dengan aktiviti bersama suaminya pada hari tersebut. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga dalam jangka masa yang panjang tetapi kasih sayang pasangan suami isteri itu tidak sedikit pun memudar malah makin bertambah luas kasih sayang mereka. Tidak tergambar betapa besarnya rasa cinta antara satu sama lain.

" Abang,terima kasih tau bawa saya jalan-jalan harini. Saya gembira sangat,abang bawa saya ketempat abang melamar dulu,tempat-tempat yang istimewa untuk kita berdua." Luah puan Hanani dengan begitu ikhlas.

" Sama-sama Nani. Sekali-sekala jadi romantik untuk isteri sendiri. Pengorbanan awak sebagai seorang isteri lebih besar,setiap darah yang mengalir semasa melahirkan tak terbanding dengan setiap peluh saya yang menitis untuk mencari nafkah. Saya doa hubungan kita akan kekal hingga ke jannah. Aamiin." Encik Amsyar membalas daripada lubuk hati yang terdalam.

Puan Hanani berasa sebak dan sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang serta keluarga yang bahagia.

" Insya Allah,Aamiin. Ish abang ni buat saya sebak pulaa,patutnya kita happy." Puan Hanani mengesat air matanya dan ketawa kecil.

" Awak yang sebak,saya ok je." Encik Amsyar berkata tanpa memandang wajah isterinya kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya semasa memandu.

" Agaknya apa yang mereka buat dirumah tu. Kalau rumah bersepah memang nak kena dua beradik tu."

" Entahlah diorang tu. Harapnya tak tunggang terbaliklah rumah kita."

Masuk sahaja di persimpangan rumah, Puan Hanani dan Encik Amsyar ternampak kereta anak sulungnya yang di parkir di hadapan rumah. Bertambah lebar senyuman mereka berdua.

" Tu kereta Hayden kan?." Tanya Puan Hanani ringkas.

" Saya pun rasa tu kereta Hayden." Balas Encik Amsyar.

Tiba di perkarangan rumah, Encik Amsyar dan Puan Hanani cepat-cepat keluar daripada kereta dan semakin tidak sabar untuk masuk kedalam rumah. Lebih-lebih lagi setelah terlihat ada dua pasang kasut yang disusun dengan rapi.

" Assalamualaikum mama dengan ayah dah balik nii." Jerit Puan Hanani daripada luar rumah.

Sewaktu mendengar suara mama mereka daripada luar,masing-masing bersekongkol untuk membiarkan Hayden membuka pintu.

" Mana pergi budak-budak ni,ada didalam rumah ke tidak. Assalamualaikum." Nada suara Puan Hanani semakin meninggi.

Beberapa saat kemudian pintu dibuka oleh seseorang. Puan Hanani dan Encik Amsyar terpaku seketika apabila melihat gerangan yang berada tepat dihadapan mereka.

" Haydennnnnn. Ya Allah mama rindu sangat pada kamu. Kenapa balik tak beritahu,masatu kata minggu depan." Puan Hanani memeluk erat anak sulungnya itu manakala Encik Amsyar hanya melihat adegan jejak kasih yang berlaku itu.

" Awak ni Nani,budak tu tak balik awak sibuk bertanya,dia dah ada depan mata boleh pula tanya 'kenapa balik tak beritahu'. Sudah lah tu nak buat drama jejak kasih,saya pun nak peluk anak juga." Ujar Encik Amsyar. Nampaknya ada bau-bau kecemburuan ya disitu.

Tidak hanya Puan Hanani,Encik Amsyar juga membuat adegan jejak kasih disitu. Cehh tadi cakap orang,sekarang dia pun sama. Memaku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.

" Mama,ayah jomlah masuk. Budak berdua tu ada surprise. Azreen pun ada didalam." Ajak Hayden meminta mama dan ayahnya untuk masuk kedalam rumah.

" Apa pula yang mereka buat tu." Puan Hanani dan Encik Amsyar tersenyum nipis.

Masuk sahaja ke dalam rumah,Hayden mengajak mama dan ayahnya pergi keruangan dapur. Melihat dua orang anak dan menantu mereka yang sedang berdiri dihadapan meja makan,Puan Hanani dan Encik Amsyar semakin berasa hairan.

" Surpriseeeeeee!!!. Happy Aniversarry mama dan ayah." Tiga orang manusia yang berdiri dihadapan meja makn itu berkata serentak dan berganjak sedikit ketepi untuk menunjukkan hidangan istimewa diatas meja makan itu.

" Ya Allah banyaknya masak,siap ada kek lagi tu. Kauorang memang dah rancang ke semua benda ni?." Tanya Puan Hanani. Sungguh dia tidak menyangka bahawa anak-anaknya begitu bijak dan licik dalam merancang sesuatu.

" Masakan ni semua Hanis dengan angah yang masak,memang niatnya nak surprisekan mama dengan ayah. Lepastu tiba-tiba along dengan kak Azreen balik bawa kek tu sekali." Hanis berkata jujur.

" Dah jom makan. Sorry lah kalau tak sedap sebab kitaorang tengok resipi dalam google je." Ajak Hayder pula.

Mereka menikmati makanan tersebut dengan penuh selera. Bagi mereka,kesemua hidangan tersebut begitu sempurna tanpa ada yang kurang walau sedikitpun.

" Sedap kamu berdua masak. Masing-masing dah boleh kawin ni." Gurau Encik Amsyar dihadapan keluarga tercinta.

" Amboi abang. Kalau Hayder nak kawin saya bagi lah tapi kalau anak dara tu nak kawin,memang saya ikat kat pokok karang." Balas Puan Hanani. Hanis hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama sedang menahan malu.

Selesai mereka menikmati hidangan tersebut,mereka mengemas dapur bersama. Seterusnya mereka menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah.

Mereka meluangkan masa bersama diruang tamu. Tiba-tiba Hayden dan Azreen ingin menyampaikan sesuatu. Nampaknya seperti perkara yang menggembirakan. Masing-masing tekun mendengar.

" Hayden dengan Azreen ada nak beritahu sesuatu." Hayden berkata sambil merangkul pinggang isterinya dan tersenyum bahagia.

" Apa yang nak diberitau tu?." Tanya Encik Amsyar ringkas.

" Nampaknya lepas ni semua akan naik pangkat." Hayden masih ingin berteka-teki dengan keluarganya.

" Naik pangkat?." Sampuk Hanis

" Ye lah naik pangkat,mama dengan ayah akan jadi atuk dan nenek. Hayder dan Hanis pula akan jadi pak ngah serta mak ucu. Abang Hayden dan kan Azreen akan jadi ibu bapa." Begitu jelas penerangan Hayden. Bibirnya juga tersenyum lebar.

" Haaa Azreen mengandung ke?. Alhamdulillah, dah berapa bulan kandungan tu Azreen?." Tanya Puan Hanani dengan begitu teruja.

" Wuhuuuu,akhirnya kak Azreen mengandung. Tahniah along dan kak Azreen." Hayder juga berasa begitu teruja.

" Alhamdulillah baru masuk 10 minggu. Kami memang rancang nak beritahu pada hari ulang tahun perkahwinan mama dengan ayah. Kitaorang pun lama tak balik,harapnya berita ni dapat menggembirakan semua orang dan tanda minta maaf juga."

" Alhamdulillah. Ayah tak terasa hati pun kamu berdua lama tak balik. Kami faham kamu berdua sibuk. Lagipun bukannya kamu tidak bertanya khabar langsung. Selalu juga kita berbual walaupun dalam telefon je. Apapun ayah ucapkan tahniah kepada kamu berdua." Encik Amsyar yang hanya berdiam diri daripada tadi terus bersuara dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

" Yey tak lama lagi dapatlah Hanis cium bau baby. Lagi-lagi anak sedara sendiri,memang puas Hanis gomol nanti." Hanis juga sangat teruja untuk menerima kehadiran insan baharu kedalam keluarga mereka.

" Mama rasa macam nak buat majlis kesyukuran lah. Hayden dengan Azreen ok ke?. Bila cuti lagi?." Soal Puan Hanani. Dia lah yang paling teruja untuk menimang cucu.

" Insya Allah minggu depan kami free. Jadi kalau nak buat,minggu depan boleh juga." Jawab Azreen sambil tersenyum.

" Kalau macam tu nanti pandai lah mama rancang majlis tu nanti. Kita buat ringkas je. Majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat."

" Boleh je maa,kami berdua tak kisah pun." Tutur Hayden lembut.

Malam tersebut diakhiri dengan gelak tawa mereka sekeluarga. Hati mereka menari kegirangan kerana hari yang dilalui penuh dengan riang-ria ditambah lagu selepas mendapat berita gembira yang begitu menerujakan.

-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience