-without you i die forever-
"Granpa?"
"Yes, I am your Granpa. Sebenarnya, Granpa adalah ayah kepada ibu kamu, Rosella. Rosella, satu-satunya anak Granpa.
Rosella berkahwin dengan Hisyam, papa kamu. Tapi Granpa tak setuju. Sebab kami dengan keluarga Hisyam tidak sama. Tapi ibu kamu degil. Sebab cinta, dia sanggup tinggalkan Granpa.
Tapi selepas Granpa dengar yang dia mengandung, Granpa rasa gembira. Granpa tak sabar tunggu kelahiran cucu Granpa.
Tapi berita yang paling sedih sekali bila Rosella meninggal ketika melahirkan kamu. Papa kamu berkahwin lain. Granpa nak jaga kamu tapi masa tak membenarkan. Ditambah lagi bila Hisyam tak bagi Granpa jumpa kamu.
Granpa cari cara untuk jumpa kamu. Granpa hantar orang-orang Granpa untuk tengok-tengokkan kamu. Tak sangka.. Kamu dah besar. 17 tahun Granpa tunggu saat ini untuk jumpa kamu.
Tapi bila Granpa dengar yang kamu berkahwin dengan musuh Granpa sendiri, Granpa akur. Granpa cuba terima. Tapi dia tak bagi Granpa jumpa kamu.
Mungkin kerana dia belum tahu status Granpa ni siapa pada kamu. Mungkin dia fikir Granpa akan buat jahat pada kamu. Tapi tak.. Granpa hanya nak jumpa kamu.
Inilah saat-saat yang paling Granpa tunggu, Aera"
Aera terkedu. Jadi selama ni...
"Granpa?"
Soal Aera.
"Yes, dear"
"Jadi mama tu.. "
"Mama angkat kamu. Dia jaga kamu dari kecil sehingga besar. Dia tak pernah bagitahu dia ni mama angkat kamu sebab papa kamu taknak bagitahu.
Semua surat beranak dan hal-hal berkaitan kamu disorok oleh papa kamu dari kamu. Dia mungkin ingat yang Granpa nak ancam kamu. Tapi takpelah.
Aera dah ada kat depan mata Granpa sekarang ni"
King terus memeluk tubuh cucunya erat. Air mata lelaki tua itu mengalir. Setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya dia dapat berjumpa dengan cucunya.
Aera membalas pelukan. Dia turut sebak. Banyak perkara yang disorokkan papanya dari dia.
"Disebabkan kamu mungkin rasa sunyi dekat sini, Granpa bawa seseorang untuk teman Aera"
Pintu bilik dibuka luas. Terjengul wajah yang dikenalinya.
"Wani!! "
Aera terus menerpa kearah Wani dan terus memeluknya erat.
"Macam mana kau boleh ada kat sini?"
Soal Aera.
"Aku kena culik. Tengok-tengok dah sampai sini. Aku pun terkejut tengok kau. Kau okey tak? "
Soal Wani pula. Aera mengangguk.
"Aku okey je. Kau okey? "
Wani mengangguk. Aera mengeratkan pelukan.
King berdehem seketika. Dua gadis remaja berpaling kearahnya.
"Granpa keluar dulu. Kalau nak apa-apa, just minta tolong dekat my PA. Arasy, "
Lelaki yang lengkap berpakaian kemas berjalan masuk. Kaca matanya dibuka. Dia menundukkan kepala tanda hormat.
"Ni Arasy. Arasy akan setia dengan kamu berdua. Arasy, jaga cucu aku elok-elok."
Pesan King. Arasy mengangguk faham. King terus keluar dari bilik itu.
"Aera, apa ni? Aku tak fahamlah.. "
"Takpe, nanti aku cerita. Kau dah makan ke belum ni? "
"Aku lapar... "
Aera berpaling ke arah Arasy yang setia menunggu mereka di muka pintu dengan tangannya membawa IPad.
"Err.. A.. Abang Arasy? Emm.. Ada makanan tak? Wani lapar"
Wani memukul lengan Aera. Aera mengaduh sakit.
"Apasal kau cakap macam tu? Malulah aku.. "
"Eleh kau ni"
Deheman Arasy menghentikan percakapan mereka. Arasy menyambung percakapannya.
"Mari kita ke bawah. Saya dah maklumkan pada maid supaya menyiapkan santapan untuk Tengku dan sepupu Tengku. Mari, "
Arasy membukakan pintu. Aera dan Wani hanya menurut Arasy.
"Dia hensem lah"
"Diamlah kau"
Aera menggeleng kepala.
...
"Kau jumpa tak? "
Soal Tuan Danish kepada Harry. Harry menekan-nekan papan kekunci. Gambar terpapar pada skrin komputer.
"Gotcha"
Tuan Danish hanya memerhatikan Harry membuat kerjanya.
"Shit! Dia dekat kawasan King. Aku dah agak."
"Apa yang kau nak buat sekarang ni? "
Soal Harry serius.
"Plan. Call Mark dengan Danisya. Urgent! "
"Noted"
...
Wani setia mendengar setiap percakapan Aera sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"Ouh.. Jadi pakcik tu.. "
"My Granpa"
"Lepastu kau dengan aku?"
"Kita bukan sedarah sedaging selama ni"
Wani sudah mencebik bibir. Air mata hampir mengalir.
"Lepastu.. Lepastu... Kau bukan sepupu aku ke selama ni.. "
Aera mengangguk. Dia mengelus lembut tangan Wani. Memang susah untuk diterima, tapi itulah hakikatnya.
"Tak payah risaulah. Kau still sepupu kesayangan aku selamanya. Aku sayang kau sangat-sangat "
Mereka berpelukan. Lama.
"Emm.. Maaf menganggu Tengku dengan sepupu Tengku. Saya ada hal sekejap. Tengku jangan kemana-mana. "
Aera mengangguk. Arasy berlalu pergi. Wani menyenggol lengan Aera. Aera terus berpaling memandang sepupunya.
"Hensem jugak abang Arasy tu."
"Kau nak aku tanya dia single ke taken? "
"Kau ni! Tak payahlah tanya macam tu! Malulah aku!! "
Aera mengekek ketawa. Wani memuncungkan mulutnya.
"Aku mengantuklah. Aku nak pergi tidur sekejap. "
Aera mengangguk. Wani melangkah kaki menuju ke arah bilik tidur. Aera mengambil pinggan-pinggan dan membawanya ke singki.
Sedang dia membasuh pinggan-pinggan yang kotor, ada tangan memeluknya dari belakang. Aera terkejut lalu berpaling menghadap lembaga yang memeluknya.
"Awak? "
"Cepat Babygirl. Kita kena pergi sekarang"
Tuan Danish menarik lengan Aera.
"T.. Tapi.. Wani.. "
"Don't worry, she safe"
...
Harry memerhatikan gadis yang nyenyak tidur diatas katil. Dia tiada cara lain. Diangkat gadis itu gaya bridal style.
Wani mencelikkan matanya apabila merasakan tidurnya diganggu. Dia juga merasakan seperti berada di awang-awangan.
"Who are you??"
Wani meronta-ronta dalam dukungan Harry. Harry meletakkan Wani di atas bahunya. Dia terus membawa gadis itu pergi. Seperti dalam rancangan Tuan Danish.
Sampai di kereta,dia meletakkan Wani di kerusi bahagian hadapan. Wani masih berusaha meronta-ronta ingin melepaskan diri.
Sebelah tangan Harry memegang bahu Wani manakala sebelah lagi memegang dagu gadis itu. Terkedu Wani buat sementara.
Wajah Harry didekatkan pada wajah Wani. Wani dapat merasakan nafas Harry yang kuat pada permukaan wajahnya.
Wajah lelaki inggeris itu dipandang. Hati dia berdetak laju.
"Aku datang nak selamatkan kau. Tuan Danish pun sama. Jadi,kau...tolong diam sekejap"
Dagu dilepaskan. Harry memakaikan seatblet kepada Wani. Wani diam tidak berkutik. Panahan mata Harry dengan cara percakapannya terngiang-ngiang di ruang mindanya.
Kereta yang dipandu Harry bergerak laju meninggalkan kawasan tersebut.
...
Aera mengeraskan diri. Tuan Danish hairan. Dia tidak cukup masa lagi.
"Babygirl, "
Panggil Tuan Danish lembut.
