PADA petang hari minggu yang indah serta menenangkan, Hanis dan Raisya meluangkan masa bersama di taman sambil makan aiskrim La Cremeria berperisa Summer Berries Yogurt. Sedang mereka sibuk bertukar cerita,tiba-tiba Hanis teringat akan sesuatu yang tidak boleh disimpan lagi. Raisya yang persis 'makcik onion' bertambah teruja untuk mendengar perkara tersebut.
" Weh Raisya,aku nak beritahu sesuatu ni." Hanis tiba-tiba berkata setelah diam beberapa saat sebentar tadi.
" Ha apa benda apa benda." Lain macam keterujaan Raisya ketika itu.
" Dasar makcik bawang. Hhmm,aku kannn. Alaa maluu lah nak cakap tapi aku tak boleh pendam. Kau jangan gelakkan aku eh kalau aku cakap ni." Sempat Hanis memberi amaran. Akan tetapi dia tahu bahawa Raisya akan gelak.
" Cakap je lah. Nak cakap tapi sangkut-sangkut. Aku lempang kau karang." Raisya semakin tidak sabar. Tetapi dia seperti telah dapat mengagak apa yang Hanis ingin katakan. Dah kalau ada perkataan 'tak boleh pendam',semestinya tentang hati dan perasaan.
" Tapi ini rahsia tau. Kau seorang sahaja yang tahu,so kalau bocor rahsia ni memang mulut kau lah. Tak ada orang lain lagi." Sekali lagi Hanis memberi peringatan kepada Raisya.
" Selama ni kalau rahsia-rahsia tu pernah ke aku bongkarkan?. Tak pernah pun kan."
" Memang kau tak pernah bongkarkan. Tapi kau ni bahaya sikit,yelah kadang-kadang kau boleh terlepas cakap." Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Raisya.
" Cepat lah cakap." Raisya sudah tidak sabar kerana dia ingin mengetahui apa yang Hanis ingin katakan dan apa yang sedang dia fikirkan ialah perkara yang sama atau tidak.
" Macam ni,sebenarnya kann....haishhh nanti kau gelak lahh." Hanis masih belum bersedia untuk memberitahu Raisya.
" Kalau aku lempang kau ni. Tak sempat cakap dah bisu tau." Raisya berkata seperti tahap kesabarannya telah berkurangan.
" Aku rasa aku dah suka pada Adzril." Dengan sekali nafas Hanis berkata. Mukanya telah membahang dan berubah menjadi kemerahan kerana perasaan malunya tidak dapat disorokkan lagi. Disaat itu juga,Raisya telah mengemam bibir dan mengembungkan pipinya kerana tidak dapat menahan ketawa.
Papp
Satu pukulan tepat mengena peha Raisya kerana Hanis ternampak reaksi kawannya yang mahu melepaskan tawanya.
" Kau nak ketawaa kann. Aku dah agak dahh. Kau bukan boleh dipercayai sangat pun."
" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. SUMPAH NGOKK AKU SPEECHLESS. Kan aku dah kata,hati kau ni bukan kental sangat. Dah kalau lelaki baik macam Adzril tu,mustahil kau tak terpikat. Dari awal lagi aku dah agak kau akan suka dia." Tidak dapat ditahan lagi,Raisya terus ketawa terbahak-bahak.
" Habistu kenapa tak kau je terpikat pada Adzril tu?." Soal Hanis untuk memberhentikan Raisya daripada terus mentertawakannya.
" Sebab dia nak pikat kau,dia suka kau. Bukan suka aku,apa kau ingat pandang sekali terus boleh jatuh cinta ke?. Tu semua dusta je,dah cliche sangat bertentang mata terus jatuh cinta." Raisya menjawab dengan selamba tapi masih tidak boleh berhenti gelak.
" Itu lah kau,lain kali jangan cakap tak suka,lama-lama jadi sayangggg. Kenapa kau tak nak Adzril tahu?. Dia tu suka kau juga lah,kalau tak kenapa selama ni dia try hard tunjuk effort dia tu. Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah sebab hati kau masih lagi ada perasaan.HAHAHA." Sambung Raisya lagi. Dia cuba membuatkan Hanis percaya pada Adzril dan sengaja memberi perlian kepada Hanis.
" Malu lah gilaaa. Pelik lah kalau perempuan confess dulu. Kalau dia suka aku,biar lah dia confess dulu" Ujar Hanis tanda tidak bersetuju dan menyuarakan pandangannya.
" Ha bagus lah tu,yang sana tunggu reaksi sini,yang sini nak tunggu yang sana jujur. Sampai mampos pun masing-masing tak tahu. Lepas tu pendam je perasaan menaggung rindu tu. Kalau terlepas,dua-dua sekali frust menonggeng. Puihhh." Raisya bersuara sambil dia sekali lagi memerli Hanis.
" Alah kau ni. Nanti macam perigi cari timba lah pula." Hanis masih lagi tidak mahu jujur dengan Adzril tentang perasaannya.
" Istilah perigi cari timba tu mengarut tahu tak. Istilah tu digunakan sebab tak mahu perempuan ni nampak macam terdesak nak kan lelaki. Mindset tu ubah lah,tu zaman tok kaduk dulu boleh la guna. Cuba kau fikir eh,kalau betul istilah perigi cari timba tu,memang perempuan nak kena tunggu sahaja lah putera kayangan turun dari langit. Patutnya kena lah sama-sama bertindak,sama-sama usaha. Sebelah pihak je tak jalan bebb. Sedangkan Siti Khadijah R.A pun melamar Rasulullah SAW. Perigi cari timba tu merepek tahu tak." Panjang lebar Raisya membebel. Untung sahaja telinga Hanis tidak berdarah mendengar bebelan seperti mak nenek itu.
" Sudah la,berhenti membebel tu. Bosan lah aku dengar orang membebel. Dekat rumah mama aku bebel,dengan kau pun kena bebel juga. Arghh." Sememangnya Hanis bosan mendengar segala bebelan yang setiap hari akan diterima. Cumanya topik bebelan tersebut akan bergantung pada situasi dan keadaan.
" Sebenarnya aku boleh agak dah apa yang kau nak cakap tadi." Ujar Raisya jujur.
" Macam mana kau boleh tahu?." Soal Hanis pelik.
" Aku berkawan dengan kau bukan baru semalam tau. Naluri aku ni kuat mengatakan kau suka Adzril. Tengok cara kau pun aku dah tahu." Nadanya kedengaran riak. Cehh naluri konon.
" Apa perubahan yang kau nampak tu?" Tanya Hanis ingin tahu kerana dia tidak mahu perasaannya kelihatan jelas hanya dengan perubahan dan segala kelakuannya.
" Kau dah makin sopan,jaga bahasa,selalu senyum,ayu-ayu gitewww,kurang mencarut. Hmm itu sahaja lah kot." Jujur Raisya berkata.
" Ouhh,tapi okay lah kan aku nak jadi ayu-ayu macam tu?." Hanis bertanya lagi.
" Okay je. Cuma aku tak nak kau jadi hipokrit dan jangan sesekali jadi macam dulu yang senang orang tikam belakang. Nanti kalau kau kena buli lagi,penat tahu tak,aku ni nak gaduh,nak perang mulut lagi dengan geng yang acah cantik tu. Tak ada lah cantik mana pun,macam tapir je aku tengok muka kerek diaorang tu. Tapir pun lagi better rupa dia. Dasar ngrok-ngrok(bunyi pig HAHAHA)." Kali ini,Raisya memberi peringatan untuk Hanis. Sempat juga dia mengutuk orang-orang yang pernah membuli kawan baiknya itu dahulu.
" Iyaa Raisyaaa,aku tahu yang itu. Aku jadi lembut-lembut bukan bermaksud lemah macam dulu."
" Sudah lah,dah nak senja ni. Jom balik,kita ni perempuan."
" Eh kau perempuan ke Sya?." Gurau Hanis.
" Ada ke lelaki yang ada buah dada bongok." Selamba Raisya menjawab.
" Ada,dekat dalam Malaysia ni pun ramai. Hohoho." Pernyataan Hanis yang membawa maksud tersirat.
" Hahahaha. Yang itu palsu punya,silicon sahaja yang terlebih. Badan pun macam labu sayong je aku tengok. Pinggang secekak tiba-tiba punggung sebesar tong drum. Lepastu boleh pula jual bengkung,jual emas. Paling tak tahan ada boyfriend pula tu. Yang lagi seorang tu pula dah berubah jadi jantan pun bertukar jadi perempuan semula." Raisya berkata selamba tanpa berlapik.Sebut tentang perempuan palsu,tahu lah mereka siapakah 'orang' tersebut. Sebenarnya memang ramai lagi kaum-kaum LGBT di Malaysia,tetapi mereka yang paling popular dalam kalangan masyarakat dan mempunyai kehidupan yang serba mewah,dalam erti kata lainnya ialah kaya-raya. (Tau-tau je lah siapa. Karang kalau sebut nama,kena kecam pula. Hahaha)
" Kau kalau bab mengutuk,mengata,membawang memang nombor satu. Makcik bawang mulut sial. Hahahaha."
" Aku tak mengata atau membawang sebab memang kenyataan pun benda tu,cuma part mengutuk tu iya betul lah aku kutuk. Hehehe."
Mereka segera pulang ke rumah kerana hari semakin senja. Matahari sudah mula tenggelam dan memberi ruang kepada sang bulan untuk memunculkan dirinya dan menjadi penyeri pada malam hari.
•
•
•
Memandangkan hari esok merupakan hari bercuti juga,Hanis bercadang untuk menonton television sehingga larut malam. Memandangkan dia banyak terlepas episod dalam drama Perempuan Tanpa Dosa yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Untung sahaja dia telah merakam keseluruhan episod drama tersebut. Walaupun dia hanya menonton seorang diri,terapi dia langsung tidak berasa sunyi kerana sudah terbiasa. Dan jika berasa bosan,Hanis akan mengunyah makanan ringan ala-ala di panggung wayang. Kebetulan ibunya pula ada menggoreng keropok ikan tamban pada tengah hari tadi,dia membawa sebalang keropok tersebut ke ruang tamu. Hanis memang menggemari keropok ikan tersebut disebabkan rasanya yang padu dan original handmade daripada Terengganu.
Tanpa dia sedar,jam telah menunjukkan pukul dua pagi dan matanya juga terasa berat kerana telah mengantuk. Tanpa berlengah,dia menutup television dan mengemas semula ruang tamu yang bersepah dek kerana kusyen yang dibaling disebabkan terlalu beremosi semasa menonton drama tersebut. Sebalang keropok ikan juga diletakkan semula didapur. Risau jika dia tidak mengemas,mamanya akan bertukar menjadi ibu singa yang kelaparan apabila melihat keadaan ruang tamu yang tunggang-langgang dan boleh disamakan seperti kapal tongkang pecah.
Selesai mengemas dan memastikan semuanya dalam keadaan teratur,dia menutup suiz kipas serta lampu dan terus menuju masuk kedalam bilik tidurnya. Hanis mengibas dahulu tempat tidurnya dan terus merebahkan badannya di tengah-tengah katil bersaiz queen,lantas menarik selimut menutupi separuh badannya. Tidak lupa membaca doa dan dia terus menutup matanya. Tidak sampai beberapa minit,dia telah berlayar ke alam mimpi indah yang menghiasi tidurnya pada malam itu.
•
•
•
KEESOKAN paginya,jam telah menunjukkan pukul 10 pagi,dan nampaknya Hanis masih lagi lena dalam tidurnya. Dia telah bangun pada waktu subuh tadi tetapi kerana masih rasa mengantuk dia menyambung semula tidurnya.
Sementara itu,Puan Hanani telah membebel panjang kerana anak daranya masih tidak bangun walaupun matahari sudah terpacak atas kepala. Encik Amsyar hanya membiarkan isterinya membebel. Nak tak nak dia terpaksa dengar sahaja bebelan tersebut. Sesekali dia bersuara lembut menenangkan isterinya. Tetapi akhirnya dia juga turut dibebelnya.
" Anak dara ni kan,dah pukul 10 pagi dah ni tapi masih terbongkang lagi. Tak senonoh betul perangai,ni kalau dah kawin nanti masih buat perangai bangun lambat macam ni,memang kena perli dengan mak mertua." Bebel Puan Hanani di hadapan Encik Amsyar sambil tangannya turut bergerak menyapu lantai rumah.
" Biarlah diaaa. Sekali-sekala je bangun lambat. Dia pun muda lagi,nanti dia dah dewasa kalau nak kawin,pandailah dia bangun awal siapkan sarapan untuk suami." Sahut Encik Amsyar yang masih menangkan satu-satunya anak perempuannya itu.
" Itu lah awak,selalu sangat manjakan dia tu,tahu lah anak perempuan sorang je. Itu kalau dibiarkan sampai ke besar lah tak berubah lagi. Memang nak kena budak sorang ni tau." Selesai menyapu,Puan Hanani meletakkan semula penyapu ketempat asalnya lalu berjalan laju menuju ke bilik anak perempuannya itu.
Tiba di hadapan pintu bilik Hanis,Puan Hanani terus memulas tombol pintu dan menerjah masuk ke dalam bilik tersebut. Seketika Puan Hanani terdiam,tergamam,terpaku,terkejut,semua 'ter' lah kerana melihat keadaan bilik Hanis yang sedikit bersepah dan tidak teratur. Sebenarnya bukan sedikit tetapi memang sakit mata apabila memandang. Sekaligus hati Puan Hanani semakin panas kerana melihat keadaan tersebut. Sempat Puan Hanani beristighfar untuk mengurangkan rasa geramnya.
" HANIS AULIA BINTI AMSYAR. Bangunnn sekaranggg,anak dara apa ni matahari dah terpacak pun tak bangun lagi. Dengan bantal bersepah macam ni. Mentang-mentang katil besar dia tidur seorang,terkangkang,terbongkang tidur. Tak semenggah lah perangai." Puan Hanani menyebut nama penuh anaknya dengan nada yang tinggi,maunya boleh bergegar rumah. Puan Hanani juga menyelak tirai yang menutupi tingkap. Memanglah Hanis tidak sedar bahawa hari telah siang kerana langsirnya yang gelap menghalang cahaya matahari daripada masuk ke ruang bilik tidurnya.
Cahaya matahari terus menyusup masuk melalui langsir kamar yang diselak telah mengganggu lenanya. Perlahan kelopak mata digagahkan untuk dibuka walaupun masih terasa berat. Hanis membuka sedikit matanya yang masih terasa kelat lalu mencapai bantal disinya. Tetapi Hanis tidak terus bangun malahan berpusing kearah yang membelakangi langsir lantas menutup telinganya menggunakan bantal supaya suara bebelan mamanya kurang didengari.
" Ya Allah budak niiii. Bangun sekaranggggggg!!!. Mama dengan ayah nak keluar sekejap lagi. Kamu nak kena tinggal ke?" Bergegar seluruh pelusuk rumah mereka kerana nada suara Puan Hanani sudah naik tinggi. Encik Amsyar juga turut terkejut mendengar jeritan tersebut.
Hanis mengeliat dan masih berguling-guling di atas katilnya itu. Beberapa saat kemudian dia bangun dari pembaringan dan bersandar dikepala katil. Dia menggosok matanya yang masih kuyu dan merapikan sedikit rambutnya yang serabai serupa mak lampir.
" Nak pergi mana?. Hanis mengantuk lahhhh. Hhmmm." Hanis bertanya tanpa perasaan dengan riak wajah toyanya(selamba).
" Nak pergi jalan lahh,sekali-sekala pergi jalan masa cuti kan best. Cepatlah bangun pergi mandi pakai baju cantik-cantik." Suruh Puan Hanani ringkas tetapi cukup jelas.
"Malas lah nak ikut,biasanya mama keluar sekejap sahaja kann." Hanis masih tidak berminat untuk ikut mama dan ayahnya.
" Hari ni nak keluar lama. Ada surprise tauu. Tak nak ke?. Mama dengan ayah puan nak pergi makan di Johnny Restaurant." Puan Hanani mengumpan anaknya supaya ikut keluar bersama. Sebenarnya ada sesuatu yang Hanis tidak tahu,dan ibu bapanya bersetuju untuk merahsiakan perkara tersebut.
" Betul eh nak pergi makan di Johnny Restaurant?." Hanis bertanya menginginkan kepastian.
" Ya betull. Jom lah ikut,nanti mama bawa awak pergi Watsons,tengah ada promosi ni." Sekali lagi Puan Hanani memancing anaknya itu.
Mendengar perkataan 'Watsons' yang keluar daripada mulut mamanya,Hanis bingkas bangun dan mencapai tualanya yang disangkut pada belakang pintu lalu berjalan laju menuju ke bilik air.
" Amboii dengar Watsons laju terus dia bangun." Gumam Puan Hanani sambil menggelengkan sedikit kepalanya.
"Jangan lupa kemas tempat tidur. Karang ada pula yang jadi sarang lipas." Sempat Puan Hanani memberi pesan kepada Hanis yang berada didalam bilik air.
SETELAH semua siap berpakaian dan bersedia untuk keluar,Encik Amsyar memanaskan enjin keretanya terlebih dahulu. Sementara itu,sempat Hanis mengajak mama dan ayahnya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan walaupun berlatar-belakangkan rumah sendiri.
Beberapa minit kemudian,Puan Hanani dan Encik Amsyar memasuki kereta tetapi tidak bagi Hanis kerana dia ditugaskan untuk mengunci pintu pagar terlebih dahulu. Sesudah itu,dia masuk kedalam kereta dan Encik Amsyar terus menekan pedal minyak dengan berkhemah serta kelajuan yang perlahan kerana masih berada dalam kawasan perumahan.
Setengah jam telah berlalu,tetapi Hanis berasa pelik apabila ayahnya terus memecut dan mengabaikan simpang yang sepatutnya dilalui untuk menuju ke destinasi yang dirancang. Tanpa berfikir panjang,dia terus bertanya.
" Kenapa ayah tak masuk simpang tu?. Kita nak pergi mana sebenarnya?." Soal Hanis kehairanan.
" Nak pergi tempat lain dulu. Nanti baru lah pergi Mall. Tapi bukan yang selalu kita pergi tu. Yang kita nak pergi ni lagi besar." Jelas Puan Hanani mendatar tanpa memandang Hanis yang berada di seat belakang. Manakala Encik Amsyar hanya berdiam diri kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya ketika dia memandu.
Mendengar jawapan daripada mamanya,Hanis hanya membuat mulut seperti berkata 'ouhh' tetapi hanya dalam hati. Dia mencapai telefon pintarnya dan terus membuka aplikasi instagram. Memandangkan dia telah banyak menyimpan filter yang cantik,dia berselfie dengan filter-filter tersebut. Dah namanya perempuan,memang gemar betul mengambil gambar. Sedikit-sebanyak telah mengurangkan rasa bosannya.
Tidak lama kemudian,Encik Amsyar memberhentikan keretanya setelah berjaya menemukan tempat parking yang tidak terlalu jauh daripada tempat menunggu.
" Stesen bas?. Untuk apa kita stop dekan sini?". Tanya Hanis pelik.
" Jomlah keluar,nak ambil seseorang. Lagi 10 minit dia sampai." Ajak Encik Amsyar.
" Perghh panas ni. Nasib baik 10 minit je." Walaupun tidak dengan kerelaan,Hanis tetap keluar daripada kereta dan membuntuti langkah ayah dan mamanya.
Setelah hampir 10 minit menunggu,akhirnya orang yang ditunggu telahpun tiba. Hanis masih menunduk bermain phone. Tetapi dia masih peka dengan bunyi bas yang berhenti berhampiran dengan tempat mereka duduk.
" Tu Nis orangnya dah sampai. Kan kamu rindu sangat dengan geng kamu tu." Puan Hanani berkata sambil menepuk peha kanan anaknya.
Kerana terperanjat,Hanis terus menoleh kearah yang ditunjukkan oleh mamanya. Seketika dia terdiam dan terpaku,memang benar orang tersebut ialah orang yang dia rindui. Dia terus berdiri dan berlari kearah orang tersebut dengan senyuman yang sangat manis.
" Angahhhhhhhh. Rindunya rindunya rindunyaaaa. Mama dengan ayah tak cakap pun kau akan balik harini. Patutlah tiba-tiba pergi stesen bas." Dengan rasa teruja,Hanis terus memeluk abang keduanya sekaligus perwatakannya berubah menjadi manja.
" Aku yang suruh mama dengan ayah rahsiakan. Nak tengok juga kau punya excited. Hahaha,nampak aku terus mengada eh." Jawab Hayder dengan riak wajah selamba.
" Gila tak excited,aku bosan tahu tak. Tak ada geng nak buat apa-apa. Hhmm kau ada beli ole-ole untuk aku tak." Hanis membuat muka comelnya. Muka itu hanya dibuat apabila berhadapan dengan ahli keluarga sahaja. Jika dengan orang luar,perwatakannya akan berubah 360 darjah.
" Aku pergi belajar tau,bukannya berjoli."
" Elehh kedekutt. Mama kata nak pergi Mall,nanti kau belanja aku baju eh."
" Tengok lah macam mana. Hahaha."
Hayder melangkah meninggalkan adiknya. Dia menuju ketempat mama dan ayahnya yang sememangnya sudah lama tidak bersua muka.
" Rindunyaa pada mama dengan ayah. Kalini cuti lama,boleh spend time sama-sama. Along tak balik ke?". Tanya Hayder dengan ramah.
" Mungkin minggu ni nak balik juga. Ada sesuatu katanya." Jawab Encik Amsyar dengan teruja.
" Dah jom lah kita gerak,tengah hari macam ni memang waktu best nak makan. Kita pergi makan di Johnny Restaurant tau bang." Ajak Puan Hanani sambil menggeselkan tangan pada lengan kiri suaminya itu.
Mereka berjalan ketempat terletaknya kereta dan Encik Amsyar mula meluncur laju dia atas jalan raya.
SAMPAI sahaja di destinasi yang dituju,mereka terus mencari Johnny Restaurant untuk mengisi perut yang semakin berkeroncong.
Sesudah itu,seharian mereka meluangkan masa bersama. Banyak juga barang yang dibeli,lebih-lebih lagi barang kaum perempuan. Manakala barangan kaum lelaki hanya sedikit sahaja.
Hanis pula bertambah gembira kerana abangnya membelikan baju yang diminati manakala ibunya pula tudak sesekali lupa pada janji untuk melayan nafsu membeli-belahnya di Watsons. Sudah nama pun perempuan,kalau masuk tempat begitu,memang susah untuk menemukan jalan keluar. Lumrah wanita senang terpedaya kerana kaum wanita mempunyai sembilan nafsu tetapi hanya satu akal.
Tapi yang peliknya ada segelintir akan berasa menyesal selepas membeli sesuatu barang tersebut kerana memikirkan duit yang semakin susut. Tetapi jika tidak dibeli,lagilah menyesal seumur hidup,teringat barang tersebut,dan akan berasa sedih akhirnya akan moody. Benar kata orang,perempuan memang complicated.
Mereka pulang ke rumah setelah seharian berjalan. Walaupun penat tetapi mereka sangat gembira.
Pada sebelah malam pula,Puan Hanani telah menyediakan hidangan lauk-pauk kegemaran Hayder sempena menyambut kepulangan anak bujangnya itu. Sempat juga Puan Hanani membuat brownies ala-ala Dip N Dip sebagai pencuci mulut.
Malam itu berlalu dengan meriahnya walaupun seorang lagi anak mereka tidak berkesempatan untuk pulang. Sesungguhnya kegembiraan ibu bapa ialah apabila kesemua anaknya dapat pulang dan berkumpul beramai-ramai.
-bersambung-
Share this novel