BAB 3 - (#TAJI)

Romance Series 3704

Berita gembira yang diterima dua beradik itu, Puan Rossa mengandung anak ketiga. Mereka sungguh teruja nak terima adik baru dalam rumah ini.

Semakin Sufia nak dapat adik, makin dia buat perangai. Kadangkala dia berdegil dan nakal sampaikan ahli keluarganya begitu marah terhadap dirinya kerana keterlaluan perangai Sufia. Tetapi dalam masa yang sama, Sufia terlalu manja dengan mamanya, Puan Rossa. Sampaikan dia sanggup turuti apa yang mamanya mengidam nak makan apa. Encik Rashdan tidak selalu ada di KL kerana dia sering bertugas di JB, jadi, anak perempuannya, Sufia yang melayani kerenahnya.

Sufia yang sedang menonton TV terasa nak makan cheese cake. Sufia pun pergi ke arah dapur dan buka peti sejuk. Terlihat ada sepotong cheese cake yang terletak elok di dalam kotak. Sufia mengambilnya dan mencapai garfu lalu dia bawa cheese cake ke ruang tamu. Terliur Sufia tengok cheese cake itu. Sufia makan cheese cake tanpa perlu tahu siapakah yang punya kek itu.

Puan Rossa menuruni tangga dengan berhati-hati. Ketika Puan Rossa nak pergi ke dapur, Puan Rossa ternampak anak gadisnya, Sufia sedang makan cheese cake miliknya yang dibelinya di kedai kek.

"ADIKK!!! "

Meluru ke arah Sufia.. Puan, Rossa menengking Sufia membuatkan Sufia yang sedang menikmati cheese cake tersentak dan tersedak mendengar suara mamanya menengking. Merah mengalir air mata Sufia kerana sisa makanan tersangkut pada rongga tekak.

"Kenapa makan kek mama? Itu mama punya!! " tinggi suara Puan Rossa memarahi anaknya kemudian Puan Rossa melempang pipi Sufia. Sufia terkedu bila lihat mamanya marah dengannya.

"Mama punya? Maaf, adik tak tahu. " perlahan Sufia tutur kata dengan terketar kerana takut bila lihat mamanya menengking sebegitu.

"Tak tahu lain kali tanya!!! Bukan main ambil orang punya!!! " begitu marahnya Puan Rossa terhadap Sufia yang tidak sengaja termakan cheese cakenya. Sudahlah sehari suntuk dia mengidam dan kempunan nak makan cheese cake itu. Baru kini dia dapat membelinya. Tapi sekarang Sufia sudah memakannya.

"Maaf.. " hanya itu saja yang mampu Sufia tutur.

"Maaf.. Maaf. Pergi beli balik cheese cake mama!! Kamu jangan balik selagi tak dapat cheese cake yang mama nak!! Pergi sekarang!! " begitu hendaknya Puan Rossa mengidam cheese cake itu.

Sufia tunduk kemudian dia pergi ambil dompet dan henfon.

Kemudian Sufia pergi ke bank BSN terlebih dahulu sebelum ke kedai kek untuk mengeluarkan wang. Wang di dalam dompetnya hanya tinggal sekeping not merah.

Sewaktu Sufia keluar dari bank BSN, ada seorang lelaki yang di dalam kereta memanggilnya.

"DIKK!! "

Sufia pun pergi ke arah kereta Myvi yang berpakir berdekatan situ.

"Kenapa ye?"

"Bapa kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Keluarga kamu suruh saya bawakan kamu ke hospital."

Sufia sungguh terkejut dan setahunya tadi papa kini berada di pejabat syarikat miliknya. Tanpa perlu berfikir panjang, tergesa gesa Sufia masuk ke dalam kereta dan mengikuti lelaki itu.

Tetapi, Sufia cuak gila kerana lelaki yang Sufia tak kenal bawanya bukan ke arah hospital. Malah, lelaki itu bawa Sufia di kawasan perhutanan terpencil yang jauh dari orang. Paling adapun, sebatang jalan raya.

"Encik, ni bukan arah hospital. "

"Memang, kau memang bengap perempuan... Serahkan dompet dan henfon kau!" lelaki itu menghunus senjata tajam pada Sufia membuat Sufia ketakutan. Sufia merayu-rayu agar tidak mengapa apakan dirinya. Sufia pun menyerahkan dompet dan IPhone miliknya kepada lelaki itu dengan takut.

Lelaki itu mencampakkan IC Sufia kepada Sufia dan mengambil barangan berharga seperti dompet serta IPhone. Kemudian, lelaki itu keluar dari dalam perut kereta dan dia bukakan pintu Sufia. Lalu dia mengheret kasar supaya Sufia keluar dari keretanya.

"Keluar!!! " tempik lelaki itu pada Sufia membuat Sufia terkejut mendengar dia menempik. Sufia dicampak ke tepi kemudian lelaki itu meninggalkan Sufia sendirian di kawasan sunyi itu.

"Tolong!!! Tolong!!! " sekuat manapun Sufia menjerit meminta pertolongan, tiada manusia yang lalu di kawasan itu. Hanya menghampakan diri. Cuaca pun hampir ke senja dan hari makin gelap. Sufia takut. Dia duduk di situ dan berpeluk tubuh. Hanya mampu berharap agar Tuhan hantarkan manusia supaya membantunya.

??????

Puan Rossa berasa bimbang dan tak sedap hati, kenapa anak gadisnya sampai sekarang tak balik-balik dari tadi. Sekarang jam menunjukkan pukul 12:30am. Rasa sesal pula kerana ia marah-marah menyuruh Sufia pergi beli semula cheese cake nya. Puan Rossa cuba menghubungi suaminya namun gagal. Dia cuba menghubungi anak lelakinya, Syed pula.

Dalam talian ??

"Syed..."

"Ye mama, ada apa call along? "

"Tolong mama long, angah kamu.. "

"Kenapa dengan angah ma? Ma??"

"Dia tak balik-balik lagi. Mama risau sangat. Dah tengah malam ni. "

"Along cuba carikan angah sekarang. Mama bertenang ye. Assalamualaikum. "

"Wa'alaikum salam. "

Panggilan telefon tamat

??????

Pihak polis membuat rondaan di kawasan perhutanan bagi memastikan tiada gejala buruk dibuat di kawasan situ dengan menaiki kenderaan polis. Tiba-tiba, dalam samar-samar yang menerangi kegelapan malam, mereka tertancap pada susuk tubuh perempuan yang sedang berpeluk tubuh berdekatan dengan pokok-pokok besar.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak Ril? " tanya pemuda anggota polis yang sedang mengendalikan kereta dengan perlahan apabila dia ternampak seakan kelibat perempuan yang sedang duduk berpeluk tubuh. Sudahlah waktu itu midnight. Ia sangkakan hantu yang menjelma menjadi manusia. Memang menyeramkan.

"Tak ada apa tu. Orang.. "

"Tengah-tengah malam ada orang? Tak ke pelik? "

Anggota polis muda itu memberhentikan kereta dan memberanikan dirinya pergi lihat perempuan yang berpeluk tubuh. Lagi meremang bulu roma apabila dia terdengar suara perempuan itu menangis. Anggota polis muda itu nampak perempuan itu seperti gadis.

"Dik.. Kenapa duduk sini? Bahaya duk sorang-sorang kat sini. " tanya anggota polis muda itu lembut.

Sufia mengalihkan pandangan kepada polis muda yang bertanya kepadanya. Sufia buat muka simpati supaya polis muda itu membantunya.

"...Tolong saya.. Saya kena rompak. Perompak tu buang saya disini. Saya nak balik.. Nanti mama marah." Sufia menangis-nangis dan merayu-rayu agar anggota polis muda itu membantynya dalam kesejukkan. Anggota polis muda lelaki itu berasa simpati kepada Sufia. Dia berhati mulia bantu bawa Sufia ke balai polis untuk siasatan.

Di Balai polis

Sufia diberi pakai baju sejuk kerana ia menggigil kesejukan dan ketakutan. Anggota polis perempuan cuba tenangkan diri Sufia, dia bagi Sufia minum segelas air kosong.

"Boleh adik bagi nombor telefon mak atau ayah adik? " setelah Sufia nampak tenang sikit, baru anggota polis muda lelaki yang menjumpainya di kawasan perhutanan tadi bertanya.

Sufia hanya mengangguk kemudian dia beri nombor telefon papanya. Dia tidak mahu mamanya yang sarat mengandung risaukan dia.

"01125++++."

"Apa nama ayah? "

"Encik Rashdan, "

Dekat tiga kali polis itu cuba menelefon Encik Rashdan, namun gagal. Lagi sekali telefon, kali ini Encik Rashdan menjawab panggilan telefon.

Encik Rashdan mendapat panggilan telefon dari polis terkejut bagaimana Sufia boleh berada di balai polis. Beliau pun terpaksa tinggalkan kerja dan pergi ke balai polis.

??????

Pada malam itu, Sufia yang tak boleh tidur lena terfikir mahu tidur bersama dengan mamanya. Pasti mama tidur seorang diri kerana papa sibuk dengan kerjanya.

Sufia kuak pintu bilik mamanya dan mengintai apa yang sedang mamanya lakukan. Terlihat, Puan Rossa sedang bersandar pada kepala katil sambil bermain IPad melayari laman Fac. Terkedek-kedek berjalan ke atas katil mamanya sambil memeluk boneka arnab kesayangannya. Puan Rossa yang nampak Sufia duduk di sebelahnya meletakkan IPad ke tepi. Sufia melabuhkan punggung di sebelah mamanya.

"Malam ni adik nak tidur dengan mama boleh tak? " pinta Sufia sambil merenung wajah permaisuri hatinya.

"Hai... Umur dah dua puluh pun nak tidur dengan mama? Tak malu ke dah besar tidur dengan mama?" tanya Puan Rossa sengaja mengusik anak gadisnya itu dan dia tahu Sufia adalah anak yang paling manja dengannya.

Sufia jebik bibirnya.

"Ala.. Malam ni je. Lagipun papa entah bila baliknya. Takkan mama nak tidur sorang-sorang? " dengar kata hari ini Encik Rashdan balik dari JB. Tapi entah bila tibanya.

"Yela.. Meh tidur dengan mama. Teman mama dengan bakal adik kamu dalam perut mama ni sekali. "

"Yeay! " Sufia melompat girang sekali lalu naik ke atas katil sebelah kiri mamanya. Kalau di tempat kerjanya, Sufia lagak seperti samseng kalahkan si badang tetapi di rumah, dia begitu manja kalahkan seekor kucing.

Sufia peluk mamanya. Perangainya kembali seperti kecil dulu. Suka duduk di bawah ketiak mamanya. Kemudian, Sufia usap-usap perut Puan Rossa yang dah sarat mengandung. Tunggu masa saja nak beranak. Mungkin awal bulan depan.

"Tak sabarnya adik nak dapat adik. " kata Sufia sambil usap perut buncit mamanya. Puan Rossa tergelak kecil.

"Lepas ni tak boleh panggil adik.. Adik lagi tau. Kena panggil kak ngah. " kata Puan Rossa.

"Yela.. Adik tahu.. Nanti kena biasakan walaupun kekok. " ujar Sufia. Sufia peluk mamanya begitu manja. Puan Rossa mengusap-usap perlahan rambut panjang anak gadisnya itu.

"Mama nak minta maaf ya selama ini mama ada buat adik sakit hati dengan mama. Mama marah adik semalam tu tandanya mama sayang. Bukan mama benci. " Puan Rossa meminta maaf kepada anak gadisnya kerana baru semalam dia memarahi hingga Sufia kena rompak wang dan barangan berharga kerana Sufia makan cheese cake kegemarannya yang disimpan elok di dalam peti sejuk. Mana taknya, waktu itu, Puan Rossa benar-benar mengidam nak sangat makan kek cheese. Tahu-tahu je dah lesap.

"Mama jangan cakap macam tu, insyaallah, mama dan adik selamat. Adik yang patut minta maaf pada mama sebab suka ingkar dan lawan cakap mama." Sufia tak suka bila mamanya berkata begitu seolah-olah tidak suka teruskan hidup.

"Sayang anak mama ni. " ucap Puan Rossa kemudian dia kucup pipi anak gadisnya itu. Begitu juga dengan Sufia. Tidak lama kemudian, Sufia terlelap dalam dakapan hangat mamanya.

Pukul satu pagi, baru Encik Rashdan tiba di rumah. Encik Rashdan yang keletihan terus masuk dalam bilik tidur dan abaikan Syed yang sedang menonton TV. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, terlihat Sufia, anak gadisnya tidur dengan isterinya. Lepas mandi, terpaksa tidur di ruang tamu.

"Hai papa.. Kena halau dengan mama ke sebab badan berbau peluh? " tanya Syed memerli papanya yang nampaknya harus tidur di atas sofa empuk ruang tamu. Syed sudah masak dengan perangai orang perempuan mengandung kerana dia pernah dengar kata orang.

"Haihh.. Adik kamu tula.. Dah besar panjang pun masih nak tidur dengan mama dia. Terpaksa la papa tidur kat sini. "

"Biasalah papa. Nak dapat adik baru ni perangai makin mengada ngada pulak perangai si Fia tu. " kata Syed yang dah masak dengan perangai adiknya itu.

?SKIP?

Puan Rossa selamat melahirkan anak lelaki. Bayi itu menangis sangat kencang dalam dukungan ahli keluarganya.

Sufia dan Syed sangat excited dapat adik baru. Lebih-lebih lagi, Sufia. Hinggakan dia sanggup borong kelengkapan bayi untuk adik kesayangannya itu.

Masa Sufia sedang kerja, dia cadangkan mahu pergi ke mall AEON dengan rakan baiknya pada waktu rehat nanti. Sehinggakan di tempat kerja Sufia, topik perbualan hangat diperkatakan adalah, adik Sufia yang baru lahir.

Tiba waktu rehat, seperti yang dicadangkan oleh Sufia, Sufia dan Mia pergi ke AEON mall berdekatan dengan tempat kerjanya. Mia, rakan baiknya hairan kenapa beria-ia benar Sufia ingin membeli kelengkapan bayi sedangkan setahunya, Puan Rossa ingin belikan malam ini.

Sampai saja di dalam AEON mall, Sufia terus pergi ke kedai menjual kelengkapan bayi. Rambang mata Sufia nak pilihkan untuk adik kesayangannya yang diberi nama Syed Mohd Syazwan Arniq.

"Kemain lagi hang na Fia. Mentanglah dapat adik baru. Habis dia borong semuanya. " kata Mira yang hanya mengekori punggung Sufia sedang sibuk memilih baju baby.

"Kalau boleh, aku nak beli dengan kedai-kedai ni sekali. Tunggu bapak aku jadi jutawan terbilang lah. " kata Sufia selamba.

"Hek mu... Eh, balik sat gi aku nak pi rumah hang leh tak? Nak tengok jugak adik baru hang. Mesti comel gile kan? "

"Ha'ah, comel sangat-sangat. Copy paste muka kakak dia yang cun melecun ni. Datanglah. Pintu rumah aku sentiasa terbuka" kata Sufia perasan cantik. Mira buat muka bosan.

"Perompak tak pecah masuk rumah hang ke sentiasa terbuka pintu? " Mia lurus bendul. Tidak mengerti maksud Sufia. Sufia menepuk dahi.

"Malaih nak layan hang ni. Dah, jom pi baya duit. "

Tanpa disedari, Sufia sudah mengambil barangan kelengkapan bayi sudah hampir penuh bakul. Seperti botol susu, pampers, baju stokin, teddy bear dan sebagainya. Mentanglah hari ini staf cafe racer baru masuk gaji.

Lepas maghrib jam sepuluh baru Sufia balik dari tempat kerjanya. Mira, kawan Sufia yang ingin menjenguk adik baru Sufia tidak jadi datang hari ini kerana ada urusan. Lain kali dia datang. Sufia masuk ke dalam rumah dengan tangannya yang penuh dengan barangan kelengkapan baby.

"Assalamualaikum, angah dah balik ni. "

"walaikumsalam.. Yeay, kak ngah dah balik. " Puan Rossa yang sedang duduk mengendong anaknya menjawab salam Sufia.

Sufia duduk di ruang tamu dan meletakkan barang.

"Akak ada beli hadiah untuk adik akak.. " Syazwan Arniq berpindah ke dalam dukungan kakaknya pula.

Puan Rossa membelek beg plastik yang penuh dengan barangan bayi. Dia terpana seketika kemudian berkata

"Kenapa kamu membazir duit beli barang-barang ni? Menabung la. "Puan Rossa menasihati anaknya supaya menabung untuk masa depan.

"Lagipun angah baru je dapat gaji hari ni. Apa salahnya belikan untuk adik. "

"Memang tak salah. Tapi kamu ni boros berbelanja. "

??????

Kalau ada masa free, Sufia suka luangkan masa dengan adik kesayangannya, syazwan arniq.

"Geletek perut dia tu.. " terkekeh-kekeh ketawa Syed Mohd Syazwan Arniq yang baru sahaja berusia satu bulan lima hari kerana kakaknya, Sufia menggeletek perut. Encik Rashdan yang sedang menggunakan laptop melayari internet tersenyum melihat kakak melayan adik. Comel aje beliau melihat itu.

Sampai drama kegemarannya yang sedang ditayangkan di TV pun Sufia buat tidak endah kerana sekarang dia lebih suka bermain dengan adiknya itu.

Puan Rossa yang datang dari dapur ke ruang tamu dan serahkan botol susu kepada Sufia.
"Nah, bagi adik kamu minum susu ni. Dia lapar tu. "

"Mama pergila rehat. Biar kak ngah jagakan adik. " Sufia menyuruh mamanya rehat saja kerana Puan Rossa masih dalam pantang selepas bersalin.

"Yelah. Jaga adik elok-elok. "

"Ok mama.. Jom minum susu. "

sudah Sufia tidurkan bayi yang sudah kekenyangan dan kepenatan gelak ketawa tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience