BAB 10 <MALAYSIA>

Romance Series 24966

- without you, i die forever -

-9 BULAN KEMUDIAN-

Aera melangkah perlahan-lahan menuju kearah Tuan Danish yang sedang sibuk dengan kertas kerjanya. Aera duduk diatas riba Tuan Danish manja. Tangan dikalungkan pada leher Tuan Danish. Kepala disandarkan didada tegap milik Tuan Danish.

Tuan Danish masih tidak menghiraukan Aera. Aera merengus geram.

"Awak, "

"Hmm"

Aera mengecilkan matanya. 'Sabar-sabar, suami kau memang macam ni. Bila asyik dengan kerja memang sepatah tanya sepatah jawab. Rileks Aera. ' bisik hati Aera.

Aera mendapat satu idea. Senyuman manja digariskan. Hanya cara ini sahaja yang dapat membuatkan Tuan Danish memberi perhatian kepada dia.

Aera menarik kepala Tuan Danish. Bibir mereka bercantum. Pada permulaan, Tuan Danish terkejut. Lama-kelamaan asyik dengan tindakan mengejut isterinya itu.

Apabila makin rakus, Aera terus menghentikan perbuatan mereka. Tuan Danish merengus tanda tidak puas hati. Muka habis masam.

"I want more... "

Pinta Tuan Danish manja. Gedik.

"I can give you more than this... "

Mata Tuan Danish mula bersinar sambil menantikan ayat yang seterusnya.

"But listen to me first. Stop dulu kerja ni. Aera nak cakap something"

Dari manis terus berubah kelat. Tuan Danish sudah boleh agak. Ada sahaja permintaan isterinya comelnya ini.

"What? "

"Minggu depan Aera kena balik Malaysia"

"WHAT? "

Bergema kuat suara Tuan Danish. Aera mengeluh.

"Sabar... Aera kena balik Malaysia sebab Aera kena ambil slip keputusan SPM."

"Tak boleh suruh mama atau papa ambilkan ke? Lagipun aku ada urusan lah minggu depan"

"Tak boleh. Sebab, kalau tuan punya badan takde, memang selama-lamanya lah Aera tak dapat keputusan SPM Aera. Kecuali kalau dia accident atau hal-hal lain"

Ujar Aera panjang lebar.

"Cakap jelah dekat cikgu yang kau accident. Senang cerita"

"Aip! Tak baik tipu. Dosa. Alang-alang ambil slip keputusan, boleh jumpa mama dengan papa. Lama tak jumpa diorang. Ha, boleh jumpa Amira sekali. "

Hmm.. Tuan Danish hanya tersenyum sinis. Dosa? Tiap-tiap hari dia buat. Nasib je Aera tak tahu lagi. Tak tahulah bila Tuan Danish nak bagitahu perkara yang sebenar kepada Aera. Entah Aera terima atau tidak.

Tuan Danish juga terfikir, adakah hubungan mereka akan berkekalan? Tiada halangan? Cerai-berai? Itulah perkara yang paling merisaukan Tuan Danish. Dia terlalu sayang akan Tengku Aera Aryana.

"Awak izinkan tak ni? "

Soal Aera sambil mengelip-ngelipkan matanya. Perasan comellah tu.

"Hah? Apa? Ouh.. Pasal balik Malaysia tu? Pergi jelah. "

"Serius? Awak bagi saya balik sorang-sorang? "

"Kenapa pulak nak pergi sorang-sorang? "

"Yelah.. Dah awak cakap awak ada urusan minggu depan. So, saya balik soranglah kan? "

Tuan Danish menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju. Gila! Bahaya betul! Ambil risiko lah budak ni.

"No. It's too dangerous Babygirl. Kau tak ingat ke kejadian kau diculik haritu? Bukan sekali tau, dua kali! Aku hantar kau dengan bodyguard. Diorang boleh tengok-tengok kau dekat sana nanti"

"Bodyguard? No! Taknaklah saya dikelilingi orang-orang awak tu. Awkward! Dahlah muka sekor-sekor garang! Mon amour, please... "

Aera membuat muka comel berharap Tuan Danish membenarkannya. Tuan Danish mengeluh. Berat hatinya untuk meninggalkan Aera berseorangan ke Malaysia.

"Okey, aku izinkan but..... update dekat aku setiap hari. Kalau ada orang kacau kau, bagitahu aku. Kalau tak.... You know what i'm going to do to you"

Aera mengangguk laju-laju. Sempat tersengih seperti kerang busuk.

"Thank you, awak! "

"So.... "

Aera mengerutkan kening.

"So? "

Tuan Danish segera mencempung Aera dan membawanya menuju ke katil. Aera menjerit dan terus mengeratkan lingkaran di leher Tuan Danish. Tuan Danish membaringkan Aera perlahan-lahan diatas katil. Dia menindih tubuh Aera.

"Emm.. A.. Awak, tak boleh tangguh esok ke? Saa.. Saya.. Baru 18 tahun.. Yerk? "

Aera mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali, meminta simpatilah kononnya.

Tuan Danish menggeleng sambil tersenyum sinis.

"Kau dah buat deal dengan aku, kau suruh biar macam tu. Never, Babygirl. We will have a long night tonight. Okey? "

Suara serak basah Tuan Danish mula kedengaran di corong telinga Aera.

"B.. But say-"

Tuan Danish terus merapatkan bibirnya dengan bibir Aera. Aera redha. Redha dengan ketentuan ilahi. Dia jatuh sekali lagi dalam kurungan cinta Tuan Danish. Aera mengeluh.

...

"Welcome to Malaysia"

Ucap pramugari diatas kapal terbang first class itu. First class engkau! Engkau hado??? Tu pun Tuan Danish yang taja. Nak harapkan duit dia? In your dreams.

Aera keluar dari pesawat dan terus melangkah ke food court. Ingin mengisi perut yang sudah bergetar. ??

Sizzling dan air milo ais menu petangnya hari itu. Telefon dikeluarkan mencari nama si buah hati.

Bila Tuan Danish menjawab panggilan, terus diukir senyuman bak semanis gula prai. Tak sampai berapa jam sahaja, dah rindu.

"Assalamualaikum wahai buah hati pengarang jantungku, mon amour. Hehehe.. Saya dah sampai Malaysia!"

"Waalaikumussalam. Hmm.. Baguslah. Be careful. Ingat, apa-apa update dekat aku. Kalau ada yang kacau kau, bagitahu aku. "

"Ye, ye... Saya ingat. Okeylah, Amira dah sampai tu. Nanti sampai rumah saya call awak balik, okey? Bye sayang"

"Hmm.. "

Tuan Danish segera menutup panggilan. Aera merengus. Ergh.. nasib lah suami. Takpe, dia memang dah biasa. Biasa sangat! Nasib baik sayang.

"Ha! Sudah-sudahlah tu duk bermanja-manja nya.. Geli aku dengar. Gatal jugak kau ni kan"

Aera tersenyum sinis.

"Eleh.. Biarlah. Gatal dengan laki sendiri. Bukan rembat suami orang. Tahulah single"

"Amboi, engkau. Apa? Ingat kau je ada buah hati? Aku pun ada lah.. "

"Weyhh, seriuslah?? Siapa lelaki malang tu weyh? Siapa? Dah buta ke apa"

"Sedap kau mengutuk aku. Ingat aku takde perasaan ke?? "

"Alah.. Sorrylah.. Nanti aku belanja kau aiskrim. Sekarang ni bagitahu aku. Siapa? "

"Hmm.. Our class monitor"

Aera membulatkan mata. Seriusly? Tapi tak pelik pun sebab diorang memang selalu gaduh. Tak sangka gaduh-gaduh jadi sayang. Ahaks!

"Kau seriuslah??"

"Seriuslah. Kau ingat aku main-main ke? "

"Dapat merasa nasi minyak lah aku nanti"

Aera terkekek-kekek ketawa. Amira pula menjulingkan mata keatas.

...

Kehadiran Aera disambut baik oleh keluarganya. Tambahan sepupu rapatnya, Wani juga bercadang untuk menetap di rumahnya sementara menunggu hari pendaftaran ke Universiti berdekatan rumah Aera.

Aera bersalaman dengan Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Mairissa. Tubuh Puan Sri Mairissa dipeluknya erat.

"Mama, I miss you so much! Aera rindu masakan mama... "

Aera memuncungkan mulut. Sengaja ingin bermanja dengan mama tersayang.

"Alalala... Anak mama sorang ni. Ye.. Mama tahu Aera rindu masakan mama.. Mama dah masakkan makanan favourite Aera. Jom masuk"

Aera tersengih. Dia mengerling kearah sepupunya, Wani.

"Hah, kau. Bila tarikh pendaftaran tu? Uwuu.. Kawan titew dah besar lahh"

"Diamlah kau. Aku daftar masuk universiti tu minggu depan. Eh, kau tak balik sini dengan laki kau ke? Laki kau mana? "

Soal Wani sambil mata meliar-liar mencari Tuan Danish.

"Dia takde.. Ada urusan. Amboi, engkau. Cari laki aku nampak. Nih, wife dia kat depan ni. "

"Eleh.. Aku bukannya apa. Korang berdua kan tak boleh duduk asing-asing. Asyik berkepit je. Tu aku tanya. Sebagai sepupu yang prihatin"

Wani mengembangkan hidung besarnya. Aera menjulingkan mata. Prihatin lah sangat.

"Eh, kau tidur bilik mana?"

Soal Aera. Wani memuncungkan mulut menunjukkan biliknya di tingkat bawah berhadapan ruang tamu itu.

"Kau tidur sebilik dengan aku jelah. Kita boleh gosip-gosip. Lagipun lama gila tak jumpa kau. Pindah barang kau masuk bilik aku eh? "

"Eh.. Taknaklah aku. Kau tu dah jadi isteri orang. Tidur dengan laki kau lah. Nak ajak aku pulak"

"Sekarang ni, laki aku takde. Aku tak boleh tidur sorang-sorang. Aku nak kena ada bantal peluk kat sebelah"

"Sejak bila kau jadi mengada-ngada ni? "

"Sejak aku kahwin dengan mon amour aku... Dulu dia jadi bantal peluk aku. Sekarang ni, kau pulak bantal peluk aku. Pindah bilik aku okey? "

Aera mengenyitkan mata. Wani menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Haih.. Aera... Aera.. Dah kahwin tapi otak still macam budak-budak. '

Wani tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience