- without you, i die forever -
Aera melihat jam ditangan. Pukul 9 pagi. Dia melihat persekitaran dari luar jet. Tenang. Damai. Dia melepaskan keluhan.
Tuan Danish entah ke mana. Aera hanya diam. Tak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia menyumbat earphone di telinganya mendengar lagu bagi menghilangkan rasa bosan.
Kelibat Tuan Danish kelihatan. Tuan Danish mengambil tempat duduk di hadapannya. Aera memandang Tuan Danish dan tersenyum manis.
"Babygirl"
Aera mendongak memandang Tuan Danish sambil mengangkat kening.
"I hope, whatever happen between me or you. Please, trust me."
Aera mengerutkan kening. Dia mencabut earphone dari telinganya.
"Apa awak cakap tadi? Saya tak dengarlah"
Tuan Danish mengeluh.
'Damn this kid. Aku gigit telinga tu kang'
"Takde apa-apa. Sambunglah dengar lagu tu. Kita dah nak bergerak ni"
Aera mencebik. Dia menguap. Rasa mengantuknya masih tersisa. Terus terkatup mata coklat gadis itu.
Tuan Danish memerhati Aera yang sudah lena dibuai mimpi. Dia mengubah kedudukan di sebelah Aera. Jari-jemari kasar Tuan Danish mengusap pipi pau Aera.
Aera merengek bila tidurnya diganggu. Tuan Danish ketawa kecil.
'Manja'
Aera tiba-tiba menyandarkan kepalanya di bahu lebar Tuan Danish. Tuan Danish cuba untuk mengalihkan kepala Aera dari bahunya. Aera memberatkan kepala. Tuan Danish mengeluh. Lama-kelaman, dia hanya membiarkan sahaja. Lengan Tuan Danish dipeluk erat oleh Aera.
6 JAM BERLALU
Aera terpisat-pisat bangun dari tidur. Dia menggeliat kecil. Bestnya tidur! Dia melihat seseorang di sebelahnya. Matanya terbuntang luas. Tuan Danish? Matanya melurut jatuh pada lengannya yang tersimpul erat dengan lengan Tuan Danish.
Ya Allah.. Malunya..
Tuan Danish hanya memberi riak yang biasa. Dia sibuk melihat phone ditangannya.
"Feel good? "
Tanya Tuan Danish tapi matanya tidak lepas memandang telefonnya. Aera tersengih.
"Hmm"
Aera cuba ingin melepaskan tangannya dari simpulan tapi Tuan Danish makin mengeratkan. Tuan Danish menggenggam tangan kecil isterinya. Aera berdebar-debar. Tunggu masa sahaja untuk meletus.
"Look outside, welcome to France"
Aera terus berpaling ke luar tingkap kapal terbang. Suasana France yang sungguh nyaman sekali. Aera teruja.
Dia dah buat research tentang kota cinta ni. Ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Mesti lepasni Tuan Danish bawa dia pergi berjalan-jalan. Tak sabarnya!
Jet peribadi Tuan Danish selamat mendarat. Tuan Danish terus menarik tangan Aera keluar dari pintu jet. Ayat pertama yang keluat dari bibir Aera adalah..
"Sejuk.."
Tuan Danish berpaling melihat wajah isterinya yang sedang menggigil kesejukan. Dia mengeluh.
"Mana baju sejuk yang kau bawa? Kenapa tak pakai? "
Soal Tuan Danish. Aera tersengih seperti kerang busuk.
"Ada dalam bagasi. Lupa nak pakai. Hehehe.. "
Tuan Danish menggelengkan kepalanya. Dia membuka kot yang dipakainya lalu menyarungkan pada tubuh kecil Aera.
"Eh.. Eh.. Apa ni?"
"Pakai jelah. Nanti demam susah pulak"
"Habis awak?"
"Aku dah biasa. Dahlah, jom"
Mereka bergerak ke kereta mewah Tuan Danish. Selepas bagasi dimasukkan, mereka terus meluncur pergi ke rumah Tuan Danish.
Mahu tercabut mata Aera bila mereka sampai di destinasi yang dituju. Mewah! Elegan! Cantik!
Mereka memboloskan diri dari kereta. Aera masih tergamam. Kalah rumah papa! Gilalah! Ni ke rumah dia? Macam istana je!
Chris ketawa kecil melihat Aera yang terlopong mulut itu. Dia membisikkan sesuatu di telinga Aera.
"Ni baru sikit tau. Tak kira lagi rumah dia dekat Italy, Mexico and.. ya, Australia. Lagi mewah dari ni"
Aera terlopong lagi. Kalau setakat ni pun dia dah ternganga luas, lagi-lagi disana? Memang kaya betul Tuan Danish ni. Sehari berapa agaknya untung yang dia dapat?
Tanpa membuang masa, mereka memasuki rumah agam milik Tuan Danish itu. Mereka disapa oleh ketua pembantu rumah, Miss Caroline.
"Miss Caroline, this is my wife. Tengku Aera Aryana. Take care of her,"
"Sure, Master. Is there anything else i can help?"
Soal Miss Caroline. Tuan Danish menggeleng. Miss Caroline tunduk hormat. Tuan Danish berpaling menghadap Aera pula.
"Aku nak keluar kejap. Jangan pergi mana-mana. Nak makan, minum panggil Miss Caroline. Jangan pergi mana-mana tanpa izin aku. Faham?"
Soal Tuan Danish tegas. Aera mengangguk. 'Haih.. Nasihat macam orang ni budak-budak. Eh, kau memang budak pun Aera oii'
"Goodgirl"
Kepala Aera ditarik sebelum bibir Tuan Danish mendarat pada dahi licin Aera. =] Aera terkaku. Diam. Tidak bergerak.
AERA'S POV:-
What?? Tuan Danish kiss dahi aku?
Depan maid dengan bodyguard pulak tu! Alahai.. Masa nilah hati aku nak cair. Wahai hati, tolonglah jangan main-main kan perasaan ku ini. Jantung aku nak tercabut dah ni.
Tuan Danish mengusap kepala ku lembut sebelum dia beredar dari ruang tamu. Aku? Masih berdebar. Dada aku pegang. Nak luluh jantung rasanya.
"Madam? Madam okey ke? "
Tanya Miss Caroline sambil mengusap bahu aku. Aku mengangguk perlahan. Tapi sebenarnya tak okey.. Master Miss Caroline tu... Eh,Miss Caroline?
"Miss Caroline boleh cakap melayu?"
Soal aku laju. Yelah,mana taknya. Muka orang puteh,cakap melayu. Miss Caroline senyum. Dia mengangguk.
"Semua yang bekerja dengan Master kena pandai cakap melayu. Miss dah lama kerja dengan Master, dari zaman arwah Granpa Master lagi. Eh, mari Miss tunjukkan bilik Master. "
Aku hanya mengiringi Miss Caroline. Kalau takde Miss Caroline, memang sah aku akan sesat! Sebab, rumah Tuan Danish ni besar sangat!! Tapi, cantik!
Aku dan Miss Caroline memasuki lif berwarna gold dihiasi corak bunga-bungaan. Ringkas. Tapi, cantik! Dah berapa kali dah mulut aku ni tak berhenti cakap cantik. Sebab memang cantik sangat!
Lif ditekan tingkat 2. Yang aku tahu, rumah ni ada 4 tingkat. Dan ada tingkat bawah tanah. Tingkat bawah tanah tu khas untuk tempat parking kereta-kereta Tuan Danish. Kenapa kereta-kereta? Sebab kereta Tuan Danish tu banyak gila! Kereta yang paling murah tu pun dah boleh beli tiga biji rumah mewah!
Tingkat 1 ni hanya ada ruang tamu dengan dapur je. Tingkat 2, bilik tidur Tuan Danish, dan ada beberapa bilik kecil. Mungkin bilik tu khas untuk tetamu-tetamu.
Tingkat 3 ada library dan bilik berehat. Dan akhir sekali, tingkat 4. Ni yang paling Best! Tingkat 4 ada gym peribadi milik Tuan Danish. Miss Caroline kata,Tuan Danish ni rajin bersenam. Patutlah Tuan Danish tu tough, badan berketak-ketak. Untung diri ini...
Lepastu, ada swimming pool dekat rooftop. Bumbung kaca siap! Miss Caroline kata, rooftop ni ni cantik ketika waktu malam sebab lampu terang akan dipasang sambil-sambil tu boleh berenang tengok bintang-bintang. Lagi-lagi aku ni jenis yang suka berenang!
Aku ada perhati, ada satu punat lif yang dinamakan PRIVATE ROOM. Bila aku tanya Miss Caroline, Miss Caroline kata, tu bilik peribadi Ruan Danish. Sesiapa pun tak boleh masuk. Kalau nak masuk, kena akses kata laluan, scan mata, cap jari dan heh.. Leceh.
Sampai di tingkat 2, Miss Caroline menjemput aku ke pintu berwarna gold yang berbeza dari bilik-bilik yang lain.
"Ni bilik Master, bilik madam juga."
Miss Caroline membukakan pintu. Yes, betul. Aku tergamam lagi. Bapak besar bilik dia! Dah macam ruang tamu rumah papa!
?
"Nanti Miss bawakan beg madam ke dalam. Madam berehatlah dulu. Mesti madam penat flight dari pagi tadi."
"Eh, Miss Caroline janganlah panggil saya madam. Panggil je saya ni Aera. Saya ni, muda dari Miss Caroline lagi. Seganlah Miss Caroline panggil saya macam tu. Macam saya ni tua kerepot dah"
"Tak boleh madam. Nanti saya kena pecat. Saya kena hormat madam macam mana saya hormat Master."
"Panggilan pun boleh sampai kena pecat? Hmm.. Takpelah. Ikut Miss Caroline lah nak panggil saya apa pun. Asalkan Miss Caroline tak kena pecat"
Aera tersengih menyeringai gigi putihnya.
"Kalau takde apa-apa lagi, Miss minta dulu ye madam? Kalau nak apa-apa,tekan je butang tepi katil tu"
Aku mengangguk faham. Selepas pintu ditutup, aku terus melangkah kaki ingin menjelajah seluruh ruang bilik tidur Tuan Danish.
Habis menjelajah, aku merebahkan badan diatas katil. Mata ku terkatup lemah. Akhirnya, aku lena.
READER'S POV
Tuan Danish tersenyum sinis. Dia memandang wajah lelaki yang habis berdarah akibat ditumbuk oleh Chris.
"Aku tanya sekali lagi. Siapa hantar kau sial? Kau nak kena seksa dulu ke baru kau nak bukak mulut? "
Soal Tuan Danish keras. Lelaki itu tersenyum sinis. Terbatuk-batuk menahan seksa yang diterimanya.
"Aku takkan bagitahu lah! Aku taknak jadi pengkhianat! Korang nak bunuh aku? Bunuh jelah! Tak payah nak berdolak-dalih, bunuh je aku! Bunuh!"
Tuan Danish mendekati lelaki tersebut dan mengambil pisau rambo dari Chris. Dia mengacukan pisau itu pada leher lelaki itu.
"Tak syok lah kalau aku terus bunuh kau. Kau tahu kan game aku macam mana? torture et mort"
[Seksa dan mati]
Lelaki itu menelan air liur. Ye, dia memang tengah cari pasal dengan Master Mafia France, Tuan Danish Raykal De'voris.
De'voris, nama keluarga yang tidak asing di negara Perancis. Nama pun dah boleh buat ramai orang gerun. Siapa yang cari pasal dengan keluarga tu, Habis.
Tuan Danish mengacukan pisau rambo tadi pada perut lelaki itu. Dia menoreh mata tajam itu pada perut. Lelaki tersebut mengerang kuat. Pisau tersebut naik pada dada, kemudian pada wajah.
??AMARAN! SESIAPA YANG TRAUMA DENGAN DARAH, DAN SEKSA BOLEH SKIP BAHAGIAN NI??
Tuan Danish menikam kuat dada lelaki yang sudah tidak bermaya itu tapi dengan perlahan-lahan. Ia menambah seksaan dan perit. Darah merah pekat mula mengalir keluar.
Tuan Danish beralih kepada bahagian wajah pula. Dia menoreh setiap bahagian dari dahi, pipi, hidung dan berakhir dengan mata. Tuan Danish mencucuk mata tajam tersebut pada pupil mata lelaki itu. Dia mengorek dan mencabut biji mata tersebut. Darah memancut keluar diiringi erangan lelaki itu.
Badan lelaki itu sudah nyawa-nyawa ikan. Tuan Danish berakhir dengan tembakan berdas-das pada perut, dada, bahu dan akhirnya tepat pada kepala. Bersepai kepala lelaki tersebut. Cebisan daging-daging otak bergelimpangan merata-rata. Bau darah dan mayat mula memasuki hidung.
"mourir"
[Mati]
??END??
Tuan Danish tersenyum. Sinis.
"Panggil budak-budak uruskan bangang ni. Aku kena balik. "
Chris mengangguk kemudian tersengih nakal.
"Yelah.. Dekat rumah tu dah ada bini. Risau pulak bini nanti. Bukan macam aku ni. Single. "
"Bukan masalah aku. Kau yang jual mahal. "
Share this novel