BAB 4 - (#TAJI)

Romance Series 3704

"Kata sayang adik tapi abang kejam!" jerit Sufia pada abangnya Syed kemudian Sufia lempar bantal ke muka abangnya segera Syed tepis bantal tersebut. Sufia sangat terkesan dengan apa yang abangnya ugutnya malam tadi.

"Abang bergurau je. Takkan abang nak biar adik kesayangan abang kena rogol? Kalau tak dah lama abang buat. Kenapa serius sangat. " Syed tak sangka pula adiknya buat perangai kerana terkesan dengan ugutannya. Syed kata macam tu sebab nak bagi Sufia takut sahaja.

"Adik takut.. Adik takut.. " Sufia mula lah buat drama. Jangan sampai jadi karma!

"Tak.. Tak.. Abang main-main je. Hey! " Syed tenangkan fikiran adiknya yang terganggu. Rasa menyesal pula bagi ugutan palsu malam semalam. Tidak sangka niatnya cuma palsu sampaikan adiknya ketakutan dan terkenang-kenang. Kat sekolah tadi pun, Sufia tidak dapat tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Bila Syed tersentuh dahi dahi kepala Sufia dan ketika dia nak tenangkan diri Sufia , terasa nak kena demam panas. Tak sangka. Seraya Syed telapakkan tapak tangannya ke atas dahi kepala Sufia untuk rasa suhu badan adiknya. Memang Sufia demam panas. Darah Syed tersirap. Pantas sahaja Sufia meracau dan merapu.

"k.. Abang minta maaf pasal semalam. Please bertenang dik. "

Sufia mampu bertenang dalam dakapan hangat abangnya. Sufia yang tadi meronta telah reda. Lama kelamaan Sufia lelap dalam dakapan hangat Syed. Syed pergi ke dapur mengambil semangkuk air dan sehelai saputangan kemudian sekembalinya Syed mengelap badan Sufia.

Sapu tangan direndam dalam air, diperah kemudian Syed letakkan di atas dahi kepala Sufia. Dia betul-betul rasa menyesal buat adiknya begini. Niatnya cuma mahu buat Sufia supaya takut hendak keluar dengan lelaki tidak tentu arah.

IPhone 4S Syed berdering menandakan ada panggilan telefon masuk. Ternyata dari mama. Segera Syed swipe skrin menjawab panggilan IPhone.

"adik macam mana? Demam lagi dia? "

"ha.. teruk juga ma, sampai meracau dia. "

"abang tolong bawakan adik pergi klinik ya. Mama dan papa masih ada kat resort lagi ni. Entah bila baliknya. "

"Ok ma, nanti abang bawa adik pergi ke klinik. Mama dengan papa becaful tau kat sana. "

"Ok sayang mama. Korang dua beradik pun hati-hati. Bye.. Assalamualaikum.. "

"wa'alaikum salam" panggilan telefon dimatikan.

Syed kembali mengelapkan badan Sufia supaya hilang hangat badan.

Puan Rossa dan juga Encik Rashdan tiada di KL kerana mereka perlu hadiri majlis perasmian mesyuarat jawatankuasa khas yang diadakan di beach resort Johor. Sudah beberapa hari Puan Rossa dan Encik Rashdan menginap di situ. Jadi tinggal dua beradik itu di Kuala Lumpur.

??????

BEACH RESORT JOHOR

Puan Rossa kembali tenung lautan biru sekaligus hati Puan Rossa tidak tenteram apabila mendapat tahu dari Syed yang Sufia masih lagi demam panas dan teruk hingga meracau. Rasa ingin balik ke KL sekarang juga. Namun dia perlu temani suaminya malam ini. Besok, Puan Rossa mahu pujuk suaminya mahu pulang ke KL kerana ia tidak mahu lama-lama berada di JB.

"Sayang... "

Kehadiran Encik Rashdan secara tiba-tiba memeranjatkan Puan Rossa yang sedang tenung laut biru. Nasib baik terkena heart attack.

"You ni sayang.. "

"Menung apa tu? Risaukan anak-anak kat rumah? Alah, diaorang masing-masing dah besar. Pandai-pandai lah jaga diri. " Encik Rashdan bersuara.

"Anak bongsu kita demam abang.. Mana saya tak risau. " hati seorang ibu terlalu risaukan anak bila salah seorang daripada anaknya sakit ataupun demam panas. Tambahan pula, si anak bongsu yang demamnya.

"Adik demam? Habis abang long tak bawa pergi klinik? " tanya Encik Rashdan.

"Belum lagitu.. Tu yang mama suruh bawa pergi klinik. Tadi abang long cakap adik meracau. " jelas Puan Rossa.

"Encik Rashdan CEO rasmi of MikaWaire sdn bhd. " tiba-tiba ada satu suara memotong perbualan sepasang suami isteri itu dan seorang lelaki tua menuju ke arah sepasang suami isteri itu dari arah dewan undangan.

"Tuan Zainal! "

Encik Rashdan dan lelaki lingkungan 50-an saling memeluk seperti sudah lama tidak berkumpul. Puan Rossa menyilang tangan ke dada dan tersenyum melihat suaminya.

"Tahniah Tuan Rashdan kerana telah rasmi jadi CEO of MikaWaire. Harap lepas ni syarikat kita akan lebih maju hingga mendunia. " Tuan Zainal memberi harapan.

"Inshaallah haraplah masin mulut kamu tu ye.. Hahaha.. "

??????

"Aduh, macam mana dia boleh muncul dalam mimpi aku?" mimpi indah tadi meninggalkan tanda tanya kepada Megat. Mimpi Megat yang cuma seketika meninggalkan tanda tanya kenapa perlu si dia muncul dalam mimpinya?

Padahal dia punya rencana nak hapuskan si gadis yang muncul dalam mimpinya kerana punca gadis itu nyawanya nyaris melayang. Mujur Megat dapat lepaskan diri dari ikatan. Kalau tak, mati mereputlah dia di dalam rumah kosong tempoh hari dalam keadaan berikat. Tuhan masih beri peluang untuk dia teruskan hidup.

"Ahh.. Tak mungkin! "

??????

Keesokan paginya, Sufia mahu pergi ke sekolah walaupun dalam keadaan masih demam. Abangnya, Syed menghalang Sufia supaya hari ini tidak ke sekolah, tetapi Sufia berdegil tetap juga mahu pergi ke sekolah. Sufia bangun awal pagi lagi dan dah siap pakai pakaian seragam sekolah.

"Adik demam lagi, cuti je dua tiga hari. Nanti bagilah surat dokter. Pucat lagi muka adik tu."

"SPM nak dekat. Adik tak nak tinggal pelajaran. Mesti banyak cikgu bagi nota. " walaupun demam, Sufia tetap nak ke sekolah.

Nak buat bagaimana lagi kalau itu kehendak adiknya. Syed hantarkan Sufia ke sekolah. Sebelum Sufia masuk dalam sekolah, Syed pesan kepada adiknya.

"Ingat tau, kalau tak larat sangat ke bagi tahu cikgu. Call abang nanti abang ambil kamu. "

"Ok abang. Jangan risau apa-apa hal adik call abang. " kata Sufia kemudian dia salam tangan abangnya sebelum masuk ke dalam sekolah.

Sufia terharu kerana dia punya seorang abang yang mengambil berat tentang dirinya.

Tepat jam satu tengahari, masanya untuk pulang ke rumah. Walaupun diri tak larat, Sufia bersemangat nak belajar dan dia tetap nak belajar. Sufia duduk tunggu kedatangan abangnya di stesen bas depan sekolah. Sebuah kereta ferrari sebastian vettel berwarna merah berkilat memberhentikan kenderaan di depan stesen bas dimana tempat Sufia tunggu.

Sufia tergugat lihat kenderaan mewah itu. Dan apa yang lebih buat Sufia terkejut, Megat memunculkan diri dari dalam kereta tersebut. Megat keluar dari dalam keretanya dengan berlagak kemudian dia menuju kepada Sufia.

"Hai girls, kenapa? Shock tengok I masih hidup? Ke.. You tergugat dengan ferrari I" tanya Megat.

Sufia seraya sedarkan dirinya yang tergugat. Sufia bangun dari duduknya dan berkata

" ada aku kesah ke kau pakai kereta ferrari sekalipun? Buat apa nilai kereta mahal tapi harga diri kurang."

Pelajar-pelajar SMK Tun Razak yang lalu di depan stesen bas berhenti berkumpul di ferrari Megat tergugat melihat kereta mewah itu. Seakan nampak artis yang berhenti di situ.

Megat tergelak sinis dan dia fikirkan Sufia seperti seorang gadis yang lain pandang harta namun tidak sama sekali. Dia pun tak tahu apa tujuannya datang ke sekolah Sufia. Mahu menjemput gadis itu ataupun disebaliknya? Megat tak kisah pun Sufia menyindirnya.

Cuaca panas terik mencakar muka Sufia. Badannya yang semakin tidak larat rasa melayang-layang. Silap-silap boleh pitam kena gayanya.

"Kalau you terima pinangan I hari tu, U akan hidup senang macam I. Kita bahagia ada harta.

Sufia yang perlu mengadap Megat tidak perasan abangnya, Syed sudah sampai untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Tiba-tiba, tubuh Sufia nyaris rebah ke bawah namun nasib baik sempat Megat mempertahankan tubuh Sufia. Dalam masa yang sama, Megat terkejut apabila Sufia pengsan di depannya.

Syed yang sedang kendali kereta Rexon hitam ternampak adiknya dengan lelaki membuatkan Syed tertanya-tanya. Bila Syed dekatkan kereta yang dipandunya, Syed panas hati bila dapat tahu lelaki itu adalah Megat. Dan apa yang lebih mengejutkan Syed, Syed terlihat adiknya sudah terlentang. Tidak lagi kerana pitam.

Lekas Syed berhentikan kenderaan di belakang ferrari Megat dan seraya melangkah laju ke arah Sufia dan Megat.

"kau nak apa lagi? nak aku sumbat kau dalam jeal? tepi!"

Pelajar lelaki dan perempuan berkumpul di situ. Syed pinta bantuan pelajar di situ supaya bukakan pintu keretanya dan Syed mencempung badan adiknya yang terkulai layu dibawa masuk ke dalam perut kereta Rexon hitam.

"tulah, abang cakap degil, tak mau dengar. dah pitam kat sekolah."
"aduh, sakitnya kepala ni." adu Sufia yang sakit kepala.

BERSAMBUNG ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience