chapter 8

Romance Series 13341

KETIKA waktu rehat,Adzril terpandang Hanis yang hanya melentokkan kepalanya di atas meja. Bukan dia tidak perasan semasa guru sedang mengajar sebentar tadi,muka Hanis jelas kelihatan yang dia sedang mengantuk dan ada juga beberapa kali dia tersengguk-sengguk. Nasib baik Raisya ada disebelahnya untuk menyedarkan Hanis ketika itu.

Melihat Raisya keluar daripada kelas seorang diri, Adzril terus bangun dan berjalan menuju ke tempat Hanis. Kebetulan dia ada membawa beberapa biji gula-gula berangin berjenama Hacks.

" Hanis,kau nampak macam mengantuk je tu. Nah ambil lah gula-gula ni." Adzril menghulurkan gula-gula kepada Raisya.

" Terima kasih. Aku mengantuk sangat ni. Semalam tak tahu kenapa aku tak boleh tidur." Hanis mengambil gula-gula tersebut dan terus mengemam di dalam mulut, tanpa mengambil tahu gula-gula tersebut jenis apa.

" Kau makan lah. Itu gula-gula berangin,manatau hilang mengantuk tu."

" Hhmm." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Hanis.

" Hanissss,aku nak tanya boleh?." Sangat lembut suara yang dikeluarkan Adzril.

" Kenapa suara macam tu?. Tanya lah." Berkerut dari Hanis mendengar suara Adzril seperti itu.

" Kau suka aku tak?." Dengan satu nafas Adzril bertanya. Dia juga agak berdebar ketika itu.

" Aku suka kau?. Lambettt lagi hoii." Hanis menjawab selamba. Dia juga ketawa kerana berfikir bahawa Adzril hanya bergurau.

" Tapi aku suka kau. Aku yakin satu hari nanti kau akan sukakan aku. Sebab aku tak akan berhenti untuk buat kau suka aku." Tenang sekali Adzril menjawab.

" Yakinnya kau. Okay tengoklah nanti kau berjaya buat aku suka kau atau tidak." Hanis masih lagi ketawa. Apa yang lawak pun tidak tahu.

" Mestilah yakin. Dah la,tu Raisya dah sampai. Lepas ini waktu matematik jangan mengantuk pula." Sempat Adzril berpesan kepada Hanis.

" Ye lah. Terima kasih."

" Bye. Hanya Aku Cinta Kau Seorang." Sebelum balik semula ketempat duduknya sempat Adzril memberi pickupline kepada Hanis.

Hanis menunjukkan wajah hairan. Dan dia terus memandang plastik gula-gula yang diberikan oleh Adzril. Ternyata nama gula-gula tersebut ialah HACKS. Tetapi dia hanya menghiraukan dan tidak mengambil serious dengan kata-kata Adzril tadi.

" Uuuu dapat gula-gula special." Belum sempat Hanis menyimpan gula-gula itu,Raisya telah terlebih bersuara untuk mengenakan Hanis.

Sebenarnya daripada luar kelas lagi dia ternampak Adzril dan Hanis berbual mesra. Apabila dia masuk ke dalam kelas,tepat pada waktu Adzril memberikan pickupline kepada Hanis.

" Apa yang special nya?. Gula-gula saja pun." Hanis malas mahu melayan otak mereng Raisya.

" Gula-gula tu biasa saja. Tapi yang menjadikan dia special sebab beserta dengan pickupline. Hahaha."

" Aduhh perempuan ni dengar ke Azdril bagi pickupline. Haishh,Adzril ni pun lah,nak bagi tak pandang kiri kanan. Raisya ni dah lah pantang kalau benda-benda macam ni." Gumam Hanis hanya dalam hati.

" Erk hmm dia..dia saja-saja bagi tu. Tak bermaksud betul-betul pun. Sebab tadi aku mengantuk,mungkin dia nak buat aku ketawa,hilang juga mengantuk aku ni. Huhuhu." Tergagap-gagap Hanis menjawab. Sebenarnya dia dalam keadaan cuak dan malu pada waktu itu.

" Elehh cara dia pandang kau,cara dia bercakap dengan kau,aku boleh nampak dia suka kau." Tidak perlu berselindung,sememangnya Raisya tahu segala rancangan Adzril. Dan tugas Raisya ialah untuk membuatkan hati Hanis terbuka dan dapat menerima Adzril.

" Mana ada lah. Kau ni pandai-pandai je buat andaian. Tak mungkin lah dia suka aku. Ramai lagi perempuan cantik yang lagi sopan daripada aku." Hanis menafikan apa yang Raisya katakan.

" Adzril tu macam suka kau lah wehh. Aku nampak effort dia tu. Why not kau buka pintu hati kau untuk dia. Dia nampak ikhlas,tak semua lelaki sama bebb. Kau pun ada pernah ke nampak Adzril mengendeng dengan perempuan lain?, tak ada pun kan. Paling selalu dengan kita saja dia lepak." Ujar Raisya yang cuba meyakinkan Hanis.

" Bukan senang lah nak suka pada orang. Aku anggap dia sebagai kawan sahaja. Lagipun aku macam susah nak percaya lelaki even dia baik macam mana sekali pun." Dengan tenang Hanis berkata.

" Hhmm hati kau ni tidak lah keras sangat. Cuma kau takut jadi macam dulu kan. Betullah perasaan ni tak boleh dipaksa,datang tidak diundang pergi pun tidak dijemput. Siapa tahu kan kalau lama-lama nanti kau tersuka pada Adzril tu. Hehehe."

" Itu aku tak tahu. Aku tak boleh nak cakap aku akan suka dia dan aku juga tak boleh kata yang aku tak akan suka dia langsung. Kita sendiri tak tahu apa akan jadi kan."

" Kalau aku kata dia suka pada kau,kau percaya tak?. Dan akan terima ke?." Raisya bertanya kerana ingin mendapatkan kepastian.

" Kalau dia berjaya,memang aku tak boleh tolak lah perasaan sendiri. Tapi kalau dia tak berjaya,aku akan terus berkawan. Tak ada lah terus jadi stranger. Dia pun memang baik sebenarnya." Sememangnya Hanis sendiri tidak berani jamin apa yang akan berlaku.

" Hhmm bagus lah kalau macam gitu."

Perbualan berakhir disitu,dan mereka teruskan fokus sepanjang hari, Hanis pula sudah tidak mengantuk kerana telah makan gula-gula berangin yang Adzril berikan padanya semasa waktu rehat tadi.

SEMASA di rumah, Raisya yang menjadi pembantu dan penyampai maklumat kepada Adzril memberitahu apa yang telah Hanis katakan sewaktu di sekolah tadi.

RAISYA -- " Assalamualaikum."

ADZRIL -- " Waalaikumsalam. Ada apa-apa ke?."

RAISYA -- " Macam ni,tadi masa di sekolah,Hanis ada beritahu yang dia sendiri tak boleh jamin yang dia tak akan ada perasaan pada kau. Sebab dia cakappppp kau ni memang baik sebenarnya. Sooo aku rasa,kau kena usaha lebih dan kau akan berjaya.

ADZRIL -- " Serious ke ni?. Ok lepas ini aku akan buat pelbagai cara lagi. Thank you bebb. Nanti aku belanja kau coklat cadburry."

RAISYA -- " My pleasure, hehe rezeki jangan ditolak. Dah la bye,aku nak makan."

ADZRIL -- " Ok bye."



SEMAKIN banyak perkara yang Adzril lakukan. Dan perubahan pada Hanis juga dapat diperhatikan. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada Adzril?. Tidak mustahil kerana Adzril seorang yang sangat caring,bermulut manis tetapi tidak bermaksud dia buaya. Kadang kala sewaktu kelas tambahan petang,Adzril membawakan bekal makanan untuk dimakan bersama. Dia tidak hanya beri kepada Hanis kerana tidak mahu terlalu menunjukkan perasaannya.

PADA satu malam, Hanis dan Adzril berbual melalui voice call. Pada mulanya ada ramai lagi kerana mahu berbincang tentang kerja sekolah. Setelah mereka left daripada call tersebut,Adzril meminta Hanis tunggu sebentar. Dan memandangkan semua kerja telah Hanis siapkan,dia pun bersetuju.

" Hanis,kau tak pernah ada boyfriend ke?." Azdril memberanikan diri untuk bertanya soalan sensitif kepada Hanis.

" Hhmm,sebenarnya pernah tapi tu lah dulu aku bodoh sebab terlalu percayakan lelaki. Tapi lepas couple,dia tu boleh pasang awek lain. Harey gila bebb." Hanis menjawab tetapi untuk menutup aib,dia tidak menyebut nama lelaki tersebut.

" Ouhhh. Kalau macam aku ni kau tak percaya juga ke?" Tanya Adzril lagi.

" Bukan tak percaya. Tapi aku berhati-hati. Kau pula tak pernah couple ke?. Kali ini Hanis pula bertanya.

" Tak pernah. Tapi tak tahu kenapa,aku nampak kau,aku kenal kau,semua tentang kau buat aku tertarik." Jawab Adzril jujur.

" Haha. Ada-ada je kau ni. Kau kan kenal Raisya lebih awal and lagi rapat pun. Kenapa kau tak ada perasaan pada dia?."

" Entahla,macam aku cakap tadi,aku lebih tertarik pada kau. And Raisya tu selalu cerita tentang kau."

" Apa yang dia cerita. Bongok lah Raisya ni." Sempat Hanis carutkan Raisya.

" Jangan risau,semua yang baik-baik sahaja. Dia tak pernah cakap buruk tentang kau. Kau tahu tak,yang kau ni sangat beruntung dapat bestie macam dia tu. Depan kau mulut macam puaka,tapi belakang kau dia tak pernah langsung mengumpat kau. Kalau dia bercerita pun semua yang elok-elok belaka." Panjang lebar Adzril berkata.

" Itu lah tu,aku pun rasa beruntung. Raisya tu baik sangat,dia nampak je kasar. Kalau kau nak tahu kan,aku dulu pernah kena buli and Raisya lah yang tolong aku. Sejak tu kami berkawan then aku tengok cara dia tu,jadi orang tak berani kacau. Tu yang aku jadi macam dia dan orang dah tak kacau atau buli aku lagi." Semakin lama berbual,Hanis semakin selesa dengan Adzril.

" Ouhh ye ke. Bagus lah tu,kauorang pun memang nampak orang yang tak ada perasaan. Kalau ada orang mengata,kauorang cuma abaikan je." Ujar Adzril lagi.

" Yess. Kitaorang ni malas nak ambil kisah. Siapa yang mengumpat tu,dia yang sakit hati. Lagi melayan lagi menjadi nanti."

" Hhmm Hanis,aku nak tanya boleh?." Tutur Adzril lembut.

" Nak tanya apa. Tanya saja lah." Jawab Raisya mendatar.

" Kau tak nak jadi girlfriend aku ke?. Hehehe." Dengan selamba Adzril bertanya.

" Hahaha. Aku ni macam kayu lah kalau bercouple. Kau akan bosan,serious aku cakap." Hanis menjawab sambil ketawa.

" Aku tidak kisah pun. Sebab aku betul-betul suka kau." Nada suaranya kedengaran serius kali ini.

Tanpa sedar, Hanis menguntum sedikit senyuman halus sambil dia berguling di atas katil persis orang yang sedang asyik bercinta.

" Suka,sayang dan cinta itu perkara berbeza tau. Kalau kata suka, aku memang suka berkawan dengan kau. Tapi kalau sayang dan cinta tu macam lagi sesuai untuk orang yang bercouple dan yang sudah berkahwin."

" Jom lah couple dengan aku. Mana lah tahu memang jodoh. Barulah namanya kawan sampai kawin." Adzril berkata sambil bergurau.

" Hahaha kalau memang jodoh,tidak perlu couple pun. Gunung dikejar tak akan lari. Aku perempuan kena lah jual mahal sikit."

" Bukan sikit tau. Memang susah nak tawan hati kau ni." Jujur sekali jawapan yang Adzril berikan.

" Usaha lah lagi." Dari cara Hanis menjawab,sepertinya dia tidak sedar ketika itu.

" Ok aku akan tunjukkan effort aku. Memang tak main-main kali ini." Adzril semakin bersemangat selepas mendengar apa yang Hanis katakan.

" Dah pukul 11 malam ni. Esok sekolah,nanti karang aku mengantuk lagi. Aku end call tauu." Minta Hanis kerana matanya dah mula terasa mengantuk.

" Kalau lepas ini nak oncall lagi boleh?." Adzril bertanya menginginkan kepastian.

" Tak janji,tengok keadaan lah." Jawab Hanis mendatar.

" Ok. Sebelum end call,aku ada pantun untuk kau." Sebenarnya pantun yang ingin disampaikan itu merupakan pantun pickupline.

" Ha apa pantunnya?." Hanis seakan tidak sabar untuk mendengar pantun tersebut.

" Tinggi-tinggi si matahari...." Baru sahaja satu baris pantun yang diberikan,Hanis laju sahaja memintas.

" Sekarang sudah malam lah. Matahari tak ada. HAHAHAHA." Hanis kalau tidak keluarkan perangai gonjolnya memang tidak sah.

" Haniss dengar lah dulu. Nanti tak menjadi pantun ni." Lembut sahaja Adzril berkata.

" Ok ok. Cakap semula pantun tu. Aku tak potong dah. Hehehe."

" Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Kalau sayang sudah dihati,
Siang malam asyik teringat.
Muahh love you." Sebenarnya pantun tersebut Adzril terjumpa di google.

" Auchh sweetnya kamuuuu. Tachod lah bebeh." Hanis terkeluarkan suara mengadanya.

" Takut kenapa?." Adzril berasa hairan tapi dia suka mendengar suara Raisya seperti singa yang telah berjaya dijinakkan.

" Takut cair lahh. Nanti susah nak bekukan semula."

" Baguslah macam tu. Senang aku nak pikat,kau pun boleh terima aku. Hehehe."

" Sudahh,sikit-sikit boleh lah. Lebih-lebih siapa nak layan. Byee" Mungkin Hanis baru tersedar akan keterlanjurannya tadi. Dia terus menghentikan call dan meletakkan telefonnya di sebelah bantal. Tetapi Hanis juga tersenyum-senyum kerana terbayang wajah Adzril.

" Perghh dia end macam tu je. Haha. Hanis Hanis,nasib baik comel." Tutur Adzril sendirian,dia juga menutup telefon pintarnya dan berbaring serta bersedia untuk merehatkan mindanya.

Sementara itu,Hanis di rumah seperti orang yang telah mabuk kepayang.

" Ishh dah kenapa aku ni. Tak kan lah dah angau. Haish simpang malaikat 44 lahh." Hanis seperti orang telah jatuh cinta. Dia terus membaca doa dan menutup matanya. Lama-kelamaan dia tertidur dengan sendirinya.

Semoga hari seterusnya akan lebih baik berbanding hari sebelumnya. Mungkinkah akan ada sinar harapan untuk Adzril?. Nantikann hehehe.

-bersambung-

- sorry lama tak update and ini short chapter je..huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience