BAB 8 (#TAJI)

Romance Series 3704

"sampai bila abang dengan papa nak kongkong adik ma? Adik dah besar lah, dah habis sekolah pun." Sufia rasa rimas kerana abangnya dan juga papanya terlalu kongkong dirinya.

Puan Rossa:"Demi keselamatan kamu dik, kat luar tu bahaya, macam-macam boleh jadi."

Sufia:"Tapi sampai bila?"
Encik Rashdan :"sampai kamu dah bersuami." (Sampuk beliau)

Sufia mengadu pada bodyguard nya, Ammar yang keluarganya asyik kongkong dirinya.

Sufia:"Rimaslah, mama, papa abang asyik kongkong Fia, Fia nak bebas macam burung, boleh terbang ke mana je dia nak."
Ammar:"Cik Fia, diaorang buat macam tu sebab sayang Fia, diaorang tak nak terjadi benda tak elok pada Fia,"

*****

"Hisy.. Mana mamat ni. Kata nak jumpa aku. Tak tepati masa betul. " rungut Sufia. Sufia melihat jam di tangan menunjukkan pukul tiga setengah petang. Megat membuat temujanji pukul dua petang. Sudah sejam lebih Sufia menunggu di taman rekreasi dan Fayad datang.

"Betul ke tak mamat ni nak jumpa aku? "

Sebenarnya, pada mulanya Sufia ragu-ragu untuk berjumpa dengan Megat tetapi Sufia nak juga berjumpa dengannya. Kalau lagi lima minit Fayad tak muncul-muncul juga, Sufia memutuskan ingin putuskan pertunangan dengan Megat. Satu jam telah berlalu. Sufia merengus kerana batang hidung Megat masih belum kelihatan.

Sufia melangkah laju ke arah kereta Vellfire camry putih yang menunggu di tepian jalan. Sufia masuk ke dalam perut kereta tersebut dengan perasaan yang berang. Ammar hairan melihat wajah Sufia yang masam mencuka.

"Are you okay cik Fia? "

"Jalan la!! Aku nak balik!! "

Dalam perjalanan pulang ke villa, fikiran Sufia jauh melayang terbayangkan Megat. Dia berfikir samada betul-betul nak terima pinangan Fayad atau sebaliknya. Sebenarnya Sufia mahu menunggu kepastian tentang hal ini.

Datin Emily iaitu ibu mummy kepada Megat begitu berkenan dengan anak gadis Encik Rashdan, sampaikan Datin Emily hendak jadikan Sufia sebagai menantunya. Puan Roza, berbincang mengenai perkara ini dengan anaknya. Pada mulanya, Sufia enggan memberi jawapan kepada mamanya. Tetap lama kelamaan, Sufia terpaksa menerima lamaran Megat dan mereka berdua bertunang.

Sedar tidak sedar, Sufia tertidur dalam kenderaan. Ammar yang sedang memandu kereta tersenyum melihat Sufia yang tadi termenung akhirnya tertidur. Dia sendiri letih melihat Sufia disuruh kesana sini oleh Puan Roza yang semata-mata mahu anaknya itu berjaya. Dan lagi Sufia tidur walaupun jarak dari kolej nak ke villanya hanya memakan masa setengah jam.

Tidak lama kemudian, kereta Vellfire camry putih yang dipandu Ammar tiba di perkarangan villa. Ammar memberhentikan kereta dan keluar kemudian Ammar bukakan pintu kereta tersebut dan kejutkan Sufia yang tertidur lena.

"Cik Fia.. Bangun dah sampai villa ni. " Ammar gerak lembut bahu Sufia. Sufia tersedar dari tidur dan menguap. Sufia tenung Ammar seketika kemudian dia keluar dari dalam perut kereta. Selekeh rambut panjang Sufia kerana tertidur. Walaupun rambut Sufia berserabai, gadis itu tetap cantik bagi Ammar.

Hari ini, Redza harus jadi bibik separuh masa kerana bik Siti tidak dapat datang atas urusan penting. Jadi, Redza harus gantikan tempat bibik buat sementara menunggu bibik yang kini berada di Indonesia balik ke Malaysia semula. Ammar mendapatkan Redza yang sedang menyiram pokok bunga.

"Kenapa dengan cik Fia Mar? Badmood semacam je aku tengok. "
"Tah.. Masa balik kolej tadi dia mintak aku singgah kat taman rekreasi. Nampaknya macam nak jumpa orang. Tapi dekat sejam lebih cik Fia tunggu. Last last, dia marah-marah aku nak balik. "

"Redza!! " sepatutnya Sufia perlu panggil Redza, abang Redza. Tetapi hari ini dia badmood memanjang. Angin satu badan.

"Opocot!! " Redza yang terperanjat mendengar Sufia menyergahnya terpancut air yang disiramnya ke pokok bunga terpancut ke arah Sufia yang tiba-tiba tercegat beberapa jarak sentimeter dari Ammar dan Redza.

Tidak semena-mena baju Sufia habis basah kuyup. Sufia yang sedang panas hati bertambah panas dengan Redza. Sufia merengus geram. Sufia yang belum mandi lagi tidak pasal-pasal dimandikan'

"Maaf cik Fia, saya tak sengaja. " Redza meminta maaf dengan tergagap-gagap dan cepat-cepat lapkan muka Sufia. Sufia tepis kasar tangan Redza. Ammar gelak tersembur.

"Erghh!! Aku laparlah! Pergi masakkan untuk aku! Kenapa korang ni lembab hah?! sibuk membawang je! pergilah membawang kat dapur tu lagi bagus!" jerit Sufia panas hati. Sudahlah dia sedang merindui mama dan papanya yang kini berada di overseas. Megat pula buat hal. Memang bertambah sakit hati.

"B-baik cik Fia.." lekas lekas Redza pergi ke dapur untuk masakkan untuk Sufia. Untung juga Redza pandai masak. Ammar sambungkan kerja Redza yang tergendala akibat Sufia.

Sufia terasa sunyi tinggal seorang diri di villa. Puan Rossa dan Encik Rashdan kini berada di California Amerika. Abangnya, Syed pula sibuk mengajar dan malam baru pulang ke rumah. Redza yang sedang masak lauk untuk Sufia ternampak Sufia sedang menunggu makan berasa kasihan melihat Sufia yang sedang dalam kerinduan dengan kelaparan.

Redza yang selesai memasak maggie goreng special ala mamak hidangkan kepada Sufia. Sufia mencapai garfu dan makan maggie goreng dengan gopoh. Redza temankan Sufia yang kesunyian.

"Fia minta maaf sebab terkasar bahasa dengan abang Redza tadi." Sufia meminta maaf kepada Redza kerana dia betul-betul rasa bersalah kurang ajar dengan orang yang lebih berusia darinya. Dia memang tidak sedar waktu itu.

Redza mencapai dua gelas kaca dan buka peti sejuk. Kemudian Redza tuangkan air jus oren pear fresh untuk dirinya dan juga Sufia. Sufia mengambil gelas kaca dan meneguk air jus oren tersebut.

"Takpa. Abang Redza faham dengan Fia. Toksah la rungsingkan fikiran dengan benda remeh-temeh ni. Move on ja dengan si Megat tu. "

"Fia rasa malas dah nak teruskan hidup lagi. Rasa dah putus asa. Penat dengan sikap manusia sekarang ni. Tak pernah faham. " kata Sufia dengan nada pasrah dan bermain dengan garfu.

"Hish, tak baik cakap macam tu cik Fia. Macam yang abang Redza cakap tadi, move on ja. "

"Bukan mudah nak lupakan dia. Walaupun Fia benci dia, tapi dia selalu menghantui Fia buat Fia takut kehilangan nya. "

Tiba-tiba IPhone Sufia berdering lagu Ismail izzani. Tertera nama Fayad di skrin telefon. Sufia buat muka malas dan seraya menjawab panggilan telefon Megat.

"Hey jantan tak guna! Kau kata nak jumpa aku?! Kenapa kau buat aku macam orang bodoh duk tertunggu-tunggu kau! " terus Sufia memarahi Megat.

"Bila masa I buat temujanji dengan you? "

"Hehh.. Buat-buat lupa pulak. Dia yang text aku siap bagi location. "

Panggilan telefon termati. Megat merengus kerana telefonnya kehabisan bateri. Megat celaru bila masa dia buat temujanji dengan Sufia sedangkan ia tidak buat apa-apa temujanji dengan Sufia.

"Arhhh!! " Sufia yang sakit hati tepis gelas kaca hingga tertumpah jus oren dan gelas kaca pecah berderai. Sekaligus, Sufia diserang sakit kepala yang teramat sangat. redza tenangkan fikiran Sufia. Tiba-tiba badan Sufia jadi longlai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience