- without you, i die forever -
'Bismillah.. Last paper, LET'S GO! '
Aera memberi sepenuh perhatian pada kertas putih diatas mejanya. Tangan ligat menjawab berpuluh soalan. Otak diperah mengingat apa yang dipelajari sepanjang 11 bulan di sekolah.
"Soalan terakhir, Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang juga dikenali sebagai.. " kata-katanya terhenti.
"Dikenali sebagai apa eh? Ya Allah, aku baru je study semalam. Aku baru je hafal jawapan ni semalam. Soalan sebenar dah ada depan mata eh, Tak ingat pulak.. " Aera meraup wajahnya. Matanya meliar memerhati sekeliling berharap dapat mengingati soalan tersebut.
Matanya terbuntang luas. Yes!
"Tiang Asoka,"bibirnya terbit senyuman halus.
Alhamdulillah, tamat juga penderitaannya selama ini bersengkang mata semata-mata untuk peperiksaan tergempar ni. Aku bebas! Yeyy!!
"Baiklah, masa sudah tamat. Semua pelajar sila berhenti menulis." pengawas peperiksaan bersuara nyaring.
Semua pelajar mula berhenti. Ada yang mengeluh, ada yang menarik nafas lega, dan ada yang tenang. Setenang ikan di sungai.
"Kamu semua dah boleh bangun, bergerak pulang ke rumah masing-masing" ujar pengawas peperiksaan itu lagi.
Semua pelajar beratur menunggu giliran keluar dari dalan dewan. Aera dan Amira berpelukan erat.
"Lepasni aku dah boleh layan k-drama sampai pukul 1 pagi yeay! "
Aera hanya gelak melihat perangai tiga suku sahabatnya. Mata mengerling kearah jam tangan rolex pemberian mamanya pada ulang tahunnya tahun lepas.
Ting!
Notifications dari telefon Aera berbunyi. Aera terus membuka aplikasi whatsapp. Mesej dari papanya.
PapaKuYangKuSayangi??
=Aera, Aera tunggu dalam sekolah dulu ye sayang? Bodyguard Aera ada masalah sikit. Jangan pergi mana-mana
Aera mengeluh panjang. Redha.
"Kenapa ni? Tadi punya senyum sekarang ni mendung. Kita dah habis SPM kut. " Amira memandang sahabatnya itu. Risau.
"Bodyguad aku ada masalah, diorang lambat sikit nak datang ambik aku. Takpelah, aku tunggu dalam sekolah je, " suaranya mendatar sahaja. Amira mengangguk sahaja.
"Eh, ayah aku dah datang. Kau jangan pergi mana-mana pulak. Duduk je dalam sekolah ni. " Amira memberi amaran. Aku mengangguk seperti burung belatuk, mengiakan sahaja.
"Kau jangan risaulah. In shaa Allah, sekejap je tu. Nanti diorang sampailah, "Aera menenangkan Amira yang dah risau. Amira melepaskan pegangan. Dia melambai-lambai tangan kepada gadis itu. Aera hanya tersenyum.
Brr..
'Aduh, laparlah pulak. Kantin dah tutup. Duit belanja tinggal rm10 lagi. Kalau pergi kedai runcit depan sana boleh tak? ' Aera memegang perutnya. Inilah padahnya tak pergi lunch. Sekarang, diri sendiri susah.
"Pergi jelah. Alah, sekejap je pun. Lepas pergi beli makanan, balik sekolah terus" Aera terus melangkah ke kedai runcit tidak jauh dari sekolahnya.
"Aiskrim Solero, Kitkat dengan air mineral. Okeylah tu. " tanpa membuang masa, Aera terus membayar harga makanan dan minuman tersebut.
"Panas-panas macam ni makan aiskrim, fuh.. Nikmat" ujar Aera sambil memakan aiksrim Solero berperisa limau ditangannya.
'Ya Allah,siapa pulak muka pecah yang duk perhati aku dari tadi ni..Lindungilah hambamu ini Ya Allah,'
Aera mempercepat langkah. Lelaki misteri itu juga mengikutnya. Dia ke kanan, lelaki itu juga ke kanan. Dia kekiri, lelaki itu juga kekiri.
Aera terus melangkah laju. Tanpa dia sedari, sebuah kereta Hilux hitam berhenti di sisinya. Aera terjerit kecil apabila dia ditarik memasuki kereta Hilux tersebut.
Mulut, tangan, diikat dengan kain. Kiri kanannya dikunci oleh dua orang lelaki sasa bertatu. Aera gerun. Apa lagi yang bakal terjadi kepadanya selepas ini?
...
Kereta Hilux tersebut berhenti di sebuah kelab malam. Memandangkan hari semakin gelap, ramai orang berpusu-pusu memasuki kedalam kelab itu.
Aera beristighfar didalam hati. 'Ya Allah, apa lagi ujian yang aku perlu hadap ni Ya Allah? '
Dia ditolak masuk ke dalam kelab tersebut. Aera akur.
Pertama kali dia memasuki kelab malam itu. Selama ni dia hanya menonton didalam televisyen sahaja. Sekarang sudah terpampang dihadapannya.
Kelab itu sungguh exclusive. Warna emas putih. Elegan. Rasa-rasanya kelab ini khas untuk pelanggan VVIP sahaja. Tengok sahajalah pelanggan mereka, berkemeja kemas. Segak. Tapi kebanyakannya adalah pakcik-pakcik tua sebaya papanya sedang berseronok dengan perempuan-perempuan seksi tidak cukup kain. Mereka berusaha menggoda pelanggan-pelanggan exclusive itu dengan hanya satu sebab. Duit.
Aera dijaga kiri kanan oleh lelaki sasa bertatu itu. Tiba-tiba, dia didatangi oleh seorang lelaki cina.
"Baik! Banyak Cantik wo! Bagus-bagus. Lu kasi dia baju. Tukar sekarang. Lepastu kasi masuk bilik. Nanti ada pelanggan mari mau dia. Pergi! "Kata lelaki cina itu. Aera dah telan air liur. Apa benda ni? Tukar baju masuk bilik. Apa maksud semua ni?
Aera ditolak masuk ke dalam bilik persalinan. Baju seksi berderet digantung. Seorang wanita seksi memberi dress kepadanya.
'Mak aih! Seksi nya! ' bisik Aera dalam hati. Dress singkay berwarna hitam paras peha itu dia perhati.
"Saya kena pakai baju ni ke? "Aera bertanya kepada wanita tersebut.
"Yelah! Dah kau pergi tukar cepat. Pelanggan tu nanti nak datang. "Arah wanita itu.
"Saya taknak pakai baju ni semua. Seksi sangat. Saya tak selesa. Saya bukan perempuan murah. Saya ada maruah. Saya takut Allah"Aera menggeleng laju. Air mata hampir merembes keluar. Wanita itu mendengus kasar.
"Kau ingat kau pakai tudung ni alim sangat ke? Yakin masuk syurga? Yakin jadi ahli syurga? Kau jangan risau, lepasni kau akan ikut sama-sama dengan aku jadi ahli neraka! Kalau kau tak nak pakai sekarang, siap kau aku kerjakan"Kepala Aera ditunjal. Aera menangis. Apa yang patut aku buat ni?
Selepas menyalin baju yang diberikan. Aera ditata rias. Makeup nipis, bibir merah menyala. Rambut dilepaskan beralun. High heels hitam dipaksa pakai. Dia dibawa ke dalam satu bilik.
Aera ternganga luas. Bilik apa ni woi?
Dia ditinggalkan di dalam bilik itu. Dikunci. Aera menangis kuat.
'Ini bukan aku. Kenapa aku diberi ujian sebegini Ya Allah? Aku gadis berhijab. Gadis yang menutup aurat. Bukan gadis yang sebegini. Tolong aku Ya Allah, " Aera merintih.
Pintu bilik dibuka. Aera berdebar-debar. Seorang lelaki berkemeja kemas memasuki bilik itu. Pintu dikunci. Aera memeluk tubuh. Pertama kali rambutnya dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
Lelaki itu mendekatinya. Dia menolak dagu Aera disuruh memandangnya. Air mata sudah bergenang.
"Hey, don't cry. First time? Don't worry. I will do it slowly okay? " kata lelaki itu lembut. Aera tidak mengangguk atau menggeleng, yang dia fikir sekarang adalah untuk melepaskan diri daripada neraka itu.Lelaki itu mengusap pipinya.
"Saya taknak semua ni, encik. Saya bukan perempuan macam ni. Saya taknak benda ni encik. Lepaskan saya," Aera merintih, berharap lelaki itu mengasihaninya.
"No,dear. I bayar mahal-mahal semata-mata untuk dapatkan you. And now you suruh I lepaskan you? No, dear. I will hold you tight. " bisik lelaki itu di telinganya. Aera semakin takut. Takut apa-apa yang akan terjadi selepas ini.
Lelaki itu menolaknya berbaring diatas katil. Aera tidak sempat melarikan diri, lelaki itu segera menindihnya. Tangannya dicengkam kuat oleh tangan kasar lelaki itu. Wajah lelaki itu hampir mendekati leher jinjang putih milik Aera.
'Ya Allah! 'Aera tutup mata. Tidak mahu melihat apa yang akan terjadi pada dirinya, tubuhnya, dan yang paling penting, daranya.
BAAM!!
Pintu yang dikunci tadi dihempas kuat. Aera dan lelaki itu menoleh pada pintu.
"Fuck you" Lelaki berkemeja hitam kemas itu membuka cermin mata hitamnya. Renungan tajam diberikan pada lelaki yang hampir meragut mahkota Aera.
"Tuan Danish, " lelaki itu segera bangun dari menindih tubuh Aera. Terketar-ketar tangan lelaki tersebut.
Tuan Danish meluru kearah lelaki itu. Dia memberikan tumbukan padu dipipi. Lelaki itu tumbang.
"I'm sorry, Tuan Danish. I tak tahu yang dia tu perempuan Tuan Danish. I'm so sorry, "lelaki itu memohon maaf. Tapi, Tuan Danish masih dengan tumbukannya. Bertubi-tubi diberikan pada lelaki itu sehingga lunyai.
"She's not my girl. C'est une femme spéciale pour moi. Tu le touches, tu meurs" ujar Tuan Danish sebelum meninggalkan lelaki yang sudah lembik dikerjakannya. Tuan Danish membuka kot hitam yang dipakainya dan menyarungkan pada tubuh Aera yang terdedah. Dia mencempung Aera yang masih trauma dengan kejadian tadi.
"Don't worry, you safe now"
...
Aera lena didalam kereta yang dipandu oleh Tuan Danish. Tyan Danish memandang raut wajah yang putih bersih. Mata habis bengkak kerana menangis.
"We meet again, I'amour" Tuan Danish tersenyum sinis.
...
Kepala Aera terasa berat.Apabila dia membuka mata, Dia memerhati disekelilingnya. Bilik yang elegan, cantik dan bersih.
'Aku kat mana ni? Apa yang dah jadi? '
Aera menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menilik dirinya. Dress apa yang dia pakai ni? Dress seksi itu ditiliknya lama. Aera membentangkan mata. Luas. Baru dia teringat kejadian semalam.
'Aku dah kena tebuk ke? Aku dah takde dara ke? Aku dah takde maruah ke? '
Aera memeluk tubuh. Dia menutupi dirinya dengan selimut tebal. Kepalanya juga ditutup.
'Aku dah gagal jaga diri aku. Kalau aku tak dengar apa yang papa cakap tu mungkin aku dah ada kat rumah sekarang ni. '
Aera menangis. Sekuat hati. Dia menjerit nyaring. Sedih dengan perkara yang berlaku terhadap dirinya.
Pintu tiba-tiba terbuka. Tuan Danish meluru ke arah Aera.
"Hey, kenapa ni? " Dia mengusap kepala Aera yang masih dibaluti selimut. Aera menjauhkan diri.
"E..encik ni siapa? Encik dah buat apa kat saya? Saya kat mana ni? "Air mata merembes keluar deras.
"Kau tak ingat semalam? " Tuan Danial menyoal Aera.
"Semalam? Apa yang dah jadi semalam?? "Aera terkesima. Ada apa-apa yang dah terjadi ke semalam? Betul ke ?
"Semalam kau diculik. Dijadikan pelacur. Kau hampir emm.. "Tuan Danish membiarkan ayatnya tergantung. Membiarkan Aera memahami perkataan itu sendiri.
"Maksudnya, saya tak diapa-apakan lagi lah? "Aera meraup muka. Bersyukur.
"Mandi, lepastu turun sarapan"
Baru sahaja Tuan Danish ingon melangkah keluar. Aera bersuara.
"Emm, saya nak pakai baju apa? Tudung ada tak? "Aera bertanya pada Tuan Danish. Tuan Danish menunjukkan jari telunjuk pada almari.
"Semua benda ada dalam tu. Bersiap. Jangan lupa turun" pintu bilik ditutup.
Aera segera bergerak ke almari yang ditunjukkan Tuan Danish tadi. Suis dibuka. Wow!
'Kalah almari bilik aku. ' Aera tersenyum senget.
Tanpa membuang masa, Aera bersiap dengan knitwear merah bersama seluar hitam dan shawl hitam. Tanpa makeup, dia terus menuju ke tingkat bawah.
Dia masih rasa berdebar-debar. Dia bersama siapa sekarang? Adakah dia diculik? Beribu persoalan di mindanya.
"There you are, " sapa seorang lelaki di belakang Aera. Bahu Aera terhinjut sikit. Terkejut.
"Ouh, sorry-sorry. I tak bermaksud nak terkejutkan you. Em, you dah makan? " lelaki tadi menyoal Aera. Aera menggeleng.
"Ouh, by the way my name is Chris. I sepupu Danish. Jom, I bawak you ke dapur. You mesti lapar kan? "Geleng tidak angguk pun tidak. Aera hanya kaku. Chris menarik hujung baju Aera membawanya ke dapur.
"Harini Danish masak nasi goreng je. You makan tak? " Chris mencedokkan nasi goreng kedalam pinggan. Dia menyerahkan kepada Aera. Aera menyambutnya terketar-ketar.
"Kenapa ni? You macam tak selesa je dengan I. You takut dengan I ke? Don't worry, I baik"Chris tersenyum manis. Aera mengangguk.
"Em, saya nak tanya boleh? " soal Aera sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.
"Tanya lah. "Chris memandang Aera.
"Em, kita jeke yang tinggal dekat sini? Maksud saya, Tuan Danish, awak dengan saya jeke dalam rumah ni? "
Chris tersenyum.
"You takut kita kena tangkap khalwat eh? "Chris tersengih. Aera menunduk. Malu.
"You jangan risau lah. Kitaorang ada sepupu lagi duduk dalam rumah ni. Diorang tu suami isteri. Jangan risaulah, " ujar Chris. Aera mengangguk tanda faham.
"Tuan Danish mana? " soal Aera lagi.
"Dah rindu ke? Hehe, dia pergi office kejap. Ada barang tertinggal" jelas Chris. Aera mengangguk lagi.
"Umur you berapa eh Aera? " soal Chris pula.
"17 tahun" balas Aera.
"Haih, Danish ni. Budak sekolah pun nak rembat"gumam Chris perlahan.
Tuan Danish melangkah masuk ke dapur. Dilihatnya dua manusia yang rancak berborak sehinggakan dirinya yang dah lama berdiri pun tidak perasan.
"Anything i miss? " Tuan Danish bersuara. Chris dan Aera berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Diam. Aera menundukkan pandangan apabila mata tajam Tuan Danish menikam anak matanya.
"Nothing. Bual kosong je. " jawab Chris mewakili mereka. Tuan Danish hanya mengangguk. Mata masih tidak lepas memandang Aera.
Pipi Aera mula kemerahan. Chris hanya tersengih melihat aksi mereka.
"Sudah-sudahlah pandang anak dara orang tu woi. Tengok tu, Aera dah blushing dah. Kau ni pun kalau nak tengok sangat, kahwinlah" Chris dah ketawa besar. Tuan Danish menjentik kepala Chris. Aera hanya ketawa kecil.
"Em, Tuan Danish. Bila saya boleh balik rumah? " tanya Aera yang dari tadi mendiamkan diri.
"Bersiap" ringkas sahaja jawapan Tuan Danish. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Chris dan Aera.
"Dia ni pun agak-agaklah. Aera pun datang sini lenggang kangkung. BERSIAP, poyo je Mamat ni" Chris mengajuk Tuan Danish. Aera ketawa.
...
Aera memeluk Puan Sri Mairissa erat. Dikucupnya pipi wanita itu berkali-kali. Rindu teramat.
"Eh, masuklah dulu. Kita borak kat dalam" Tan Sri Hisyam mempelawa Tuan Danish dan Chris. Mereka hanya menuruti sahaja.
...
"Ya Allah, nasib baik anak mama tak jadi apa-apa. Bukan sekali, dua kali dah dia kena. Terima kasih lah Danish, Chris selamatkan satu-satunya anak gadis aunty" Puan Sri Mairissa memelukku tidak mahu lepas. Risau anaknya hilang lagi.
"Terima kasih sangat-sangat Danish,Chris. Apa yang uncle boleh bagi untuk balas jasa kamu? " Tan Sri Hisyam memandang wajah mereka.
Tuan Danish tersenyum sinis.
Share this novel