-without you i die forever-
Aera terjengket-jengket mendekati Tuan Danish yang sedang sibuk dengan kerja. Apabila dia semakin hampir, dia sudah bersiap sedia. Baru sahaja ingin mengejutkan suaminya, suara Tuan Danish menghentikan segalanya.
"What do you want,Aera?"
Senyuman Aera mati. Dia merengus geram sebelum duduk di atas kerusi berhadapan dengan Tuan Danish. Dia memandang anak mata lelaki itu tajam.
"Tak best lah awak ni"
"Eh,salah aku pulak"
"Eii!! awak ni kan!"
"Kau ni dah kenapa?"
Tak faham betul dengan isterinya itu. Nak marah-marah orang tiba-tiba. Bulan merah ke apa? Tuan Danish menggeleng-geleng kepala. Nasib sayang.
"Saya bosan,lepastu saya lapar"
Luah Aera manja. Tuan Danish tergelak kecil mendengar luahan gadis kecil itu.
"Tulah, aku suruh kau duduk rumah taknak. Nak jugak ikut aku pergi office. Aku dah pesan awal-awal,aku tak boleh layan kau masa aku tengah kerja. See? sekarang kau jugak yang bosan"
"Kalau saya nak pergi shopping boleh? Saya ada tengok ada shopping mall besar masa kita nak datang sini. Boleh?"
Soal Aera dengan penuh harapan. Tuan Danish setia dengan muka seriusnya. Dan Aera faham maksud air muka tersebut.
"Alah..bolehlah.."
"Okey,boleh. Tapi...."
Baru sahaja mata ingin bersinar. Aera terus memuncungkan bibirnya. 'Ceh, ingatkan boleh pergi free-free. Rupa-rupanya ada syarat jugak'
Keluh Aera berat.
"Kau nak pergi ke tak ni?"
Aera pasrah. Terima jelah.
"Kau boleh pergi, tapi pergi dengan Danisya. Aku taknak kau pergi sorang-sorang. Bahaya. Kau pun tahu bumi France ni macam mana kan? Sekali dia ambik kau..."
"Yelah yelah. Saya tahu. Awak sengaja kan nak takutkan saya? Tapi, kalau diorang culik saya sekalipun, awak mesti datang cari saya. Awak kan protector saya"
'Aku pun tak pasti sampai bila aku akan jadi protector kau'
Bisik hati Tuan Danish. Nafas ditarik perlahan. Dia berdehem seketika sambil membetulkan tie. Telefon diambil kemudian mendail nombor seseorang.
"Yup, right now"
Telefon diletakkan kembali diatas meja.
"Nanti Danisya sampai dalam masa...."
Pintu dikuak luas oleh seseorang.
"Frere'!! I'm coming!!"
Bergema suara Danisya yang kuat. Tuan Danish menggeleng sebelum menyambung percakapannya.
"Sekarang,"
?
"Halah-halah, relakslah Frere'. Kitaorang pergi shopping je. You know i don't like bodyguards follow me everywhere. Macam Frere' tak kenal Princess ni macam mana,"
"Sebab aku kenal lah aku cakap macam ni"
Danisya sudah mencebik. Aera menahan ketawa dari meletus. Danisya menjulingkan mata tanda protes.
"Ambik card ni. Nanti beli je apa yang Aera nak. Kau pun kalau nak beli sesuatu, pakai je card ni"
Tuan Danish menyerahkan Black Card kepada Danisya. Danisya yang tadi masam terus mengukirkan senyuman. Abang dia ni macam tahu-tahu je nak pujuk macam mana. Pakaian dan aksesori mewah mula menerawang di ruang fikiran. Dia tersenyum-senyum sendiri. Tuan Danish membuat muka menyampah.
"I love you my lovely brother forever ever! Lepasni boleh belanja Princess lamborghini. Alah..3 juta je pun"
Danisya mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali.
"Go"
Arah Tuan Danish serius.
"Okey, bye"
Laju Black Card itu diambil. Danisya segera keluar dari bilik office Tuan Danish. Bila Aera ingin melangkah keluar mengikut Danisya, lengannya ditarik oleh Tuan Danish.
"Where is my goodbye kiss? "
Soal Tuan Danish menggoda. Tubuh Aera ditarik rapat. Tangan memeluk pinggang ramping isterinya.
"A.. Awak.. Kak Isya tunggu saya tu. Nak pergi mana-mana pun kena kiss ke? "
"Boleh dikatakan kalau kau nam pergi tandas pun, kena kiss jugak"
Ujar Tuan Danish manja. Bukan manja, MENGADA!
"Lepaslah.. Kesian Kak Isya tunggu saya.. "
Tuan Danish menggeleng.
"Kiss dulu baru aku lepas"
Tuan Danish tersenyum sinis. Aera pasrah.
Dia mencium kedua-dua belah pipi Tuan Danish.
"Done. Sekarang lepas "
Tuan Danish menggeleng. Amarah Aera makin meninggi.
"Ya Allah. Saya dah bagi awak kiss, Danish Raykal. Sekarang ni awak lepaskan saya sekarang"
"Aku tak suruh kau cium aku dekat pipi"
"Habistu?"
"This,"
Tuan Danish mengambil tangan Aera sebelum meletakkan jari-jemari kecil itu di bibir merah menggodanya. Diusapnya perlahan. Aera telan air liur. Nak tak nak kena bagi jugak.
Cup!
Done!
Tuan Danish meleraikan pelukan sebelum tertawa kecil. Aera kelam-kabut keluar dari bilik office Tuan Danish.
"Thank you, Sayang"
Langkah kaki Aera terhenti.
'Sayang? Dia panggil aku Sayang? Seriusly Sayang???
Hati, jangan kau meletup sekarang. Ya Allah, aku harap aku tak jatuh. Weyh.. Macam mana ni? Alah.. Masa ni lah dia nak sweet dengan aku. Sayang? Alahai... '
Aera menggaru-garu kepalanya. Tuan Danish tersenyum melihat gelagat kelam-kabut isterinya.
"Take care, Sayang"
Usik Tuan Danish lagi.
'Sayang lagi?? Harap aku tak pengsan'
Aera terus keluar dari bilik office Tuan Danish. Tak kuat iman bila dia dengan Tuan Danish berdua sahaja. Aera menggeleng-geleng kepala.
...
Danisya sudah menepuk-nepuk tangan. Teruja bila sampai di Galeries Lafayatte, pusat beli belah yang sangat besar di France.
Pelbagai jenama fashion ternama dunia seperti Louis Vuitton, Prada dan Calvin Klein ada di situ.
"Jom! Kita pergi tengok handbag. Lepastu kita tengok kasut. Princess dengar yang Ruby Slippers dari Stuart Weitzman tu dah naik harga! Let's go!"
Aera membentangkan mata. Mananya tak terkejut. Harga kasut tu bukan murah woo... Harga dia dalam 1.6 Juta USD dan jika ditukarkan dalam Ringgit Malaysia lebih kurang dalam 6 Juta lebih. Murah sangat.
Habis satu-satu kedai mereka berdua masuk dan keluar. Beg kertas juga bertimbun-timbun. Kaki Aera sudah lenguh.
"Kak Isya, Aera nak pergi ladies kejap"
"Okey, I tunggu depan tau"
"Okey,"
Aera masuk ke dalam tandas.
Deringan telefon Danisya berbunyi nyaring. Danisya terus mengangkat panggilan tersebut.
"Yes? Why?.... WHAT?? FOR REAL? SERIUSLY? "
Tanpa sedar kaki Danisya melangkah pergi dari toilet yang dimasuki Aera.
Beberapa minit kemudian, Aera keluar dari tandas mencari Danisya. Matanya meliar mencari adik iparnya namun tiada.
"Mana pulak Kak Isya ni? Tadi cakap tunggu sini"
Aera menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Baru sahaja kaki ingin melangkah mencari Danisya, dia ditarik oleh seseorang.
Aera bergelut ingin melepaskan diri, tapi dia ditekup dengan sehelai kain yang sudah diletakkan kloroform. Aera semakin lemah dan kemudian pengsan.
Lelaki yang memakai pakaian serba-serbi hitam mengangkat Aera dan membawanya pergi. Jauh dari mall.
Tidak lama kemudian Danisya kembali. Kepalanya diketuk beberapa kali.
"Kau ni bila bercakap dengan orang mesti kaki tu laju je berjalan. Kesian pulak tinggal Aera tu sorang-sorang. "
Semakin lama menunggu, Danisya tidak sedap hati. Dia terus masuk ke dalam tandas. Dibuka satu persatu pintu tandas. Kosong.
"Oh shit!"
Dia mengeluarkan telefon. Didail nombor seseorang.
"Kau ada nampak Aera mana-mana tak dalam cctv tu?"
Soal Danisya.
"What??? F*ck!! "
Dia mendail nombor abangnya, Tuan Danish. Bila panggilannya diangkat, terus dia memberitahu Tuan Danish kejadian yang berlaku.
"Frère! Quelqu'un a kidnappé Aera ! "
[Abang! Diorang dah culik Aera!]
"WHAT? MERDE'!! Comment pouvez-vous laisser Aera se faire kidnapper ? Toi idiot!"
[APA? BODOH!! Macam mana kau boleh biarkan Aera tu kena culik? Bodohlah!! ]
"La princesse s'excuse"
[Princess minta maaf]
"Vous le détectez jusqu'à ce que nous nous rencontrions ! Les gens veulent sortir avec moi depuis longtemps !"
[Kau detect dia sampai jumpa! Diorang memang dah lama nak kena dengan aku!]
"Okey"
Panggilan dimatikan. Danisya terus bergerak. Kaca mata hitam dipakai.
?
Aera terpisat-pisat bangun dari pengsan. Kepalanya berdenyut kuat. Dia di mana?
Dia berada di dalam bilik mewah. Aera memerhati satu persatu perabot di dalam rumah tersebut.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka. Aera takut. Terjengul wajah lelaki tua menghampiri Aera. Dia duduk penjuru katil mengahadapi Aera yang ketakutan.
"Don't be scared"
Ujar lelaki tua itu. Dia menghadiahkan senyuman kepada Aera. Kepala Aera yang masih berbalut tudung itu diusap.
"Who are you? "
Soal Aera takut-takut.
"You don't know me?"
"King?"
Lelaki tua bernama King itu mengangguk.
"But the important thing is.. I am your Granpa, Tengku Aera Aryana"
Aera mendongakkan kepala. Memandang King yang masih tersenyum melihatnya. Apa?
Share this novel