chapter 2

Romance Series 13341

Ketika waktu rehat semua pelajar dibenarkan ke kantin dan ada juga yang hanya mahu duduk di dalam kelas. Hanis dan Raisya serta beberapa orang rakan sekelas mereka hanya duduk di dalam kelas dan makan makanan yang dibawa dari rumah.

" Hoii kau kenapa senyum sorang-sorang ni,berangan apa je?. Share lah dengan aku." Raisya menyergah Hanis yang sedang tersengih seperti kerang busuk sambil menyuapkan makanan kedalam mulutnya sendiri.

" Kau memang nak aku mati cepat eh? Nanti kau juga yang sedih." Balas Hanis geram dan dia juga hampir-hampir tersedak kerana terkejut dengan sergahan daripada Raisya.

" Haha macam tak biasa kena sergah. Hihihi." Raisya masih dalam mood menyakatnya.

"Ha.Ha.Ha. Dah biasa sangattt." Hanis hanya ketawa yang dibuat-buat dan menekankan hujung perkataannya itu.

" Kau nak tahu kenapa aku sengih sorang-sorang tadi?" Hanis bertanya kembali kepada Raisya.

"Jarang lah aku cakap tak nak kalau benda best ni." Kata Raisya persis makcik bawang.

" Aku teringat dulu yang kau boleh buat Haiqal minta maaf dengan aku. Bukan tu saja,kau juga buat semua girlfriends dia tahu perangai playboy dia tu."Hanis agak tidak percaya dengan keberanian kawannya itu.

"Come on lahh. Ni Raisya ok,orang tak kacau aku,aku ok je dengan dia. Tapi sekali kau cari pasal memang aku tak akan senang-senang nak lepaskan." Raisya berkata dengan lagak beraninya.


< Flashback >

Hanis termenung memandang keluar jendela semasa waktu rehat. Dia hanya duduk di kerusi sambil melayani perasaan sebu di hatinya.

" Niss. Kau kenapa murung semacam je. Kalau ada masalah share je dengan aku. Jangan lah pendam seorang diri. Mungkin dengan cara meluah kau boleh tenangkan sikit hati kau." Tanya Raisya yang sedang duduk bersebelahan dengannya.

" Entahla Sya.Aku tak tau kenapa aku percaya dia tu. Dulu dia kata dia tak kisah kalau aku kurang masa untuk chat dia. Yelah sebab aku tak nak pelajaran aku merosot so aku lebih fokus pada study. Dan aku pun ada family,aku tak akan sesekali abaikan mereka. Then tiba - tiba dia kata aku ni membosankan, tak ada life asyik dengan belajar je. Sampaikan dia ada perempuan lain. Aku tak tahu pula yang dia tu spesies buaya. Haishh." Hanis meluahkan segala yang terbuku dihatinya.

Dia sememangnya percaya pada Raisya kerana banyak rahsia yang dia telah ceritakan.Raisya merupakan seorang pendengar yang baik dan dia juga sering memberi nasihat serta membantunya menyelesaikan masalah.

" Kau kena move on. Tak perlu fikir pasal setan tu. Dia dah sakitkan hati kau,jangan percaya dia lagi. Kalau dia tiba - tiba merayu nak get back semula jangan dilayan."

" Aku memang tak akan percaya dia lagi. Rasanya tak susah untuk aku move on memandangkan dia pon dah sakitkan hati aku." Hanis berkata dengan yakin.

" Aku tau kau kuat Niss." Raisya memberi kata-kata semangat kepada Hanis.

" Eh japp,kau nak aku tibai mamat tak guna tu ke?". Gurau Raisya untuk menceriakan Hanis.

" Jangan cari pasal bongok."

" Kau ni baik sangat sebabtu orang tikam belakang kauu."

" Hhmm kalau aku lawan pon belum tentu orang tak tikam belakang aku kan. Paling-paling ada juga yang tak puas hati. Kalau kita nampak orang tu pendengki senang kita nak elak."

Dalam diam Raisya telah pun merancang sesuatu untuk memberi pengajaran kepada Haiqal. Dia tidak akan membiarkan orang menyakiti kawan baiknya.

