- without you, i die forever -
Aera terlopong. Chris juga memandang Tuan Danish seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakannya. Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Mairissa juga kaku.
"Apa Danish. Boleh ulang sekali lagi? " soal Tan Sri Hisyam tidak percaya.
"Saya nak minta izin uncle dengan aunty. Saya nak melamar Aera untuk menjadi isteri saya" ujar Tuan Danish selamba. Tenang.
Aera masih kaku. Masih tidak percaya. 'Tuan Danish nak kahwin dengan aku? Aku mimpi ke apa ni? '
"Btw, saya lupa nak perkenalkan diri saya yang sebenar. Saya Tuan Danish Raykal, CEO of Megah Holdings" ujar Tuan Danish.
"Kamu Tuan Danish Raykal?"
"Yes,I am"
...
'Damn! Why? Kenapa papa terima Tuan Danish tu bulat-bulat? Aku tak kenal dia, aku tak tahu pun siapa dia. Tup-tup nak nikah dengan aku. ' bisik hati Aera geram. Geram dengan tindakan papanya yang menerima pinangan tersebut.
You are the one, Babygirl
Dia mengingati kembali perbualan antara dia dan Tuan Danish pagi tadi.
"What is this Tuan Danish? I don't know who you are. Yes, saya berterima kasih sangat-sangat sebab Tuan Danish selamatkan saya. Tapi, perlu ke saya kahwin dengan Tuan Danish? " Aera menyilang tangan. Dia memandang wajah itu dengan garang.
"Yes, you don't know me but I know you well, Aera. " kata-kata Tuan Danish membuatkan Aera lagi membara.
"Who are you Tuan Danish? Kenapa nak kahwin dengan saya? Saya budak sekolah. Lagipun, dah takde perempuan lain ke dalam dunia ni yang Tuan Danish nak dijadikan isteri? Kenapa saya? " soal Aera lagi. Tuan Danish tersenyum.
"You are the one, Babygirl"
Deringan telefon mengejutkan lamunan Aera. Dia pantas menjawab panggilan itu.
"Hello, siapa ni? "
"Hello, Babygirl" suara garau menerpa gegendang telinga Aera.
Aera menjauhkan telefon dari telinganya. 'Macam mana dia boleh ada nombor aku ni? ' Aera mendekatkan kembali pada telinganya.
"Tuan Danish? "
"Yes I am"
Sepatah-sepatah dijawab Tuan Danish. Aera mendengus. Dia punyalah tengah susah hati dengan lamaran yang diterimanya pagi tadi.
"Macam mana Tuan Danish boleh ada nombor saya? Saya baru je beli nombor ni petang tadi. Tuan Danish nak apa call saya malam-malam ni? "
Soal Aera bertalu-talu. Kedengaran gelak halus dicorong telefon.
"Hey, slowly. Aku bukannya ada 2 mulut nak balas soalan-soalan kau tu. Well, like i said. I know you well Aera."
Tuan Danish tersenyum. Seronok mengusik gadis itu. Aera dah tarik muka masam.
"Kalau Tuan Danish call saya ni semata-mata nak main-main, saya letak dulu"
"Okey-okey. Tomorrow, "
"Tomorrow? "
Soal Aera tidak faham.
"Gey ready, Babygirl"
Panggilan terus dimatikan oleh Tuan Danish. Nafas Aera turun naik. Dahlah cakap sekerat-sekerat. Lepastu letak macam tu je. Bukannya nak jelas dulu. Tomorrow? Get ready? Aera hanya mengangkat bahu. Lampu tidur ditutup.
...
Pagi-pagi lagi Aera dah bersiap mengenakan blouse labuh putih paras peha dengan seluar hitam serta tudung shawl putih. Dicalit makeup sedikit untuk menaikkan seri. Aera terus turun ke dapur untuk bersarapan.
"Goodmorning. Papa, mama"
Sapa Aera mesra. Senyuman manis diukir. Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Mairissa membalas senyuman.
"Cantiknya anak mama. Manis sangat"
Puji Puan Sri Mairissa ikhlas. Hidung Aera dah kembang kempis. Biasalah.
Aera mencedokkan mee goreng basah kedalam pinggan. Dengan lafaz bismillah, makanan itu diterkamnya.
"Janji pukul berapa nak keluar? "
Soal Tan Sri Hisyam. Aera hanya angkat bahu. Tidak tahu. Tan Sri Hisyam mengerutkan kening.
"Ada ke macam tu?"
"Manalah Aera tahu. Dia yang ajak. Dahlah suka cakap sepatah-sepatah. Aera tak fahamlah dengan dia tu. Kenapalah papa restu Aera kahwin dengan dia? Papa tak takut ke dia buat apa-apa dekat anak papa yang comel ni? "
Sempat lagi angkat bakul sendiri. Tan Sri Hisyam menggeleng.
"Papa kenal dia. That's why papa setuju. Kamu tengok, dah dua kali papa gagal jaga kamu. Papa yakin Danish boleh jaga kamu. Believe me, okay? "
Papa menggenggam erat tangan Aera. Aera tidak tahu ingin memberi reaksi hanya mengangguk.
...
Aera hanya diam bila berada di dia dalam kereta mewah milik Tuan Danish. Tuan Danish hanya tenang memandu.
"Tuan Danish nak bawak saya pergi mana ni? "
Soal Aera setelah lama mendiamkan diri. Tuan Danish tersenyum sinis. Aera dah pandang pelik.
"Ingatkan bisu tadi"
Kata Tuan Danish. Aera menggenggam tangan. Geram. Matanya memandang tajam Tuan Danish tidak puas hati.
"Saya tanya ni. Tuan Danish nak bawa saya pergi mana? "
Soal Aera lagi.
"Butik pengantin. Barang hantaran. Kita nikah hujung minggu ni"
Jawab Tuan Danish selamba. Mata Aera terbuntang. Hujung minggu??
"WHAT? Kenapa cepat sangat? "
"Aku malas nak tunggu lama. Aku tak tahan"
Aera terus menutup badan dengan tangannya. Memandang Tuan Danish atas bawah.
"Pervert! "
"So what? "
Aera menjeling. Malas ingin membalas kata-kata Tuan Danish. Matanya dialihkan pada pemandangan luar kereta. Tanpa sedar, dia terlena jua.
TUAN Danish memarkirkan keretanya di hadapan butik mewah. Dia berpaling pada gadis disisinya. Dia meneliti setiap inci wajah makhluk ciptaan Allah itu.
"Cantik"
Ujar Tuan Danish. Tangannya baru sahaja ingin menyentuh raut wajah itu, Aera tiba-tiba menggeliat. Tuan Danish kembali ke tempat asal dengan wajah selamba.
"Dah sampai ke? "
Soal Aera. Dia masih mamai.
"Jom turun"
Ajak Tuan Danish dingin. Aera menjulingkan mata. Dia memboloskan diri keluar dari kereta itu. Matanya terpampang pada butik mewah dihadapannya.
Mereka berjalan beriringan memasuki butik tersebut. Aera mencuci mata melihat rekaan gaun pengantin. Terbuntang luas matannya melihat harga gaun pengantin tersebut.
"Rm25000? Ni nak tanggung aku setahun pun dah cukup. "
Aera teguk air liur. Dia memandang Tuan Danish yang sibuk berbual dengan pengusaha butik itu.
"Aera, ni Sally. Sally, this is my future wife. Aera. "
Aera bersalaman dengan Sally. Dia menghadiahkan senyuman.
"Your wife is so pretty! That's why you nak kahwin hujung minggu ni. It's okay. I will give you top baju pengantin yang cantik-cantik untuk you alls. "
"Do your job"
Sally menghilangkan diri buat seketika. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan 5 baju pengantin dibantu pekerja-pekerja nya.
"Choose"
Semudah itu sahaja jawapan Tuan Danish. Tanpa membuang masa, Aera meneliti satu-persatu baju pengantin itu.
"I like this one"
Aera menunjukkan baju pengantin keempat.
Baju kurung Pahang yang simple berwarna putih. Labuci yang tidak keterlaluan. Manis.
"Yes, right? I pun suka yang ni. Simple. Okay, you pulak nak yang macam mana Tuan Danish? "
"Baju Melayu biasa. White."
Ringkas.
Selepas itu, mereka bertolak ke mall mencari barang hantaran. Aera berasa lenguh kaki kerana penat berjalan. Tuan Danish ni lebih cerewet daripada perempuan. Itu tak berkenan, ini tak berkenan.
"Tuan Danish, saya taknaklah beli kasut ni. Mahal sangat. "
Aera memuncungkan mulut. Gila ke apa Tuan Danish ni? Kasut tumit tinggi tu berharga Rm 2599 engkau! Tahulah kaya. Tapi janganlah membazir sangat.
"Ada guna duit kau ke? Tapi kan, kau anak Tan Sri bukan ke kaki kikis duit mak bapak? Setakat kasut dua ribu pandang sebelah mata je"
Ejek Tuan Danish. Aera menyilangkan tangan. Berani Tuan Danish panggil dia ni kaki kikis duit?
"Hello, Tuan Danish. Tak semua anak TAN SRI macam tu. Awak ingat saya ni macam perempuan lain? Saya nak minta duit daripada papa pun kena ganti balik. Ada ke panggil saya kaki kikis? Awak ingat saya takde kerja lain ke? "
Bebel Aera tak henti-henti. Langkah kaki Tuan Danish terhenti. Mata memandang Aera tajam. Aera mendiamkan diri.
"Shut up your mouth or i will kiss you"
Aera segera menekup mulutnya. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Tuan Danish meneruskan langkahnya ke kedai yang lain.
Aera mendesis dalam hati.
"Pervert"
Share this novel