"Saya.. Saya.. "
"Kau lepaskan tangan dia"
Suara seseorang bergema diruang tersebut.
Arasy.
"Aku nak ambik bini aku yang ketua kau ambik. Hey? Kalau kau nak gaduh dengan aku, tak payah kaitkan bini aku! "
Tengking Tuan Danish. Aera mendiamkan diri. Takut. Pertama kali dia melihat Tuan Danish marah sebegini.
"Kau tak tahu apa-apa tak payah main cakaplah"
Ujar Arasy.
"Kau memang nak kena dengan aku! "
Tangan Aera dilepaskan. Tuan Danish melepaskan tumbukan. Tapi Arasy bijak mengelak. Tuan Danish melepaskan tendangan pula pada bahagian perut. Tubuh Arasy terdorong ke belakang sedikit.
Arasy memberikan back kick. Tuan Danish juga jatuh.
"Stop it! Tolonglah!! "
Aera tidak tahu ingin meleraikan pergaduhan tersebut. Kedua-dua mereka terluka. Bibir Tuan Danish lebam.
Mereka berdua masih berlawan. Tuan Danish akhirnya mengeluarkan pistol dari poket belakangnya. Dihalakan kepada Arasy. Arasy juga begitu.
Mereka menghalakan pistol pada masing-masing. Aera menutup mata. Tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.
"Arrêter!!"
[Berhenti!!]
Mereka berdua berpaling kearah suara itu.
King.
...
Wani tidak duduk diam. Kereta yang dipandu Harry diberhentikan di satu kawasan.
"Awak.. Mana Aera? Dah lama dah kita tunggu kat sini"
"Lepasni diorang sampailah tu. Kau jangan risau"
Tiba-tiba, bunyi guruh yang kuat menandakan hujan bakal turun. Dalam beberapa minit, hujan rintik-rintik turun dan menjadi semakin lebat.
Wani menggigil kesejukan. Harry memandang Wani sambil mengeluh. Kot yang dipakainya di buka. Dia menyarungkan kot itu pada tubuh Wani.
Keadaan mereka terlalu rapat. Wani memandang anak mata biru milik Harry. Harry jelas terpana. Pertama kali perasaan sebegini muncul pada dirinya. Lagi-lagi bila dia melihat bibir wanita itu bergetar kesejukan. Seperti mendorongnya untuk membaham bibir kecil itu.
Harry menundukkan wajahnya sedikit. Ingin menyamai ketinggian dengan gadis itu. Kepala disengetkan. Wajah mereka dirapatkan. Wani juga terpaku. Fikirannya ingin menolak tapi hatinya tidak.
Harry memeluk pinggang Wani erat. Tangan kanannya diseluk pada leher Wani yang bertutup dengan tudung. Wani hanya memejamkan mata. Rapat.
Wani dapat merasakan nafas tidak teratur milik Harry. Dia juga begitu. Tangannya naik memegang kolar kemeja Harry.
Seperti mengizinkan, Harry makin mendekatkan wajah. Wani sudah bersedia menerima serangan. Bibir mereka hampir bertemu.
"Harry!! "
Pintu kereta diketuk kuat. Mereka berdua cepat melepaskan diri masing-masing. Wajah Wani merona kemerahan. Harry membetulkan suara.
Pintu dibuka. Tubuh Danisya memasuki ke dalam kereta milik Harry.
"Fuh.. Habis basah baju branded I. Lebat jugak hujan harini. Eh.. Kenapa korang berdua ni merah-merah je muka ni? "
Danisya memerhatikan satu persatu wajah dihadapannya. Wani menggaru-garu kepala.
"Ouh, by the way... I'm Danisya. Princess Danisya Rachelle De'voris. Adik perempuan Tuan Danish Raykal De'voris. Nice to meet you, Aera's cousin"
Wani mengangguk. Dia menundukkan wajah. Masih malu untuk memandang wajah-wajah tersebut. Lagi-lagi wajah Harry.
'Siot betulah kau ni, Wani! Kau baru kenal dia tak sampai sejam. Lepastu kau biarkan dia ni senang-senang je peluk kau. Fuh.. Nasib baik bibir aku ada dara lagi'
Wani mengetap bibir rapat.
Share this novel