- without you, i die forever -
Tibalah masa. Para pelajar beratur mengikut giliran bahagian kelas masing-masing. Aera menanti penuh debaran. Dia memikirkan Tuan Danish di France. Kalau dia gagal macam mana? Habislah harapan nak dapat kereta LaFerarri yang harga pun boleh cekik darah. 1.4 Juta USD. Mahal gila! Tuan Danish berjanji ingin menghadiahkan Aera kereta idamannya. Ni semua salah Chris! Tiber.
Ya, dia memang anak orang kaya. Tapi, Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Mairissa tidak pernah memewahkannya dengan barangan mahal seperti anak-anak orang kaya yang lain. Alhamdulillah.. sehingga sekarang dia pandai berdikari.
Tibalah gilirannya untuk mengambil slip keputusan. Cikgu Hanafi mengarahkannya untuk duduk. Aera menanti kertas ditangan Cikgu Hanafi dengan penuh debaran di dada. Aera menundukkan kepalanya. Mulut terkumat-kamit beristighfar. Gugup punya pasal.
"Aera,"
"Ye, cikgu? "
Cikgu Hanafi memandangnya tajam. Tambah gugup Aera.
"Awak dapat 7A+ 1A 1B. Alhamdulillah"
Aera mendongakkan kepalanya. Dia memandang Cikgu Hanafi tidak percaya. Cikgu Hanafi hanya tersenyum bangga. Dia menyerahkan slip keputusan itu kepada Aera.
"Betul ke cikgu keputusan saya? "
Soal Aera teruja. Cikgu Hanafi tergelak.
"Betullah tu.. Tahniah Aera. Alhamdulillah.. "
"Eiii.. Cikgu ni buat muka macam saya ni straight fail tau! Takut saya. Jahatlah cikgu ni! "
Cikgu Hanafi tersengih seperti kerang busuk.
"Hehehe.. Nah, ni sijil dengan surat berhenti sekolah awak. Tahniah sekali lagi ye Aera"
"Terima kasih cikgu"
Aera meminta diri. Telefon terus dikeluarkan dari beg tangannya. Nombor Tuan Danish didail.
"Angkatlah... "
~nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan mesej selepas bunyi bib~
"Tak angkatlah pulak... Sibuk sangatlah tu. Ish, nak merajuk lah macam ni"
Bahu Aera dicuit. Aera menoleh kearah gerangan yang mencuit bahunya. Mata Aera bersinar.
"Amira! "
Dia terus memeluk Amira. Erat. Seperti tidak mahu lepas.
"Weyh, kau dapat berapa A? "
Soal Amira tidak sabar-sabar.
"Okey, lepas aku bagitahu result aku, kau bagitahu result kau pulak"
Amira terus mengangguk laju.
"Aku dapat 7A+ 1A 1B!! "
"Gempouk gila kau punya result! Aku punya 5A+ 2A 1B je"
"Eh... Result kau pun baguslah. Yeyy kita sama-sama lulus!!"
Mereka berdua berpelukan. Sepasang mata memandang tajam kearah Aera sambil tersenyum sinis.
...
Aera mengerling ke arah jam tangannya. Pukul 1.30 petang. Sudah 1 jam Aera menunggu di sekolah. Kelibat Wani masih tidak muncul-muncul.
Seseorang duduk di atas kerusi disebelah Aera. Aera terus berpaling.
Ahmad Ismail.
"Hai"
Aera hanya mengangguk malas. Dia mengesot sedikit menjauhi jejaka itu.
Ahmad Ismail tersenyum sinis.
"Congratulations for your good result. Lepasni nak sambung dekat mana? "
"Saya nak sambung dekat mana ke.. Apa ke.. Awak siapa nak tahu? "
"Hey, I tanya sebagai kawan je.. Or... "
Ahmad Ismail mendekati tubuh Aera rapat sehingga tiada jurang diantara mereka. Aera cuba menolak tubuh lelaki itu menjauhinya. Nasib Aera kurang baik kerana keadaan di dalam sekolah sunyi sepi. Semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing setelah mendapat keputusan.
Ahmad Ismail mendekatkan wajahnya pada telinga Aera yang berlapik dengan shawl satin maroon.
"You want our relationship more than that? "
Ahmad Ismail tersenyum nakal. Aera membuka mata luas. Pandangan sinis diberikan pada Ahmad Ismail.
Hon kereta berbunyi nyaring. Aera terus meninggalkan Ahmad Ismail yang masih galak memandang Aera atas bawah.
Setelah Aera memasuki kereta Myvi merah milik Wani, dia terus mengarahkan Wani pergi dari situ secepat mungkin.
"Dah kenapa engkau ni? "
"Ada orang gila"
Wani hanya mengangguk tidak faham. Dia mengiakan sahaja. Tidak mahu menambah kekusutan sepupunya.
"Kau lapar tak? Kalau lapar, aku nak berhenti dekat restoran ni"
Aera mengangguk. "Kalau aku marah, aku lapar. Jadi, mohlah kita kesana"
Wani menjulingkan mata. Mood dah baiklah tu..
?
Habis makanan dilantak oleh Aera. Dari chicken chop, sampailah bihun tomyam. Air milo ais disisip sehingga habis. Wani menggeleng-gelengkan kepalanya. Sepupu siapalah ni.
Ringtone telefon Aera berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama yang tertera pada skrin telefon membuatkan Aera menambah teruja.
"Helo, assalamu'alaikum awak! "
"Hmm.. Waalaikumussalam"
"Awak mesti telefon nak tahu result saya kan? "
"Cepatlah cakap.. Kau dapat berapa? "
"Hehehe.. Saya dapat 7A+ 1A 1B! "
Aera tersengih-sengih. Perkara yang berlaku tadi sudah dilupakan sekelip mata. Kini tumpuannya kepada suami tercinta.
"Okey"
Aera terus mematikan senyuman. Jawapan Tuan Danish membuatkan Aera muram.
"Okey je? "
"Dahlah, aku ada kerja nak buat. Aku pergi dulu"
"By... "
Belum sempat Aera mengucapkan selamat tinggal, Tuan Danish sudah menutup panggilan. Mutiara jernih cuba ditahan oleh Aera dari mengalir.
Hati dia sakit.
Siapa yang tak sakit bila suami sendiri balas macam tu je? Lepastu cepat-cepat matikan panggilan.
"Eh, kau ni kenapa Aera? Lepas call dengan cik abang takkanlah muram je. Selalunya senyum sampai ke telinga."
Aera tidak membalas. Reaksi Aera menambah kemusykilan Wani.
"Jom, balik"
...
Tuan Danish mematikan panggilan dengan segera.
"I'm sorry, mana dah kita tadi? "
Mark tersengih.
"Alah, aku tak kesah. Kau nak bergayut dengan bini kau 3 jam pun aku tak kesah. "
"Kau diam sebelum aku tumbuk muka kau"
"Uih, moody semacam kau ni. Period ke? "
Chris tersengih seperti kerang busuk. Wajah serius Tuan Danish dipandang.
"Okey-okey. Sorry. So, kau rasa macam mana Danish? Nak teruskan plan ni? "
Soal Chris. Tuan Danish mengangguk. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.
Danisya tiba-tiba mengeluh.
"Bila lah kerja nak siap! Nak pergi shopping!! "
Share this novel