- without you, i die forever -
Hari yang Aera tidak tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Aera memakai baju kurung pengantin berwarna putih diserikan dengan solekan tipis.
"Cantiknya sepupu aku ni! "
Wani memuji Aera. Aera hanya tersenyum.Jantung tidak berhenti berdegup kencang. Ya Allah, hari ni ke?
"Tok Kadi dah sampai! "
Jerit Wani teruja. Aera tidak duduk diam. Kedua tangannya digenggam. Wani tergelak melihat wajah cuak Aera.
"Alahai.. Sepupu aku ni. Berdebar eh? Ke.... berdebar untuk malam nanti? "
Wani mengangkat kening. Wajah Aera yang putih mulus itu bertukar rona menjadi merah. Dia menampar lembut lengan sepupunya itu. Wani mengaduh sakit.
Mak Su memasuki bilik tersebut. Dia menggeleng-geleng kepala.
"Wani, dah dah la tu duk usik Aera dari tadi lagi. Jom, Aera. Dah nak mula dah tu"
Aera mengangguk. Wani berjalan beriringan dengan Aera ke ruang tamu yang telah dihias cantik. Mata Aera terpandang susuk tubuh tegap yang memakai baju Melayu yang bersila menghadap tok kadi.
'Hensem! '
Majlis dimulakan.
"Danish Raykal bin Aeryl Haykal, aku nikahkan dikau dengan Tengku Aera
Aryana binti Tengku Hisyam dengan mas kahwinnya RM5000 ringgit tunai"
Aera menutup matanya rapat. Nafas dilepaskan perlahan.
...
Aera membetulkan shawl hitam yang dipakainya didepan cermin. Tuan Danish membuka pintu lalu menutupnya perlahan.
"Nak pergi mana? "
Soal Tuan Danish. Aera hanya mengerling sekilas.
"Bawah. Nak tolong apa yang patut."
Selepas berpuas hati dengan gaya tudungnya, Aera terus berjalan melepasi Tuan Danish ke pintu bilik.
Tangan Aera ditarik perlahan. Aera terjerit kecil. Kepalanya terhantuk pada dada sasa suaminya. SUAMINYA.
Aera mendongak memandang Tuan Danish. Maklumlah, dia pendek manakala Tuan Danish tinggi seperti tiang. Tangan Tuan Danish memeluk pinggang ramping Aera.
Jari-jemari Aera automatik diletakkan pada dada bidang Tuan Danish. Aera meronta-ronta untuk dilepaskan. Tapi, tangan kasar Tuan Danish memeluknya dengan ketat. Dikunci. Tiada jurang diantara mereka. Aera mengeluh.
"Apa ni awak? "
"Wait for me. Kita turun sama-sama"
"Kalau saya taknak? "
Aera mengangkat sebelah kening.
"Kalau taknak... "
Tuan Danish melangkah kehadapan. Aera automatik bergerak kebelakang. Badannya tersandar pada dinding. Tangan kiri kanan Tuan Danish diletakkan pada dinding, mengurung Aera dalam sangkar buatannya.
"Kalau taknak... "
Wajah Tuan Danish dirapatkan pada telinga Aera. Aera menutup mata rapat. Berdebar weyh!!
"You will get your punishment"
Aera memandang tajam wajah Tuan Danish.
"So, what kind of punishment. Mr Danish Raykal? "
Tuan Danish tersenyum sinis. Matanya memandang anak mata gadis berwarna coklat itu.
"You will not like my punishment, Babygirl"
...
Chris meneguk minuman dengan rakus. Dahaga punya pasal. Tak menang tangan dia membantu untuk majlis satu-satunya sepupu kesayangannya.
"Kau tahu kan yang kau kena cepat-cepat ke Perancis dengan Aera. Dekat sini susah kita nak jaga dia. Undang-undang negara ni lecehlah"
"Ye, aku tahu. Sebab tu aku percepatkan perkahwinan ni. Aku tahu King sekarang tengah buru Aera. Esok,kita fly ke France. Siapkan private jet aku. "
"Noted."
Tuan Danish mengangguk. Tiba-tiba mereka terdengar teriakan gadis. Bukan Aera. Tapi...
"Kau curi gelang aku! Aku tak kira, kau ganti balik gelang aku! "
Teriak Aisya kuat. Aera membentangkan mata seluas-luasnya. Gelang?
"Apa bukti kau aku curi kau punya gelang? Hei, aku tak hamak pun lah dengan gelang harga pasar malam tu. Rumah aku berderet lagi gelang yang mahal. Sikit pun aku tak nak usik yang orang. "
"Kau cakap gelang aku harga pasar malam? "
Suara Aisya bergema lagi. Aera tergelak dalam hati.
"Kau tahu tak gelang tu boyfriend KAYA aku yang bagi? Kau jeles kan tak dapat gelang macam aku? Sebab tu kau curi kan? "
Sengaja Aisya menekankan perkataan KAYA itu.
Aera mengeluh kuat. Tak habis-habis nak tuduh aku. Seriously? Dia ingat aku sorang je ke yang hidup kat rumah ni? Macam takde anak dara lain nak dituduh. Mentang-mentang tak puas hati dengan aku. Aku juga yang dia tibai.
"Apa bising-bising ni? "
Mak ngah mencelah. Aera dah naik pening. Bertambah lagi masalah. Kalau makngah masuk campur, habis aku kena dengan dua beranak ni.
"Mak, Aera curi gelang mahal Aisya yang Fakhri bagi. Mahal tau gelang tu"
Aisya sudah mula dengan drama queennya. Mengadu, mengadu, mengadu.
Makngah memandang Aera tajam. Kepala Aera ditunjal kuat. Aera hampir terjatuh tapi dia sempat mengimbangi badannya.
"Apa ni makngah? "
"Mana gelang anak aku? Kau curi kan? "
Makngah mula menuduh. Aera menggeleng laju. Buat apa aku nak curi? Ya Allah...
"Habistu mana gelang anak aku? Kau je satu-satunya perempuan yang cari pasal dengan anak aku! "
Aera mengerutkan kening. Siapa yang cari pasal siapa ni? Aku ke dia?
"Manalah Aera tahu. Gelang tu pun Aera tak tahu rupa macam mana. Lepastu senang-senang nak tuduh Aera curi. Dia yang pakai, mestilah dia yang tahu dia letak dekat mana.
Dia yang letak merata-rata. Lepastu salahkan Aera. Aera yang tak tahu apa-apa tiba-tiba kena tuduh. Aera tahulah yang Aisya ni anak makngah. Tapi kalau dia salah, makngah tetap nak menegakkan benang yang basah ke?
Makngah, fitnah tu lebih berdosa dari membunuh tau. Gelang dia, tanya dialah. Kenapa kena tanya Aera? "
Kata Aera panjang lebar. Penat main kata dengan orang yang tak reti bahasa ni.
Makngah membuntangkan mata.
"Ouh... Kau pandai menjawab sekarang ni? Kau kurang ajar sangat dengan aku ni kenapa? "
Tangan makngah sudah sedia untuk mendarat pada pipi Aera. Aera menutup mata.
Tangan makngah dipegang keras oleh Tuan Danish. Makngah memandang Tuan Danish. Aera membuka mata perlahan-lahan.
"Kenapa ni makngah? Sampai nak tampar isteri saya ni? Hah? "
Aisya terus berlari mendapatkan Tuan Danish, digeselkan badannya pada badan Tuan Danish. Gedik.
"Abang Danish, Aera ni. Biadap dengan mak. Kesian abang Danish dapat isteri macam Aera ni. Dahlah kurang ajar, pencuri pulak tu. Tu baru mak, kalau orang lain? "
Aisya baru sahaja ingin memeluk lengan baju Tuan Danish. Tuan Danish menepis kasar. Aisya mendengus.
"Aera takkan kurang ajar tanpa sebab. Saya kenal dia macam mana. Satu lagi. Apa? Pencuri? "
Aisya terus mencelah.
"Iye abang Danish. Aera curi gelang Aisya. Dahlah mahal gelang tu. Aisya suruh ganti balik taknak. "
Tuan Danish berpaling kepada raut wajah isterinya.
"Is it true? "
Soal Tuan Danish.
"And you trust them? "
Soal Aera pula.
Tuan Danish menggeleng.
"Diorang tuduh saya curi gelang Aisya. Saya tak tahu apa-apa pun, rupa gelang tu pun saya tak pernah tengok. Saya tanya mana bukti, diaorang asyik tuduh saya. Saya nak jelas perkara sebenar dekat mak ngah, makngah tak percaya. So, who you trust? Me or her?"
Tuan Danish memandang kearah Aisya yang masih tergedik-gedik seperti sotong terlepas tu.
"Mana bukti Aera curi gelang tu? "
"Ha? Err... Err.. Aisya teka je. Siapa lagi yang suka buat onar dengan Aisya kalau bukan dia? "
Aisya menunding kearah Aera. Aera menjegil mata. Aku ke dia yang suka buat onar.
"So, no proof? "
"Emm.. "
"Aisya! Ni gelang kau! "
Wani memberikan gelang milik Aisya kepada pemiliknya. Aisya terus merampas gelang itu. Wani mencebik.
"Macam mana gelang ni ada dekat kau? Kau curi eh? "
"Amboi... Tak habis dengan Aera, aku juga yang kau tuduh. Gelang kau tu ada dalam handbag kau je sebenarnya. Dalam zip kecik. Tulah.. Tuduh orang sembarangan. Reti pakai tak reti letak. Hmmm.. "
Wani menyilangkan tangan geram. Aisya dan makngah terkulat-kulat disitu.
"Lain kali, jangan suka ikut tuduh. Tengok, apa dah jadi. Kalau dilempangnya budak ni, naya kau kena dengan abah kak ngah"
Maksu tersenyum sinis. Tuan Danish membawa Aera masuk ke dalam bilik, ingin menenangkan isterinya. Pintu ditutup rapat.
"Are you okay? "
Soal Tuan Danish. Aera mengangguk perlahan.
"Esok get ready. We fly to France tomorrow morning."
"Hah? "
Aera mengerutkan kening. Tak faham.
"We stay there. Lagipun rumah aku dekat France tu aku dah lama tak jenguk. Jadi, aku fikir baik kita tinggal dekat sana terus. "
Aera tidak mengangguk tidak menggeleng. Dia bangun dari katil ingin menuju ke bilik air. Lemah.
Tangan Aera ditarik perlahan. Aera terduduk diatas riba Tuan Danish. Tangan disangkutkan di leher. Dia memandang Tuan Danish membulat.
"Please. Bila kau ada masalah, tolong share dengan aku. Aku taknak kau terseksa sorang-sorang. Apa guna aku sebagai suami kau? "
Aera terdiam. Dia menunduk.
"Babygirl, look at me"
Aera mendongak memandang mata biru itu.
"You have me. Do you understand, Babygirl? "
Aera mengangguk. Tiba-tiba dia terasa sesuatu benda menyentuh lembut bibirnya. Aera membuntangkan mata.
Yes! Tuan Danish kiss dia!
Aera menutup mata. Menikmati ciuman tersebut. Selepas beberapa minit, baru Tuan Danish melepaskan bibirnya.Aera menunduk malu. Pipi Aera merona merah. Tuan Danish tergelak kecil melihat wajah malu Aera.
"Sweet like peach..."
Tuan Danish mendekatkan wajah pada telinganya.
"Delicious,"
Lagi merah wajah Aera. Dia terus menyembamkan wajah pada dada Tuan Danish. Tuan Danish gelak besar. Dia memeluk erat tubuh Aera.
Bahagia.
Share this novel