" Kau tunggu lah Haiqal. Ingat senang-senang kau nak lepas. Silap besar nak cari pasal. Dasar buaya darat. Kita tengok sapa yang kenaaaa." Raisya menyumpah dalam hati serta menarik senyum sinis.

Tamat waktu persekolahan,semua murid menuju pulang kerumah masing - masing. Begitu juga Hanis dan Raisya. Raisya memulakan rancangannya untuk memberi pengajaran kepada Haiqal. Dia menghantar chat kepada Haiqal melalui aplikasi Instagram kerana dia tidak mempunyai nombor telefon lelaki itu.

Raisya -- "Oii buayaa. Aku nak kau jumpa aku petang ni. Kita jumpa di cafe hipster. Kalau kau tak datang jangan marah aku jika ada sesuatu yang berlaku."

Beberapa minit kemudian telefon pintarnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Haikal -- "Kau nak apa?. Kenapa aku perlu jumpa kau?"

Raisya -- "Kalau aku suruh datang tu datang je lah jangan nak degil."

Haiqal -- "Ok. Tapi sekejap je,aku dah janji nak main futsal dengan kawan - kawan aku."

Raisya -- "Pukul 4.30 aku tau kau dah ada di sana."

-Seen-

Pukul 4,Cafe Hipster

" Ha kau nak apa jumpa aku?" Haiqal tiba-tiba muncul tanpa memberi salam.

" Kau ni Islam ke bukan,tak reti nak bagi salam eh?. Ouhh aku nk jumpa kau sebab aku nak kau minta maaf dengan Hanis. Senang je kann,aku tak suruh kau minum racun or terjun bangunan pon." Malas berlama disitu Raisya terus memberitahu tujuannya. Takut juga jika ada 'mata-mata' yang snap gambar dan sebarkan fitnah.

" Kenapa aku perlu minta maaf dengan dia pula?" Ujar Haiqal tidak berpuas hati.

" Kau nak ke tak nak?. Kalau tak nak tunggu je lah apa yang aku akan buat." Kata Raisya sambil menyilangkan tangannya di dada.

" Aku tak takut pun. And aku tak akan minta maaf dengan dia." Nada suara Haiqal mula naik tinggi tetapi masih dikawal.

" Ok. Just wait and see. Dah menyesal nanti jangan cari aku pula." Raisya membalas dengan tenang dan mengangkat sedikit kening kirinya. Dan dia terus berjalan keluar daripada cafe tersebut kerana semakin lama dia hadap muka Haiqal semakin membara hatinya itu.

Raisya terus mencapai telefon pintarnya dan mencari nama pengguna beberapa orang dia Instagram. Raisya sememangnya pakar dalam kerja-kerja untuk stalk orang. Setelah menjumpai nama-nama pengguna tersebut,dia terus menghantar direct mesej kepada meraka.

Raisya - "Assalamualaikum awak free ke petang ni. Boleh tak saya nak jumpa petang ni pukul 5.30 petang nanti dia Taman Rekreasi." Butang 'send' ditekan dan mesej dihantar kepada Suraya dan Ayu.

Chat 1
Suraya - "Waalaikumsalam.Ni siapa ye,kita kenal ke?"

Raisya - " Awak mungkin tak kenal saya tapi saya kenal awak. Saya nak bagitau awak sesuatu tentang boyfriend awak. Jangan risau saya tak ada niat jahat pon."

Suraya - "Ouhh ok petang ni saya free je. Dah sampai nanti saya text awak."

Raisya - "Thank you percaya kan saya."

Chat 2
Ayu - "Waalaikumsalam.Untuk apa ye?"

Raisya - "Ada sesuatu saya nak beritahu.Jangan risau,saya bukan makan orang pon hihi."

Ayu - "Hehe.Ok nanti saya text awak semula."

Raisya - "Thank you awakk."

Telefon pintarnya dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya.

" Senang kerja aku. Kau tunggu Haiqal, aku akan bongkarkan perangai sebenar kau. Tak sangka pula kau ni suka dengan perempuan yang nerd. Supaya kau boleh permainkan perasaan diorang kann." Gumam Raisya hanya dalam hati dan sangat yakin bahawa rancangannya akan berjaya.

Untuk memberi bukti dan kepercayaan kepada Suraya dan Ayu,Raisya mengajak Hanis untuk pergi ke Taman Rekreasi dengannya tetapi dia tidak memberitahu Hanis tujuan sebenarnya itu.

Raisya - "Niss.Jom pergi taman. Aku ambil di rumah kau kejap lagi."

Hanis - "Ok jom. Aku pon tengah menepu duduk rumah ni sorang-sorang. Aku pandang dinding,dinding pandang aku."

Pukul 5.30. Taman Rekreasi

Setelah sampai ke tempat yang dirancang,Raisya melambaikan tangannya kepada Suraya dan Ayu yang sedang duduk berbual di bangku yang disediakan.

" Sya kenapa Su dengan Ayu ada juga?".Soal Hanis dengan penuh tanda tanya.

" Sorry Niss aku terpaksa tipu kau tadi. Kalau aku cakap perkara sebenar kau tak akan ikut aku."

Hanis hanya pasrah kerana nak balik pun dah sampai,dia tetap juga teruskan langkahnya membuntuti Raisya.Mereka duduk pada meja batu yang kebiasaannya tempat orang beristirehat.

" Su,Ayu sebenarnya sekarang ni korang berdua kongsi boyfriend." Tanpa banyak berkias Hanis terus memberitahu peekara sebenar.

" Awak serius ke ni?".Soal Ayu yang sememangnya terkejut.

" Ya saya tak tipu."

" Apa bukti yang awak ada?" Giliran Suraya bertanya.

" Ni lah buktinya. Dia akan ceritakan segala-galanya." Raisya memandang ke arah Hanis yang sedang diburu rasa bersalah.

Nak tak nak Hanis terpaksa menceritakan segalanya. Dia juga tidak ingin melihat perempuan lain dipermainkan oleh lelaki seperti Haiqal.

" Sebenarnya saya dengan Haiqal baru break up minggu lepas setelah 5 bulan couple. Itupun saya dapat tahu yang dia ada perempuan lain iaitu awak Suu. Tapi saya tak salahkan awak sebab saya yakin awak pon tak tahu tentang perkara ni." Ujar Hanis berhati-hati kerana dia tidak ingin menyakiti hati orang lain.

" Saya minta maaf Hanis,saya memang tak tahu tentang ni. Kiranya saya yang ambil Haiqal daripada awak sebab saya couple dengan dia baru 3 bulan." Jelas Suraya dihurung rasa bersalah.

" Dan saya pula baru couple dengan Haiqal 2 minggu lepas. Kenapa kita bodoh sangat percaya dia tu ye?". Ayu tiba-tiba bersuara.

" Tak ni bukan salah awak berdua bukan juga salah kita sebab kita semua tak tahu yang dia akan pasang banyak girlfriends dalam satu masa. Saya harap kamu berdua sedar dan cuba cari jalan untuk lepaskan diri daripada Haiqal tu." Hanis berharap agar mereka dapat mencari jalan keluar daripada terus dipermainkan.

" Terima kasih sebab beritahu perkara ni." Suraya dan Ayu mengucapkan terima kasih kepada Hanis.

" Sama-sama. Lepasni jangan mudah terpedaya dengan mulut manis lelaki." Hanis menasihati mereka dengan tenang dan memberi senyuman manis.

TIGA hari kemudian.

" Oi perempuan apa yang kau dah buat ha." Haiqal tiba-tiba menerjah ke arah Hanis dan Raisya.

" Buaya tersohor dah tewas kee?" Raisya memerli Haiqal manakala Hanis hanya mendiamkan diri.

" Kau tak rasa bersalah atau berdosa ke ha putuskan hubungan orang." Haiqal berkata dengan nada yang agak tinggi.

" Pandai pula kau cakap pasal dosa. Habistu permainkan perasaan orang tak dosa ke bodoh?. And kenapa aku perlu rasa bersalah?. Aku cuma selamatkan perempuan-perempuan tu daripada playboy tak berjaya macam kau ni ha. And you know right Karma is real,what you give you will get it back." Raisya bermain dengan kata-kata pedas dan berbaur sindiran.

" Kau nak aku minta maaf dengan Hanis kan?. Finee,aku minta maaf." Haiqal akhirnya hanya akur dengan suruhan tersebut.

"Good.Do it noww." Raisya memberi arahan kepada Haiqal sambil mengangkat sebelah keningnya.

Tanpa banyak bicara Haiqal terus meminta maaf kepada Hanis. Dia sedar yang dia tidak akan menang jika bercakap dengan Raisya kerana Raisya bukanlah perempuan yang mudah dipijak.

" Hanis aku minta maaf sebab aku dah sakitkan hati kau dan tipu kau selama ini." Akhirnya Haiqal meminta maaf walaupun bukan dengan keikhlasan.

Hanis hanya menunduk dan mendiamkan diri. Dia telah pun memaafkan Haiqal kerana dia menyedari jika dia bijak dan tidak mudah terpedaya perkara tersebut tidak akan berlaku.

Semenjak kejadian itu,Haiqal tidak lagi menjadi playboy kerana ramai perempuan telah mengetahui perangai sebenarnya dan semakin berhati-hati dengan lelaki.


< End flashback >

" Lepas ni aku dah malas nak bercouple-couple ni. Sebab zaman sekolah hanyalah cinta monyet yang kebiasaannya akan terputus di tengah jalan. Tetapi ada juga yang akan ke jinjang pelamin." Hanis memberitahu isi hatinya kepada Raisya.

" Yeahh. We should enjoy our single life. Single but not alone right?." Raisya seakan mahu memberi semangat kepada dirinya sendiri dan juga kepada Hanis.

" No boyfriend no broken,no broken no sad,no sad no tears,no tears no stress,no stress no depression,no depression we will always be happyyyy." Itulah tagline yang sering mereka gunakan.

" Dah jom la enjoyy apa lagii." Sambung Hanis lagi.

"Jomm kita enjoyyy!!. HAHAHAHAHA." Akhirnya pecah gelak besar mereka berdua.Seakan gelakan daripada syaiton nirrojim. Syaitan pon keliru siapa yang syaitan sebenarnya.


***************************

PADA sebelah petang Adzril dan keluarganya telah tiba di rumah baru mereka. Dia berpindah kerana bapanya telah dinaikkan pangkat kerjanya dan dipindahkan ke tempat kerja baharu tetapi cawangan yang sama. Adzril dan bapanya Encik Idris sedang sibuk mengemas dan menyusun barang-barang mereka manakala Puan Farhah sibuk membancuh air untuk suami dan anaknya untuk mengurangkan sedikit keletihan serta menyejukkan tekak. Satu-satunya adik perempuan Adzril yang bernama Azra Rania pula sedang asyik keluar masuk ketiga-tiga bilik yang terdapat dalam rumah teres dua tingkat tersebut. Katanya dia ingin memilih bilik sebelum abangnya memilih terlebih dahulu. Sebenarnya rumah tersebut mempunyai empat bilik tetapi bilik utama semestinya untuk ibu bapa mereka.

Setelah selesai mengemas dan menyusun semua barang,mereka sekeluarga mengambil angin di beranda dan sempat beramah-mesra dengan jiran baharu. Ketika itu,Adzril terpandang seseorang yang mungkin sebaya denganya dan hanya memberikan senyuman manis tanda beramah.

Selepas waktu isyak setelah selesai solat fardhu isyak berjemaah yang diimamkan oleh Encik Idris mereka terus makan malam bersama agar hubungan kekeluargaan lebih rapat dan akrab. Itulah rutin mereka jika Encik Idris pulang awal ke rumah. Adzril masih tidak sibuk untuk menguruskan hal persekolahan kerana dia akan mula bersekolah dalam masa dua hari lagi. Dia juga agak teruja untuk berjumpa kawan dan guru baru tetapi dia tidak sesekali melupakan rakan dan gurunya di sekolah lama. Dia akan memulakan kehidupan yang baru dan mencipta lebih banyak kenangan dalam hidupnya.


-bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience