- without you, i die forever-
Aera memelihat wajah Tan Sri Hisyam dengan riak wajah terkejut. Gila tak terkejut? Wajah Tan Sri Hisyam hanya kekal tenang.
"Are you serius papa? Nikah dekat kampung? "
Aera bersandar pada sofa. Kenot brain.
"Yes. "
Itu sahaja jawapan Tan Sri Hisyam. Aera mendengus. What the heck? Dia kembali menghadap Tan Sri Hisyam yang sedang tenang menghirup kopi.
"Taknaklah Aera. Satu kampung tahu. Bukannya boleh percaya sangat orang kampung nenek tu. Ada je nanti orang buat-buat cerita tak elok. Lagi-lagi Mak Ngah tu. Dari kecik sampai ke besar tak puas hati dengan Aera"
"Lepastu, selalu duk banding-banding dengan Aisya, Princess Manja tu. Kalau Aera lebih sikit, mulalah bebel sampai 7 hari 7 malam. Ingat tak masa Aera dapat result PT3 9A 2 tahun lepas? "
Soal Aera kepada Tan Sri Hisyam. Tan Sri Hisyam tersengih. Gila tak ingat peristiwa tu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati Aera.
"Bila dia dapat tahu Aera ni dapat 9A, Si Aisya tu dapat 2A je. Mulalah dia menjaja cerita satu kampung yang Aera ni bela sakalah, menirulah, apalah. Eh, macam dia pulak duk sebelah meja Aera masa periksa"
Tan Sri Hisyam tergelak. Lucu dengan tingkah laku anak tunggalnya.
"Dia pun pernah goda papa dulu"
Tan Sri Hisyam buka cerita. Aera membuntangkan matanya. What?? Dia beralih kedudukan dan duduk disebelah Tan Sri Hisyam.
"Dulu masa papa dengan mama nak nikah, dia cuba goda papa. Setiap kali mama takde, dia cuba dekat dengan papa. Yelah, papa kan handsome"
Tan Sri Hisyam mengangkat-angkat kening. Aera menjulingkan mata. Perasan betullah papa aku ni!
"Ada satu masa tu dia peluk papa. Lepastu papa tolak dia then papa mengadu dekat mama. Mama apa lagi? Mama bagitahu dekat nenek, nenek pun habis marah dekat dia. Bahaya jugaklah sebab tarikh nikah dah nak dekat dah. Kalau mama tu tak percaya dekat papa, mungkin takdelah kamu sekarang"
Aera mengangguk. Dia pun sudah lali dengan Mak Ngah nya yang sorang tu. Apa ke benda lah.
"Tuan Danish tahu ke yang kita buat akad nikah dekat kampung? "
Soal Aera. Tan Sri Hisyam mengangguk.
...
Mereka sekeluarga bertolak ke kampung bersama Tuan Danish. Aera naik bersama Tuan Danish. Tuan Danish hanya mengikuti kereta Tan Sri Hisyam dari belakang.
"Tuan Danish. Saya nak tanya something boleh? "
"Apa"
"Syarikat Tuan Danish ni jual apa. Kalau macam papa, dia pemilik lima mall terkenal dekat Malaysia, Singapore, Italy, America dan Perancis. Syarikat Tuan Danish? "
Soal Aera tidak sabar.
"Aku pengusaha syarikat Lapangan Terbang Megah. Hanya untuk VVIP terkaya sahaja. Banyak cawangan-cawangan di luar negara. Dalam 20 negara. Antaranya German, China, Filipina, Jepan dan Mexico"
Ujar Tuan Danish panjang lebar. Aera ternganga. Patutlah duit berkepuk-kepuk. Kalah Tan Sri Hisyam.
"Tapi, takkanlah semua benda kau kena bayar balik? "
"Hah? "
Soal Aera tak faham. Topik apa pulak Tuan Danish ni?
"Kau pernah bagitahu aku kan, bila kau mintak duit dengan papa kau, kau kena bayar balik. Lepastu kau bayar balik hasil daripada apa? "
"Jadi bibik"
"Bibik? "
"Bibik dalam rumah sendiri. Hehe, rumah saya mana ada bibik. Masa Tuan Danish datang rumah saya haritu, ada nampak bibik? Takde kan? Mama taknak ada bibik dekat rumah sebab benda tu semua tanggungjawab dia sebagai isteri. Jadi saya ni menolong jelah.Jadi, duit tu saya kumpul untuk ganti balik duit papa,campur dengan duit belanja sekolah tiap hari"
"Tapi, papa takdelah kejam sangat. Dia nak ajar saya berdikari. Kalau perihal sekolah, free of charge"
Ujar Aera. Tuan Danish mengangguk. Kini, dia kenal serba-sedikit pasal Aera. Gadis itu suka berdikari, tidak suka membazir dan banyak cakap.
Dia ingat lagi ketika pertama kali dia dan Aera berjumpa. Gadis itu banyak mendiamkan diri, pemalu dan penakut. Tuan Danish tersenyum.
...
Tuan Danish memarkirkan kereta Audinya di perkarangan rumah kayu tradisional itu. Rumah kayu yang besar dan gah. Kelihatan ramai juga saudara-mara yang sudah lama sampai menunggu ketibaan bakal pengantin.
Aera mengangkat bagasinya dan membawa ke dalam rumah diikuti Tuan Danish. Ramai juga mata memandang Tuan Danish. Tuan Danish hanya selamba.
"Ini bilik awak"
Aera menunjukkan bilik di hadapan mereka.
"Kau tidur bilik mana? "
"Sebelah awak je "
"Tidur sebilik tak boleh?"
Tuan Danish memandang nakal kearah Aera. Aera membulatkan matanya.
"Gatal. Esok nak nikah dah nak buat perangai? "
"Babygirl, "
"Hmm? "
Suara garau itu lembut memanggil. Aera memandang wajah Tuan Danish.
"Tomorrow, "
"Tomorrow? "
"Night, "
"Night? "
Aera hanya mengulang apa yang dikatakan oleh Tuan Danish. Dia masih tidak faham.
"Get ready, babygirl"
Tuan Danish tersenyum nakal sambil memandang Aera atas bawah. Kemudian, dia terus masuk ke dalam bilik. Aera masih terkedu. Dia cuba mentafsirkan ayat yang dikatakan Tuan Danish. Matanya membulat.
"Pervert!"
Aera terus berlalu memasuki biliknya. Tuan Danish tersenyum dari dalam bilik.
...
Penat. Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Aera. Hantaran dah siap dihias cantik-cantik. Tan Sri Hisyam kata, hanya saudara -mara sahaja yang tahu akan pernikahan ini. Beliau tidak mahu menghebahkan pada orang ramai kerana Aera masih bersekolah. Mungkin selepas result Spm , baru dia akan membuat majlis resepsi besar-besaran.
Aera juga memekakkan telinga mendengar cemuhan daripada mak ngah nya tambah sepupunya, Aisya.
"Gatal kau ni. Lepas spm terus nak kahwin"
"Gatal nak berlaki ni mak"
Aera hanya menjeling. Tidak membalas. Tidak ada faedah pun.
"Mentang-mentang dia kahwin dengan orang kaya dari papa dia, dia dah sombong sekarang ni mak"
'Tunggu kau."
Aera hanya menggelengkan kepala.
Dia berharap agar mak ngah dan sepupunya itu berubah. Dia bergerak ke dalam bilik. Kata sepupunya yang lain, katil pengantin dah siap dihias.
Cantik! Warna putih diserikan dengan warna emas sedikit. Aera berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum. Seriuslah aku dah nak kahwin?
"Ehem, "
Seseorang berdehem perlahan tapi masih boleh mengejutkan Aera yang ralit memerhati bilik pengantin tersebut. Aera memalingkan wajah.
Siapa lagi jika bukan Tuan Danish. Tuan Danish berdiri di belakang Aera. Gadis itu kecil dan pendek. Manakala Tuan Danish itu tinggi dan kacak. Ehek.
"Tomorrow, this room will be ours, "
Bisik Tuan Danish perlahan ditelinga Aera. Hembusan nafas Tuan Danish itu membuatkan Aera berasa seram sejuk.
"Amboi, bakal pengantin. Kut ye pun tunggulah esok. Tak menyabar nampak? "
Chris menerpa kearah pasangan itu. Ye, Chris ikut sekali. Dia satu-satunya ahli keluarga terapat dengan Tuan Danish.
"Penyibuk "
Tuan Danish membuat muka. Chris ketawa kuat. Puas mengenakan sepupunya yang satu itu.
"Jom, kita buat kerja kat luar. Dalam ni kerja perempuan je. It's okay, esok kau mendapat lah tu. Kan Aera? "
Chris memandang Aera dengan senyuman nakal. Aera membulatkan matanya.
"Chris! "
...
Aera perasan yang Aisya selalu cuba mendekati Tuan Danish. Ada waktu Aera ternampak yang Aisya sengaja bersentuhan bahu dengan Tuan Danish.
'Amboi Minah ni. Ada juga yang nak minta mati awal nampaknya.Dari majlis kahwin jadi majlis tahlil jugak kang. '
Desis Aera perlahan.
Dia berharap yang majlis akad nikah esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Amin.
Share this novel