chapter 7

Romance Series 13341

HARI yang dinanti telah pun tiba. Adzril lah orang yang paling teruja kerana dapan meluangkan masa bersama Hanis. Dia mengenakan loose white t-shirt dan seluar jeans berwarna biru pudar. Bukanlah seluar yang telah lusuh tetapi memang warnanya seperti itu. Hanya pakaian yang simple kerana dia tidak mahu kelihatan terlalu 'beria' apabila bersama rakan-rakannya nanti.



MEREKA tiba di Aeon Mall pada jam 11:30 pagi dengan menaiki kenderaan awam yang ditempah melalui aplikasi Grab. Mata Adzril dengan lajunya terpandang susuk tubuh yang mengenakan baju t-shirt merah jambu dan seluar putih jenis jeans palazo. Ya itu ialah wanita yang bernama Hanis Aulia. Serta merta hatinya menari riang melihat wanita yang disukainya dengan gaya yang simple dan rambutnya diikat satu juga terdapat reben merah jambu pada tocangnya. Hanis dan Raisya menaiki grab yang berasingan kerana tidak muat jika lima orang menaiki satu kereta.

Raisya ternampak akan pandangan Adzril yang langsung tidak berkelip mata melihat Hanis dengan pantas memikirkan sesuatu yang bakal dijadikan bahan jenaka pada waktu itu.

" Hoii. Tak berkelip mata kau tengok Hanis ye. Cover lah sikit. Kau suka Hanis eh??." Raisya memetik jarinya tepat dihadapan muka Adzril. Dia juga pura-pura tidak tahu bahawa Adzril menyukai Hanis.

" Haaa Adzril suka Hanis?. Ye lah lain macam kau pandang dia Ril." Sahut Ferhad dengan pantas.

" Eh mana ada lahh. Dia nampak lain daripada selalu." Ketika itu muka Adzril telah merah padam kerana menahan malu dan dia cuba menafikan perkara tersebut. Sejujurnya dia memang terpegun melihat kelainan Hanis pada hari tersebut.

" Memang lah lain. Selalu di sekolah,ni kan luar sekolah. Eleh nak cover tak pandai,sampai merah muka tuu." Semakin menjadi-jadi Raisya menyakat Adzril.

" Kau kenapa bodohhh." Hanis berkata perlahan cukup dia dan Raisya sahaja yang mendengari percakapan tersebut. Tangannya juga laju memberi cubitan ibu ketam pada pinggang Raisya.

" Adoiii sakitlahhh. Kau ada bela ketam ke ha?. Hahahaha." Raisya menggosok pinggangnya yang terasa bisa kesan daripada cubitan tersebut.

" Cantiklah kakak berdua ni. Nampak bergaya walaupun simple. Nanti boleh ajar Azra bergaya juga. Kak Hanis ajar cara pemakaian,kak Raisya ajar cara makeup sweet-sweet tu." Adik Azdril pula mencelah perbualan mereka. Jarak umur mereka hanyalah tiga tahun dimana umurnya ialah 14 tahun. Tetapi Azra perlu memanggil mereka dengan gelaran 'kakak' supaya lebih menghormati.

" Boleh je. Nanti lepas tengok movie,kita pergi shopping. Abang awak mesti bawa duit banyak tu. Yelah nak belanja kak Hanis. Boleh Azra mengecek sikit. Hehehe." Raisya tidak berhenti-henti membahan Adzril dan Hanis.

" Abang nak belanja kak Hanis?. Kau couple dengan kakak cantik ni ke bangg?." Azra mengajukan soalan cepumas kepada abangnya.

" Erkk. Tak lah, kak Raisya tu otak dia mereng sikit. Jangan percaya sangat. Kau jangan terikut-ikut dia punya gila tu pulaa." Adzril menggosok-gosok belakang tengkuknya dan mukanya juga terasa bahang menahan malu. Dia cuba berselindung agar orang lain tidak tahu perasaannya terhadap Hanis.

" Kau ni Sya,jangan pengaruh otak budak ni lah. Tu dia dah fikir yang bukan-bukan. Kalau kau cakap lagi macam tadi tu,memang aku lempang kau eh." Hanis memberi amaran kepada Raisya kerana dia juga berasa malu apabila ditanya sebegitu.

" Ok ok aku tak cakap dah. Tapi kalau tercakap lagi tu,sorry lah sebab kau tahu kan aku ni kalau cakap tak ada tapis-tapis. Kadang-kadang automatik terkeluar. Huhu." Raisya berkata sebegitu tetapi percayalah di akan terlepas cakap lagi. Dan dia langsung tidak gentar apabila Hanis berkata ingin melempangnya.

" Ishh kau memang. Mulut pun tidak ada insurans. Jenis tak makan saman." Hanis merengus geram dan menjeling Raisya.

" Sudah lah bertekak tu. Ni movie pukul berapa mula?. Kita balik sebelum pukul lima petang kan?. So pukul empat setengah atau empat petang dah boleh gerak balik. Tidak sampai setengah jam pun dari Mall nak sampai rumah. Tapi kita gerak awal lah,nanti tak kelam kabut." Ferhad sudah mula bosan mendengar perbualan mereka terus bertanyakan soalan dan memberi cadangan untuk pulang nanti.

" Ha ok juga tu. Kalau gerak lambat nanti terlebih pukul lima petang pula." Azdril bersetuju dengan cadangan tersebut. Lantas dia melihat jam pada telefon pintarnya kerana tidak mahu terlambat untuk membeli tiket movie yang mahu ditonton.

" Eh movie mula pada jam 11:30 pagi. Sekarang sudah jam 11.00. Rasanya dah boleh kalau nak gerak pergi panggung. Nanti panjang pula nak beratur beli popcorn tu. Tiket aku sudah tempahkan secara online semalam." Adzril mengajak kawan-kawannya menuju ke panggung wayang lebih awal kerana tidak mahu menunggu lama ketika beratur.

TIBA di panggung wayang yang terletak di tingkat paling atas Mall tersebut,mereka terus beratur di tempat popcorn dan air yang terdapat beberapa orang beratur di barisan tersebut. Manakala Adzril beratur untuk mengambil tiket yang telah dia tempah. Mereka bersetuju untuk menonton movie Peninsula iaitu filem berbahasa Korea yang sememangnya diminati ramai.

Setelah masuk ke dalam bilik panggung yang ditetapkan,mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Kerusi yang ditempah terletak di tengah-tengah panggung dan merupakan kawasan yang selesa kerana tidak perlu mendongak untuk melihat skrin panggung. Tidak lama selepas itu,movie mula ditayangkan dan mereka fokus pada jalan cerita filem tersebut sambil mulut ralit mengunyah popcorn yang dibeli.

TAMAT

Hahaha..gurau je..iols bosan ni pkpb..
sambung..

TAMAT sahaja filem Peninsula itu,mereka menuju keluar daripada panggung dan merancang untuk makan tengah hari kerana pada ketika itu telah pun masuk jam 13:30 tengah hari. Perut masing-masing mula berkeroncong menandakan rasa lapar dan perlu diisi segera.

" Abang,lepas makan nanti Rara nak pergi beli llao llao ice cream tau. Rara ajak kak Hanis dengan kak Raisya." Azra meminta izin kepada abangnya untuk membeli aiskrim.

" Ok,abang pun nak beli juga lah. Aiskrim tu sedap." Adzril juga teringin nak makan aiskrim itu. Ketika itu juga,otaknya terfikir untuk membelikan aiskrim tersebut untuk Hanis.

" Aku tak mahu aiskrim,nanti aku nak beli air Tealive. Uish sedapnya ada boba-boba tu." Ferhad pula bersuara setelah menikmati makanan tengah harinya.

Selesai semua makan tengah hari,mereka berjalan menuju ke llao llao ice cream yang sememangnya popular di kalangan masyarakat. Dengan keenakan dan cara hidangannya lagi membuatkan orang tertarik untuk membeli walaupun dengan harga yang agak mahal. Tetapi sangat berbaloi kerana rasanya yang sangat sedap setanding dengan harga.

" Sya,kau pergi belikan aku punya aiskrim. Ni duitnya. Aku nak duduk kejap,pinggang aku lenguh lah." Hanis menghulurkan duit kepada Raisya kerana dia mahu duduk sebentar untuk menghilangkan rasa lenguh pinggangnya.

" Kau period ke? Or pregnant?. Hahahaha." Sempat lagi Raisya bergurau. Untung sahaja tidak kena pelempang. Kebiasaannya perempuan yang sedang datang bulan akan sakit pinggang dan rasa lenguh di seluruh anggota badan. Dan yang paling sakit ialah senggugut.

" Bodoh ke kau tanya aku pregnant. Aku tengah period ni. Nasib baik bukan hari pertama atau kedua. Kalau tidak memang aku tak ikut pergi jalan hari ini." Sempat Hanis mencarut untuk Raisya kerana memberi soalan yang tidak logik.

" Kau nak topping apa pada aiskrim tu?. 20 ringgit kau bagi ni. Aku boleh letak topping banyak-banyak."

" Apa-apa je lah. Coklat ke buah-buah ke,aku tak kisah asalkan sedap."

" Ok cayangg. Tunggu sini sekejap ye,mama pergi belikan aiskrim."

" Kalau aku bagi pelempang betul-betul,memang berbirat pipi kau tu tau." Dengan rasa sakit pinggang ditambah pula sakit hati,memang Hanis betul-betul geram.

Raisya hanya tergelak besar dan terus berjalan laju mengejar Adzril yang berjalan seiringan dengan Azra.

" Eh mana Hanis,tadi dia dengan kau kan?." Azdril berasa pelik dan matanya melilau mencari Hanis. Risau juga jika tiba-tiba Hanis hilang. Sudahlah Hanis merupakan satu-satunya anak perempuan.

" Hanis duduk di bangku sana tu. Dia sakit pinggang,ni ada duit dia suruh belikan aiskrim." Raisya menunjuk ke arah bangku yang sedap Hanis duduk.

" Ouhh,sakit pinggang kenapa?. Dia okay kan,ke nak balik?."

" Dia period lah. Okay je tu. Sakit pinggang masih boleh tahan,kalau senggugut tu rasa macam nak berguling atas katil je." Hanis menjawab tanpa sedar apa yang sedang dia katakan.

" Ouhh period macam tu eh?."

" Eh kenapa aku beritahu kau ha. Aduh mati aku kalau Hanis tahu ni." Baru Raisya tersedar akan percakapannya dan dia menepuk mulutnya sendiri.

" Haha. Entah,kau yang cakap." Tergelak Adzril melihat Raisya yang nampak gelabah. Raisya seorang yangs cepat gelabah sehinggakan tiada kerja yang boleh dilakukan ketika dia gelabah dan kelihatan seperti orang tidak waras jika tiada orang yang menenangkannya.

" Kau nampak gelabah gila. Takkan lah aku nak capak dengan Hanis pasal ni. Nanti aku buat-buat tidak tahu apa-apa je lah."

" Ok bagus. Diam-diam je eh."

" Kau nak topping apa?. Aku cakapkan sekali tu. Aku nak belanja Hanis,nanti duit dia pulang semula."

" Amboii bukan main eh. Aku nak Nocilla Chocolate and Hazelnut Sauce. Hanis punya kau pilih la sendiri,dia tidak kisah topping apa."

" Ok." Adzril membalas ringkas dan terus ke kaunter llao llao ice cream.

Selepas beberapa minit,Adzril memegang dua mangkuk aiskrim,satu untuk Hanis dan satu untuk dirinya manakala aiskrim Raisya dipegang oleh Azra.

" Rara,bagi aiskrim kak Raisya tu." Adzril menyuruh adiknya memberi aiskrim kepunyaan Raisya yang berada dalam pegangan Azra.

" Terima kasih. Jom pergi ke tempat kak Hanis tu. Abang awak nak jadi gentle man sekejap lagi." Raisya dan Azra jalan beriringan dan meninggalkan Adzril di belakang.Adzril hanya menggelangkan kepalanya melihat kerenah Raisya dan Azra.

Sampai sahaja di tempat yang Hanis sedang duduk, Raisya sudah tersengih seperti kerang busuk memandang Hanis.

" Mana aku punya?." Hanis berasa pelik kerana Raisya hanya memegang satu mangkuk aiskrim sahaja. Raisya hanya membuat muka selamba lantas memulangkan kembali duit Hanis.

" Kau tak belikan aku punya?. Tak guna punya Raisya." Hanis menjeling ke arah Raisya,terus dia memandang ke hadapan dan ternampak seseorang yang menghulurkan aiskrim ke arahnya. Dia mendongak dan melihat wajah Adzril yang sedang tersenyum manis itu. Bertambah kerutan di dahi Hanis.

" Ini kau punya. Ambil lah." Adzril menghulurkan aiskrim tersebut.

" Guna duit siapa?. Ini duit aku tak digunakan pun." Hanis mengangkat duitnya dan menunjukkan muka hairan.

" Aku belanja. Sekali-sekala kan." Sekali lagi senyuman manis dihadiahkan kepada Hanis.

" Eh mahal tu. Nah ambil duit ni." Hanis memberikan duit kepada Adzril tetapi Adzril langsung tidak mahu ambil duit itu.

" Orang dah belanja tu ambil saja. Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Dia belanja cinta hati dia sahaja tu." Raisya tiba-tiba mencelah tanpa memandang Hanis dan Adzril. Mendengar perkataan 'cinta hati' ,Adzril terus memijak kaki Raisya.

" Adoii sakit setann. Kotor lah kasut aku. Ishhh." Tidak hanya mencarut,Raisya juga membalas kembali dengan memijak semula kaki Adzril.

" Betul ni kau belanja. Ikhlas eh. Terima kasih Adzril." Akhirnya Hanis menyambut huluran aiskrim tersebut dan memberi senyuman manis kepada Adzril. Ketika itu,hati Azdril sangat gembira dan agak terpempan dengan panggilan 'Azdril' kerana itu ialah kali pertama Hanis menyebut namanya sebegitu. Mereka menikmati aiskrim masing-masing dan dalam diam Adzril memerhati gelagat Hanis yang kelihatan seperti kanak-kanak yang ceria apabila dapat makan aiskrim bersama kawan-kawan.

" Aku punya air Tealive dekat nak habis, kau semua makan aiskrim tak habis lagi ke. Lambat betul." Ferhad bersuara kerana dalam tidak sedar,air yang disedut hanya tinggal sedikit.

" Aiskrim kalau makan laju-laju memang beku otak. Relax lah,lepas ini nak pergi mana?." Adzril masih menikmati aiskrimnya perlahan-lahan.

" Padini." Hanis berkata laju.

" Brands Outlet." Serentak Raisya juga berkata.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan tersenyum seperti ada sesuatu perkara yang sama sedang mereka fikirkan.

" Pergi dua-dua. Kaison dengan Harris pun nak pergi." Serentak mereka berkata.

" Dah kalau perempuan,dalam otaknya fikir shopping sahaja lah." Ferhad seakan menyampah untuk melayan kerenah wanita-wanita itu.

" Biarlah,bukan aku minta duit kau pun. Sebenarnya bukan nak shopping pun. Nak cuci-cuci mata sahaja. Itu kan salah satu daripada terapi minda. Hehehe." Ada sahaja jawapan yang akan diberikan oleh Raisya. Sebab itu,jika ada orang yang ingin perang mulut dengan Raisya,susah untuk orang tersebut menang dan akhirnya dia sendiri akan mengalah.

KAUM wanita sedang ralit memilih pakaian,katanya mahu beli yang sama kerana mahu kelihatan seperti kembar walaupun realitinya bukan kembar. Adzril dan Ferhad hanya memerhatikan gelagat tiga dara yang sedang membeli-belah itu. Perempuan jika shopping memang tidak ingat dunia,sepertinya tiada hari esok. Tetapi bagi para lelaki,itu adalah satu pembaziran kerana mereka tidak akan menggunakan baju tersebut berulang kali. Kebiasaannya perempuan akan cakap 'tiada baju' jika ingin berjalan tetapi sebenarnya mereka tidak suka menggunakan baju yang sama kerana sudah ada di dalam gambar.
(Sebenarnya macam saya lah tu. HAHAHAHA. Sampai dah nak roboh almari. Huhuhu)

Selesai bershopping sakan,mereka mengajak dua teruna itu pergi ke tempat ambil gambar yang cantik dan sudah semestinya lelaki yang akan menjadi jurukamera tidak berbayar.

Banyak juga gambar yang diambil dan Raisya menawarkan dirinya pula untuk menjadi jurukamera untuk kaum lelaki. Tidak kurangnya,mereka juga suka bergambar dengan gaya tersendiri. Tiba-tiba Raisya menyuruh Adzril dan Hanis berdiri bersebelahan kerana dia ingin menangkap gambar dua manusia yang nampak sepadan itu.Hanis langsung tidak berfikir apa-apa yang tersirat. Baginya itu adalah gambar kenangan bersama kawan-kawan.

SEDAR tak sedar,jam telahpun menunjukkan pukul 4:00 petang. Destinasi akhir yang dituju ialah J.CO Donuts atas permintaan Hanis kerana dia ingun membelikan beberapa biji donat untuk ibunya. Tetapi bukan Hanis sahaja yang membelinya,malah yang lain juga turut memilih aneka donat di J.CO Donuts itu.

Mereka akhirnya pulang dengan menaiki Grab dan selamat tiba di rumah sebelum jam 5 petang. Masing-masing merehatkan diri setelah seharian berjalan dan sempat juga membelek semula gambar-gambar yang diambil pada siang hari tadi.

ADZRIL tersenyum sendirian apabila teringat kembali waktu-waktu dia bersama Hanis,lebih-lebih lagi waktu mereka bergambar berdua. Semua kelihatan sangat gembira dan menikmati sepenuhnya waktu bersama kawan-kawan.

-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience