BAB 11

Romance Series 3704

Lepas tamat SPM, Sufia sambung belajar untuk ambil diploma pengurusan hotel di Seri Iskandar, Perak. Sufia harus berjauhan dengan keluarganya untuk dua tahun sepanjang dia belajar. Jadi, Sufia tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak kolej.

nak cari duit lebih, Sufia cari kerja part time di sekitar kolejnya. Sampai bila hendak harapkan keluarganya hulurkan duit.

Satu hari, duit poket Sufia semakin susut seperti air aje. Cepat betul habis walaupun Sufia berusaha cuba berjimat dan ikat perut. Bayar yuran pengajian, dan perbelanjaan harian.

berat Sufia ingin minta tolong alongnya, Syed. Tapi dalam keadaan darurat dan terpaksa ini harus juga. Lagipula, Sufia tidak berapa sihat sekarang, dia diserang demam selsema dan terpaksa tidak hadir ke kelas.

Meisha:"Fia, boleh ke duk sorang ni? aku risau kau pitam aje."
Sufia:(nada tak larat)"aku ok. kejap lagi baiklah demam ni."
Meisha:"kalau tak sihat juga besok, kita pergi klinik ambil ubat ye. aku kena gerak ni, kelas nak mula."
Sufia:"tolong bagitau Sir Henry ye, aku tak dapat masuk kelas dia hari ni."

Meisha berangkat ke kolej yang tidak jauh dari asrama. Sufia ingin menelefon abangnya meminta bantuan.

Oncall
"assalamualaikum."
daripada nada suara Sufia, Syed boleh tahu yang Sufia tidak sihat.
"waalaikumussalam angah, suara tu lain macam je, angah tak sihat ke, demam?"
"ye, hukk.. hukk.. angah, sebenarnya."
"cakap je angah,"
"angah nak pinjam duit along dulu boleh tak? nanti bila angah dah gaji angah ganti balik duit yang angah pinjam tu."
"boleh angah, nanti along bank in duit kat akaun angah ye. Ingat tau, rehat cukup, makan ubat. Kamu tu makan tak tentu, gastrik nanti."
"terima kasih along, kirim salam rindu angah kat mama papa ye."

pada cuti semester akhir, Sufia memutuskan untuk balik ke rumah. Rindu rasanya hendak berjumpa dengan keluarga tercinta.

"ma, angah tak nak kahwin awal, belum puaslah nak berseronok! angah kan masih muda lagi." Sufia tidak setuju bila Puan Rossa ingin mengahwinkan dia dengan anak kawan mamanya, Puan Salina.

"semua orang teruja nak kahwin, tapi angah tak suka, kenapa?"

Diusia muda dan berstatus gadis remaja inilah peluang untuk Sufia berseronok. Nanti bila dah kahwin, mana ada masa. Bergelut dengan emosi nanti.

"tujuan papa dengan mama nak kahwinkan angah sebab kami nak biar angah hidup berdikari. Sampai bila nak duduk bawah ketiak mama aje, umur dah 21. boleh kahwin." kata Encik Rashdan agak tegas.

Syed hanya diam bila mama dan papanya sedang membincangkan tentang Sufia yang harus berkahwin di usia muda.

"bukan apa, ada kawan angah ni, dia kahwin lagi awal, 19 tahun. Tup Tup, cerai. Dah jadi janda. Eww tak mau la." Sufia teringat dimana cerita kawannya yang telah bercerai dan kini berstatus janda. Sufia tidak mahu perkara seumpama itu berlaku pada dirinya.

"jodoh pilihan orang tua berkat angah sebab mama dengan papa restu, InshaAllah bahagia dunia akhirat." sampuk Syed.

"umur papa dengan mama semakin meningkat, Along kamu pula, nak kahwin tak lama lagi, kalau mama dengan papa dah tak ada, siapa nak jaga kamu, nak tengok-tengokkan kamu. nanti, bila along dah kahwin, takkan sepanjang masa dengan kamu." Puan Rossa mula buat Sufia rasa sedih dengan kata-katanya.

"janganlah cakap macam tu, sedih tau. Angah sentiasa doakan kita sekeluarga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki." kata Sufia bernada sedikit kecewa.

"Besok pagi, pihak lelaki datang ke rumah kita. angah bangun awal, siap-siap pakai cantik-cantik." pesan Encik Rashdan pada anak gadisnya.

Bila Sufia dalam kesedihan, mahupun kegusaran, Ammar lah tempat Sufia mengadu. Sambil itu, mereka menikmati keindahan malam.

Sufia:(menyilangkan tangannya ke dada)"Fia tak nak kahwin awal, tak seronoklah!"
Ammar:(pandang Sufia di sebelahnya)"itu adalah pilihan terbaik buat Fia, diaorang nak ada orang boleh jagakan Fia,"
Sufia:"jawapan abang Am sama je dengan along. baik mengadu kat kucing lagi bagus. membazir air liur je. Hish, nak lari rumahlah macam ni!"
Ammar:"Hey, kehidupan kat luar tu jauh lebih merbahaya daripada kongkongan keluarga. tengok hari tu, nasib baik along Fia nampak Fia nyaris nak kena rogol dengan Megat dekat kelab malam."

penjelasan Ammar membuatkan Sufia tertanya-tanya dan terkebil-kebil mata. Sungguh Sufia tak ingat waktu itu.

Sufia:"bila masa? Megat?!"
Ammar:"yang dah lepas tu biarkan. Sekarang, baik cik Fia ikut dengar cakap mama dengan papa. Demi keberkatan hidup kita."

sebenarnya, hati Ammar kini bagai dilanda badai apabila dia mendapat tahu bahawa orang tua Sufia akan kahwinkan Sufia dengan pilihan Encik Rashdan dan Puan Rossa.
Sufia pun, tak tahu siapakah bakal suaminya. bila ditanya dan minta gambar, Puan Rossa rahsiakan dahulu.
****************************************************

"aiwah, cantiknya bakal bini aku. macam orang Korea. putih gebu, hidung mancung, Ya Allah, yang tak boleh tahan, bibir dia tuu." Hael bercakap sendiri melihat gambar Sufia yang diberikan oleh ibunya sebentar tadi.

Coad hitam yang disangkut pada almari pakaian dicapai kemudian dia pakai sebelum keluar dari rumah untuk berjumpa dengan bakal isterinya. Tidak sabar betul.

Di persimpangan jalan, kereta Honda Civic Hybrid yang dipandu oleh Hael terhenti secara automatik apabila ada sebuah kereta lain menghalang laluannya. Sakit hati betul. Bila Hael ingin reverse ke belakang, juga disekat laluan.

tok! tok!

cermin kereta Hael diketuk dari luar tiba-tiba membuatnya tersentak. Siapakah itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience