BAB9 <CONFESS>

Romance Series 24966

- without you, i die forever -

Aera terbangun dari tidur. Jam menunjukkan waktu 2 pagi. Dia mengerling tempat kosong di sebelahnya. 'Aik? Mana Tuan Danish?'

Aera terus bangun dari katil menuju ke dapur. 'Dahaga lah pulak'.

Air kosong diteguknya rakus. Dahaga punya pasal.

"Babygirl?"

Terbatuk-batuk Aera dek Tuan Danish. Tuan Danish segera menepuk-nepuk belakang isterinya.

"Awak ni.. terkejut saya.. Saya ingatkan pencuri tadi"

"I'm sorry. What are you doing here, Babygirl? "

"Saya terbangun tadi. Lepastu rasa dahagalah pulak. Haa! Awak pergi mana tadi? Tengok-tengok je dekat sebelah dah hilang. "

Tuan Danish tersenyum nakal. Dia meletakkan tangan dikiri kanan mengurung Aera.

"Why? You miss me? "

"Eii... Awak, jomlah masuk tidur. Saya mengantukkk dah ni. Saya nak sambung tidur. Jom"

Aera menarik-narik lengan baju Tuan Danish manja.

"Don't make me turn on, Babygirl"

Aera membulatkan mata. Tangan terus dilepaskan dari menarik lengan baju Tuan Danish. Dia terkaku sambil menundukkan kepala. Malu untuk memandang raut wajah Tuan Danish.

Tuan Danish tergelak.

"Dah, jom tidur"

Tangan Aera digenggam erat. Mereka berjalan menuju ke bilik tidur mereka. Tanpa sedar, senyuman kecil terukir diwajah Aera.

?

AERA'S POV

Seronok! Sebab apa tau? Sebab Tuan Danish bawak dia dating jalan-jalan dekat Paris. Dah lama aku nantikan saat ini akhirnya tercapai jua!!

Pertama sekali mereka ke Palace of Versailles atau Istana Versailles. Aera paling teruja sekali. Indahnya istana ni! Dihias cantik dengan emas, kristal dan permata yang mewah. Sangat elegan.

Istana Versailles ini juga adalah tempat penggambaran bagi filem bersiri "Girl in the Fire Place" dalam episod Doctor Who ketika Doktor bertemu Madame de Pompadour di Istana Versailles.

Tuan Danish adalah suami yang memahami. Dia menolong aku merakamkan setiap momen indah aku dan dia di situ.

...

Aku tercungap-cungap keletihan. Penat berjalan-jalan di sekitar kawasan Paris ni. Tapi Best!

"Aik? Dah penat. Baru je berapa tempat kita pergi dah penat. "

Tuan Danish tergelak.

Aku mengerling tajam Tuan Danish. Memanglah penat! Dia tu kaki panjang. Lelaki pulak tu! Bukannya nak tolong isteri dia ni. Digelakkan lagi adalah.

"Tak payah nak pandang aku macam tu. Lepasni ada satu tempat je lagi kita nak pergi. Lepastu kita balik. "

Aku mengangguk lemah.

Beberapa minit sahaja masa yang diberikan oleh Tuan Danish untuk Aera berehat. Tuan Danish menarik-narik tangan aku untuk meneruskan perjalanan. Tapi aku masih melelapkan mata. Sengaja.

"Bangunlah, kita ada satu tempat je lagi ni. Lepasni kalau kau nak tidur, tidurlah"

Tuan Danish masih menggoncangkan badan ku. Aku tidak memberikan reaksi. Tuan Danish mula tegas.

"Babygirl,"

Keras suara Tuan Danish. Mata aku segera dibuka. Senyuman diukir nakal.

"Panggilah lagi... Panggilah.. Saya suka dengar awak panggil saya macam tu"

Aku kembali menutup mata sambil tersengih. Tuan Danish tidak jadi marah. Malah menggelengkan kepalanya. Isteri siapalah ni manja sangat. Tuan Danish mendekatkan wajahnya di telinga aku.

"Babygirl, wake up please. Kalau Babygirl taknak bangun sekarang, tahulah macam mana I akan buat malam ni. "

Aku terus bangun. Takut punya pasal. Ish, Tuan Danish ni. Bab mengenakan orang nombor satu. Tangan ditarik menuju ke destinasi terakhir.

READER'S POV

Lokasi terakhir mereka adalah jambatan Pont de Arts di Sungai Seine. Mereka berjalan ke tengah jambatan tersebut. Tangan masih lagi digenggam kemas oleh Tuan Danish.

Aera memandang Tuan Danish terharu. Ye, jambatan ini adalah satu tempat yang dia berhajat untuk pergi bersama orang yang dia cinta. Akhirnya, terjejak juga kaki dia disini bersama orang yang dia mula belajar mencintai. Suaminya, Tuan Danish.

"Babygirl, Even though I never said the sentence I Love You, I want you to know that everything I do for you means I really love you.

I don't need to say I love you to prove my love for you. My proof is only one. Me.

If I'm still in front of you, still breathing, it means I still love you. Yes, I'm not good at saying sweet things like other men. But, I'm good at appreciating the people I love.

This is my only request. Trust me. No matter what happens, trust me.

I love you like you are my life. Forever. I love you, Babygirl. "

Aera menitiskan air mata terharu. Kali pertama dia mendengarkan 3 kalimah cinta itu dari orang yang dia betul-betul cinta.

"I love you too"

Ucap Aera sambil memandang Tuan Danish. Tuan Danish terus merapatkan wajahnya dengan Aera. Tangan kanan di letakkan di belakang kepala Aera, satu lagi di paut di pinggang ramping Aera.

Nafas mereka bersatu.

Tuan Danish melepaskan bibir mereka. Dia menyerahkan sesuatu kepada Aera.

Mangga kecil yang tertulis DR-AA. Singkatan bagi nama dia dan Aera.

"Omg! Thank you so much,mon amour. I love it! "

"Mon amour? "

Terjongket kening Tuan Danish sambil tersengih nakal.

"Kak Isya ajar. Saya tak tau.. "

"So, tonight there's no reason. I will hold you tight tonight. Be prepare, Babygirl. I'm waiting for it"

Mata nakal Tuan Danish memerhati atas bawah tubuh Aera. Aera membulatkan mata. Terus dipukul perlahan dada Tuan Danish.

"Gatal"

...

Aera terpisat-pisat bangun dari tidur. Tuan Danish yang tersenyum nakal disebelah dipandang. Bila mengingati kejadian semalam terus dia menekup wajahnya dengan comforter.

Tuan Danish menarik perlahan-lahan comforter yang menutupi wajah si isteri. Wajah kemerahan Aera yang menahan malu itu dipandang.

"Thank you for the wonderful night"

Ucap Tuan Danish nakal. Aera menyorok wajahnya didada tegap Tuan Danish. Tuan Danish mengusap-usap lembut rambut ikal mayang milik Aera.

"Lepasni aku nak pergi ofis. Ada kerja."

Aera mengangguk.

"Saya tunggu awak"

"Tak payahlah.. Aku balik lewat. Lepas habis je kerja aku, aku bawak kau jalan-jalan lagi"

Mata Aera sudah mula bersinar. Terus dia mengangguk setuju. Tuan Danish tersenyum.

"Dahlah, saya nak mandi dulu. Nak solat subuh"

"Jom"

"Dah kenapa awak ni? Saya nak mandi lah"

"Nak solat subuh kan? Nak habis waktu dah ni. Mandi sama-sama lah baru cepat sikit. Dah jom"

Tuan Danish mengangkat Aera gaya bridal style. Aera terjerit minta dilepaskan.

"Tuan Danish! Turunkan saya!! "

...

"Apa yang King sorokkan sebenarnya? Budak-budak diorang selalu je duk perhati si Aera tu. Danish, aku rasa kau memang kena jaga Aera betul-betul"

Kata Mark serius.

"Habistu? Selama ni aku tak jaga betul-betul ke? "

"Taklah macam tu kau ni pun. Alahai.. Tuan Danish"

Tuan Danish menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Apa yang aku perhati, diorang just tengok je. Tak buat apa-apa pun. Lebih kepada menjaga"

Ujar Harry. Tuan Danish memandang Harry pelik.

"Maksud kau? "

"Dia macam bukan target nak serang kita. Danish, kau memang dah kenal Aera tu betul-betul ke? "

"Kenapa kau tanya macam tu? "

"Sebab aku syak King dengan Aera macam something"

"Kau nak cakap Aera tu musuh kita ke apa? "

Soal Chris.

"Macam nilah. Kita kenal King. Sebelum kau kahwin dengan Aera, King ni dia jenis suka serang dulu tau. Lepas je kau kahwin dengan Aera, dia lebih kepada bersembunyi. Kau faham kan maksud aku? "

Tuan Danish mengangguk faham. Chris bersuara.

"Jadi... Aera? "

Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.

...

Aera tersenyum manis memandang Danisya yang ralit mencari pakaian yang ingin dibeli. Bila tengok je harga, emmm... Dalam mimpi pun belum tentu dapat.

"Aera, yang ni ke... Yang ni cantik?"

Soal Danisya sambil menunjukkan dua baju berjenama Gucci.

"Dua-dua cantik Kak Isya. Susahlah nak pilih"

"So...take both"

Aera membuntangkan mata. Gila! Satu baju tu pun dah beratus ringgit. Tapi, tak pelik pun. Orang terlebih kaya kan. Ratus ringgit tu apalah sangat..

Danisya menyerahkan dress labuh satin kepada Aera. Aera mengangkat kening.

"Cubalah, boleh beli sekali"

Aera terus menggeleng.

"Takpelah Kak Isya... Tengok harga pun dah boleh pengsan saya. Saya mana ada duit. "

"Omg, my pretty Aera. You have me. Lagipun, buat apa nak simpan-simpan duit ni? Please! Lebih baik kita habiskan. Walaupun setiap hari makin bertambah... But, it's okay. Take what you want no matter how much. I will pay"

Senang. Sesenang itu je??

"Err.. Thank you.. But.. Saya tak pandai lah nak pilih-pilih ni. Takpelah, Kak Isya"

"Hell, no! Rezeki ada depan mata takkan nak tolak? Aera, don't worry. Asra tak tahu nak pilih yang mana? Let me choose for you"

Mulalah sesi membeli-belah mereka berdua. Aera hanya akur dengan pilihan Danisya. Tengok harga pun dah boleh pening kepala.

Tanpa dia sedari, ada seseorang yang memerhatikan mereka dari jauh.

"She's fine, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience