- without you, i die forever -
Aera mengerling jam tanganku. Pukul 4.30 petang. 'Memang betul apa yang papa cakap. Dia akan datang lambat. Tengoklah, kerja sekolah Sains aku yang berpuluh soalan dah siap. Complete. '
Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam bersama topi berjalan mendekati Aera. Aera dah berasa risau. Matanya asyik memandang tajam kearahnya.
'Ya Allah.. Siapa yang tak pandai jaga mata tengok anak dara orang ni? Tengok macam nak makan je. Astaghfirullahalazim! Apa aku cakap ni! '
Lelaki itu menyapa Aera.
"Cik adik ni duk sorang2 ke? Bahaya tau duduk sorang2 dekat sini. Jomlah, abang hantar cik adik balik" pelawa lelaki itu lembut. Aera dah mengesot menjarakkan diri dari lelaki tersebut.
"Takpelah, papa saya nak datang dah. Tak payah susah2. Saya okey je" katanya tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Eh, tak susah mana pun. Kalau betul papa cik adik ni dah nak datang, mana kereta dia? Lagipun abang tengok dari tadi cik adik duk sorang2 kat sini." lelaki itu masih berusaha mempelawanya.
'What? Dari tadi dia tengok aku? Dia takde kerja lain ke? ' Aera dah berdebar. Aura lelaki ni macam lain macam.
"Takpelah.. Saya rela tunggu papa saya dari balik dengan orang yang saya tak kenal. Terima kasih atas keprihatinan encik. Saya tak apa2"
Aera menolak. Lelaki itu mendengus kasar.
"Plan B" ujar lelaki itu. Aera mengerutkan kening. 'Plan B?'
Lelaki tadi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sehelai kain. Dia terus meluru kearah Aera dan menutup mulutnya dengan kain tersebut. Aera meronta-ronta untuk dilepaskan. Lama -kelamaan, tubuhnya terasa lemah. Pandangannya kabur serta-merta.
Van putih menuju kearah kami. Lelaki tadi mencempung Aera masuk kedalam van tersebut. Aera masih tidak sedarkan diri.
"Makan besar kita! Wohooo!! " jerit penumpang lain didalam van itu. Salah seorang geng penculik tersebut.
"Kalau kita jual dekat Ah Long, mesti beratus ribu kita dapat. Aku yakin budak ni still anak dara. Kaya besar kita! "
"Eh, bos. Ada kereta ikut kita daripada belakang! Macam mana ni? " ujar pemandu van itu . Bos mereka mendengus geram.
"Pecut laju2! Biar dia tak dapat kejar kita! " kata Bos tersebut. Pemandu van itu memecut dengan laju.
Kereta yang mengikut van tersebut tidak kurang hebatnya. Dia juga turut memecut laju mengejar van putih itu. Adengan kejar-mengejar antara van dan kereta menjadi semakin panas.
"Bos! " pemandu van itu menjerit. Mereka semua memandang ke hadapan. Ternyata ada satu lagi kereta sedang menghala tembakan tepat pada kepala pemandu itu.
BAAM!!
Bersepai kepala pemandu van
Tembakan dilepaskan lagi. Tapi kali ini menghala ke tayar van. Keadaan van itu menjadi tak terkawal. Van itu terlanggar pokok besar dan serta-merta mencederakan penculik didalam van putih tersebut.
Dua buah kereta yang mengejar mereka tadi keluar dari perut kereta menuju kearah van itu.
Seorang lelaki bersut hitam bersama kaca mata hitamnya mencempung Aera dan membawa kedalam kereta.Seorang lagi meletakkan bom dibawah van putih itu.
"Have a nice day" lelaki itu berlalu pergi. Selepas mereka meninggalkan van itu, van putih tersebut automatik meletup. Kuat.
...
"Et cette fille ? Ne veux-tu pas l'envoyer près du manteau de son père ? Quelle est votre identité ?"
[Macam mana dengan budak perempuan ni? Takkan kau nak hantar dia dekat bapak dia kot? Identiti kau macam mana?]
"Téléphone Kay. Demandez-lui de me couvrir."
[Telefon Kay. Suruh dia cover aku. ]
"Okay"
Panggilan diputuskan. Tuan Danish itu memandang wajah Aera yang masih belum sedarkan diri. Terdapat sedikit lebam didahi. Tuan Danish mengeluh.
"Tu es à moi"
...
Aera separuh sedar. Matanya memandang ke arah anak mata berwarna biru dihadapannya ini.
"Terima kasih" tuturnya sebelum mata kembali tertutup.
...
Aera membuka mata. Benda pertama yang dia lihat, wajah mamanya yang terlalu risau. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Mama.. " Aera memanggil Puan Sri Mairissa lemah.
"Alhamdulillah, Aera dah sedar sayang. Ya Allah.. Macam mana boleh jadi macam ni? Maafkan mama sayang, maafkan mama" Puan Sri Mairissa mengusap kepala anaknya. Dicium tangan runcing itu berkali-kali.
" Aera kat hospital ke? Papa mana? Macam mana Aera boleh ada kat sini? Bukan ke Aera dah kena.." ayat itu dibiarkan tergantung.
"Ye, Aera kat hospital. Papa tengah uruskan bil hospital. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang tolong selamatkan kamu daripada penculik-penculik tu. Kalau apa-apa terjadi kepada kamu, mama takkan maafkan diri mama. " ujar Puan Sri Mairissa sayu. Aera tersenyum.
"Mama.. Aera kan dah okey ni. Mama janganlah salahkan diri mama pulak. In shaa Allah, lepasni Aera akan lebih berhati-hati" Aera mengusap pipi Puan Sri Mairissa.
"Mama.. " panggil Aera lembut.
"Ye, sayang? " sahut Puan Sri Mairissa.
"Lapar"
...
SEBULAN KEMUDIAN
Tinggal sebulan lagi sebelum peperiksaan SPM bermula. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat, Aera sedang khusyuk membaca di perpustakaan sekolah.
Tiba-tiba seseorang mengambil tempat di hadapannya. Aera mengerling sekilas. Dihadapannya ini, Ketua pengawas, Ahmad Ismail sedang merenung tepat kearahnya.
"Hai, Aera. Sorang je ke? " sapa Ahmad Ismail mesra.
"Hmm" balas Aera. Buku yang dibacanya lagi menarik perhatian dari ketua pengawas tersebut. Malas ingin bermesra dengan jejaka kacak dihadapannya itu.
"You memang macam ni eh? Tak suka pandang lelaki bila bercakap? Tapi, I tahu. You sengaja tak pedulikan I sebab you sukakan I kan? Mengaku jelah" Ahmad Ismail mengangkat kening. Aera menghentikan pembacaannya. Ahmad Ismail menghadiahkan satu kenyitan kahs buat Aera .Aera memandang tajam kearah Ahmad Ismail.
"Perasan" Aera terus meninggalkan Ahmad Ismail yang terpinga-pinga itu.
'I like this girl' Ahmad Ismail tersenyum sinis.
...
"Eii..perasan! Miang! Gedik! Kau siapa nak aku minat bagai? Kau fikir kau tu Jimin? Kepala hotak dia. " aku merungut sambil mempercepatkan langkah ke kelas.
Sampai sahaja didalam kelas, Aera terus mencari Amira. Kawan baiknya itu sedang sibuk bergossip dengan rakan sekelas yang lain. Mulutnya petah bercerita dengan mimik muka yang sukar ditafsirkan. Aera ketawa kecil. 'Amira.. Amira..' Aera terus menggeleng.
Amira melambai tangan kepada Aera. "Bestfriend aku dah sampai tu. Esok aku cerita macam mana Minah Janda tu kahwin dengan Bangla Karpet tu okey? Aku pergi dulu" Amira terus menarik lengan sahabatnya ke tempat duduk mereka.
"Kau ni kenapa? " Aera menggosok lengannya yang ditarik Amira.
"Aku nak tanya kau something ni. Betul ke Ahmad Ismail tadi tegur kau? Duduk satu meja dengan kau dalam library? Betul ke? " Amira menggoncangkan tubuh Aera. Aera tepuk dahi.
'Cepatnya benda ni tersebar. Aku rasa aku baru je keluar dari library tadi' Aera mengeluh panjang. Lagi-lagi kawannya yang seorang ni presiden makcik kepoh. Semua benda nak dihebohnya.
"Hmm.. Betul lah kot"Aera menjawab acuh tak acuh. Amira mendengus geram.
"Jawablah betul-betul! Kau tahu tak? Kalau betul lah apa yang aku dengar ni, kau adalah pelajar perempuan pertama yang dekat dengan ketua pengawas kita tu. Dia tu susah nak berbual dengan perempuan lain. Tapi dengan kau? Weyh, kau tak excited ke? " soal Amira.
"Tak" ringkas sahaja jawapan Aera.
"Kau nak tahu tak, kalau perempuan lain, diorang dah pengsan tau! Tapi kau ni aku tengok relaks je. "
"Habistu? Kau nak aku pengsan ke macam mana? Semata-mata untuk ketua pengawas perasan tu? Heh, kirim salam. " Amira baru ingin membalas, guru Matematik mereka mula memasuki ke dalam kelas.
...
Selepas sahaja loceng berbunyi, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dalam kelas.
"Sejak kejadian kau kena culik haritu, papa dan mama kau memang jaga kau betul-betul kan? Tengoklah, belum apa-apa lagi kereta dah terpacak depan pagar sekolah. Siap ada dua bodyguard tunggu luar kereta pulak tu. Untung kau Aera" Amira menepuk bahu Aera lembut. Aera mengeluh perlahan.
"Memanglah. Tapi, memalukan kau tahu tak. Tengoklah, pelajar-pelajar lain semua tengok aku. Aduh, mana nak letak muka ni" wajah Aera dah kemerahan. Amira gelak besar.
"Baik kau pergi balik sekarang. Kang ada yang kena culik lagi kang"Amira menolak bahu sahabat kesayangannya itu. Aera menyilangkan tangan. Kaki melangkah kearah kereta BMW hitam mewah dihadapannya.
Kereta itu terus menuju ke rumah agam milik keluarga Tan Sri Hisyam.
...
Tuan Danish asyik dengan kerjanya yang berlambak diatas meja. Satu-persatu file dibuka sampaikan dia tidak sedar sepupunya, Chris berdiri di hadapannya.
"C'est tellement occupé que tu ne me remarque même pas devant toi ?"
[Sibuk sangat ke sampaikan aku yang kat depan kau ni pun kau tak perasan? ]
Tuan Danish memandang tajam kearah Chris.
"Ne me dérange pas"
[Jangan kacau aku]
"Je veux te demander quelque chose."
[Aku nak tanya kau sesuatu ni. ]
"quelle? "
[Apa?]
"Et l'écolier que tu as sauvé ce jour-là ?"
[Macam mana dengan budak sekolah yang kau selamatkan haritu]
Pergerakan Tuan Danish terhenti. Dia menarik nafas dalam-dalam
"elle va bien"
[Dia okey, ]
"Pourquoi chez beaucoup de filles, tu veux des écoliers aussi ?"
[Kenapa dalam banyak-banyak perempuan, budak sekolah jugak kau nak? ]
"Parce qu'il est spécial"
Share this novel