BAB 5 - (#TAJI)

Romance Series 3704

Si abang berjangkit pula dengan si adik bongsu yang baru nak kebah demam. Sufia menjaga abangnya sepertimana Syed menjaganya.

"Hari ni abang tak payah mengajar ya? Rehat je kat rumah. " kata Sufia kemudian dia letakkan sapu tangan yang basah di atas dahi kepala Syed. Sebentar tadi, Sufia baru lepas beri abangnya makan bubur kanji ayam yang dimasaknya sendiri. Dan sekarang, Syed diberi makan ubat dan harus tidur.

"Hmm.. Naik darah aku dengan perangai student. " kata Syed pada Sufia. Sufia hanya tersenyum.

Syed yang demam berasa nyaman bila adik perempuannya itu melayannya bagaikan bidadari syurga. Dan Syed yakin suatu hari kelak, suami adiknya pasti bahagia hidup di sampingnya.

??????

Heboh diperkatakan satu sekolah menengah kebangsaan Tun Razak bakal ada cikgu mat salleh akan datang mengajar di sekolah ini. Semua pelajar teruja dan masing-masing buat andaian cikgu mat salleh nanti mesti kacak.

Dengar cerita, memang semua sekolah cikgu orang putih dari luar negara akan mengajar di sekolah-sekolah Malaysia. Ia bertujuan untuk tingkatkan penguasaan bahasa inggeris.

Selepas waktu perhimpunan pada hari Isnin, semua pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing. Mereka tidak sabar-sabar nak tunggu ketibaan cikgu mat salleh yang akan mengajar setiap kelas yang terpilih.

Pelajar tingkatan lima satria terlajak excited sangat kerana mereka nampak cikgu mat salleh sepertinya akan masuk ke dalam kelas mereka diiringi dengan cikgu Lisa. Ketua kelas seraya bangun diikuti dengan pelajar kelas lima satria tanda beri hormat kepada cikgu baru.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu.. " semua pelajar memanggil salam serentak. Dan memberi hormat kepada cikgu mat salleh.

"Waalaikumsalam.. Seperti yang kamu semua sedia maklum, cikgu kita mr. George Michael akan mengajar kalian semua subjek bahasa inggeris. "

Semua pelajar terpegun melihat kekacakkan cikgu George Michael Tinggi lampai, rambut berwarna putih, mata juga berwarna biru dan apa yang lebih penting cikgu mat salleh lingkungan umur tiga puluh tahun dan muda orangnya!

Cikgu George perkenalkan dirinya kepada pelajar.

"Hello.. My names is George Lucas and I from Australia. It's fun to see you. Then I want to get acquainted with you all."

"Says minta diri dulu. " cikgu Lisa ingin beredar dari kelas lima satria setelah menghantar cikgu George michael.

"Ok guys. Please introduce yourself one by one so I can get to know you. "

Semua pelajar ikut arahan. Seorang demi seorang memperkenalkan diri kepada cikgu George. Bila sampai giliran Sufia perkenalkan diri, Sufia seperti terkaku mati bila dia dikejutkan. Gelagat Sufia menarik perhatian.

"Oii!!! Kenalkan diri kau pada cikgu George. " rakan Sufia, Dalila menjerit ke telinga Sufia. Cikgu George tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Macam-macam jenis perangai.

Bingkas Sufia bangun dari duduknya dan perkenalkan diri kepada cikgu George.

"Hai.. My name is Nursufia Raisya Bt Rashdan.. I live at Taman Perdana Kuala Lumpur.. " lancar Sufia tutur dalam bahasa inggeris. Itupun nasib baik abangnya, Syed ajarnya BI. Kalau tak, terkumat mahu bercakap bahasa inggeris.

"Hai.. Can I call you Sufia? " Tanya Cikgu George.

"Can sir." Sufia mengangguk

"Today I will teach you the long history of the war left over in the kingdom. Memandangkan tidak lama lagi kamu semua akan duduki SPM, saya akan tekankan
soalan yang biasanya ada. (Translate dalam bahasa inggeris)"

Semua pelajar mengeluarkan buku teks bahasa inggeris. Kemudian cikgu George mula mengajar. Bagi siapa yang tak faham bahasa inggeris, keliru tidak faham apa yang cikgu George terangkan.

Selalunya Sufia tumpukan perhatian kepada cikgu yang mengajar di papan putih.. Tetapi kali ini, Sufia lebih fokus kepada cikgu George. Seperti sudah jatuh cinta pandang pertama! Sufia bergumam dalam hati.

"Hensem nya cikgu George ni. Kalau aku kahwin dengan cikgu, mesti anak aku comel mix blood kacukan Melayu dan inggeris" kata Sufia sendiri.

"Berangan terlalu jauh hang ni. Tu.. Fokus cikgu mengajar. "

??????

Class Lecturers Syed (lokasi, Bangunan Velodrom Nasional)

Syed melihat jam di tangan. Dia menunggu kedatangan student portal nya. Pelik! Sepatutnya student yang harus menunggu kedatangan tenaga pengajar. Beberapa minit kemudian, student tiba di dalam kelas lecturer Syed. Syed buka kacamata nya dan tidak membenarkan student duduk.

"Sepatutnya kamu yang tunggu saya, ni saya pulak yang perlu tunggu kamu! " marah Syed.

"Saya hantar adik saya ke pusat pengasuh cikgu. Tu sebab lambat.. " alasan Syasya boleh digunapakai kerana Syed tahu Qaiha ada adik kecil.

"Atuk saya sakit sir. "

Macam-macam alasan student beri sampaikan Syed muak nak dengar alasan mereka kenapa tiba lambat.

"Macam-macam alasan! Buang masa saya je tunggu awak semua! "

"Maaf sir. "

"Dah, hantar asignment kamu." semua student keluarkan asignment kemudian berikan kepada Syed.

"Assalamualaikum. " tiba-tiba ada orang panggil salam di bilik mengajar Syed. Kemudian tanpa berkata apa-apa, orang itu menyerahkan sepucuk surat kepada Syed.

"Siapa yang bagi surat ni? " tanya Syed.

"Tak tahu. Tapi dia perempuan. " budak yang hantar surat kepada Syed seraya beredar dari situ.

"Fuyoo.. Sir ada peminat.. "

"Hantar asignment! "

??????

"Kenapa ketuk kepala aku? Sakitlah!" Megat berang kerana kepalannya diduku oleh Zara. Zara juga panas hati kerana Megat berubah fikiran. Tiba-tiba sahaja Megat jadi baik. Buat malu saja Zara perlakukannya begitu di depan orang awam.

"Bodohlah kau Megat! Kenapa nak bela lagi perempuan tu? Dia dah rampas you dari I! You nak I bunuh diri I?! "

"Wo.. Wo.. Sabar. I cakap you bodoh you marah I. "

Sebenarnya Megat punya rencana rahsia yang tiada siapa yang tahu. Dan pasti kejutan itulah akan menggemparkan.

Ketika Megat mengeluarkan sekeping not bernilai lima puluh ringgit untuk membayar di kaunter, sekeping gambar terjatuh ke bawah. Megat tak perasan gambar tersebut jatuh, tapi Zara yang perasan. Zara tunduk ke bawah dan ambil sekeping gambar yang terjatuh dari dompet Megat.

Mata Zara membuntang apabila dalam gambar tersebut merupakan anak perempuan Encik Rashdan, rakan bapanya. Kemudian, Zara merobek gawang Megat dengan mengoyak sekeping gambar Sufia sampai hancur. Megat lihat Zara telah mengoyak sekeping gambar miliknya.

"Kenapa you koyak gambar tu? "

"Kenapa you simpan gambar perempuan tu?! You cintakan diri dia kan? " zara berprasangka buruk kepada Megat.

"You just crush I. Kenapa nak marah? "

Zara tidak menjawab pertanyaan Megat.

??????

Seronok pula bersekolah pada hari ini. Apa yang lebih menyeronokkan kerana cikgu George mengajar tidak bosan. Siap bernyanyi lagu bahasa inggeris supaya pelajar cepat memahami. Begitu asik student belajar sambil berseronok.

"Hai sir, can I help you? " Sufia menawarkan diri nak bantu cikgu George angkat barang-barangnya.

"Hai Sufia, ya can.. Thanks for the help.. " cikgu George panggil nama Sufia pelik sikit bunyinya.

"Its ok sir. "

Sufia bantu cikgu George angkat barang-barangnya sampai ke kereta myvi kuning. Kemudian Sufia letakkan barang-barang cikgu George ke dalam perut kereta.

"Ooo.. Ko ngorat cikgu george Fia? Heshhh... Tak leh jadi ni! "

"Kau tanam minyak dulu ya Fia. " tiba-tiba, Dalila datang ke arah Sufia dan cikgu George. Sufia mendapat akal bagaimana nak dapat perhatian lebih dari cikgu George Andrew.

"Boleh saya minta nombor telefon sir? " Sufia menghulur IPhone meminta nombor telefon sir george. Sir George kerut dahi.

"For what? "

"Ala, kalau saya tak faham apa-apa, boleh contact sir terus. Whatsapp ke.."

"Sure boleh.. " sir George ambil IPhone Sufia kemudian sir George mendailkan nombor telefonnya. Dia serahkan kembali IPhone kepada Sufia setelah savekan nombor telefonnya di contact no.

"Ehh.. Jap.. Kita ambil gambar boleh tak teacher? " pinta Sufia bagaikan ketemu cikgu George seperti seorang artis terkenal.

"Boleh.. "

Dalila mengambilkan gambar Sufia bersama dengan cikgu George sebagai kenangan mempunyai cikgu dari Australia.

"Thanks you sir. Hati-hati bawa kereta ya.. " bagaikan akak polis pesan kepada khidmat pengguna jalan raya, Sufia sempat memesan kepada cikgu George supaya berhati-hati ketika memandu kereta.
Sir George michael juga pandai berbicara dalam bahasa Melayu! Dalam kelas tadi pun, semua pelajar tercengang-cengang bila cikgu George boleh cakap dalam bahasa Melayu.

Malam itu, masa keluarganya sedang makan malam, Sufia duk terperap dalam bilik. Tersengih-sengih sendiri sambil jemari Sufia laju menaip keypad phone membalas chatting whatsapp dari cikgu George. Kalau abangnya nampak tingkahlaku nya sekarang, Sufia dikecam seperti orang gila tersengih sendirian. Sufia buat latihan yang cikgu George bagi di atas meja study nya.

CIKGU GEORGE MICHAEL
ONLINE

HI teacher??, can I ask something? ?

HI Sofea, sure??.. ?

Actually saya tak berapa faham teacher ajarkan tadi. Saya sedang buat latihan yang teacher bagi tadi?

You kena banyak telaah buku rujukan sejarah tentang zaman pemerintahan di bab 8 muka surat 30?

Ouh.. Ok.. TQ teacher
Teacher dah makan?

Sudah, baru lepas makan. Family angkat teacher hidangkan gulai yang warna kuning tu. Sedap betul!

Warna kuning? Gulai lemak cili padi? Yummy??..

Bukan.. Nama dia mula huruf T' ?

Ouh.. Gulai Tempoyak kot teacher??..?

What you mean.. Kot?

Kot = Bahasa Melayu : mungkin Bahasa Inggeris : maybe. Kot itu loghat tempatan sini teacher ??

Ooo.. I see.. Sofea dah makan??

Not yet teacher.. ?

Why not? Go eat anything! Gastrik nanti?

Ok teacher.. See you tomorrow. Bye ?????

By Sofea.. See you tomorrow

OFFLINE

Lekas lekas Sufia turun makan lepas cikgu George suruhnya makan. Tapi keluarganya baru selesai makan dan kini sedang menonton drama Melayu slot Lestary TV3. Kelihatan abang Syed sibuk mengadap laptop dan mama papa melayan drama Melayu.

Baru Sufia cadangkan nak join sekali makan malam. Nampaknya Sufia kena cari lauk sendiri kat dapur. Sufia menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu dimana keluarganya sedang bersantai bersama. Seraya Sufia melabuhkan punggung di celah ketiak mamanya dan mulakan bicara.

tidak lama selepas itu, Syed yang baru bangkit dari tidur pergi ke ruang tamu duduk berkumpul bersama dengan ahli keluarganya.

"ha Abang, dah ok ke demam tu?" tanya Encik Rashdan.
"Alhamdulillah, rasa kebah sikit. nasib baik ada adik jaga abang." jawab Syed.

"Mama nak tahu tak, kat sekolah adik tadi kan.. Ada cikgu baru.. Cikgu tu dari Australia. Dia mengajar kelas adik tadi subjek bahasa inggeris."

"Ye? Apa nama cikgu tu? " tanya mama

"George Michael.. Hensem gila ma teacher tu.. "

"Eloklah cikgu omputih mengajar kelas kamu. BI lemah." abang Syed mencelah.

"Dengar cerita sekarang memang semua sekolah cikgu dari negara luar datang mengajar kat sekolah Malaysia ni. Untung kamu dik pihak kerajaan anjurkan program macam ni. " kata Encik Rashdan.

Topik perbualan mereka sekeluarga lebih kepada cikgu mat salleh.

"Dan.. Untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris. " tiba-tiba pula Sufia bersemangat nak belajar.

Sufia swipe iPhone, buka galeri dan tunjukkan gambarnya bersama dengan cikgu George kepada Puan Rossa.

"Nilah cikgunya. Tinggi lampai. Kacak dan paling penting lebih hensem dari abang.. " Sufia perli abangnya. Syed baling bantal yang dipegangnya ke muka Sufia. Sufia jelir lidah kat abangnya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience